Sunday, January 30, 2011

Belated Birthday Celebration

30 January 2011

Kejadian berlaku pada hari Ahad, 29 Januari 2011. Plan dorang memang dah lame.. dorang yang disebutkan disini mungkin asing..sebab nama mereka jarang ku sebutkan disini.. hehe mereka adalah Mazua, Ct Nisa, Anne.. nih kawan-kawan aku time sekola kat Sekolah Menengah dulu kala... mereka nak sambut birthday cik Paaz, Fazliana.. sepatutnye birthday beliau pada 16 January, tapi disebabkan mereka semua berada di Kuala Lumpur maka sambutan hari jadi tersebut di tunda pada tarikh disebutkan di atas.. huuu Plan yang dorang nak buat memang superb.. sambutan hari jadi di rumah Paaz ketika beliau baru pulang bekerja.. huuu 

Mesti beliau betul-betul terkejut dengan semua ini..lagipun dah lame rumah Paaz bermurung.. kerana ayahanda beliau baru sahaja pergi hujung tahun lepas.. lebih kurang same dengan pemergian Tok bah aku.. huuu. so mungkin cara ini boleh membangkitkan perasaan gembira kepada keluarga mereka..mungkin juaa.. hmm.. aku agak tercengang bila si Nisa sibuk soh aku datang bila majlis da ready semuanya.. huuu ini kali pertama aku join mereka untuk celebrate birthday mereka.. sebabnya.. aku selalu tak ada dan tak boleh nak datang ketika mereka menganjurkan semua ini.. dan yang aku paling sedih bilaa..

Paaz kata.. "wahh siap ada Azham sekali.. ni da kira special ni.." huuu aku terasa..aku sensitif pula..sedangkan itu bende yang benar.. then ditambah plak dengan Nisa.. "dia kan artis.. susah taw nak book masa dia ni.." perghhh... terasa yang amatsss.. hahaha padan muka tu la.. orang ajak tak pernah datang.. bukan aku tak nak pergi..setiap kali mereka ajak.. ada saja halangan yang aku tak mampu nak atasi dan tak mampu untuk aku lawan mostly kerana keluarga.. dan mereka sangat arif dengan keadaan aku yang mempunyai banyak restriction daripada family..

Mereka nak teruskan event tersebut dengan perjalanan ke Melaka..untuk makan ikan bakar di Umbai.. bila aku tengok telefon aku.. ibu dah msg suruh aku belikan makanan untuk Ateh dan seperti biasa suruhan dan pesanan utama ialah " jangan balik lambat.." bila aku message mintak izin.. tiada jawapan. lepas tu aku decide tak pergi bersama mereka.. tak pe lah... aku di katakan kera sumbang atau pun tak sporting.. aku ade constraint di situ.. aku tak mampu untuk pergi.. dan tiba2 aku mati katak di tengah jalan..owh noo..

Namun begitu.. aku masih kabur dengan definition kawan... mungkin aku ni cuma hadir ketika di waktu senang.. I was not there masa ayah Paaz sakit, ayah  Paaz meninggal.. hmmm..mungkin di sebabkan itu.. aku agak terasa terasing dalam kumpulan kawan-kawan aku yang ini.. hmmm..mungkin ini salah aku sendiri.. tak perlu nak ungkin bangkit tentang ini.. huuu

Untuk Paaz.. semoga beliau lebih tabah untuk menghadapi masa yang akan datang tanpa kehadiran ayahanda kesayangan di sisi... untuk kawan-kawan aku yang lain..semoga mereka masih menerima aku salah seorang daripada mereka... sesungguhnya aku rindukan mereka semua dan ingin berada di kalangan mereka.. much love.. xoxo

Ps- gambar-gambar kejadian akan ku tampal selepas aku dapat daripada cik Nisa dan cik Paaz mungkin later on.. :)