Tuesday, June 14, 2011

Management Talk Series 3/2011

14 June 2011

Hari ni birthday sahabat lama saya yang pernah bersekolah sama dahulu.. namanya Rafidah Mohd Nor. Hari ni birthday beliau yang ke 27 dengan pencapaian 3 orang puteri... suksess.. dan saya doakan semoga beliau dilimpahi kurnia dan rahmat untuk menempuhi hidup di dunia dan di akhirat... :) mase sekolah dulu jarang sambut birthday.. biasa la mase sekolah.. cuma titipan notes/kad je pengganti diri untuk mengucapkan selamat hari lahir.. saya bukan anak orang kaya yang biasa menyambut hari jadi kat KFC ke.. McD ke... tentulah tidak.. duit cukup-cukup untuk makan di sekolah.. kalau ade lebih pun cukup untuk beli magazine Galaxies je.. hahahahahah :P

Okeh.. hari ni En Nizar Idris datang office aku untuk adakan Management Talk.. orangnya kurus tinggi..berkumis dan mestilah pakai kot...huuu rupanya Encik yang bagi talk ni Senior Federal Counsel advising the Government of Malaysia on fiscal and tax matters.. ok ni.. aku copy paste dari sini.. seorang yang pernah menjadi Direktor atau Pengarah di Khazanah Nasional dan pernah berkerja lama di Shell dan mengamalkan scenario planning... wahhh.. ni baru first time aku dengar perkataan ini.. scenario planning.. weww

Konsep yang dia nak sampaikan ialah kita kene fikirkan apa yang akan jadi pada masa depan.. kene predict.. kite kene ada di satu masa dan ketika kita tak de di situ.. futurelah kirenya.. dia ni seorang futuristic.. dapat aku simpulkan.. dia ni da pergi banyak negara masa dia kerja di Shell dulu..London, Paris, Abu Dhabi,etc.. semua metropolis dia da pergi dan he keep on asking what Iskandar Malaysia have to attract those people out there to invest here??  aku pasti semua dalam dewan tadi tercenggang dan cari idea..

Menurut beliau untuk jadi sebuah metropolis ni... sesebuah negara tu perlu ada entertainment.. kene ade satu sumber untuk menjana ekonomi negara contoh yang di beri casino.. huuu casino memang beri banyak pendapatan.. tapi bila di fikir secara islamic memang tak halal duit tersebut.. tapi kita plak tak fikir camner negara islam yang lain generate duit ialah dari Musium Islamic mereka.. dorang dapat attract a lot of tourist there to see all the history bout Islam..jadi fikir-fikirkan apa yang kita ada untuk kita tunjulkan pada orang lain...

And part of it.. untuk jadikan sebuah metropolis.. benda-benda lain yang biasa ialah safety, public transport la.. infra la.. and so on.. so yang luar biasanya ialah culture...so kite kene tonjolkan culture yang ada.. kene ade centre.. kene ade galeri seni.. yang bukan hanya ada bahasa melayu sahaja.. think out side the box.. kene ade seribu bahasa so that seribu jenis orang boleh bertandang ke sini.. huhuhu terlalu tipikal saya fikirkan tentang mengutamakan bahasa ibunda.. yes.. memang perlu.. tapi.. untuk tourist.. kenapa kita mesti menyusahkan mereka...

Ok.. 3 key points yang aku sempat amik.. untuk embrace the futuristic thinking kita mesti amalkan yang 3 ini..
1. Have a mindset change
2. Think out side the box
3. Use sixth sense to make it happen

Senang cerita be proactive.. sensitive with your environment.. dont use let it be.. ambil tahu dan predict for your own self.. prepare urself for the changes... huuu aku terus terpk.. ape yang aku plan sekiranya perubahan drastik yang berlaku... contoh yang terdekat.. hari tu.. Sis Bubu ada tanya aku.. apa  akan jadi kat office aku sekiranya tampuk pemerintahan bertukar.. are we still be there or we will demolish..
Ape  pun.. tengahari ni perut aku da penuh dengan makanan mase talk tu.. nasi serai + rojak buah + buah-buahan + tahu sumbat + choc pudding terbaik + mushroom soup.. alhamdulillah... dapat makan yang sedap dan dapat dengar talk yang sangat bombastic.. glad and thankful to be here...

Monday, June 13, 2011

Class Mandarin 3/16

13 June 2011


Hari ini adalah kelas ke 3 dari 16 kelas intensif Bahasa Mandarin yang di adakan di IMREC Danga Bay. Hari ni aku datang keseorangan.. I mean.. kawan-kawan kamceng saya tak de dalam kelas tu.. semua ada hal dan tak dapat attend kelas.. kesudahannya saya duduk depan sorang-sorang.. hari ni belajar menulis... yippie yay.. bagaikan budak tadika yang baru di ajar.. macam-macam bentuk yang dapat di lihat.. ade yang kecil dan ade yang besar.. huhuhu

Hari ni belajar macamana nak tulis Zou An - Selamat Pagi, Wou An - Selamat Tengahari, Wan An - Selamat Malam... Xie Xie - Terima kasih (ini yang paling susah nak tulis... fuyooo mencabar.. tulisan saya gemok sangat tak dapat muat masuk 1 kotak.. btw.. kami menulis guna buku matematik budak sekolah rendah.. heheheh sangat seronok la bila da tua-tua macam ni masih belajar.. hehehe.. sangat menarik bahasa Mandarin ni rupanya.. heee karektor mandarin ade 21 namanya pin ying. dan sebutannya jauh dari bahasa melayu or english.contoh.. b -sebutannya bpho... lain bunyinya.. p -phou... huuu dan ade 4 antonasinya... sangat interesting.. huuuu 

Kali ke 3 aku pegi kelas.. aku tak sabar nak abiskan kelas sampai yang ke 16.. hari ni cuma pandai tulis sikit-sikit je.. minggu depan lau she akan bagi test ejaan.. hamik kau.. kene study la... aishhh sangat rindu time belajar camni...

Kawan-kawan doakan saya bersemangat hingga ke titisan terakhir... :) semoga saya boleh bercakap dengan stakeholder chinese kirenya.. heee tak pun cakap ngan ayah saya pun da kire ok.. hehe :P till then.. see ya 

Thursday, June 9, 2011

XMen First Class

9 June 2011

Xmen First Class memang Xtravaganza best!..plot sangat menarik.. rugi kalau tutup mata walau sesaat... walaupun aku ni bukan jenis yang baca komik dan menonton cartoon Xmen setiap petang ketika kecil.. tapi aku dapat bayangkan apa yang cerita tu nak perjuangkan.. to be different is not weird... you can be a mutant and proud of it... isu yang dihadapi oleh mutant-mutant ni semua ialah pandangan orang ramai terhadap mutant...  memandang serong dan tak suka perbezaan..

Setiap mutant mempunyai karektor dan kelebihan berbeza yang tentunya tidak dimiliki oleh manusia.. huhuhu tapi mutant tu plak terbahagi kepada 2 group, satu yang menyebelahi manusia dan satu yang againts manusia... cerita ni sebenarnya main actor dan cerita ialah cerita si Eric, orang Rusia / pahaman Nazi yang ingin membalas dendam kepada pembunuh emakknya.. si Shaw telah memaksa beliau untuk menampakkan kuasa yang boleh mengarahkan segala besi di sekeliling beliau.. tapi beliau tak boleh ketika itu mungkin kerana kurang latihan dan kurang arif tentang kelebihan tersebut.. Shaw telah membunuh ibu beliau..sejak dari itu. beliau sangat berdendam dan ingin bertemu dengan musuh beliau dan menghapuskannya.. 

Perjalanan misi di teruskan.. tapi takkan dia nak buat sorang-sorang plakkan since si Shaw ni ada group beliau sendiri.. Eric telah di temukan dengan rakan mutant yang lain kerna seorang agen CIA... ketika melalukan penyiasatan tentang seorang General perang di sebuah club... dia ternampak ada manusia pelik dan dia telah kenalpasti mereka adalah mutant..dan in order untuk dia siasat siapakah manusia pelik itu.. dia bertemu dengan pakar mutant.. si Professor Xavier... dan selepas berjumpa dengan Prof ni.. mereka mempunyai misi untuk menggumpulkan mutant-mutant untuk ke arah kebaikkan... huuuu

Banyak plot-plot yang menarik ada dalam cerita ini dan tak mampu untuk saya ceritakan semuanya..silalah ke panggung untuk menontonnya...seronok sangat bile tengok cerita yang macam ni.. padahal bukannya rasional pun.. huhuhu ni cuma imiginasi manusia sahaja.. huhuhu cerita yang di reka-reka.. tapi aku tak boleh blah bile ade team mutant jahat yang bernama Azazil.. sama dengan nama jin yang power tu.. huhuh superb... western people had done their research i would say...

Ape pun cerita ini memang superb.. saya bagi 4.75/5.00 (*) saya berharap dapat tengok sequence seterusnya.. saya berterima kasih pada En. Azzad sebab tolong organisedkan tontonan ini dan belikan tiket yang terbaik dari ladang.. dapat seat tengah-tengah dunia.. sangat superb... huhuhu kesian dekat si Jaja and Ika sebab mereka datang lambat.. tapi tetap belikan saya air mineral dan bg sikit pop corn mereka.. hehehehehe ape-ape saje lahh

Lesson Learnt - Team work tu penting.. dalam apa-apa misi action..mesti memerlukan team untuk melaksanakannya.. tu je pengajaran terhebat dalam cerita ini.. loyal.. kene patuh dan setia pada pegangan hidup.. jangan jadi lalang..dan tak salah jadi berbeza... kita cuma perlu perjuangkan perbezaan kita di jalan yang betul... till then...

Assalamualaikum

Wednesday, June 8, 2011

Kenyataan...

8 June 2011

Hari ini hari jadi BFF saya masa kat Terengganu dulu.. cik Lin namanya.. hee semoga beliau dalam keadaan yang sihat dan baik-baik sahaja.. dan semoga beliau dapat apa yang beliau hajati.. dulu-dulu masa kami belajar mesti tak pernah miss sambut birthday beliau..main masak-masak or beli kek makan kat pantai..owhh seronoknya ketika itu.. huuuu dan seperti biasa la.. hadiah kene ada la.. da jauh-jauh camni.. cuma ucapan je yang mampu aku bagi kat beliau.. seriously aku rindu beliau dan kawan-kawan seuni dulu.. huuu tapi tak berkesempatan nak bertemu.. walaupun jarak memisahkan kita.. hopefully dia masih ingatkan saya dan rakan-rakan lain...

Hari ni tiba-tiba aku teringat kat seseorang "HAA".. aku jumpa dia baru 2 kali.. tapi tah kenapa tiba-tiba aku rase beliau ni cam best je.. ngaaa.. bila teringat plak initial aku (AAH) terbalikkan bolehlah jadi HAA.. huhuhu jadi aku pun ngadulah kat kawan aku yang sorang lagi ni.. si Julie.. puaslah dok cerita pasal HAA terus minah ni carikkan link facebook beliau.. zapp.. aku carik tak dapat.. bila si Julie ni carik.. pantas je dapat terus linknya.. bila aku bukak.. owhhh ade facebook rupanya beliau... bila aku stalk lagi... rupanya ada adik beradik beliau dalam tu.. aku carik lagi.. sibuk kumbah semua gambar-gambar beliau di profile adik-adiknya... ngaaa ade jumpa beberapa keping gambar...

Pengakhiran aku terhenti bila aku jumpa nama seorang budak kecil yang berbintikan HAA.. ok.. semoga HAA bahagia... :) naaa.. :P cam kelakar plak perasaan aku hari ni.. suka pada awal pagi..pengakhirannya aku jadi down... huhuhu ape pun.. mungkin bukan dia orangnya.. perjalanan untuk ke arah itu.. dah diberhentikan kerana alasan tersebut di atas.. huhuhu untuk hati aku.. selamat berjuang.. nasib baik tak jauh lagi hanyutnya.. hehe :P

Lesson learnt - orang yang smart dan bekerjaya selalunya dah berpunya... dan kebanyakkan yang tak kawen lagi ni stock2 yang tak berapa nak laku... hahahahahhahaha tu untuk lelaki je ok.. ahahahahha :P jgn terasa just a piece of thought.. :P

Tuesday, June 7, 2011

Dugaan Datang dan Pergi...

6 June 2011

Beberapa malam yang lepas, aku ikut orang pergi berubat.. tak perlu aku sebutkan siapa namanya.. tapi pemergian aku tu.. banyak pengisiannya... aku tak de la nak kata kuat semangat sangat.. tapi aku betul-betul kesian dengan kawan aku yang sorang tu.. selalu mengadu sakit-sakit.. bila check kat klinik.. doktor kata dia ok je.. huuu.. rupanya.. banyak jin ada dalam badan dia menyebabkan dia sakit-sakit.. secara teori dan scientific memang tak masuk akal... tapi bila aku tengok depan mata aku sendiri.. aku jadi binggung dan dapat tahu benda baru..

Sejak dari dalam kereta dalam perjalanan ke rumah perawat si A (kawan saya yang sakit) diam tak berkata apa.. bila aku tegur..dia senyap.. aku pun buat ilek2 je...berbual2 dengan si B (kawan saya bekas pesakit saka).. Kami bertiga sampai dalam pukul 8 malam... bultien utama baru je bermula.. Beliau (A) cam berat je nak naik rumah perawat a.k.a Hantu Killer a.k.a Wak Tom.. dia nak pergi pun sebab dia rasa badan dia dah lain macam..maka sebab tu si A cari alternatif untuk ubatkan diri beliau... sampai je... si A patah balik..aku sempat pesan... aku cakap.. "kuatkan semangat.. jom naik.... " 

Naik je kat rumah... tuan rumah a.k.a Wak Tom menyambut mesra..tanya kami dari mana.. si B cakap banyak la since dia memang da pernah kenal... dia sempat tanya sapa yang nak di ubatkan.. huhuhu dia tunjuk aku mulanya.. mesti dia ingatkan aku yang sakit kan.. huhuhu tapi lepas tu... keadaan jadi lebih terang dan nyata... jin-jin dalam badan A panasss... terus tunjukkan perangai.. takot bila ada di rumah Wak Tom..menangis secara tiba-tiba.. pandangan mata tiba-tiba jadi tajam setajam-tajamnya.. dan akhirnya Wak Tom bersuara... "kenapa kau nangis ni datang sini.. tak hensem betul la kau ni.. kata hero..." tangisan tiba-tiba jadi kuat.. Wak Tom terus tutup tv yang sedang ditonton.. maka bermulalah drama mistik di hadapan mata..

Pelbagai watak ada dalam badan si A...sangat menakutkan pada mulanya.. ye lah.. bende lain.. lain dengan manusia.. cara cakap sama sebiji dengan kawan aku si A..lenggok, nada percakapan...style cakap.. memang same.. sebijik..oleh kerana jin-jin tu dah lame duduk dalam si A.. memang dia tiru habis-habisan..tapi mula-mula jin-jin tu tak nak mengaku dia duduk dalam badan si A... terusan dia kata nama dia si A.. huuu dia menipu satu demi satu.. dok kata dia lah sebenarnya si A.. Wak Tom yang memang da masak dengan perangai jin-jin layankan je... mula2 aku sendiri seram sejuk tengok.. tapi.. bila da lame2 aku jadi cam kelakar giler.. sebab apa yang disebutkan tu kelakar..

Contohnya.. jin-jin tu kata.. "tolong la amikkan aku air.. aku kan tetamu datang rumah kau ni.. tak baik ko tak layan elok-elok..cuba bagi aku air.. aku haus... " "tekak aku panas bila minum air ni...rimas la aku kat rumah ni.. hati aku panas..." aku rase untuk mahkluk yang tak nampak rupanya.. bila dia kata camni.. aku jadi kelakar.. sangat kelakar.. huhuhu dorang ni seme cepat marah bila kita dok gelakkan atau tak caye kata-kata meraka.. tapi.. aku paling terkesan bila dia cakap...
"yang ko dok kacau aku kenapa.. aku tak jahat pun.. yang jahat sebenarnya manusia... sebab manusia jahat yang hantar aku masuk dalam si A ni.. aku duduk baik-baik.. tapi dorang seru-seru aku suruh masuk...jadi aku masuk laa.. " phew... jin pun pandai sekolahkan manusia.. memang manusia ni serba kekurangan.. tapi kekurangan kita boleh diperbaiki.. huuu

Kawan aku si A meronta-ronta bila kene Zasst dengan Wak Tom.. Wak Tom gunakan Nur untuk bunuh jin-jin tu..ada bacaannya.. tapi Wak Tom ni memang brutal.. rock habis.. sebab dia tak de la zahirkan sangat bacaan beliau.. mulut je terkomat kamit.. bacaan ruqyah katanya..tiba-tiba jin2 dalam badan si A meronta bagai nak gila dan terus bertukar watak lain.. dan bila di tanya soalan yang sama.. jin yang seterusnya tak dapat jawab soklan itu.. huuu maknanya apa yang dapat aku simpulkan jin yang sebelum ni dah mati.. dan bertalu-talu mereka kena bunuh dengan Wak Tom dengan kehendak Allah juga.. huuu

Kisahnya kawan aku si A ni cantik dan mempunyai pendirian yang tetap.. jika tidak katanya..maka akan tetap tidak.. maka sepanjang hidup si A ni ramai betul orang berminat dengan beliau.. so ade yang beliau terpaksa reject atas sebab si A ni memang tak suka.. nak buat camner.. takkan kita tak de kuasa untuk memilihkan? tapi rupanya.. bila jin-jin dalam badan si A cerita.. dorang banyak cite pasal life si A yang aku pun ade yang tak tahu... sejak dari sekolah di minati oleh jejaka-jejaka keparat.. dan rakan baik sendiri sanggup boloskan information pasal beliau kepada penyihir.. ishh.. sangat besar dugaan beliau di dunia ini..

Pengajaran seterusnya yang aku dapat ialah kawan aku sendiri.. beliau tetap tak berdendam dengan orang yang buat dia camtu.. betapa mulianya hati dia.. aku jadi kelu dan tak kata apa.. dia kata biar Allah je balas semua kejahatan mereka-mereka ini semua.. saya tak mampu buat apa.. :( aku tersentap dengan ayat camtu.. masuk hari Jumaat lepas da 2 kali aku ikut beliau pergi berubat.. dan menurut si Jin yang hari Jumaat hari tu.. dia kata.. ada lagi berpuluh ekor..dah tak banyak macam first time dia pegi berubat...

Punca kejadian ni semua adalah manusia.. kenapa manusia suka mementingkan diri sendiri.. kalau kita mahukan sesuatu tetapi tidak di izinkannya.. kita gunakan cara keras.. sekeras2nya.. sampai sanggup jumpa bomoh sane sini.. perlu ke ini semua.. aku jadi tak paham betul..kalau cinta seorang lelaki ditolak mentah-mentah oleh si perempuan.. kenapa sanggup buat macam tu.. kalau betul pun beliau dapat seorang wanita dengan cara itu... tak de nikmat hidup..sebab wanita tersebut akan jadi bukan diri beliau.. di rasuk tak tentu hala.. dan itukah yang di namakan cinta sejati... ishhh... hopefully dugaan aku hidup di dunia ni tak de la jadi camtu... insyallah... maklumlah.. bukan ade orang yang nak pun... ngahahahahha :P

Aku terus rasa bersyukur sebab aku tak de penyakit dan dugaan besar seperti itu... aku pun amik kesempatan jugak untuk check diri aku sendiri.. sama ada aku ni ada saka or ade sihir buatan orang lain.. alhamdulillah aku tak de gangguan sihir... tapi aku ade saka.. tapi tak banyak dan tak kuat... so aku mintak Wak Tom buangkan segalanya.. dengan izinNya.. alhamdulillah.. saka aku da di buang hendaknya... alhamdulillah...

Wak Tom sempat pesan kat aku.. katanya.. yang paling penting zikir 'La illa ha illahAllah' semua zikir dan doa mesti di buat kerana Allah dan bukan untuk pengasih, untuk cari jodoh, untuk dapat rezeki yang lebih luas.. di letakkan wafaq di mana-mana..itu semua akan mendatangkan jin.. sebab kita baca dengan niat kita yang pelbagai.. walaupun kita guna Al-Quran.. memang kita ada niat untuk semua itu..tapi tak boleh baca semata-mata kerna niat itu.. nampak sangat manusia terlalu selfish.. dah dapat betis nak peha pula.. bersyukur dengan apa adanya.. niat baca perlulah untuk mengagungkan kebesaran Allah s.w.t.. memang kita boleh mintak dengan beliau.. tapi buat semata-mata niat untuk itu dan untuk ini.. tak rasa bersalah ke kita?

Mungkin pernggan aku yang atas ni akan menimbulkan kontrovesi.. tapi aku harap korang tak salah anggap ok.. sesungguhnya bende-bende cam ni kita tak perasan dan tak nampak dengan mata kasar.. hanya dengan DIA kita boleh mintak untuk di lindungi dari segala macam mahkluk Allah yang lain dalam dunia ni.. aku teringat kata sekor jin dalam badan si A... " Kau tak tahu apa yang ada dalam gelap tu... aku nampak semuanya... " belagak sungguh kata-kata beliau tu.. tapi aku akur.. memang manusia tak de ability untuk lihat semua itu.. tapi bukan semua. manusia seperti Wak Tom boleh nampak kerna beliau diberi kelebihan itu.. dan kelebihan itu datangnya dari Dia dan bukan dari Jin-jin atau mahluk-makhluk yang lain..Wallahualam..

Kalau nak baca cerita-cerita rasukkan hantu, syaitan, jin, iblis.. bole klik sini.. dan sini.. banyak jugak ilmu yang aku dapat dari pengalaman aku yang ini.. dan aku harap semua dari kita dilindungi dari mahkluk-mahkluk yang lain.. sesungguhnya objektif hidup mereka cuma satu.. iaitu untuk menyesatkan manusia.. cuba fikirkan apa objektif kita hidup di dunia...

Hopefully dengan entri ni aku dapat menjawab segala kemusykilan sahabat2 saya.. till now.. :)

Daaa