Friday, November 18, 2011

Journey To The East

21 November 2011

Hari ni hari terakhir berada di Tanah Timur Semenanjung Malaysia.. kesimpulan yang dapat di buat sepanjang perjalanan aku ke sini.. susah nak cari sahabat, senang nak cari kawan, kalau kita dah baik dengan orang, jangan pernah cuba untuk mengkhianatinya.. untuk sahabat saya Siti Zaidah, terima kasih di atas segala-galanya..sejak dari hari Khamis malam aku sampai di tanah Wakaf Bahru sehingga ke hari ini, beliau setia menemani aku...

Manusia-manusia di tanah ini sangat peramah, bersopan santun dan bijak dalam komunikasi, mereka tak malu untuk menegur sapa, untung sangat dapat berjalan di tanah ini. Nama tempat yang sangat unik, dan permandangan yang sungguh berlainan dengan kota yang penuh dengan debu dan arus pembangunan yang mendesak. Disini juga, tanah banyak dibangunkan... namun tingkah laku mereka masih seperti dulu, yang dulu sukar untuk di tinggalkan.. ada satu perangai unik tentang mereka semua ini, sukar untuk berubah... itu patut aku simpankan dahulu,mungkin akan di kupas nanti..

Apa yang aku ingin ketengahkan di sini.. aku rasa tenang di sini.. seolah ada sesuatu di sini.. yang menarik perhatian aku.. yang menusuk kalbu.. yang mendamaikan.. ya.. jawapan yang sudah pasti.. laut.. air laut itu sangat menenangkan.. air laut yang hanya mempunyai ombak, angin pasir dan langit terbentang... hanya itu dapat membuaikan perasaan dan hati ini... arghh.. ayat macam dalam novel.. peduli apa.. this is my blog tho.. hahaha :P hampir terlupa aku memang asalnya ada unsur air.. maka.. memang aku sangat suka dengan laut.. unsur air terbesar di muka bumi.. terus terasa kerdil dengan ciptaanNYA, subhanallah.. terfikir tentang sebutir pasir.. tentu sahaja mereka mempunyai tugas setelah mereka diwujudkan di dunia ini..

Sebenarnya percutian aku ini bukan percutian kosong, percutian yang sepatutnya di isi dengan pengenalan diri dan hanya diri aku.. bagaimana untuk terus maju ke hadapan dan bagaimana dengan masa hadapan yang kabur.. aku rasa aku masih perlu masa untuk fine tune dalam menentukannya.. dalam keseronokkan sebenarnya hati aku masih gusar kerana jawapan yang cari masih tidak dijumpai..mungkin bukan di sini..mungkin bukan sekarang.. mungkin bukan ini cara untuk mendalaminya..

Disini aku kenal erti kehidupan, kehidupan tak semesti kerja kuat, ada yang sanggup tinggalkan segalanya untuk buat apa yang dia suka.. orang lain nampak cam tak yakin dengan apa yang dibuat.. tapi dia yakin dengan diri sendiri.. biarkan apa orang nak kata.. dan akhirnya dia juga yang bahagia.. biarlah orang kata dia buat kerja kampung.. namun sehingga ke hari ini dia masih lagi dapat merasa sesuap nasi tanpa gagal setiap hari..

Apa pun... aku cuma perlu satu jalan untuk meneruskan hidup.. terus meminta tolong dari DIA yang Maha Kuasa.. takkan ada kuasa lain yang mampu untuk mengubah segalanya.. kekuatan ini... datangnya dari DIA... semoga DIA mempermudahkan segalanya...

Till Then, Assalamualaikum :)

Wednesday, November 16, 2011

Semoga Kikin Cepat Sembuh

17 November 2011

Aku dah plan untuk ke Pantai Timur dengan menaiki keretapi.. tapi kelmarin ada kejadian yang menimpa kami.. Selasa 15 Nov kami patut pergi bermain badminton.. tapi semalam Kin sakit terlantar kat rumah sewa dia.. dia sorang2 sebab semua orang pegi kerja.. petang tu plan nak hantar dia ke hospital.. aku pulak seakan pentingkan diri siapkan kerja-kerja di office sebelum bercuti lama.. pelabagai ragam.. huuu kawan-kawan lain dah selamat tengok Kin kat rumah sewa dia.. bila aku sampai semua orang dah ada dalam bilik dia.. kerumun.. dorang nak hantar Kin balik Tiram.. sebabnya sakit dia nampak serius..

Bila ke klinik semalam.. memang mintak reference letter untuk rujuk ke pakar.. bila dah sampai sini..Doktor ER yang check tu cakap Kin cuma gastrik biasa.. what?? so bila Amir jeck dia sikit..dia cam tergugat. alasan dia bed penuh. jadi awak nak biarkan kawan saya sakit camtu sahaja? whattt??? kat sini je aku dah macam tak puas hati.. Doktor kat hospital swasta kini pun dah ambil sambil lewa.. huuu mungkin sebab sekarang ni hospital pakar dah jadi taraf hospital kerajaan.. bukan pe.. mungkin sebab dah ramai orang beli insurance.. so dorang ade hak untuk mendapatkan rawatan.. tapi kini bukan rawatan kelas pertama lagi hendaknya.. huuuu

Nak tunggu warded pun sikit punya lama.. kami sampai dalam kol 8 lebih, pastu Kin dapat masuk ward dalam pukul 12pm.. this is not acceptable for the private hospital.. angin je..sebab doktor yang pertama tu bagi remarks yang ambil mudah.. kawan aku ni dah macam separuh nyawa.. suke dia je nak suruh balik... ngaaa.. ok.. penuh dengan emosi... huuuu malam ni Cik Iezo yang menjaga beliau.. dia yang tawarkan diri untuk jaga cik Kin.. jadi malam tu aku memang hentam tidur.. huuu

Esok paginya.. aku keluar macam nak pergi kerja.. aku tnya jugak Kin dia ada nak pesan apa-apa tak.. dia kene puasa.. jadi tak leh nak makan katanya.. jadi aku pun breakfast siap-siap kat rumah.. aku teringat plak semalam Kin suruh Iezo bawak buku La Tahzan.. tapi dia tak bawak.. jadi aku bawak aku punya bagi kat Kin pinjam.. bila sampai aku tengok muka Kin lemah.. tapi lepas bual2.. dia ok sikit.. bila Amir datang dia lagi ok.. hee :)

Kejadian sepanjang aku dok hospital.. dari hari Selasa malam Kin admitted.. doktor tak check2 dia lagi.. tinggal camtu je.. kol 10am aku tnya reception kat luar.. kol 12 tanya lagi. katanya doktor ade byk operation.. abis tu takkan tinggal kawan saya camtu je.. kol 12 tu Kin ngadu sakit kaki.. dan seperti biasa nurse inject ubat.. hmmm baru lah tidur kawan saya tu.. so bile orang ramai visit tghr tu.. Kin sedang nyenyak tidur.. semua orang datang cakap dia sembab.. sian Kin..

Kin sedang struggle untuk sihat.. masa buat scan ultrasound ada byk batu dalam gull bladder (pundi hempedu), kaki dia ada urat dan darah yang tersumbat.. hari ni dia buat MRI.. dari keputusan pada hari ni. baru leh move forward sama ada nak operation atau tidak.. aku hanya mampu untuk berdoa.. aku tak dapat buat apa2.. plak tu.. aku nak pergi bercuti jauh sampai ke Kelantan

Kin, saya tahu awak kuat semangat dan Kin yang saya kenal sangat kental.. saya harap awak cepat sembuh seperti sediakala.. kalau memang ini ujian yang patut awak terima kat dunia.. mungkin ada hikmah disebalik semua ini.. jom kita sama-sama doa supaya Kin cepat sembuh seperti sedia kala..

Kawan-kawan lain.. tolong doakan Kin supaya dia cepat baik..

Till Then, Assalamualaikum..

Monday, November 14, 2011

Pre-Journey To The East

14 November 2011

Hujung minggu yang penuh seperti biasa.. namun minggu ini agak teruja kerna  hanya perlu bekerja 2 hari sahaja minggu ini dan akan bercuti sehingga 29hb.. woahh cuti yang lama ini mahu digunakan untuk diri sendiri dan melibatkan perkara-perkara berkisar tentang diri  sendiri.. no one else only me.. huuu percutian yang dirancang untuk ke Pantai Timur akan berlangsung pada Hari Khamis ini 17hb sekiranya diizinkanNYA.. ada beberapa checklist yang perlu di buat sebelum berlepas ke sana:

  1. Packing lah.. ape lagi.. mahu bawak beg roda satu dan bag pack satu.. tujuannya akan di beritahu kelak
  2. Tinggalkan kunci abang pada adinda aku supaya dia boleh start engine semasa ketiadaan aku nanti
  3. Belikan makanan untuk adik-adik kat rumah ni.. makanan dorang dah nak habis
  4. Tinggalkan wasiat dan pesan untuk jaga anak di office..mudah2an panjang umurnya dak Torres itu
  5. Dapatkan kereta sewa semasa berada di Kuala Terengganu nanti
  6. Renew Pasport before berlepas ke sana.. just in case.. mahu terbang pulak.. eyh.. ngaaa :P
and the list goes on.. hati aku meronta-ronta nak cuti.. tapi at the same time aku sedih kerna aku hanya ada sisa-sisa masa untuk bersama mereka-mereka yang talented dan memberi kesan dalam hidup aku..datangnya hanya sebentar.. tetapi perjuangan dan ikatan itu amat kuat pada perasaan dan pandangan aku.. biarlah perpisahan yang bakal kami alami ini..adalah perpisahan yang diredhai.. dan aku berharap agar aku dapat bertemu dan bekerjasama lagi dengan mereka di masa akan datang...

Insyallah kalau ade rezekinya aku akan belikan sesuatu untuk mereka.. dan untuk semuaa.. mudah2an juga perjalanan aku akan dilindungiNYA.. amin.. :)

Till Then, Assalamualaikum :)

Wednesday, November 9, 2011

Sesi Luahan Hati

9 November 2011


Baca tajuk jangan suka buat spekulasi ok.. huhuhu ini bukan berkenaan hati i love you, you love me ok.. huu ni soal masa depan.. soal diri sendiri.. bila dah ada dalam dikusi ni aku rasa diriku terlalu jauh dengan mereka.. mereka punya teori dan pegangan yang tetap.. bukan seperti aku yang senang untuk dipuaskan hati.. standard terlalu rendah.. apa yang aku ada cuma sifat kesyukuran yang melampau.. huuu bukan nak kata sikap syukur itu tak perlu.. perlu tapi dalam kuantiti yang sedikit.. sebab bila kita bersyukur sangat kita akan berada dalam comfort zone.. dan bila kita ada comfort zone kita akan tak improve ourselve.. hmmm

Perjuangan hidup dan cara hidup aku berbeza..mungkin kami berbeza dari segi pendapat tapi kami mempunyai isu yang sama.. aku berharap agar segala isu ini dapat berakhir dan diselesaikan dengan baik dan semoga perjuangan itu menjadi lebih baik.. masa ini mungkin masa yang sesuai untuk menunjukkan kematangan yang aku ada walaupun tak berapa nak ada pun.. mungkin ada jalan tengah untuk semua ini.. situasi menang-menang patut diketengahkan saat ini..semoga tiada yang terkorban dalam perjuangan ini..diharap semua baik-baik sahaja.. huuu

Satu je pinta aku.. aku harap kobaran ini bukan sekadar melepaskan batuk di tangga.. ada penghujung dan impak yang positif hendakNYA.. aku pasti dengan bimbingan DIA kami semua akan disatukan dalam keadaan yang situasi yang baik.. mungkin kerana Allah juga kita bertemu dan berpisah..mungkin ini merupakan titik tolak..mungkin ini dinamakan jodoh... keserasian dah ada.. cuma perlukan sesuatu medium dan petujuk jalan..semoga semuanya baik-baik sahaja

ps- penulisan aku dipengaruhi secara terus dengan emosi.. maka abaikan sekiranya penulisan ini tidak berasas.. topi merah menguasai diri ini..

Till Then.. Assalamualaikum :)

Tuesday, November 1, 2011

Didiklah Jiwa...

1 November 2011

Beberapa hari ni aku dok fikir.. adakah jiwa mengatasi akal ataupun akal akan mengatasi jiwa.. jawapan aku.. jiwa tu sangat fragile dan perlu di jaga.. jiwa dikatakan raja dalam diri.. perlu dijaga dengan penuh kasih sayang dan asas yang kukuh.. tapi jiwa tak sama dengan hati.. ada orang kata orang berjiwa besar ialah orang yang sanggup berkorban apa sahaja untuk orang lain.. orang yang berhati besar..maksudnya mengalu-alukan dengan tangan terbuka.. jadi nampak sangat jiwa dan hati berbeza..so kesimpulannya aku pilih jiwa rather than akal.. huu bukan langsung akal di pinggirkan.. tapi aku letakkan di tangga ke 2...

Orang kata ikut hati mati.. memang pun sebab apa yang mempengaruhi hati ialah.. emosi.. dan emosi tak selalunya betul.. tapi itu menjadikan manusia itu indah.. tanpa emosi.. manusia leh jadi robot... emosi tu sebenarnya indah.. sekiranya dikawal dengan cekap dan cermat.. jangan sampai kita letakkan emosi di tempat pertama.. kerana.. emosi ni.. yang banyak pengaruhnya ialah dari syaitan dan iblis.. dorang suka lah bila kita sedih,down.. ada je dorang tuang sikit2 perasaan yang bukan-bukan.. bear in mind.. manusia ni fitrahnya ialah suci.. tapi kita senang sangat dikotori dan dicemari oleh syaitan musuh kita yang nyata.. oleh itu berhati-hati kawan..

Jaga jiwa... makanan jiwa kebanyakkan datang dari dalaman.. kepercayaan dan iman yang kuat.. banyakkan ibadah dan dekatkan diri pada Allah... itu makanan jiwa dan nurani kita..dengar ceramah motivasi pun sebenarnya boleh jadi kapsul untuk jiwa dan nurani.. walaupun kadang-kadang fakta dan statistik yang diberikan tak begitu sahih macam dalam thesis.. tapi ianya benar berlaku.. maka sebenarnya kita boleh ambil iktibar dan pengisian yang mereka cuba sampaikan..ingatan terhadap DIA itu sangat penting.. sebab bila kita ingat DIA Yang Maha Esa.. kita akan cuba jauhi segala maksiat.. insyallah..

Aku bukan ustazah, maka penulisan aku sekadar apa yang aku tahu.. tak de nas dan dalil.. cuma tujuan aku nak ingatkan.. jangan asik sibuk nak jaga fizikal.. tapi jiwa kita terabai.. sayangi jiwa anda... :)

Till Then... Assalamualaikum

Thursday, October 20, 2011

Keluli Sebenar :)

20 October 2011

Movie terbaik untuk tahun ini.. tu je mampu nak cakap.. jalan penceritaan yang menarik.. lebih touching bila dia bukak cerita berkenaan hubungan antara seorang ayah yang meninggalkan anak beliau semenjak lahir dan bertemu semula ketika kanak-kanak tersebut berumur 11 tahun... cerita ni berplotkan mungkin pada tahun 2020an.. tak pasti tahun berapa tapi kecanggihan alatan yang mereka gunakan berada di tahap yang sangat maju... semua infra tu transparent.. nampak the other side... canggeh dan bergaya ok.. huuuu

Permulaan cerita ini agak slow..kami pun masuk agak lambat.. permulaan cerita dah masuk cerita pasal robot-robot..aku macam lost sikit.. tapi bila dah lama-lama semakin curious nak tahu.. apa sebenarnya pengarah ni nak try sampaikan melalui penceritaan ini.. plot utama dalam cerita ni sebenarnya hubungan ayah dan anak... tu yang utama.. tapi dalam penceritaan itu disertakan dengan gadget yang canggeh manggeh dengan tahap yang mungkin tak terfikir oleh manusia.. manusia akan datang mahukan entertainment yang lebih ganas dan lebih ekstrem..gunakan robot untuk masuk ke arena keganasan... huuu
Charlie, Max and Atom
Scene yang paling seronok di lihat perhubungan antara kedua insan ni. si Hugh Jackman dengan anak dia Max.. memang tersangat sempoi dan superb.. disebalik keganasan dan kemachoan seorang ayah.. terselit juga ciri-ciri kebapaan dalam diri dia.. permulaan journey dorang dimulakan dengan pemilihan si Max anak Huge Jackman untuk ambil si Atom, robot tahun 2014.. huuu Atom ada kelebihan untuk meniru segala gaya tuan dia.. so si Max yang comel ni.. selalu bawak robot dia jalan-jalan.. dan dia mintak tolong ayah dia untuk ajar robot dia bertinju..sebab ayah dia ex boxer yang terkenal dulu.. jadi lost sebab terlalu sukakan robot dan keganaasn robot...

Silalah ke panggung untuk tengok cite ni dengan lebih jelas.. sangat seronok dan aku recommend tengok.. huuu aku bagi 7 out of 10.. dan 3 bintang tak penuh sebab plot permulaan terlalu slow.. penceritaan tentang perempuan yang bersama hugh jackman tu tak di kupas sepenuhnya..jadi macam watak sampingan je.. tak de cerita pasal late mother Max.. jadi macam tak kene pula.. owhh..banyak plak komen aku yer.. anyway.. sape yang nak kan cite aksi + moden + futuristic.. silalah tengok pic ini.. terbaikk..

Ps- bila doran ni cite pasal Atom.. aku teringat abang aku.. wooaahhh touching pule.. huuu

Till Then.. Assalamualaikum :)

Kata-kata Hikmah Hari Ini

20 October 2011

Apa yang kita mahukan tak semestinya baik untuk kita sebab kita ni manusia yang jahil dan hanya Allah sahaja yang tahu baik buruknya sesuatu... maka.. jangan terlalu yakin dengan kehendak kita. mungkin bukan itu yang terbaik untuk kita.. mohonlah pada Allah agar kita dipermudahkan segala urusannya.. dan mudah-mudahan apa yang kita suka itu adalah terbaik untuk kita...

Till Then... Assalamualaikum 

Wednesday, October 19, 2011

Berakhirnya Riwayat Hidupnya

19 October 2011

Rezeki untuk bahagia bersama beliau selamanya telah ditarik semula.. ni semua gara-gara aku tukar air dia.. sementara nak basuh bekas dia.. aku letak air sejuk kat dispenser.. huuu nampaknya dia tak dapat bertahan dan terus berenang senget.. lepas aku naik lunch.. dia da takde.. huuu Rooney.. maafkan saya sebab saya bukan seorang  tuan yang baik.. huuu..

Aku lagi sayang Rooney dari si Torres.. maka dia yang kene pergi dulu.. huuu dugaan untuk ku di minggu ini.. semoga bertabah.. huuu

ps- mungkin aku kene bawak pam oksigen untuk rakan dia.. si Torres..semoga panjang umurnya hendaknya.

Friday, October 14, 2011

Rooney dan Torres

14 October 2011

Kenalkan ada kekasih baru saya... nama dorang best.. sorang nama Rooney.. sorang lagi nama dia Torres... hahahaha nama dorang hensem.. seperti mereka juga hendaknya... hehehehe ape pun.. baru dapat berkenalan dengan dia minggu lepas, hari Selasa 4hb October.. tu la tarikh keramatnya.. huhuhu dan pada saya.. tu la birthday mereka... ni tempat kami berdating.. dan berjumpa buat kali pertamanya.. masa lalu lalang tu memang tak de niat untuk memiliki tapi bila 2 kali pandang.. saya terjatuh hati.. dan terus rasa nak kenal dengan lebih dekat dan rapat.. hehe
Giant Tampoi

Selepas berdating terus bawak balik.. heheheh adeyh la.. sukenya hati dan hari hari saya yang mendatang.. dah ade boifee or anak baru... heee :) semoga mereka bertahan dengan sikap saya yang tak berapa nak betul ni.. huhuh semoga mereka panjang umur dan sayang saya macam saya sayang mereka...

Si Rooney si garang dan pantas...

Si Torres yang cepat pucat lesi..
Semoga dengan kehadiran kedua-dua ikan comel ini akan menambahkan keceriaan dalam hidup saya.. dan supaya saya lebih bertanggungjawab... babies.. take care.. sayang kamooo berdua.. huuuu 
ps- dorang suke makan cacing and jentik2 mane nak cari??huu makan tablet je hari2.. huuu

Till Then.. Assalamualaikum

Sunday, October 9, 2011

Jodoh...

9 October 2011

Tajuk nak power... ahahah tapi belum pasti pengisian dia tu elok dan berguna... Hari Khamis lalu ada seorang sahabat ni suruh aku tengok TV9..Semanis Kurma... Tajuknya "Dia untuk ku..." aku pulaknya terasa malas mahu bangun sebab masa tu aku da bersiap untuk tidur... dah memang kat bilik pun.. so aku mintak la dia download.. huuu ade 2 orang sebenarnya yang ajak aku tengok siri tu.. huuu jadi aku terima download dari 2 orang berbeza dari segi perspekstif juga berbeza...

Menurut rakan aku yang seorang tu.. dia kata...sebagai intro..kepada sesiapa yang belum menemui jodoh.. kene usaha sebab pasangan takkan datang bergolek.. bila aku tanya apa usaha yang perlu kita buat untuk mendapatkan jodoh yang baik.. dia kata..part and parcel of getting partner is "usha" ish.. aku  cakap takkan la aku nak mengurat kot.. huuu actually aku da penat mengurat arrghh.. semua tak menjadi.. teringat kata seorang kawan baik lelaki aku. dia kata.. lelaki tak suka diburu.. tapi suka memburu... huuuu bila aku tanya kawan-kawan aku yang lain betul ke tidak.. ade jugak yang kata... ade juga lelaki yang suke perempuan start dulu... woahhh terlalu complicated kisah perhubungan lelaki dan perempuan..

Tapi ade jugak ilmu yang aku dapat dari Al-Quran.. Allah memang dah kata.. Allah ciptakan semua mahluk itu berpasangan, even kejadian alam ni pun Allah jadikan berpasangan, siang dan malam, hujan dan panas, etc.. maka.. pada aku tak perlu risau.. kita ini pasti akan ada pasangan hendakNYA.. tapi aku teringat plak cik Zam penah cakap kat aku.. dia kata kalau dah memang kita ditakdirkan kita tak berpasangan di dunia..mungkin kita tak layak kerana setiap orang ada tujuan hidup didunia.. mungkin kita bukan dijadikan untuk mengembangkan zuriat.. mungkin jodoh kita di alam sana..who knows :)

Sambung cerita Dia Untukku... kawan aku kata lagi.. ade orang tanya macamana kita nak tahu dia tu jodoh kita.. dia kata.. berbeza untuk setiap orang, dia kata kalau kita jumpa jodoh kita..something will trigger contohnya jantung berdegup laku, sedap je mata memandang.. and macamana nak tentukan samada hes/shes the one.. kita akan rase tenang, senang je bila berjumpa.. huuuu dan kawan aku yang lagi satu cakap.. dia kata.. bila kita dah rasa macamtu.. selalunya orang bila da sayang kita tend untuk belai, bagi perhatian, pegang, etc2 macam kucing.. jadinya.. kita akan tend buat maksiat.. so untuk mengelakkan maksiat.. maka wajiblah berkahwin dengan cepat..

One more important point yang kawan ku sampaikan.. kalau dah memang kita ni jodoh dia.. Allah akan permudahkan semua urusan perkahwinan atau apa-apa urusan yang berkaitan.. huuu dan yakinlah Allah memang dah janji lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik.. dan vice versa... jadi.. untuk dapat orang yang baik.. kenalah kita jadi baik dulu sebelum kita dapat orang yang baik.. perbaiki diri sendiri.. berdoalah setiap hari untuk mendapat jodoh yang terbaik... walaupun begitu.. mungkin kita ditakdirkan dengan orang yang kurang baik.. tujuannya mungkin untuk melengkapi diantara satu sama lain dan dugaan hidup.. tapi ade ke orang nak jodoh yang kurang baik? senang je.. berdoa banyak-banyak kat DIA,moga-moga dia kabulkan permintaan dan hajat kita hendakNYA...

Banyaknya aku membebel pasal benda ni.. huuu ku akhiri dengan pesan ustazah dalam semanis kurma.. dia ada pesan berpuasa pada hari jadi kita.. insyallah Allah memberkati hari jadi dan mengurniakan kita jodoh yang baik-baik.. yang dah ada jodoh.. peliharalah hubungan yang sedia ada untuk kekal hingga ke akhir syurgaa... :)  teruskan doa-doa anda.. Allah Maha Mendengar dan Maha Pengkabulkan doa... DIA tahu apa yang terbaik untuk kita.. :)

ps- ade orang kata bila muka kita mirip dia.. akan berkekalan jodohnya... saya tak jumpa lagi lelaki sebegitu.. hoh... selalu saya suke lelaki yang berlainan rupa dengan saya.. hoh. :P susa ini macam... ngaa ape pun aku berserah...biar DIA sahaja yang tentukan.. 

Till Then... Assalamualaikum

Wednesday, September 7, 2011

Ada Apa Dengan Status?

7 September 2011

Hari ni status bbm aku berbunyi begini ... "Counting Days..icon jam.icon berfikir (bubble)".. woaahhh.. ok... first of all ape yang korang akan fikir?? tentulah korang fikir aku tengah kira hari bahagia aku.. ye tak??? aishhhh... bile plak aku tahu bila hari bahagia aku a.k.a tunang ke kawin ke... oitt... pasangan pun tak de weyh..ngaaaa :P camnernya nak ade hubungan sebegitu hendaknya... so pagi-pagi dah ade orang tegur.. Whats up with your status??? huuuu aku bagi tahu bende yang betul.. apa sebenarnya yang sedang bermain dalam fikiran aku.. huuuu

Petang plak, time aku pegi meeting kat MBJB hari ni, boss aku si Min bbm aku.. tanya aku nak sambung study ke tak.. ni ok lah lagi.. dia memang tahu apa dilema yang aku alami.. dan aku pun dah mintak konsultasi dia.. huuu dan akhirnya aku akur... kerana objektif aku dalam karier tak memerlukan aku untuk menuntut pelajaran sampai ke master.. namun misi aku satu ketika dulu aku tepaksa matikan di situ.. mungkin bukan MBA yang aku akan ambil. mungkin benda lain... btw.. kecoh fam aku belah ayah tanya aku samada aku tengah sambung study ke apa.. aishhh mane dorang dapat cerita itu weyh... pelik plak aku.. mungkin aku ada sebut aku ingin.. tapi tak bermaksud aku da sambung sekarang.. huuuu
Bukan status aku ok.. dicedok dari google.. naaa

Tiba-tiba pada masa yang sama.. bos kecik aku.. direct bos aku bbm aku juga.. tapi ayatnya agak sedih bila aku baca.. "you are leaving me are you?? " huh? mula-mula first time baca aku agak tak paham, then aku tulis dan reply.. "leaving to??" aku pening.. owhh dia kata status aku fishy dan dia tanya samada dia perlu tahu ke tak.. then aku reply.. bukan sekarang ni.. maybe later.. huuu dan aku cakap aku sedang draft exit plan aku dari sini.. kemana hala tuju aku... aku kurang pasti.. aku memerlukan masa untuk membentuk diri aku sendiri.. huuu so.. berikan aku masa... huuuu

Ape pun sebenarnya.. aku mengira hari... penggantian puasa aku la.. dan juga projek besar untuk aku.. ini kali pertama aku handle PCT (Project Community Training) dulu aku support je.. but now aku lead.. dan aku rasa aku pun tak lead dengan bagus.. maka aku risau.. :( huuuu then bila aku jawab kat Min.. dia berdekah.. hahahahah dan bila aku reply kat direct bos aku.. dia nyatakan concern dia.. dia kata dia worried.. huuu yups.. maybe next year.. tu pun kalau di izinkanNYA.. kalau tak.. mungkin aku akan stay kat sini saja lor. huuuu

That was it.. pengalaman aku meletakkan status begitu.. so what is ur status today?? hopefully tak menimbulkan konspirasi hendaknya.. aku tengah fikir macamana aku nak habiskan ganti puasa dan nak puasa 6 ni..haihhh..mintak-mintak Allah beri aku peluang untuk menggantikan puasa ini kesemuanya dan kalau boleh biarlah penggantian itu habis di bulan Syawal.. huuu amin.. mudah-mudahan.. jadinya baki sehingga hari ini ada lagi 11 hari..phew.. longgggg wayyyy to goo.. huuuu

Till then kawan-kawan, Assalamualaikum

Monday, August 29, 2011

Salam Lebaran Untuk Semua..

29 August 2011

Semperna Hari Raya Aidilfitri ni.. manusia dah kembali ke fitrah masing-masing.. akan disatukan jasad dan rohnya untuk menempuh 11 bulan yang akan datang ni.. dan semperna itu juga.. saya nak menyusun sepuluh jari.. saya tahu saya banyak salah pada semua.. tentulah sebab saya ni manusia biasa.. tak pernah lekang dari kesilapan.. saya ni tak sempurna.. kalau sempurna pun.. pinjaman dari DIA yang sementara..

Untuk itu, siapa-siapa yang pernah tersinggung dengan tulisan saya di dalam blog ni.. harap di ampunkan lah hendaknya.. pada silent readers, kalau ada terbaca bende yang terkena batang hidung or saya meluahkan perasaan saya.. maafkan saya.. pada kawan-kawan yang tak rela cerita mereka di publishkan disini.. maafkan saya.. insyallah saya cuba untuk perbaiki diri untuk masa akan datang... 

Tahun ni, seriously makna Raya sememangnya lain.. tersangat lain.. rasa macam tak dapat grad sebab mase bulan puasa (bulan ibadah, madrasah Ramadhan) saya tak perform well.. maka saya tak boleh beraya kiranya.. huhu ape pun selamat berhari raya pada semua.. semoga kamu semua bahagia di samping keluarga tersayang..

Esok, Insyallah saya update dengan entri raya di Rengit w/o  Atuk Bah, fam Pak Su dan lain.. :( sedeyh tapi kami tetap beraya hendaknya.. mudah-mudahan... maafkan saya sekali lagi... (: happy eid to all (:

Amalan 10 Malam Terakhir Ramadhan - Ustaz A. Razak Aripin

29 August 2011

Ceramah ni sebenarnya berlaku = 25 August 2011  waktu tengahari ( 1.00 - 2.00pm) waktu lunch. slot ni merupakan slot terakhir yang dianjurkan oleh office untuk kakitangan dan aku rasa rugi plak kalau tak pegi.. this time around ceramah ni agak serius, dan bila terlalu serius ramai jugak yang di buai mimpi.. huuu Ustaz ni agak keras bila dia keluarkan hujah-hujah dia.. pheww... setiap orang ada cara masing-masing untuk menyampaikan dakwah.. ok.. jom start apa pengisian ceramah semalam (:

Dia mulakan ceramah beliau dengan nikmat yang Allah berikan pada kita.. terlalu banyak nikmatnya.. tapi ada 2 nikmat yang dia highlight
  1. Nikmat Iman dan Keislaman - dia siap buat contoh walaupun orang bukan Islam ni buat baik contohnya Bill Gates tu derma banyak-banyak tapi amalannya tidak langsung di pandang oleh Allah sebab dia bukan Islam.. tiba-tiba aku ingat Lady Diana.. dia pun baik jua.. tapi kalau betul dia bukan Islam..maka sesungguhnya rugilah seseorang itu kalau dia bukan seorang Islam.. huuu Alhamdulillah kita ni Islam..mudah-mudahan kita akan di kekalkan dalam Islam dan dimatikan dalam Islam jua..amin
  2. Nikmat Kemerdekaan - nikmat atau hak untuk memilih... Manusia ni dijadikan ada hak untuk memilih.. sebab tu ada manusia yang Islam dan tak Islam.. boleh pilih antara mahu jadi beriman atau tidak... dia ada cerita pasal binatang dan makhluk-makhluk lain seperti bulan, bintang, pokok dan haiwan.. mereka tidak dikurniakan dengan nikmat ini.. dan pokok diciptakan untuk menghasilkan oksigen untuk manusia.. kalaulah pokok ni ada nikmat memilih.. mana la tahu dia nak jugak oksigen dan ingkar.. abis lah manusia kiranya..berebut oksigen..
Ustaz ni ada pesan dia suruh kita prepare ourselve before masuk ramadhan. dia kata g la beli barang-barang raya before Ramadhan so that kita boleh fokus sepenuhnya di bulan Ramadhan.. ada betulnya juga ustaz ni kata... buat kuih mungkin la tak bole..sebab takot da tak sedap.. tapi kalau setakat beli langsir, beli baju raya, beli kasut.. semua da bole buat before hand.. maka.. senang.. time ramadhan tak payah beli lagi dah.. sibuk2.. kat orang yang meremut2.. huuu

Dia kata lagi.. untung manusia ni. dah la diberi bulan bonus.. plak tu syaitan dah tak de.. tapi dia kata.. kalau syaitan tu dah berjaya didik dan influence kita selama sebelas 11 bulan tu dan dah memang kita macam syaitan.. maka pada bulan puasa.. bende dah jadi biasa.. semua bende sama.. tak de langsung perubahan yang ada.. huuu dan dia ada cakap juga kita ni berpuasa ikut nasab.. maka setiap 4 tahun sekali kita akan berpuasa selama 29 hari sahaja... huu maka sebab tu tahun ni kita cuma berpuasa 29 hari sahaja..

Dia ada cerita tentang kewujudan nafsu.. nafsu ni dia adalah makhluk yang angkuh dan sombong... mula-mula Allah tanya dia.. siapa kamu.. dia menjawab aku adalah aku dan Kau adalah Kau.. berani kan dia cakap macam tu dengan DIA... hhuuu then Allah campak dia dalam neraka yang panas mendidih2.. selepas beberapa ribu tahun maka Allah tanya dia lagi..siapa kamu? dia dengan selamba je jawab.. aku adalah aku dan Kau adalah Kau... dia rilek je.. still berdegil dan angkuh.. namun selepas itu, bila Allah masukkan dia dalam neraka yang penuh dengan kesengsaraan beribu-ribu tahun lamanya.. barulah dia mengaku Aku adalah hambaMu dan Kau adalah Tuhanku... tengok betapa degilnya mahkluk atau elemen yang Allah ciptakan yang bernama nafsu.. maka.. kalau kita boleh kawal kita.. ianya merupakan kemenangan yang terbesar hendaknya..

Then, baru Ustaz ni zoom apakah sebenarnya yang patut di lakukan pada malam 10 yang terakhir ini, menurut beliau ini adalah amalan yang lakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W... jom zoom in.. yeah
  1. Bangun malam dan menjalankan Qiamulail
  2. Gerakkan keluarga untuk solat malam - suami kejutkan isteri atau vice verca
  3. Tidak mendatangi isteri
  4. Mandi di antara Maghrib dan Isyak
  5. Iktikaf di masjid
Ustaz ni kata... kalau nak tengok orang tu dapat tak shafaat Ramadhan.. tengoklah time di akhir Ramadhan.. kalau seseorang tu masih lagi melakukan kesalahan sebelum Ramadhan.. maksudnya dia tak dapat keberkatan di bulan Ramadhan.. kalau dia masih tak menutup aurat, masih lagi makan ikut nafsu, masih lagi bergaya ala-ala artis tak ingat dunia.. makanya.. dia tak dapat keberkatan itu..huuu dan dia ada cakap juga.. kedatangan Ramadhan tu di ibaratkan seperti kapal besar yang mewah contohnya kapal tu berlabuh dekat Danga Bay, dan tuan kapal tu nak beri zakat.. so siapa-siapa boleh datang and ambil barangan dalam kapal tu.. so ada yang datang sekadar menjenguk, ada yang datang bawak plastik, ada yang datang bawak kereta, ada yang datang bawak lori, ada yang datang hari-hari.. makanya yang datang tengok-tengok je tu.. tak dapat apa-apa.. sekadar dapat melihat keindahan kapal tersebut sahaja.. tangan kosong..

So.. pilihlah nak jadi golongan yang mana..pada aku dapat sikit pun jadi lah dari tak dapat apa-apa.. 

p/s- entri ni lambat keluar.. dah hari raya pun malam ni.. ngaa.. tak pe.. boleh simpan nota dan isinya untuk Ramadhan yang akan datang sekiranya kita diberikan peluang sekali lagi.. huuuu

Sunday, August 21, 2011

Iftar with Family and Relatives = Heaven

21 August 2011

Semalam ada majlis berbuka puasa beramai-ramai di rumah Ayah dan Ibu di Taman Nusantara.. mulanya Pak Su nak balik Rengit untuk berbuka puasa bersama Tok Yah.. tapi oleh sebab last week Tok Yah memang nak datang sini dan kami pula pulang ke Rengit. so the whole family were here yesterday dan kami semua gembira dan bersyukur... :) seronoknya bukan main walaupun bukan full house (:

Semua sibuk call and msg.. tanya rumah kami kat mana.. orang pertama sampai rombongan dari Rengit yang terdiri dari Tok Yah, Cik Ana dan Fizul (uncle)... kol 4 lebih dorang dah sampai.. hujan lebat.. sejuk je suasana.. :) seronok.. tengah berbual-bual dengan mereka.. Ngah call.. dia kata dia nak datang.. tapi hujan.. so dia nak mintak aku amik dia kat Saujana.. sebab dia naik motor,,ada isu sikit time ni sebab dia nak hantar kawan dia balik ke Pasir Gudang plak.. woahhh tersangat la jauh permintaan itu... aku terus bersiap nak ambil beliau

Perjalanan ke Saujana agak mencabar... dengan hujan turun mencurah-curah di highway.. lecak kiri kanan tak dapat bawak lebih dari 100km/hr.. jadi slow sikit perjalanan ke sana.. plak tu bila sampai tol ramai betul orang beratur.. dengan confirmnya aku terus pegi ke lane Smart Tag sebab mmg dalam Dutches ada Smart Tag.. nasib baik tak de orang que kat belakang... rupanya balance cuma ada RM 1.70.. daaa.. harga tol yang perlu di bayar = RM 2.30 short beberapa sen sahaja.. nasib baik ada sorang Aya ni.. dia suruh saya masuk lane Touch n Go.. and bila da sampai situ.. dia suruh saya bayar tunai.. saya baru la terhegeh2 nak kluarkan duit.. alahai.. saya bagi dia RM 5 and dia tak de change.. dia cuma bagi balik RM2.. cukuplah.. rezeki dia la..

Sampai Saujana. dengan tiada phone aku nak call adik aku yang seorang itu..pay phone satu pun tak boleh guna.. bila aku naik rumah dah gelap..rupanya dia dah turun.. bila aku turun nasib baik aku nampak dia.. dia berkeras juga nak hantar kawan dia balik ke Pasir Gudang.. bukan aku tak nak tapi plan kami untuk berbuka pasti akan tergendala sebab menghantar beliau.. aku ada usulakan untuk dia naik taxi.. tapi adik aku membantah.. aku dah masam mencuka.. aku sempat sindir.. aishhh.. tak penyabar rupanya aku ni.. duhhh.. perjalanan nak menghantar kawan adik ku itu dipenuhi dengan baca paper.. huuu

Alhamdulillah aku dan adik aku sampai 5 minit selepas orang ramai berbuka puasa.. ada Pak Su dari KL dan Untie Iela dan Famili.. Ya Allah meriahnya.. saat aku melangkah masuk rumah dengan memberi salam. hilang semua perasaan marah pada adik aku.. huuuu penuh hall kami bila semua makan duduk bersila.. lauk-lauknya ada ketam berlada, labu masak lemak, kari daging, ikan terubuk bakar, sayur goreng.. aku tak mampu nak makan sebab kenyang masih terasa.. huuu jadi aku makan murtabak dan kuih-kuih yang dibeli oleh tetamu yang hadir.. heee perasaan itu tak dapat nak digambarkan.. pulaknya phone saya masih belum bernyawa sebab battery flat dan charger baru di bawak oleh adik aku.. jadi tiada gambar didalam berry saya.. owhh.. tapi gambar dah di ambil oleh G-Tab adik ngan IPad Pak Su.. semoga Pak Su upload gambo semalam..

Selepas makan duduk lepak-lepak selepas Solat Maghrib.. :) seronok bila dapat bertemu sanak saudara.. heee nak pasang api pelita.. tapi sumbunya kene hujan.. jadi tak kekal api tu.. sekejap je dah padam.. seronok Syira dan Danish dapat main kat luar.. :) and aku geram betul tengok si Syira.. ishhh.. tembam.. putih gebu.. alahai.. geram betul.. masa dia nak balik sempat aku peluk dia kuat-kuat.. dia lari bukan main.. macam kene kejar hantu.. hehehehe :P seronoknya bergembira bersama. pinjaman DIA nikmat bekeluarga untuk kami sekeluarga.. Alhamdulillah :) 

Pak Su dan Sarah tidur di rumah.. so aku sibuk dok berbual-bual dengan Sarah.. masa mula-mula Sarah nak datang sini dia ada satu concern yang saya disagree... dia kata dia segan nak datang sebab kakak2 kat sini termasuk aku, adik aku dan cik Ana baik dengan kakak dia.. si Mira.. aku sempat kata.. tak baik cakap camtu..kita semuakan sedara.. uhuhuhu dan ayah dia bagi alasan..sebab dia tak selalu baik.. so camner dorang(kakak2 yang ada) nak baik dengan Sarah.. heee sweet budak tu.. sempat tanya aku.. ada tak boifee.. alahai.. tak terjawab.. ngaaa aku cakap je tak de... nantilah kalau ade jodoh ada la boy frennya.. hehe bila tanya balik dia pun tak de boifee jugak.. heee.. dia nak UPSR tahun ni.. i hope she will do her very best :) insyallah...

Pengakhiran semalam agak pilu sebab aku jawab panggilan seseorang yang dah lama aku tak jawab telefon dia.. aku buka hati aku untuk jawab panggilan tu sebab aku fikir ni bulan baik Ramadhan tak baik untuk aku teruskan perlakuan aku untuk stop the relationship.. aku harap menyambungan semula relationship ini akan jadi lebih baik.. dan tiada hidden agenda lagi.. dan aku lebih terang dan nyata tentang misi hidup aku.. :) semoga DIA tunjukkan jalan.. amin..

Ok peep.. Until Then.. Assalamulaikum

ps- tak de gambar kali ni sebab bb saya flat.. :( tapi keseronokkan itu tak dapat nak digambarkan..dan saya amat bersyukurr!!!

Thursday, August 18, 2011

Mungkin Senyap Itu Perlu

18 August 2011

Rasanya dah 2 hari aku pergi dan balik kerja tanpa radio.. tiba-tiba aku mahukan ketenangan tanpa muzik..dengar bunyi enjin Abang pun boleh tenang kiranya.. walaupun bunyinya tak sesedap kereta orang lain.. namun aku suka.. agak pelik dengan perubahan itu..namun aku rasa aku perlu masa untuk diriku... untuk senyap..

Mungkin sepi itu kawan ku.. Mungkin juga? tapi agak antagonis dengan ciri-ciri yang aku ada.. mungkin aku perlukan sepi sebagai teman ketika aku berkeseorangan.. kerana kalau dijumpakan aku dengan seseorang.. tak lain dan tak bukan aku akan start buat onar dengan membuka mulut.. kadang-kadang bila aku dah start bukak mulut.. aku tend to hurt someone else.. i didnt mean to do that btw... aku betul-betul risau dengan keadaan aku...

Mungkin sepi itu hadir untuk aku selami jiwa aku sendiri...untuk aku kenal apa itu sepi.. mungkin sepi itu indah.. tapi sepi yang berpanjangan tak elok..mungkin aku patut bertemankan sepi bila perlu.. mungkin 1/4 dari kehidupan harian ku.. dan aku mungkin perlu kawal untuk tidak bercakap bila tidak perlu...mungkin aku perlu hentikan perbuatan ku itu..

Andai ada sahabat-sahabat yang terguris perasaan dengan ketidaksepian aku itu.. ampunkan daku..kerana kelemahan itu datang dari diriku sendiri.. dan aku adalah manusia yang lemah..sila maafkan aku...

Until then...
p/s- target hari ni untuk 1000 kali LaillahaillahAllah rasenya tidak tercapai sebab tak beli lagi tasbih mekanikal tu lagi...mungkin perlu dicari untuk kebaikkan diri aku dan kamu juga...Assalamualaikum

Iftar di Rumah Anak Yatim Rayyan, Taman Perling

18 August 2011

Hari ni kami seoffice ada majlis berbuka puasa bersama masyarakat.. sama juga seperti tahun lepas.. pecarian tempat kali ini agak mencabar sedikit.. menurut kata komiti berbuka puasa ni la... (aku bukan komiti pun)... heheh not nominated ok.. jadi jangan menyibuk..ngaaa mula-mula nak buat di Rumah Anak Yatim Bukit Chagar.. tapi schedule mereka penuh..maklumlah rumah anak yatim tumpuan sebab lokasinya di tengah bandar.. ramai yang nak bagi bantuan... alhamdulillah.. tahap kesedaran masyarakat kita ni dah semakin meningkat untuk beramal ke arah sana.. (:
Rumah Anak Yatim Rayyan ni merupakan rumah anak yatim yang didirikan oleh NGO dan sumbangan dari masyarakat sekeliling... sekarang ni rumah anak yatim tu terletak di kawasan komersil di Taman Perling..sangat tak sesuai tempatnya.. tapi tu je yang ada setakat ni...menurut kata Cikgu Siti merangkap warden dia ada 30 orang budak-budak kat situ... separuh perempuan.. separuh lelaki.. dan ada di antara mereka belajar untuk jadi tahfiz.. alhamdulillah.. (: mudah-mudahan mereka ini dipermudahkan jalan hidup mereka..

Menurut Siti ni jugak.. ramai yang duduk di rumah anak yatim ni ada waris.. dan kalau mereka tak de waris.. ada mak angkat yang ambil or melawat mereka..baguslah... so dorang duduk situ ada jugak orang yang beri perhatian pada dorang...nasib baik... ;) dan Siti kata lagi... 2 minggu after raya mereka bercuti.. beraya bersama keluarga... huuu aku baru terkenang... kalaulah mereka ni beraya sesama mereka.. tentu sedih dan sadis.. huuu nak cerita pasal Siti.. budak ni cantik.. mukanya bercahaya.. sejuk je mata memandang bila tengok muka dia.. umur baru 22 tahun tapi berkebolehan untuk menjaga anak-anak yatim tu semua.. dan mereka (kanak-kanak) itu rapat dengan beliau..subhanAllah.. baiknya Siti ni... hmmm kagum dengan beliau... huu sempat jugak kawan-kawan aku kenenkan beliau dengan Syakirin.. huuuu

Aku kesana bersama BFF la.. si Yana, Yaya dan si Syidot..kali ni tak de orang buat hal.. semua baik.. malahan si Syidot yang suke buat hal tu kali ni baik betul.. mungkin sebab dia terkenangkan nasib anak-anak itu.. rajin dia mengemas di akhir jamuan tu.. heee aku tolong kemas sikit-sikit je.. lebih seronok dapat berbual dengan cik Siti yang cantik itu...masih muda tapi cara perawakan yang matang.. superb..

Kali ni tak macam tahun lepas.. interaksi antara aku dan kanak-kanak itu limited..sempat bermain dengan Amir dan kakak-kakaknya sahaja.. kenal dengan Daniel.. tak ramai dan tak sempat nak berbual panjang.. tapi budak-budak tu muka mereka seolah ada cahaya.. aku cuma boleh doakan...walaupun mereka tak dapat kasih sayang seorang ibu atau ayah atau keduanya..semoga mereka cekal untuk menghadapi hari esok dan mendatang.. dan semoga Allah permudahkan cara hidup mereka.. amin
Gambar kenangan kami bersama mereka.. ps- Siti yang pakai tudung putih ditengah sebelah saya :)

Semoga kamu semua bersyukur atas kenikmatan bekeluarga yang diberikan oleh DIA.. pinjaman sementara sahaja ketika didunia.. aku beruntung kerana masih mempunyai mereka berdua ketika susah dan senang..sayangilah mereka sementara masih ada.. saya sayang ibu dan ayah saya.. esok dah boleh balik dan berbuka bersama.. yippie!!!

Till Then.. Assalamualaikum... (:

Wednesday, August 17, 2011

Bijak Didunia, Bijak Diakhirat - Ustaz Mohd Fairuz AliAkhbar

17 August 2011

Permulaan hari yang bertenaga hari ni sebab terfikirkan tentang cuti.. hari ni Ustaz Fairuz datang awal, aku dan geng dah bersemangat giler.. siap chop tempat lagi.. bukan ape.. last week ramai yang kene duduk atas carpet or berdiri untuk dengar ceramah dari beliau.. best woo..bukan sahaja menghiburkan tapi ada pengisian yang dia nak cuba sampaikan.. dan ianya sangat berguna. bukan untuk orang lain.. untuk diri kita sendiri.. ok... jom start apa yang Ustaz share ngan kami hari ni..

Dia mulakan cerita dengan tanda orang-orang bertaqwa.. dia kata ade 2 tanda
  1. Seseorang itu sangat memahami muraqabah (sentiasa di perhatikan oleh Allah) maka orang yang sebegini akan elok perangai sebab dia tahu apa sahaja yang dia buat Allah akan perhatikan dia..
  2. Menzahirkan nikmat kesyukuran yang diterima olehnya
Sempat dia bercerita tentang syukur.. dia tanya pernahkah kita semua merasa nikmat urat-urat yang diberikan? tentulah tak pernah..sehingga kita ditimpa sakit. ketika itu barulah kita merasa nikmat urat yang diberikan sehingga kini.. nikmat mata untuk melihat, telingat untuk mendengar.. betapa besarnya nikmat yang Allah berikan tak terucap dengan kata-kata.. umpamanya kalau kita jadikan pokok-pokok seluruhnya di dunia ini dijadikan pen dan dakwatnya ialah 7 lautan yang ada di dunia ini..sesungguhnya tidak mencukupi nikmat yang Allah dah berikan pada kita.. huuuu terlampau banyak... phewww thanks Allah for those nikmat.. i really appreciate it..dan sesungguhnya nikmat terbesar ialah nikmat Iman dan Taqwa yang tak pernah dirasai oleh orang Kafir Musyrikin

Tengah cerita pasal nikmat.. tiba-tiba Ustaz selitkan pasal 3 golongan yang Allah akan cepatkan atau murahkan rezekinya.. nak tahu apa dia? bertenang... weeee
  1. Orang yang hendak/pasang niat untuk pergi Haji
  2. Orang yang berhutang dan sekiranya dia ada duit, dia tidak menagguhkan pelangsaian hutangnya
  3. Orang yang ingin berkahwin
Sempat dia berseloroh.. kalau tuan-tuan nak kawin lagi satu bagus la.. nanti Allah akan cepatkan atau luaskan pintu rezeki.. berdekah kami ketawa.. heee amboi-amboi..sempat promote poligami yer.. huhuhuhu sempat dia tanya soalan killer pada kami.. dia kata jangan malu untuk jadi orang Islam..walaupun kat dunia kita tak de harta sebanyak orang kafir.. tapi kita ada Iman.. kita ada Allah..sesungguhnya aku selalu fikir macam tu.. selalu rasa rendah diri pada orang kafir tu seme.. arghh pas ni tak payah nak look up kat dorang sangat.. dorang tak apa yang kita ada.. huuu

Dia sempat suruh google pasal Sheikh Ahmad Deedat dan juga Sheikh Harun Yahya.. orang hebat macam ni yang patut kita look up.. bukan nya Steven Jobs mahupun Bill Gates.. dorang cuma dapat kebahagian dunia je.. huuuu kedua-dua tokoh yang disebutkan ni adalah ulamak yang berjuang bersungguh kerana Allah..memperjuangkan Islam.. tak malu untuk jadi orang Islam.. dan perjuangan dia memang nampak bersungguh-sungguh.. kalau pun kita tak boleh jadi seperti mereka.. cukuplah untuk mengukuhkan iman diri sendiri... huuu tajam jugak apa dia cakap tu.. dia tanya.. apakah perjuangan kita dalam memperjuangan Islam.. fuyooo... aku?? ilek?

Dia juga ada ingatkan bahawa Malaikat Izrail, malaikat pencabut nyawa rupa-rupanya.. dia jenguk kita 40 kali sehari weyh.. kenyataan ini agak menggerunkan aku.. huuu bila-bila masa kalau DIA kata cabut.. dah boleh cabut bila-bila masa... pheww... dan dia ade jugak share citer pasal Jibrail datang menjenguk binatang-binatang..mula-mula Jibrail datang melawat kerbau.. dia terus tanya.. agak-agak tuan-tuan dan puan-puan.. kerbau tu syukur tak dia jadi kerbau.. nasiblah tuan puan bukan kerbau. kalau tak sure time tengahari macam ni tuan puan dah kene pegi ke ladang berkubang... bila Jibrail tanya si Kerbau..

Jibrail : Wahai Kerbau.. adakah kau menyesal Allah jadikan kamu seekor kerbau??
Kerbau : MasyAllah.. (sambil tengok Jibrail dengan hairan).. nasib baik aku ni kerbau..bukannya kelawar..
Jibrail : kenapa pula?
Kerbau : Kelawar tu dah la tak lawa.. tidur kepala dibawah..dan dia mandi dengan air kencingnya sendiri..

Ustaz mula describe cerita kelawar.. dia buat kami semua gelak dengan galaknya. dia cite cam ni.. bila kelawar tu tidur sepanjang hari.. tiba-tiba dia rasa nak terkencing..ada ke kelawar tu bangun sekejap dan pegi toilet.. "ladies please... " sambil ustaz ni buat muka.. so dia akan kencing terus.. maka.. tu la maksud si kerbau tu.. sambung cerita ni lagi..

Maka Jibrail pun pergi jumpa si kelawar..maka soalan yang sama dia tanyakan pada si kelawar sebab dia disangka malang sebab dia kencing atas badannya sendiri..
Jibrail : Wahai Kelawar.. adakah kau menyesal Allah jadikan kamu seekor kelawar??
Kelawar : MasyAllah.. (sambil tengok Jibrail dengan hairan).. nasib baik aku ni kelawar..bukannya cacing..
Jibrail : kenapa pula?
Kelawar : Cacing dah la hidup dalam tanah, makan dalam tanah.. lepas tu jalan pun guna perut..

Ustaz terus tanya camni.. tuan puan kat sini ada yang jalan pakai perut tak?? aku dah berdekah dah.. then dia sambung lagi cakap.. dia kata.. tak de kan tuan puan tapi ramai kat sini yang "jaga perut" tahniah di ucapkan.. lagi galak kami gelak..

Jibrail terus bertemu dengan cacing untuk mendapatkan penjelasan.. soalan yang sama dia tanya...
Jibrail : Wahai Cacing. adakah kau menyesal Allah jadikan kamu seekor cacing??
Cacing : MasyAllah.. (sambil tengok Jibrail dengan hairan).. nasib baik aku ni cacing..bukannya MANUSIA..
Jibrail : kenapa pula?
Cacing : ....

Agak-agaknya apa cacing ni jawab??.. sempat Ustaz ulas dan tanyakan pada kami.. takkan la manusia sehebat kita ni cacing cakap kita ni lagi tak elok..sedangkan Allah juga ada sebut manusia dijadikan sebaik-baik ciptaan..makan pun kat atas.. kat kepala (sambil buat aksi makan..dengan muka-muka dia sekali...) aksi ni tak boleh nak dicoretkan dengan kata-kata.. im not good at explaining thing in words tho.. huuhuhuhuhu 

Rupanya cacing tu kata.. Manusia ni kalau hidupnya imannya tak sempurna..dia akan dilazab di dalam neraka dan dia akan tinggal dalam neraka selama-lamanya.. jadi.. kita ni sebagai manusia.. yang ada akal fikiran.. boleh fikirkan yang terbaik untuk diri kita.. sesungguhnya kita sepatutnya bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan pada kita... dan kekalkan dan increasekan iman yang ada.. ada sikit pun dah ckup baik..

Dia bagitahu jugak pada kami yang dunia ini adalah busuk.. segala apa yang ada di dunia ni tak cantik sebenarnya.. kalau cantik sekalipun.. keadaan sebenarnya tidak disana.. dia bagi contoh bagunan office kitaorang la.. nampak luar memang cantik.. apa akan jadi kalau di korek dinding? ada batu dan besi yang berselirat di bawah dinding tersebut.. itulah perumapaan yang dia bagi.. and dia ada bagi lagi satu contoh.. baby yang baru lahir... 

Kenapa baby baru lahir dia menangis? sebab dia dah keluar dari alam sana.. dia tak cakap alam mana tapi dia kata baby tu menangis kerana dunia ni busuk dan dia takut untuk menghadapinya... dan dia ada bagi evidence yang sangat kuat.. dia kata.. baby kalau baru lahir.. tak pakai apa-apa pun bau mereka sangat wangi.. dikatakan bau dari Syurga... phew.. patut lah bau baby sangat best.. dan dia ada suruh bau mulut baby.. after dia bangun tidur masa dia sangap tu.. cium bau mulut dia..seriously memang baunya sangat harum.. tapi dia selitkan dengan lawak. dia kata.. cuba bau mulut bapak dia plak... wakakakakaka aduhai,.. boleh pengsan dibuatnya... hahaha

Dia ada juga describe tentang kecantikkan bidadari yang ada di syurga.. keadaan di syurga.. Ya Allah tak dapat nak di bayangkan macamana indahnya syurga itu... subhanallah.. dan bidadari tu dikatakan sangat cantik, mulus, bersih, suci sehingga nampak semua urat-uratnya.. dan dia kata juga kalau air liur bidadari jatuh diatas bumi.. maka manusia ni boleh jadi bergaduh dan angau sebab wangi.. huuuu tu baru air liur.. belum yang lain lagi... huu dan dia kata lagi.. kalau perempuan buat suaminya sakit hati.. maka bidadari akan marah dan dia akan kata macamni "sampai hati kau layan suami kami begitu.. nanti di syurga kami akan layan dia dengan baik sekali... " dan sekiranya seorang perempuan dapat masuk ke dalam syurga..maka bidadari akan memuji perempuan tersebut kerana mereka (orang perempuan yang masuk syurga) itu 70 cantik dari bidadari... SubhanAllah

Dalam bulan puasa ni.. bear in mind yang amalam sunat itu akan dikurniakan dengan fadilat yang fardu.. sekiranya kita buat amalan yang fardu kita akan diberikan fadilat fardu + 70 kali ganda.. Ya Allah.. banyaknya.. dan bila kita dah tahu habuannya kita sepatutnya seronok untuk buat amal ibadat kerana mungkin kita akan diganjarkan dengan bonus di bulan Ramadhan ini.. amin insyallah.. dia ada pesan supaya bertasbih dan dia mintak semua orang ada tasbih elektronik pasang dekat tag kitaorang tu.. kat mydin baru rm7 katanya.. huuu

Dan dia pesan lagi supaya banyakkan berzikir Laillahaillallah 1,000 kali, Selawat 100 kali, Istigfar  100 kali, etc dan dia suruh kami pegang Hadis nabi yang ini juga.. "Percantikkan harta benda kamu dan ubatilah penyakit kamu dengan sedakah" segala penyakit hati, penyakit sosial dan penyakit fizikal boleh di ubati dengan sedekah. jadi rajin-rajinkan lah bersedekah ok.. (: lagi banyak kita bersedekah.. lagi banyak Allah bagi balik.. tak percaya cuba buat camni.. letak RM 200 atau lebih untuk dirikan masjid dan niatkan kepada Allah.. insyallah Allah akan bagi balik rezeki tu dan kalau dah dapat nikmat itu... sesungguhnya anda takkan pernah lupa untuk bersedekah.. (:

Ok peep.. panjang lebar plak cite kali ni.. hopefully korang dapat ilmu sikit dari pembacaan ini.. sape-sape yang nak kawan dengan ustaz ni.. dia ada facebook la.. sila add... (:







Sunday, August 14, 2011

Post Iftar di Kapten Steamboat

14 August 2011


Semalam berkesempatan untuk beriftar di Kapten Steamboat... Kalau korang nak tahu kat mana Kapten ni.. aku tak tahu alamatnya.. tapi.. bole bagi rough location kat mana Kapten Steamboat ni... kalau korang dari Bandar JB nak ke Utara (Skudai) lalu Jalan Skudai, korang akan nampak Taman Tasek sebelah kanan korang.. belah kiri korang ade inner road.. tak sama level dengan Jalan Skudai..ada shop lot baru.. jadi kat situ la kedai Kapten ni terletak... janji nak sampai sane for all attendees pukul 8.30pm... I'm a bit early sebab saya kene ditugaskan untuk bawak kek..kenapa ada kek? huuuu that y we are here.. :)

Sampai-sampai je kat kedai tu.. aku ternampak a bunch of people outside the shop..rupenya.. memanglah aku kenal sangat.. It's Azzad and Kak Zam's team mase kat desaru... budak2 group Greeneration.. woaaahhh.. what a coincidence.. bertemu dengan mereka jua... huuu... aku salam budak2 perempuan..si Ebit, Zam, tunang Sham.. Bon plak ngah cakap phone.. so tak sempat la nak salam beliau.. then aku naik atas... bila saya naik.. macam tak percaya ada kedai kat atas tu.. huuu masa masuk kat tangga tu aku cam teragak-agak nak naik.. ni first time kot.. sebab tu laa.. hahaha

Bila da sampai aku terus approach counter.. aku tanya mana meja yang telah ditempah and aku mintak dia simpankan kek.. huuuu after tu aku terus duduk kat meja yang ditempah.. woahhh sorang-sorang.. tempat makan ni sangat cantik.. aku suke.. theme dia macam.. arr kedai yang dekat pelabuhan kat oversea.. tah.. aku rase camtu.. sangat suke.. 
Ni lah meja yang ditempah.. best duduk luar ade angin lepak-lepak sambil bersila.. :)
Tapi...time ni kesabaran aku diuji.. pukul 830pm sorang pun tak nampak bayang... huuuu dan akhirnya pukul 9pm baru dorang sampai.. tu pun belum full house..masih ada lagi yang masih tak sampai.. huuuu semua orang sampai pukul 920pm... then bila da smpai..baru nak set up nak makan soup apa... and g amik makanan.. makanan dia tak banyak pilihan.. dan banyak juga yang dah habis.. maybe sebab dah lewat.. sebab mungkin orang yang berbuka tadi dah habiskan segala yang sedap.. huhuhuhu tapi kualiti makanan ini tak berapa nak memuaskan hati..

Service yang diberikan memuaskan.. dorang melayan kerenah untuk kitaorang tuka soup dari tom yam ke soup biasa... pastu plak.. mase aku set up kek dorang siap nyanyikan lagu happy birthday kepada mereka yang diaraikan.. :) seronok..selain daripada itu pekerja mereka semua baik-baik dan peramah la.. maybe sebab kedai ni baru bukak kot.. dorang sempat berbual dengan aku.. tanya kenapa aku tak makan.. duduk sorang-sorang.. bila aku cakap aku tunggu kawan..dia senyum je..dari segi service memang ok la..selain dari tempat yang cantik..


Mungkin dorang boleh add more variety pada makanan yang dorang ada... sebenarnya kami datang sini pun sebab tempat ni boleh dikatakan privacy sikit... sebabnya kami nak sambut belated birthday cik Yana yang jatuh pada 11hb.. dan advance birthday Kikin pada 14hb.. so hari jumaat ni kira tengah-tengah la..since hari Sabtu dan Ahad aku agak sukar untuk keluar... wehuuu aku tak pasti samada dorang perasan atau tidak.. aku yakin dorang tak perasan sampai aku g set kek kat area kaunter. tiba-tiba si Yana ni keluar.. dia cakap.. "Afrinaa... awak buat apa tu??" olor... habislah suprise untuk mereka... tapi yang pasti Kikin tak tahu kot.. malam tu kiteorang nak sambut birthday dia sekali.. huuu


Ape pun malam tu we totally had fun together.. tapi sian si Amir la.. kene melayan kerenah kami untuk ambil gambar berlima.. alahai... sian Amir... maafkan kami yer..Selamat Ulangtahun untuk kedua-dua sahabat saya..semoga kamu berdua sihat dan dilimpahkan rahmatNya selalu... amin


Ps- gambar-gambir kami aku bakal masukkan bila aku da dapat dari tuan kamera mungkin Isnin ini.. nantikann kemunculan gambar-gambir kami..woahhh..ayat nak macam retiss.. :P ape pun.. till then korang.. Asslamualaikum


Friday, August 12, 2011

Jutawan Ramadhan by Ustaz Abd Rahim Sahalan

12 August 2011

Yesterday is Thursday, every Thursday at lunch break (1-2pm) we will have a religious talk. Alhamdulillah ada jugak orang yang organise.. so dapatlah ilmu sikit tak banyak pun dan masa tengahari tu tak de la terbuang kan.. huuu budak budak junior department aku antara orang yang terawal datang.. hahah eksited sebab ustaz yang sebelum ni superb.. rupanya ustaz yang bagi ceramah ni merupakan senior Ustaz Fairuz yang datang minggu lepas.. jadi masa pengenalan ustaz ni expectation aku dan kawan-kawan agak tinggi..

Beliau memulakan ceramah dengan memperkenalkan diri beliau.. seorang bekas graduan dari Universiti Azhar di Mesir mengambil jurusan Sanad Al-Quran.. first time aku dengar apa itu Sanad.. rupanya Sanad ni merupakan pembelajaran Al-Quran dari guru-guru yang susun galurnya bertemu dengan sahabat-sahabat Rasullallah.. Masyallah..seronoknya dapat belajar Al-Quran sampai begitu sekali.. mesti dia hafal dan faham apa kandungan Al-Quran tersebut.. bestnyaaa...

Menurut beliau bulan puasa/Ramadhan ni terbahagi kepada 3 bahagian, pada permulaannya adalah pemberian Rahmat dari Allah, pertengahannya ialah keampunan dan penghujungnya ialah permohonan untuk elak dari api neraka dikabulkan.. Maka apa yang tuggu lagi.. dia suka ingatkan yang kita tak pasti adakah tahun hadapan kita dapat bertemu Ramadhan lagi.. pheww.. terkesan jugaa..

Barangsiapa yang berpuasa, menyemarakkan malam dengan ibadat (bertarawikh) dan berjaga malam dengan ibadat pada malam Lailatul Qadar maka Allah akan memberikan keampunan secara tidak langsung... apa tunggu lagi.. tawarannya sangat hebat.. dia selalu kata.. jomlah  kita jadi jutawan katanya.. bulan ni semua amalam kita dilipatgandakan.. dan bukan susah sangat pun nak jadi jutawan di akhirat sana.. phew.. tapi.. ada ke orang realized bende ni.. kebanyakkan orang semua nak jadi jutawan dunia.. cam Bill Gates, Steve Jobs, etc... huuuuu

Dia ingatkan.. bila bulan puasa datang ni.. kita kene ada matlamat dalam bulan Ramadhan,. kalau tahun lepas tak pernah sembahyang Terawikh di masjid-masjid.. maka tahun ni boleh la increasekan kpi masing-masing yer.. kalau tahun lepas tak sempat nk khatamkan Al-Quran.. tahun ni try la habiskan.. huuu and kalau tahun lepas dah khatam Al-Quran tahun lepas.. bole double twicekan pengkhataman berikut.. dia tekankan suruh kami semua khatamkan Tafsir Al-Quran..sebab katanya.. semua isu semasa dapat diselesaikan kalau kita baca Al-Quran..semua penyelesaian ada di situ.. huu sebenarnya semua bende DIA dah provide untuk kita tinggal cari pun kita malas.. huuuu  ni rujuk pada diri sendiri jugaa... huuu

Puasa ini ada banyak level.. and semalam dia ada terangkan pasal puasa level 3.. kiranya level yang superb.. so ni senarainya apa yang dibuat untuk dapatkan puasa level 3:
  1. Solat 5 waktu berjemaah bagi lelaki dan bagi perempuan kalau tak dapat berjemaah solat di awal waktu
  2. Solat Dhuha 2,4,8 rakaat
  3. Bekerja
  4. Membaca Tafsir Al-Quran
  5. Solat Terawikh 8/20 rakaat
  6. Berzikir
Pengakhiran ceramah ni dia terus zoom camner nak jadi jutawan di Bulan Ramadhan di mata Allah..come on peep.. jom redah!! lets do it!
  1. Ulang Azan dari awal hingga ke akhirnya..
  2. Baca doa selepas azan
  3. Berdoa ketika berbuka dia suggestkan untuk doa 4 perkara ini (Mati di dalam iman, Diperluaskan pintu rezeki, Diberikan kesihatan yang baik dan dikurniakan anak-anak yang soleh/solehah)
  4. Berwuduk dengan sempurna
  5. Bersiwak/bersugi = gosok gigi laa
  6. Solat berjemaah
  7. Solat 2 rakaat sebelum dan selepas Solat Fardu Qablatah dan Ba'diah
  8. Memuliakan Hari Jumaat dengan amalan-amalan sunat Hari Jumaat
  9. Solat Isyak berjemaah
  10. Wirid selepas bersolat
  11. Tolong Orang dalam apa bentuk sekalipun
  12. Sedekah
  13. Menyebut Amin dan Rabbana Lakalhamd ketika iktidal bersama-sama imam
  14. Balik selepas Imam pulang dari masjid
Jadi kawan-kawan sekalian..macamana berani tak sahut cabaran untuk buat semua ini untuk jadi jutawan.. huuu tepuk dada tanyalah selera.. dan keimanan.. :) boleh rebut selagi boleh.. DIA tak rugi apa-apa pun kalau kita tak buat.. kita yang rugi..
Moh la kita banyak-banyak top up amalan kita time Ramadhan..semoga diberkati hendaknya.. amin.. Assalamualaikum

Amalan Terbalik Yang Dilakukan oleh Umat Islam Kini...

12 August 2011

Tertarikh bila aku baca email dari inbox aku.. aku amat terkejut.. dari 10 amalan ni, banyak yang kaum keluarga aku buat..dan memang dah menjadi tradisi pada orang Melayu khususnya.. sebenarnya kita sekarang ni  jauh terpesong.. banyak sangat buat benda sebab ikut-ikutkan orang tanpa tahu tujuan kenapa sesuatu amalam itu dibuat.. 

Sekadar berkongsi pengajaran pada semua di bulan Ramadhan ini.. semoga para pembaca blog aku dapat sebarkan bende yang elok ni... :) peace

"10 AMALAN YANG TERBALIK"

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh
Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-
1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.

Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau  ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa.Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM200.00 tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan  pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga
kurang bahagia.

Semoga kalian mengambil iktibar.. sesungguhnya memang most of us doing all of these stuff.. i bet u r not one of em..semoga kita dapat berfikir semula adakah patut kita buat semua ini??

Ok.. Till Then Assalamualaikum.. :)