Thursday, June 9, 2011

XMen First Class

9 June 2011

Xmen First Class memang Xtravaganza best!..plot sangat menarik.. rugi kalau tutup mata walau sesaat... walaupun aku ni bukan jenis yang baca komik dan menonton cartoon Xmen setiap petang ketika kecil.. tapi aku dapat bayangkan apa yang cerita tu nak perjuangkan.. to be different is not weird... you can be a mutant and proud of it... isu yang dihadapi oleh mutant-mutant ni semua ialah pandangan orang ramai terhadap mutant...  memandang serong dan tak suka perbezaan..

Setiap mutant mempunyai karektor dan kelebihan berbeza yang tentunya tidak dimiliki oleh manusia.. huhuhu tapi mutant tu plak terbahagi kepada 2 group, satu yang menyebelahi manusia dan satu yang againts manusia... cerita ni sebenarnya main actor dan cerita ialah cerita si Eric, orang Rusia / pahaman Nazi yang ingin membalas dendam kepada pembunuh emakknya.. si Shaw telah memaksa beliau untuk menampakkan kuasa yang boleh mengarahkan segala besi di sekeliling beliau.. tapi beliau tak boleh ketika itu mungkin kerana kurang latihan dan kurang arif tentang kelebihan tersebut.. Shaw telah membunuh ibu beliau..sejak dari itu. beliau sangat berdendam dan ingin bertemu dengan musuh beliau dan menghapuskannya.. 

Perjalanan misi di teruskan.. tapi takkan dia nak buat sorang-sorang plakkan since si Shaw ni ada group beliau sendiri.. Eric telah di temukan dengan rakan mutant yang lain kerna seorang agen CIA... ketika melalukan penyiasatan tentang seorang General perang di sebuah club... dia ternampak ada manusia pelik dan dia telah kenalpasti mereka adalah mutant..dan in order untuk dia siasat siapakah manusia pelik itu.. dia bertemu dengan pakar mutant.. si Professor Xavier... dan selepas berjumpa dengan Prof ni.. mereka mempunyai misi untuk menggumpulkan mutant-mutant untuk ke arah kebaikkan... huuuu

Banyak plot-plot yang menarik ada dalam cerita ini dan tak mampu untuk saya ceritakan semuanya..silalah ke panggung untuk menontonnya...seronok sangat bile tengok cerita yang macam ni.. padahal bukannya rasional pun.. huhuhu ni cuma imiginasi manusia sahaja.. huhuhu cerita yang di reka-reka.. tapi aku tak boleh blah bile ade team mutant jahat yang bernama Azazil.. sama dengan nama jin yang power tu.. huhuh superb... western people had done their research i would say...

Ape pun cerita ini memang superb.. saya bagi 4.75/5.00 (*) saya berharap dapat tengok sequence seterusnya.. saya berterima kasih pada En. Azzad sebab tolong organisedkan tontonan ini dan belikan tiket yang terbaik dari ladang.. dapat seat tengah-tengah dunia.. sangat superb... huhuhu kesian dekat si Jaja and Ika sebab mereka datang lambat.. tapi tetap belikan saya air mineral dan bg sikit pop corn mereka.. hehehehehe ape-ape saje lahh

Lesson Learnt - Team work tu penting.. dalam apa-apa misi action..mesti memerlukan team untuk melaksanakannya.. tu je pengajaran terhebat dalam cerita ini.. loyal.. kene patuh dan setia pada pegangan hidup.. jangan jadi lalang..dan tak salah jadi berbeza... kita cuma perlu perjuangkan perbezaan kita di jalan yang betul... till then...

Assalamualaikum

4 comments:

ishmahbihabie said...

it's great to have a team :)

dah lama tak tengok movie dengan kawan2 sampai lupa excitement bila menonton bersama...

thanks for the review! takde ler wa tengok sebab James McAvoy yang iras Devon Sawa semata hehe

neesa_jun said...

wahaaaa....saya suka cita y ada power2...nak tgk power apa yg dorg ada...erm....simpan niat la nak tgk xmen ni...kawasan me xda pawagam...uhuuu

@Fr!^n@ said...

biha - huuuu yups.. lagi best bile team awak ade team work.. baru la semangat nk buat kerje.. :)

seronok tengok ngan kawan-kawan sebab lepas wayang boleh terus review and komen.. hehehehe

indeed dorang ade iras la bihaa..

neesa - power2 tu tak layak pun untuk kite miliki... imiginasi semata-mata.. hehehehe tapi bila ada cite camni.. terus terasa nk ada power gak.. power yg ada ni pun tak habis guna lagi.. heheheheh :P

neesa.. tak pe.. nnt boleh turun KK tgk cite ni kan??? neesa saya nk turun Sabah la tahun depan ade rekomendation and suggestion tak?

ghost writer said...

x-men the begin...