Tuesday, June 14, 2011

Management Talk Series 3/2011

14 June 2011

Hari ni birthday sahabat lama saya yang pernah bersekolah sama dahulu.. namanya Rafidah Mohd Nor. Hari ni birthday beliau yang ke 27 dengan pencapaian 3 orang puteri... suksess.. dan saya doakan semoga beliau dilimpahi kurnia dan rahmat untuk menempuhi hidup di dunia dan di akhirat... :) mase sekolah dulu jarang sambut birthday.. biasa la mase sekolah.. cuma titipan notes/kad je pengganti diri untuk mengucapkan selamat hari lahir.. saya bukan anak orang kaya yang biasa menyambut hari jadi kat KFC ke.. McD ke... tentulah tidak.. duit cukup-cukup untuk makan di sekolah.. kalau ade lebih pun cukup untuk beli magazine Galaxies je.. hahahahahah :P

Okeh.. hari ni En Nizar Idris datang office aku untuk adakan Management Talk.. orangnya kurus tinggi..berkumis dan mestilah pakai kot...huuu rupanya Encik yang bagi talk ni Senior Federal Counsel advising the Government of Malaysia on fiscal and tax matters.. ok ni.. aku copy paste dari sini.. seorang yang pernah menjadi Direktor atau Pengarah di Khazanah Nasional dan pernah berkerja lama di Shell dan mengamalkan scenario planning... wahhh.. ni baru first time aku dengar perkataan ini.. scenario planning.. weww

Konsep yang dia nak sampaikan ialah kita kene fikirkan apa yang akan jadi pada masa depan.. kene predict.. kite kene ada di satu masa dan ketika kita tak de di situ.. futurelah kirenya.. dia ni seorang futuristic.. dapat aku simpulkan.. dia ni da pergi banyak negara masa dia kerja di Shell dulu..London, Paris, Abu Dhabi,etc.. semua metropolis dia da pergi dan he keep on asking what Iskandar Malaysia have to attract those people out there to invest here??  aku pasti semua dalam dewan tadi tercenggang dan cari idea..

Menurut beliau untuk jadi sebuah metropolis ni... sesebuah negara tu perlu ada entertainment.. kene ade satu sumber untuk menjana ekonomi negara contoh yang di beri casino.. huuu casino memang beri banyak pendapatan.. tapi bila di fikir secara islamic memang tak halal duit tersebut.. tapi kita plak tak fikir camner negara islam yang lain generate duit ialah dari Musium Islamic mereka.. dorang dapat attract a lot of tourist there to see all the history bout Islam..jadi fikir-fikirkan apa yang kita ada untuk kita tunjulkan pada orang lain...

And part of it.. untuk jadikan sebuah metropolis.. benda-benda lain yang biasa ialah safety, public transport la.. infra la.. and so on.. so yang luar biasanya ialah culture...so kite kene tonjolkan culture yang ada.. kene ade centre.. kene ade galeri seni.. yang bukan hanya ada bahasa melayu sahaja.. think out side the box.. kene ade seribu bahasa so that seribu jenis orang boleh bertandang ke sini.. huhuhu terlalu tipikal saya fikirkan tentang mengutamakan bahasa ibunda.. yes.. memang perlu.. tapi.. untuk tourist.. kenapa kita mesti menyusahkan mereka...

Ok.. 3 key points yang aku sempat amik.. untuk embrace the futuristic thinking kita mesti amalkan yang 3 ini..
1. Have a mindset change
2. Think out side the box
3. Use sixth sense to make it happen

Senang cerita be proactive.. sensitive with your environment.. dont use let it be.. ambil tahu dan predict for your own self.. prepare urself for the changes... huuu aku terus terpk.. ape yang aku plan sekiranya perubahan drastik yang berlaku... contoh yang terdekat.. hari tu.. Sis Bubu ada tanya aku.. apa  akan jadi kat office aku sekiranya tampuk pemerintahan bertukar.. are we still be there or we will demolish..
Ape  pun.. tengahari ni perut aku da penuh dengan makanan mase talk tu.. nasi serai + rojak buah + buah-buahan + tahu sumbat + choc pudding terbaik + mushroom soup.. alhamdulillah... dapat makan yang sedap dan dapat dengar talk yang sangat bombastic.. glad and thankful to be here...

5 comments:

James Alexander said...

think outside the box...

betul...



ps : ni puji talk tu bagus ke atau seronok dpt menu sedap2 ni...?? hehehe...

@Fr!^n@ said...

James - both.. boleh? huhuhuhu :P memang best talk dia bagi tak berganjak walau seinchi.. nak g toilet pun sanggup tunggu woo.. huuuu

best presentation skill that i ever seen.. :) kewl

Mamok™ said...

beb, aku pernah gak terfikir pasal benda ni.. betul lah dgn encik tu cakap, tarikan tu yang paling penting.. dan tarikan mestilah sesuatu yang special dan sesuatu yang extraodinary, ya, budaya yang kita boleh tonjolkan..
tapi masalahnya, kita sendiri tak amalkan budaya kita.. muzik yang kita layan pon muzik pop etc.. aku tak nafikan, memang ada yang involve dalam budaya, tapi bukan sebagai amalan, cuma untuk event.. paling koman pon aku rasa, kita kena pakai pakaian formal budaya kita dan jadikan pakaian formal kita satu amalan.. whats the different pon kan? baju melayu dan kemeja, sama je, perempuan pakai baju kurung or kebaya pergi kerja, pon x de masalah..
masalahnya imej diri kita pon sama macam orang barat, macam mana orang luar nak pandang kita special..

@Fr!^n@ said...

mok - sebab tu la kerajaan buat undang-undang dan pekeliling untuk pakai baju kebangsaan.. sebab itulahh.. tapi aku tak rasa untuk amalkan budaya tu sebagai benda rutin yang perlu di lakukan... huuu agak sukar.. untuk kau sendiri.. sanggupkah kau menari kuda kepang setiap hari? main gemelan?? kau tanya diri kau sendiri boleh tak kau laksanakan.. kalau kau sanggup insyallah akan ada orang yang sanggup bersama kau untuk memperjuangkan niche tu.. huuu

mungkin ada cara lain yang perlu di budayakan contohnya brazil dengan capeoranya so.. youth kat sana bile dok lepak dorang akan menari capeoranya.. budak2 kita.. sibuk dok menari tektonik and bboys.. langsung tak ubah cam west side.. huuu borringgg...

jadi kalau kita sama dengan mereka.. kenapa perlu mereka kesini.. sedangkan kat negara mereka lagi best.. huuuu panjang pule.. naaa

Mamok™ said...

kenapa tidak, tak ada masalah untuk layan kuda kepang, gamelan, inang, zapin, lagu asli, tu kan memang budaya kita, akan datang, mungkin pada tahun 2050, semua tu dah tak ada, anak-anak muda masa tu semua amalkan budaya luar, dah tak ada melayu kat bumi melayu..

pasal pakaian tu, kau kata kerajaan buat pekeliling pasal pemakaian baju kebangsaan.. itu lah yg aku maksudkan, dekat malaysia, kita tak amalkan pakai baju ebangsaan, hinggakan kerajaan TERPAKSA BUAT PEKELILING utuk suruh rakyat dia pakai baju kebangsaan, lebih urang macam kerajaan TERPAKSA buat kempen membaca dan bulan baca buku..

kenapa tidak memulakan penekanan dari sekarang dikalangan anak-anak muda,BERTERUSAN.. means bukan kempen, tapi didikan di sekolah-sekolah terutamanya dan kamonuti amnya, bukan nak letak beban dekat sekolah, tapi snce kanak-kanak lebih banyak masa disekolah, so itu tempat terbaik..