Tuesday, June 7, 2011

Dugaan Datang dan Pergi...

6 June 2011

Beberapa malam yang lepas, aku ikut orang pergi berubat.. tak perlu aku sebutkan siapa namanya.. tapi pemergian aku tu.. banyak pengisiannya... aku tak de la nak kata kuat semangat sangat.. tapi aku betul-betul kesian dengan kawan aku yang sorang tu.. selalu mengadu sakit-sakit.. bila check kat klinik.. doktor kata dia ok je.. huuu.. rupanya.. banyak jin ada dalam badan dia menyebabkan dia sakit-sakit.. secara teori dan scientific memang tak masuk akal... tapi bila aku tengok depan mata aku sendiri.. aku jadi binggung dan dapat tahu benda baru..

Sejak dari dalam kereta dalam perjalanan ke rumah perawat si A (kawan saya yang sakit) diam tak berkata apa.. bila aku tegur..dia senyap.. aku pun buat ilek2 je...berbual2 dengan si B (kawan saya bekas pesakit saka).. Kami bertiga sampai dalam pukul 8 malam... bultien utama baru je bermula.. Beliau (A) cam berat je nak naik rumah perawat a.k.a Hantu Killer a.k.a Wak Tom.. dia nak pergi pun sebab dia rasa badan dia dah lain macam..maka sebab tu si A cari alternatif untuk ubatkan diri beliau... sampai je... si A patah balik..aku sempat pesan... aku cakap.. "kuatkan semangat.. jom naik.... " 

Naik je kat rumah... tuan rumah a.k.a Wak Tom menyambut mesra..tanya kami dari mana.. si B cakap banyak la since dia memang da pernah kenal... dia sempat tanya sapa yang nak di ubatkan.. huhuhu dia tunjuk aku mulanya.. mesti dia ingatkan aku yang sakit kan.. huhuhu tapi lepas tu... keadaan jadi lebih terang dan nyata... jin-jin dalam badan A panasss... terus tunjukkan perangai.. takot bila ada di rumah Wak Tom..menangis secara tiba-tiba.. pandangan mata tiba-tiba jadi tajam setajam-tajamnya.. dan akhirnya Wak Tom bersuara... "kenapa kau nangis ni datang sini.. tak hensem betul la kau ni.. kata hero..." tangisan tiba-tiba jadi kuat.. Wak Tom terus tutup tv yang sedang ditonton.. maka bermulalah drama mistik di hadapan mata..

Pelbagai watak ada dalam badan si A...sangat menakutkan pada mulanya.. ye lah.. bende lain.. lain dengan manusia.. cara cakap sama sebiji dengan kawan aku si A..lenggok, nada percakapan...style cakap.. memang same.. sebijik..oleh kerana jin-jin tu dah lame duduk dalam si A.. memang dia tiru habis-habisan..tapi mula-mula jin-jin tu tak nak mengaku dia duduk dalam badan si A... terusan dia kata nama dia si A.. huuu dia menipu satu demi satu.. dok kata dia lah sebenarnya si A.. Wak Tom yang memang da masak dengan perangai jin-jin layankan je... mula2 aku sendiri seram sejuk tengok.. tapi.. bila da lame2 aku jadi cam kelakar giler.. sebab apa yang disebutkan tu kelakar..

Contohnya.. jin-jin tu kata.. "tolong la amikkan aku air.. aku kan tetamu datang rumah kau ni.. tak baik ko tak layan elok-elok..cuba bagi aku air.. aku haus... " "tekak aku panas bila minum air ni...rimas la aku kat rumah ni.. hati aku panas..." aku rase untuk mahkluk yang tak nampak rupanya.. bila dia kata camni.. aku jadi kelakar.. sangat kelakar.. huhuhu dorang ni seme cepat marah bila kita dok gelakkan atau tak caye kata-kata meraka.. tapi.. aku paling terkesan bila dia cakap...
"yang ko dok kacau aku kenapa.. aku tak jahat pun.. yang jahat sebenarnya manusia... sebab manusia jahat yang hantar aku masuk dalam si A ni.. aku duduk baik-baik.. tapi dorang seru-seru aku suruh masuk...jadi aku masuk laa.. " phew... jin pun pandai sekolahkan manusia.. memang manusia ni serba kekurangan.. tapi kekurangan kita boleh diperbaiki.. huuu

Kawan aku si A meronta-ronta bila kene Zasst dengan Wak Tom.. Wak Tom gunakan Nur untuk bunuh jin-jin tu..ada bacaannya.. tapi Wak Tom ni memang brutal.. rock habis.. sebab dia tak de la zahirkan sangat bacaan beliau.. mulut je terkomat kamit.. bacaan ruqyah katanya..tiba-tiba jin2 dalam badan si A meronta bagai nak gila dan terus bertukar watak lain.. dan bila di tanya soalan yang sama.. jin yang seterusnya tak dapat jawab soklan itu.. huuu maknanya apa yang dapat aku simpulkan jin yang sebelum ni dah mati.. dan bertalu-talu mereka kena bunuh dengan Wak Tom dengan kehendak Allah juga.. huuu

Kisahnya kawan aku si A ni cantik dan mempunyai pendirian yang tetap.. jika tidak katanya..maka akan tetap tidak.. maka sepanjang hidup si A ni ramai betul orang berminat dengan beliau.. so ade yang beliau terpaksa reject atas sebab si A ni memang tak suka.. nak buat camner.. takkan kita tak de kuasa untuk memilihkan? tapi rupanya.. bila jin-jin dalam badan si A cerita.. dorang banyak cite pasal life si A yang aku pun ade yang tak tahu... sejak dari sekolah di minati oleh jejaka-jejaka keparat.. dan rakan baik sendiri sanggup boloskan information pasal beliau kepada penyihir.. ishh.. sangat besar dugaan beliau di dunia ini..

Pengajaran seterusnya yang aku dapat ialah kawan aku sendiri.. beliau tetap tak berdendam dengan orang yang buat dia camtu.. betapa mulianya hati dia.. aku jadi kelu dan tak kata apa.. dia kata biar Allah je balas semua kejahatan mereka-mereka ini semua.. saya tak mampu buat apa.. :( aku tersentap dengan ayat camtu.. masuk hari Jumaat lepas da 2 kali aku ikut beliau pergi berubat.. dan menurut si Jin yang hari Jumaat hari tu.. dia kata.. ada lagi berpuluh ekor..dah tak banyak macam first time dia pegi berubat...

Punca kejadian ni semua adalah manusia.. kenapa manusia suka mementingkan diri sendiri.. kalau kita mahukan sesuatu tetapi tidak di izinkannya.. kita gunakan cara keras.. sekeras2nya.. sampai sanggup jumpa bomoh sane sini.. perlu ke ini semua.. aku jadi tak paham betul..kalau cinta seorang lelaki ditolak mentah-mentah oleh si perempuan.. kenapa sanggup buat macam tu.. kalau betul pun beliau dapat seorang wanita dengan cara itu... tak de nikmat hidup..sebab wanita tersebut akan jadi bukan diri beliau.. di rasuk tak tentu hala.. dan itukah yang di namakan cinta sejati... ishhh... hopefully dugaan aku hidup di dunia ni tak de la jadi camtu... insyallah... maklumlah.. bukan ade orang yang nak pun... ngahahahahha :P

Aku terus rasa bersyukur sebab aku tak de penyakit dan dugaan besar seperti itu... aku pun amik kesempatan jugak untuk check diri aku sendiri.. sama ada aku ni ada saka or ade sihir buatan orang lain.. alhamdulillah aku tak de gangguan sihir... tapi aku ade saka.. tapi tak banyak dan tak kuat... so aku mintak Wak Tom buangkan segalanya.. dengan izinNya.. alhamdulillah.. saka aku da di buang hendaknya... alhamdulillah...

Wak Tom sempat pesan kat aku.. katanya.. yang paling penting zikir 'La illa ha illahAllah' semua zikir dan doa mesti di buat kerana Allah dan bukan untuk pengasih, untuk cari jodoh, untuk dapat rezeki yang lebih luas.. di letakkan wafaq di mana-mana..itu semua akan mendatangkan jin.. sebab kita baca dengan niat kita yang pelbagai.. walaupun kita guna Al-Quran.. memang kita ada niat untuk semua itu..tapi tak boleh baca semata-mata kerna niat itu.. nampak sangat manusia terlalu selfish.. dah dapat betis nak peha pula.. bersyukur dengan apa adanya.. niat baca perlulah untuk mengagungkan kebesaran Allah s.w.t.. memang kita boleh mintak dengan beliau.. tapi buat semata-mata niat untuk itu dan untuk ini.. tak rasa bersalah ke kita?

Mungkin pernggan aku yang atas ni akan menimbulkan kontrovesi.. tapi aku harap korang tak salah anggap ok.. sesungguhnya bende-bende cam ni kita tak perasan dan tak nampak dengan mata kasar.. hanya dengan DIA kita boleh mintak untuk di lindungi dari segala macam mahkluk Allah yang lain dalam dunia ni.. aku teringat kata sekor jin dalam badan si A... " Kau tak tahu apa yang ada dalam gelap tu... aku nampak semuanya... " belagak sungguh kata-kata beliau tu.. tapi aku akur.. memang manusia tak de ability untuk lihat semua itu.. tapi bukan semua. manusia seperti Wak Tom boleh nampak kerna beliau diberi kelebihan itu.. dan kelebihan itu datangnya dari Dia dan bukan dari Jin-jin atau mahluk-makhluk yang lain..Wallahualam..

Kalau nak baca cerita-cerita rasukkan hantu, syaitan, jin, iblis.. bole klik sini.. dan sini.. banyak jugak ilmu yang aku dapat dari pengalaman aku yang ini.. dan aku harap semua dari kita dilindungi dari mahkluk-mahkluk yang lain.. sesungguhnya objektif hidup mereka cuma satu.. iaitu untuk menyesatkan manusia.. cuba fikirkan apa objektif kita hidup di dunia...

Hopefully dengan entri ni aku dapat menjawab segala kemusykilan sahabat2 saya.. till now.. :)

Daaa

3 comments:

Mamok™ said...

O0o.. Kesiannya kawan kau.. Manusia yang tak percaya pada qada dan qadar Allah memang akan buat sesuka hati dia asalkan hajat dia tercapai.. kita yang masih waras ni kena ingat dan yakin dengan rukun iman.. minta tabah hati agar tak terjebak dengan nafsu hasad dengki.. bagus kawan kau tu, tak berdendam.. serah saja pada Allah..

neesa_jun said...

erm...kekdang susah nak caya pasal org hantar jin smeua ni kan...kenapa dorg sanggup cakap mcmtu...aku pun sentap jugak apa yg jin tu cakap...manusia yg seru hntr dorg...erm....bahaya betul penyakit hasad dengki ni..semoga kita terlindng dr penyakit tu...amin.....suka baca tulisan base!..muahh!...

@Fr!^n@ said...

mamok - dugaan hidup dia memang besar dan dia antara mangsa manusia yang kejam dalam dunia ni..subhanallah aku doakan dia cepat sembuh.. btw.. ade tanda2 jin2 beliau semua marah kat akku dow...huuu takot?? seram sikit je.. sebab aku yakin DIA ada untuk protect aku.. huuu

neesa - kejahatan tu sebenarnya memang datang dari manusia dan bukan faktor lain.. janganlahh dok salahkan benda lain.. benda yang baik je datang dari DIA...

Thanks neesa for the compliment.. :) xoxo