Saturday, September 4, 2010

Rumah Sri Kenangan Johor

Semalam kami (budak-budak office) aku pergi berbuka di Rumah Sri Kenangan. Aku teruja nak pergi nak tengok sendiri camner operasi dan keadaan rumah tersebut, dulu masa sekolah cikgu pernah anjurkan ke sana tapi aku tak dapat nak pergi atas sebab-sebab tertentu. Petang semalam tersangat sibuk, aku mula-mula nak saing mek Kin, tapi beliau komiti, so dia da kesana dulu sejak dari tengahari. So, Kin soh aku tumpang si Liyana, beliau pulak saing  ngan si Fairuz.. huu aku habis meeting lambat, so aku tanak si Fairuz tunggu aku, so aku decide cari "kuda" lain la untuk menunggang ke sana.. :) hee akhirnya aku tumpang budak-budak IP. huuu at last dapat jugak aku pergi dengan menggunakan ''kuda"... heee (kuda= pengankutan) ;)

Perjalanan ke sana tak la jauh sangat, tapi oleh sebab jalan pack dengan orang yang nak balik berbuka, kononnya aku carik jalan alternatif nak kesana, namun akhirnya "jalan pandai" aku pun tak dapat mempercepatkan perjalanan kerana jalan tu pun pack jua... baiklah lalu "jalan bodoh" tapi berbekalkan dengan sikap sabar.. huu mst cepat sampai,.. padan muka.. camni la orang tak sabar kan.. makin menyusahkan keadaan.. huuu adeyh...dalam kereta sempat aku bukak buku diet kawan aku yang punyai kereta tu ha... huuu sibuk ceta pasal MUFA (manusaturated fat) huuu bende-bende yang tak boleh makan akibat banyak angin antaranya ialah chewing gum, collin flower, beans, spicy foods, barbeque sauce, owhhhooo.. banyak betol yang tak boleh dimakan sebab benda-benda ni kalau makan akan mengembungkan perot dengan angin.. huuu

Sampai sana, kami da terlewat, CE kitaorang da abis berucap and da start berjalan ke asrama-asrama yang ada kat Rumah Kenangan ni, tapi bile aku tengok bilangan pakcik yang ada kat sini kurang dari makcik di sini. Perempuan ramai di mana-mana, cuma pihak lelaki akan menang sekiranya di jalan raya untuk menjadi mat rempit sahaja.. heee so bile da masuk dalam asrama makcik-makcik tu,hati aku jadi sayu sangat. Makcik-makcik tu duduk cam dalam asrama, ada lebih kurang 8 katil dalam keluasan kawasan lebih kurang 8m x 8m.Yang ramainya bangsa kita, bangsa melayu, ada beberapa jugak untie cina, tapi kat sini tak de plak aku nampak makcik India... 
Gambar sekadar hiasan tiada kena mengena dengan rumah yang aku  kunjugi waktu itu :)
Dalam ramai-ramai tu aku tertarik pada sorang makcik ni, nama beliau Siti Rahmah tapi dia suruh aku panggil dia Cik Li. Bila aku tanya mana dapat nama Li tu, dia cerita yang dia ni dulu anak wali yang menikahkan orang lain, anak tok imam katanya. Tapi apa yang menarik tentang makcik ni, beliau tak rasa sedih sangat bila bercerita dan dia bahasakan diri die "kita". Lama aku duduk kat katil dia, seronok aku dengar cerita dia. Kebetulan plak dia pun suka kucing, ada sekor kucing warna putih yang diberi nama si Putih duduk atas katil dia. Baik dan manja betul Putih dengan dia, and Cik Li dok cerita yang putih ni ada 2 ekor anak tapi sekor da mati, ada nurse bunuh,sempat dia sebut nama nurse tersebut, tapi aku tak dapat capture.. huuu ingatan beliau sangat kuat walaupaun umur beliau menjangkau ke 70 an.Dia sebut semua nama kaum keluarga beliau yang dia masih ingat aku masih ingat dia anak pertama adik beradik ada 3 tapi adik ke 3 meninggal semasa dilahirkan dan dia katakan adik dia dah masuk syurga. 

Bila da lama duduk kat Cik Li aku gerak lagi sampai semua bilik kitaorang kunjung. Ada yang tak boleh bercakap, ada yang bila kita datang dia sibuk makan biskut and gembira sangat dapat goodies bag yang kitaorang bagi... terharu sangat.. lagi terharu bila kita kata kita da nak balik and lepas tu mula la air mata dorang bergenang, kata jangan lupa datang lagi... part yang paling menyedihkan.. kami lepak kat area hostel tu sampai waktu nak berbuka. Masa berbuka plak makcik-makcik yang boleh dikatakan sihat tu dah siap duduk di atas meja. Kami kene serve mereka kene tanya mereka nak makan apa... sesungguhnya semalam merupakan hari yang paling bahagia sebab pada aku kedatangan kami membuatkan mereka bahagia... huuu 

Aku terus teringat arwah Opah aku, kalau beliau masih hidup mesti dia berumur sama seperti penghuni di situ. Semalam aku terus mimpikan beliau,mungkin kerana aku betul-betul rindukan beliau bila tengok makcik-makcik tu. Sempat aku peluk arwah nenek aku dalam mimpi, aku cakap kat dia "dulu masa aku kecik aku tak muat tangan untuk peluk dia...now arwah Opah da kurus kan... "aku peluk dia kuat-kuat cam tanak lepas, memang beliau cam da kurus sikit dalam mimpi tu...aku perasan dalam mimpi tu pun aku sebut arwah... dalam mimpi tu jugak... dia cakap aku sekarang bz.. da lama lupakan dia.. tak jenguk dia.. aku terus tersentuh..mungkin aku dah lame betul tak jenguk kuburnya dan bacakan yassin.. Ya Allah.. aku bangun terus teringat beliau dan bacakan fatihah untuknya.. 

Sesungguhnya Rumah Seri Kenangan memang membawa seribu  kenangan, aku rasa aku nak ke sana kembali mendengar cerita-cerita dari pelbagai makcik di sana, belai dorang dan bermanja dengan dorang sama cam aku manja ngan arwah Opah aku masa aku kecik dulu... :( aku sangat sedih ketika ini.. hopefully aku takkan di masukkan ke rumah orang tua sekiranya aku masih hidup dalam umur sebegitu.. tapi kita tak tahu macamana jalan hidup kita.. bak kata sorang makcik disana... "apalah nasib makcik kene duduk sini, ada anak, tapi anak tak jaga makcik,  orang lain plak yang jaga" so.. kita pun tataw camner nasib kita akan datang kan.. ;) so selalulah berdoa agar kita akan disayangi oleh kaum keluarga kita.. tanpa keluarga siapalah kita..

ps- aku nak tulis entri pasal keluarga plak la pas ni..sebab aku baru je habis tengok citer "Chapter by Dozen" kat tv3... ulasan dan pendirian yang berlainan dari ku.. :) huuuu

Wednesday, September 1, 2010

Ramadhan yang Manis :)

Alam itu cantik—gunung dan tasik;
maya terlalu indah—laut dan mega.
Lapar dan dahaga yang mengiktibar
cekal dan bersih suara mengajar:
Lapar kita dahaga yang menguji,
dahaga kita lapar yang mengerti—
ketakwaan penuh terhadap Ilahi.
Puasa—musim manis, bahang menguji,
angin yang santun ke pohon dakwah
bergugus dan sihat buah ibadahnya.
Bulan menyimpan kebijaksanaan,
musim indah di taman Ramadhan,
menyerlahkan kemanusiaan luar biasa,
menginsafi keagungan Maha Kuasa.
Daun yang gugur, tanah yang rekah,
di atas sejadah harum iklimnya;
surah yang jernih dan suara syahdu
terhantar ke lidah dari damai qalbu,
merubah derita ke bahagia diri,
membimbing hidup yang diredai.
Solat malam, zikir doa, tulus sedekah
ibadah ummah, tangkai yang ketiga,
mengagumi Allah Subhanahu Wa Taala.
Langit beradab, kelam dan cerah
datang dan pulangnya iktibar berhemah.
Badik ketika murka, senyum sewaktu mesra,
alam, insan khusyuk menyujud Ilahi
sekiblat dalam tautan kasih yang hakiki.
Lailatul qadar ia pada detik terpilih
malam yang manis, indah dan jernih.
Pada malam sabar dan siang yang cekal
ranum pohon hikmah sebagai bekal;
gugus permata, kerlipnya paling mesra,
merimbun bugar, daunnya meneduhi ummah.

A. Samad Said
Bangsar Utama
9-13 September 2001

* Heard this poem mase otw balik dari UTM ke rumah.. bacaan yang bersahaja but meaningful,semoga Ramadhan kali ini dirindui dan kedatangannya dihargai :) Selamat Berpuasa... uwaaa..sedeyh la Ramadhan da nak abis.. ;'(