Tuesday, November 16, 2010

Salam Aidiladha

16 November 2010

Salam semuanya.. hari ni sehari sebelum Hari Raya Haji.. aku baru dapat email semalam dalam inbox, ada sahabat mengatakan hari ni hari Arafah, hari ni kalau bakal haji pergi ke Mekah, mereka sedang berwukuf di sana. Macamana agaknya suasana di sana?..teringin aku nak pegi tengok dan rasa.. hmmm meh nak tepek sikit email yang aku dapat semalam.. :)

Imam Muslim meriwayatkan dari Abi Qatadah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Puasa pada hari Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang”.
Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda bermaksud, “Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu 10 hari Zulhijjah. Para sahabat baginda bertanya, ‘Tidak juga Jihad pada jalan Allah (mengatasi kelebihan Hari-hari tersebut)? Ujar Baginda, Tidak juga Jihad di jalan Allah kecuali seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun (kerana habis disumbangkan untuk memenangkan agama Allah)”.


Hari ni masih bekerja, ramai yang tak pulang ke kampung, alasan yang diberikan cuti sehari je.. huu accepted.. kalau kampung jauh dengan tempat tinggal maka alasan tersebut boleh di ambil kira.. :) kat johor Isnin cuti Hol Birthday Tuanku Sultan Ibrahim Iskandar, maka percutian mereka akan dilanjutkan dari Rabu - Isnin hadapan.. tapi kena apply dan korbankan 2 hari cuti la untuk menikmati percutian 6 hari tersebut.. huuu :) wee ape pun pada sapa yang nak bercuti.. saya ucapkan selamat bercuti..

Aku sendiri pun bercuti hari Khamis dan Jumaat.. motif? saja abiskan replacement leave yang tak boleh carry forward ke tahun depan.. lagipun semua adik-adikku ada di rumah.. projek baik sangat boleh dilaksanakan tetapi mempunyai kekangan duit di sini... heee ape pun aku pasti masa cuti aku akan lebih bermakna bila ada adik-adik kesayanganku..

Bercerita pasal adik, semalam Ngah accident dengan Johny, habis terseret beliau bersama motor tersebut, hasilnya?
Tentulah luka seretan di kedua-dua belah tapan tangan, kaki terhiris sedikit...
Phew... tentulah berdenyut...
Aku nak bawak dia ke klinik katanya tak perlu.. cuma perlu letak ubat kuning dan basuh luka sendiri..

Degil!!

Masuk ni dah berapa kali Ngah accident bersama motor beliau yang bernama Johny, aku bukan apa.. sebenarnya ada cerita disebaliknnya.. mungkin DIA tu memang maha adil dan bijaksana.. adik aku byk buat bende-bende tak elok yang tak perlu diceritakan disini.. tapi cukuplah aku saja mengetahui dan aku rasa kemalangan ini ada kaitannya dengan keadaan beliau akhir-akhir ini. Full stop.. tak elok cerita hal orang je ok. :P

Hari ni kami sekeluarga akan pulang ke kampung... perayaan pertama selepas pemergian Tok Bah.. tentulah nenek aku rindukan saat-saat kepulangan semua anggota keluarga.. for sure uncle aku tak dapat pulang ke kampung.. tinggal family aku dan family untie aku je yang dapat berkumpul kat rumah tu.. tu pun da cukup... sikit tak bermakna tak bagus.. let it be.. :) aku sefamili penuh kali ni dapat pulang beraya.. :) wehaaa

Untuk semua.. Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha..semoga pengorbanan tahun ini lebih bermakna.. :)

1 comment:

neesa_jun said...

salam aidil adha base...walaupun cuti saya sehari...saya tetap nak balik kg...huhuhuhu