Sunday, July 2, 2017

Kalam Indah

Bismillahirrahmannirrahim

Allahuma Solli Ala' Saiiyidina Muhammad Wa Ala' Alihi Wasohbihi Wassalam,


Sekiranya anda ingin mencantumkan kayu, anda boleh menggunakan paku
Sekiranya anda ingin mencantumkan batu, anda boleh menggunakan simen

tetapi..
Bagaimana cara untuk mencantumkan hati yang satu dengan yang lainnya?
Cantumkanlah ia dengan Iman.. <3 p="">






Wallahualam

Saturday, November 26, 2016

Tak Terucap

Bismillahirrahmannirahim

Selawat dan Salam atas junjungan kita Nabi Muhammad saw, para keluarga, sahabat-sahabat baginda dan pengikutnya..

Terlalu lama tidak mencoretkan di dalam blog usang ini.. terbiar sepi seakan sudah mati..
namun aku masih disini.. tetap merangkak dalam mencari keredhaan yang masih belum pasti..

Bernafas dan mengguna seisi nikmah yang Allah beri... tiada langsung bersisa dan tertinggal.. namun.. hati juga semakin lalai.. semakin angkuh, semakin bongkak..

Ya Rabb.. bantulah hambaMu ini.. tiada daya dan upaya untuk melaksanakan ibadah dan amal kebaikkan hanya dengan kehendak dan bantuan dari Mu ya Rabb..

Saat ini, aku hanya mampu termangu.. terlalu banyak perkara berlaku.. yang dekat mahupun yang jauh dimata... perit dan pedih kadang untuk menerimanya.. namun.. setiap inci yang berlaku..setiap detik.. Allah jadikan dengan hikmah... Hikmah itu adalah perkara yang mengena pada sesetengah orang... mungkin musibah atau ujian pada satu pihak.. mungkin keuntungan pada pihak yang lain... cuma kadang akal kita yang cetek ini tidak tercapai... terlalu jauh dan dalam ilmu Allah..

Bayangkan setinggi mana pun ilmu seseorang itu, ia diumpamakan seperti setitik air berbanding dengan laut yang terbentang luas.. ambil satu jarum..dan setitik air yang melekat di jarum itu adalah ilmu yang paling agung dipunya manusia.. bukankah kita terlalu lemah? bukankah kita ni jahil?

Teruskan menuntut ilmu untuk menjaga diri, keluarga dan masyarakat setempat dari terus lalai dan tidak dipandu..

Mohon doa kalian supaya saya meneruskan perjalan di jalanan ini.. mohon dipermudahkan dan ditabahkan hati atas apa juga ujian yang DIA beri.. semoga kalian dilimpahi limpah rahmat Allah swt.. setiap detik dan saat..

Wassalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh..

-Timba Konkrit-


Thursday, June 9, 2016

Ramadhan Bulan Kemuliaan

Bismillahirahhmannirrahim


Allahuma Solli Ala Saidina Muhammad wa ala alihi wasohbihi wabaraka wassalam



"Jangan pernah berbangga dengan amalan kita... kita boleh baca quran sebanyaknya di Bulan Ramadhan... Jangan pernah kita membongkak dengan bilangan selawat yang kita buat...

semua ini adalah daripada Allah.. kerana Allah yang membolehkan untuk kita beramal... sesiapa yang bergantung kepada amal, amalnya boleh ditarik semula.. bergantunglah kepada Allah...

Beradablah dengan Rasulullah saw... jangan lupa saat beramal.. sayangi baginda.. santuni baginda.. buat Sunnah baginda..semoga menjadi asbab untuk kita menjadi baik... "


Sollu alan Nabiy...
Ya Habibi Mustafa..

Wassalam,

Monday, June 6, 2016

Ramadhan Kareem

Bismillahirrahmanirrahim

Allahuma Solli Ala Saidina Muhammad, Waala alihi wasohbihi wabaraka wassalam..


1 Ramadhan 1437

Perjalan sebagai seorang murid semakin mencabar bila datangnya Bulan Ramdhan Mubarak ini.. Allahu... tak mengapa hanya senyuman dan doa yang mampu dikirim bersama dugaan tersebut..

Semoga Allah memberikan kita semua hidayah dan taufik dalam mencari keredhaannya.. Di dalam bulan Ramadhan, berbuat yang wajib akan dapat 70 kali ganda manakala sekiranya kita berbuat yang sunat akan dinaik taraf sebagai amalan wajib.. Subhanallah.. Allah Maha Sayang pada kita semua umat Nabi Muhammad saw.. semoga bulan Ramadhan ini membawa seribu keberkatan dan keredhaan Allah insya Allah.. :)

Masih tetap berdiri dengan kuasa dan izinNYA.. :)