Tuesday, July 12, 2011

Pesanan Azazil untuk Manusia..

7 July 2011

Aku tergerak untuk sharekan pesanan ini.. aku dapat dari video sahabat saya si A yang pernah saya ceritakan dulu... masa beliau berubat time ni aku tiada... sebab time ni weekend.. seperti biasa saya akan lepak di rumah mak ayah saya... huuu... ini adalah dialognya... sila baca dan pahami apa Azazil ni nak sampaikan...

Azazil : aku bersujud kepada Allah...
Perawat : kalau kau bersujud kepada Allah kenapa kau tak sujud kepada Adam
Azazil : aku hidup bertahun-tahun namun aku takkan sujud kepada Adam
Perawat : Oleh kerana kau telah mencemar duli, kau akan mati kali ni
Azazil : aku ramai..
Perawat : kau kluar alam kau, terpadamlah janji Allah, kau akan mati hari ini
Azazil :  Walaupun ramai mana manusia takkan boleh lawan dengan kaum kerabat aku, takkan dapat lawan dengan kuasa ku, anak-anak ku akan datang, iblis akan datang, 1/10 daripada manusia takkan boleh mengalahkan kaum kerabatku. Cucu cicit ramai. Kamu takkan boleh lawan kaumku. Kamu tidak bersujud kepada Allah. Dimana aku dulu sujud setiap tahun, bertahun-tahun, tidak jemu bersujud kepada Allah, kamu manusia sebenarnya yang leka, namun Allah memartabatkan kamu kenapa bukan aku.

Kamu tidak macam aku.. aku sujud kepada Allah betahun-tahun, tetapi aku disuruh sujud  kepada Adam, Adam yang diperbuat daripada tanah. Kamu anak Adam yang diperbuat daripada tanah, tanah yang jijik, tanah yang busuk, , aku diperbuat daripada api, tetapi kenapa aku perlu sujud kepada kamu. Aku mengikut perintah Allah, tetapi aku disuruh sujud kepada kamu. Siapa kamu? Kamu tidak akan dapat melawan dengan anak cucu cicit ku, kamu tidak standing dengan kaum kerabat ku. Kamu ingat, mereka tidak akan mendatang.
Perawat : Kau silap, dah banyak anak cucu cicit kau dah mati..
Azazil : Kau ingat, beribu kali kau darab dengan segala batu bata, beribu kali kau darab dengan air, beribu kali darab dengan manusia.. takkan boleh lawan dengan keturunan ku..kau cuma 1/10 dari aku..kamu kene ingat...
Perawat : ala sekurang-kurangnya dah mati banyak...
Azazil : zuriatku.. berjuta-juta
Perawat : hari ni kau mencemar duli eyh?
Azazil : Aku sujud beribu tahun..sujud..sujud kepada Allah..kami bertakwa kepada Allah, namun kami dilaknat oleh Allah hanya kerana manusia. Aku ingin bandingkan manusia. Aku ingin bandingkan dengan kaum kerabat ku, aku sujud beribu tahun kepada Allah, tetapi manusia tidak... Manusia leka.. Muhammad menjalankan 5 waktu untuk sujud kepada Allah, manusia? 5 waktu itupun tidak suka sujud kepada Allah, apatahlagi menyebut nama Allah...
Perawat : kerana siapa, kamu juga yang hasut manusia...
Azazil : itulah janjiku pada Allah
Perawat : jadi kamu nak salahkan manusia sedangkan kamu yang menghasut dia?
Azazil : Seperti yang telah aku katakan padamu...Jika manusia bersujud kepada ku, Allah telah berfirman,”kamu tidak akan dapat masuk ke dalam manusia.. sekiranya manusia bersujud kepada Aku beribadat ikhlas terhadap Aku kamu tidak dibenarkan masuk sekali-kali ke dalam manusia kecuali dengan izin Aku...” itu janji Allah padaku, Makanya jika manusia yang leka, manusia yang ingkar, manusia yang mengamalkan ilmu syaitan,iblis..maka cucu cicitku akan bergembira.. Maka mereka akan masuk ke dalam manusia dan menggunakan mereka untuk menyesatkan manusia..
Perawat : Baik, Oleh itu kau cakap, ramai manusia yang taat kepada Allah, ustaz-ustaz, ulama-ulama...kenapa jin boleh lagi masuk ke dalam mereka?Kenapa jin masih boleh masuk dalam dia?
Azazil : Ustaz-ustaz ulama, tapi adakah kamu kene melihat cara mereka melakukan perubatan?  Aku boleh memandang, ustaz-ustaz melakukan perubatan jin penuh dikelilingnya, melakukan perubatan keris, mengasapkan keris, adakah kerana itu Allah sayang kepada kamu?
Perawat : Itu bomoh, aku cakap ustaz..
Azazil : Ya.. ustaz juga ada. Mempercayai ilmu sihir.
Perawat :sedangkan ustaz-ustaz yang baca Quran.
Azazil : Baca quran dengan hati yang ikhlas, hati yang taqwa, kerana Allah...kerana Allah.. aku juga mampu membaca Al-Quran, aku juga mampu melakukan ibadah, aku juga mampu mengazankan, aku juga mampu menyebut nama tuhan.. ALLAH... niat.... tidak pernah Allah berfirman menggunakan ayat Al-Quran dengan niat yang jahat, dengan niat yang lain untuk menyayangi dan mengubati manusia, tidak sekali-kali.

Kalaupun dulu kau Nabi, Malaikat mendoakan kesejahteraan umatnya hanya berserah kepada Allah dengan izin Allah tidak sekali-kali hanya berpegang pada ayat Al-quran. Tidakkah kamu ketahui ayat Al-quran itu datangnya daripada Allah? Mengapa menggunakan ayat hanya untuk membantu manusia yang lain tapi tidak di niatkan hanya kerana Allah. Tidak semuanya itu hanya dengan izin Allah..sesungguhnya manusia sudah jauh terpesong. Benarkah kata ku ini?
Perawat : Benar sekali..
Azazil : Kenapa manusia tidak mengambil iktibar dari kaum-kaum lain? Kaum Firaun? Diamana kaum Nabi Nuh yang tenggelam kerana tidak mengikuti... Kamu tidak pernah takut pada Allah, kamu tahukah Allah itu terlalu agung, telalu tinggi kuasanya... Aku sebagai Azazil dahulunya sujud pada Allah.. Islam bagiku.... namun dilaknat oleh Allah, dibaling oleh Allah kerana satu... satu..dikeluarkan oleh Allah, jadi kafir.. kafir laknatullah...

Tidakkah kamu mengambil iktibar 2x? Apatah lagi manusia sekarang.. tidak takut kepada Allah 3x? Itu yang aku pertikaikan yang aku tak habis-habis bertanya pada Allah, kenapa mesti aku perlu sujud kepada Adam dan cucu cicit Adam? Sedangkan aku langgar hanya satu perintahNya...tidak tunduk padaNya hanya satu perintahNya...
Perawat : Manusia semua akan sujud kepada Allah, taat kepada Allah kalau kamu tak kacau manusia, tapi sekarang punca manusia jadi begitu kerana kamu..kamu yang menghasut mereka..
Azazil : Tidak semua kerana aku 2x...
Perawat : tapi  kebanyakkan kerana kamu...
Azazil : lahirnya seorang anak,cicit Nabi Adam, manusia dilahirkan suci,bersih, namun adakah kamu sebagai bapa, adakah kamu mengazankan kalimah suci Allah ketika bayi itu masih suci? tidakkah kamu?
Perawat : ada.. ada..
Azazil : jika ada, aku tidak akan masuk dalam cucu cicit nabi Adam..itu kamu... itu kamu.. yang lain2 yang berjuta2 yang hanya dinamakan Islam tetapi tidak menggunakan kalimah Allah sebaik-baiknya.. tidakkah kamu terfikir... tidakkah kamu takut kepada Allah..aku dahulunya amat takut setiap suruhan Allah...lalu aku sujud2 kepada Allah tidak kira masa...sujud kepada Allah tak kira masa.. hidupku hanya sujud kepada Allah.. kepada Allah penciptaku... tetapi kamu, tidak sekali aku lihat... tidak sekali..hanya kerana 5 waktu yang tuhan bagikan kepada kamu untuk sujud kepadaNya, itupun susah untuk kamu lakukannya..

Selagi mampu melakukannya..kami harus lakukannya...tidak kira masa, waktu, saat, detik sujud kepada Allah... Tuhan terlalu banyak bagi kamu kelonggaran.. tidak sekali-kali kamu guna kelonggaran sebaik-baik keadaan untuk sujud kepada Allah.. apa kelebihan manusia 2x?.. malaikat Jibrail dan Mikail menangis pabila Allah memburukkan rupaku...dulu aku sebaik-baik ciptaanNya..sehingga aku disingkir..disingkir dari syurga..lalu.. menjadi buruk rupa paras ku..menjadi seburuk-buruk ciptaan Allah...sehingga Jibrail dan Mikail menangis.. tidakkah kamu tahu?
Perawat : Yang itu aku boleh jawab...
Azazil : Jawab...
P: Memang Allah jadikan kamu sebegitu..sebab itu perancangannya..Allah jadikan kamu tidak sujud pada Adam bukan kerana keingarkan kamu..tapi Allah jadikan..itu semua balik dengan Allah...Allah maha berkuasa..
Azazil :  Aku boleh menyerupai manusia, aku boleh menyerupai binatang-binatang, aku boleh menyerupai apa saja... aku juga boleh menyerupai manusia seperti kamu.. itu kelebihan aku...walaupun aku merupakan makhluk yang hodoh, ciptaan yang hodoh...paling buruk.. tapi aku masih mampu menyerupai seperti kamu.. dikeliling kamu, dimana-mana cucu cicit ku sentiasa ada mencari peluang untuk  menghasut kamu... selagi kamu menyebut nama Allah, selagi kamu berzikir atas nama Allah, bertasbih, mengingati Allah, aku tidak akan masuk kedalam kamu...

Jika aku ada disebelah kamu sekalipun aku tidak akan masuk kedalam kamu...kamu kene ingat.. jika aku duduk di kaki kamu, jika aku duduk di hadapan kamu, jika kamu bertasbih atas nama Allah, berzikir atas nama Allah.. aku tidak akan masuk didalam kamu..aku tidak akan mampu menakluki mereka. tuhan memberi kelebihan kepada aku... menurunkan amaran kepada ku.. jgn sesekali kau melupakan aku.. melupakan Allah.. mengapa kamu tidak mengambil sebaik-baik peluang...tidakkah kamu fikirkan hidup kamu bukan selama-lamanya di sini?

Kamu tahu apa itu Alihin? Dimana mereka tidak lagi berpeluang untuk melahirkan zuriat hanya tinggal berjuta-juta tahun, menangasi meratapi hidup terlalu lama...mereka ingin mati.. namun tidak dizinkan Allah kerana mereka juga melanggar perintah Allah..tidak kamu ketahui.. jika ingin dibandingkan dengan aku.. mereka lagi hidup terlalu lama.. lamaa... sehingga mereka menangis meratapi setiap hari..setiap saat.. namun tidak didengari Allah...ambillah iktibar 3x.

Wahai manusia..selagi kamu berpeluang untuk sujud kepada Allah...selagi Allah itu membuka pintu hati kamu untuk mendekati Allah.. dekatilah Allah..kamu inginkah dijadikan seperti aku..seperti Alihin? Inginkah kamu?jadi jika kamu ingin hentikan hasutan dari anak cicitku.. lakukan ibadah kepada Allah..dengan hati yang ikhlas.. jika kamu mengalunkan ayat suci Allah, alunkan dengan hati ikhlas, hanya kerana Allah 2x..kerana kamu ingin tahu.. hari ini aku sampaikan kepada kamu..

Kamu selalu menyalahi aku.. dan kaum kerabat ku..tapi berpunca dari kamu... inilah janjiku pada Allah.. menyesatkan kaum Adam.. tapi Allah tidak membenarkan aku masuk kedalam manusia yang sentiasa mengingatiNya, sentiasa menyebutNya..itu adalah kerja ku...apalagi yang ingin kamu tahu? Kamu tahukah ada lagi kejadian Allah yang tidak terfikir oleh akal kamu?
Perawat :  Selain dari Alihin ada apa lagi?
Azazil :  Terlalu banyak...tidak dapat aku katakan satu persatu.. terlalu banyak...terdapat banyak kaum-kaum yang lain yang dilaknati Allah.. Alihin itu terlalu mulia.. mempunyai sayap yang cantik..seperti aku.. malaikat juga  Jibrail juga yang mempunyai nur..ataupun sayap..
Perawat : abistu aku ada sayap tak?
Azazil :  hanya satu ada pada kamu..sayap Alihin..turun kepada mu.. Alihin juga pernah datang...
Perawat :Siapa lagi yang pernah datang rumah ni?
Azazil :  Nabi Muhammad itu pesuruh Allah....Nabi Adam datang...kadang-kadang melakukan perarakan.. manusia jauh terpesong.. hanya dengan selawat keatas Nabi.. itu sudah mencukupi kamu mengingati Nabi Muhammad S.A.W..aku sujud kepada semua yang Allah ciptakan namun kenapa Adam yang begini buruk akhlaknya yang dicipta dari tanah yang  busuk.. dah lah tanah busuk.. akidahnya teruk.. akhlaknya teruk..tapi kami kene sujud kepadanya..katakan kepada ku..
Perawat : Itu kan dugaan dari Allah..bagi kepada kamu..itu hanya dugaan bagi kamu.. kenapa kamu tidak mahu ikut?
Azazil :  Ya..sehingga Allah melaknat kepada kaumku..aku merayu...jika aku merayu sekalipun.. Allah tidak akan memaafkan aku..aku dilaknat Allah sehingga hari kiamat nanti.. aku akan disiksa Allah sehingga hari kiamat.. dilaknati Allah.. tidak seperti kamu manusia..kalau kamu melakukan kejahatan sekalipun.. mohon kepada Allah..sujud kepada Allah..Allah masih ingin mengampunkan kamu...tetapi kenapa kamu tidak lakukan semua itu?

Aku menangis...aku juga menangis, menangis kerana Allah tak berikan kelebihan itu kepada ku...kenapa hanya kerana itu...aku dilaknat Allah...aku sanggup sujud kepada Allah... aku menangis melihat Adam..melihat kaum kerabat Adam..begini kehidupannya namun Allah tetap ingin mengampunkannya..kenapa?? ketika aku dilaknat Allah, aku merayu kepada Allah namun Allah tidak sekali mengampunkan aku..kenapa?
Perawat : kerana semua itu kehendak Allah..
Azazil :   mengapa manusia ingkar perintah Allah..tetapi masih diampunkan Allah?
Perawat : Itu kau tanya Allah..buat apa kau tanya aku..mana aku tahu..itu kuasa Allah..
Azazil :  Kenapa manusia tidak menggunakan kelebihan ini? Melakukan ibadah amat jarang sekali.. tidak sekali seperti aku...tetapi kenapa manusia diberikan banyak kelebihan..kamu diberi amanat disampaikan amanat.. apa yang disampaikan kepada kamu, Aku dapat melihatnya..Allah menyayangi hamba-hambaNya..Allah menghendaki manusia menyampaikan..
Perawat : apa amanat Allah pada aku?
Azazil :  Membantu manusia yang sesat..menyampaikan segala ajaran yang benar... disampaikan kepada kamu melalui utusanNya..kamu ingat bila disampaikan kepada kamu???
Perawat : ingat.. 2 hari lepas..benar?
Azazil :  Benar...bukan semua manusia dapat peluang seperti ini... kamu juga (sambil tuding jari kepada sesiapa yang dapat sms dari utusanNya).. tetapi aku tidak langsung dapat seperti ini..manusia.. terlalu banyak Allah beri kelebihan.. disampaikan amanat melalui pelbagai cara..tetapi manusia tidak pernah mengambil iktibar..manusia tidak pernah mengambil iktibar... menyalahi Allah..jika ditimpa bencana.. jika diduga... menyalahkan takdir Allah.. langsung tidak bersyukur menikmati segala apa yang Allah yang bagi.. kamu tahu tak ganjaran itu terlalu besar..

Jika kamu sujud kepada Allah..kamu bukan hanya  hidup dimuka bumi.. kamu akan dinilai..dihisap... dimana aku akan diseksa ketika itu.. tidak seperti kamu yang bertakwa.. akan diberi layanan dijanjikan oleh Allah..ditempatkan ditempat yang tidak dapat aku gambarkan..dimana aku dulu duduk disitu..menghuni disitu..bebas melakukan apa sahaja..di hari kiamat nanti..aku akan disiksa bersama orang kafir, bersama Islam yang sudah murtad yang tidak mengenal Allah..tidak langsung mengingati Allah..tidakkah kamu takut..

Jika aku ingin kembali kepada Allah sekalipun..Allah tidak akan menerima aku.. gunakan lah untuk kamu.. jika kamu..menyebut nama Allah.. ingat satu..aku tidak akan mengganggu kamu.. ini adalah tegasku. Kamu ingat...selagi aku menggangu manusia..kerana itu.. manusia terlalu jauh..terlalu jauh dengan Allah..walaupun Alihin tidak pernah menggangu manusia.. kerana murka kepada Allah..tetapi Alihin tidak pernah ditugaskan untuk mengganggu manusia..maka ia akan jadi seperti itu..seperti juga dengan aku.. ini adalah tugasku untuk menyesatkan Adam, maka inilah yang aku lakukan selepas di laknat Allah, inilah kerja aku..
Perawat : ok.. sekarang aku jawab..Allah jadikan kamu untuk sesatkan manusia.. dan Allah juga jadikan kamu enggan untuk sujud kepada Adam,ini adalah perancangan Allah.. Allah telah menetapkan kamu supaya kamu mengacau manusia.. itu bukan urusan manusia.. itu memang tugasan kamu.. tetapi Allah maha Adil.. Allah Maha merancang untuk segala-galanya..kemungkinan kamu juga akan dibalas dengan kebaikkan di akhirat nanti..
Azazil :  Aku tidak tahu.. namun Allah telah katakana kepadaku..katakan kepada kaum kerabatku..kamu tidak layak untuk terus berada disini..kamu adalah kafir yang akan disiksa.. akan dilaknat oleh Aku..sehingga hari kiamat..
Perawat : Jadi sekarang kamu terseksa atau tidak?
Azazil :  terseksa..
Perawat : apa yang terseksa?
Azazil :Setiap saat aku mohon kepada Allah, namun Allah tidak mengendahkan aku..sama seperti kaum-kaum yang lain..kerana satu kesalahan Allah tidak mendengar permohonanku..Aku ingin kembali kepada Allah..namun Allah tidak benarkan aku..aku sujud kepada Allah..namun Allah tidak pernah mengendahkan aku..manusia..manusia.. kamu banyak kelebihan yang tidak aku perolehi..walau aku boleh menyerupai pelbagai bentuk, namun Allah tetap mengampunkan setiap kesalahan kamu..jika kamu masih mengingati Allah, sujud kepada Allah. Taubat kepada Allah, lakukan taubat kepadanya..

Allah masih mahu mengampunkan kamu..tetapi manusia tidak pernah mengambil iktibar,sebanyak mana pun yang Allah bagi dugaan kepadanya, tetapi langsung tidak diambil iktibar..menyalahkan Allah..membuatkan cicit-cicitku ketawaa.. gembira.. menangislah kamu wahai manusia ketika bersujud.. mohonlah keredhaanNya..jangan kamu seperti kami..

Tetapi manusia terlalu keras hatinya..keras..kerass.. minum arak, berjudi.. kamu tahukah menghisap rokok juga adalah kawan jin.. jin suka asap 2x.. tidakkah kamu ketahui.. bukan hanya dengan kemenyan.. bukan hanya segala-galanya yang melibatkan asap..seperti kafir melakukannya membakar colok... memanggil jin untuk menjaga tempat sembahyangnya.. tidakkah kamu ketahui? Kamu tidak ketahui wahai manusia.. cetek ilmu kamu.. cetek...dalamilah segalanya kamu akan ketahui sepertimana kami ketahui..

Cuma.. salah kami..seperti yang kamu ketahui..satu saja kesalahan kami tidak sujud kepada Adam..sehingga aku dilaknat oleh Allah..sehingga aku tidak dibenarkan, tidak diampunkan oleh Allah..apa lagi yang ingin kamu ketahui? Ingatlah kamu wahai manusia..selagi belum kiamat.. cucu cicitku akan sentiasa cuba untuk menyesatkan kamu..selagi kamu mengingati Allah..mereka tidak akan memasuki kamu..ingatlah.ingatlah.. wahai manusia..walaupun kamu sembahyang solat  5 waktu, membaca Al-Quran berkali-kali, menghafaz Al-Quran tetapi jika kamu tidak ikhlas kerana Allah, kaum cicitku tetap akan datang kepada kamu.
Perawat : Yang itu aku tahu.. aku pun dah banyak kali ingatkan kepada manusia..kau terlalu penat ke?
Azazil :  Aku penat...aku penat..
Perawat :  Kalau begitu kamu matilah...ni kali terakhir.. kau mintak ampun kepada Allah buat kali terakhir.. cepat sebelum kau mati..

Azazil : aku sujud Ya Allah..aku mohon kau maafkan kaum kerabatku.. Ya Allah betapa kamu Ya Allah... Ya Allah..mulianya manusia.. yang kamu ciptakan.. kamu tetap aku terima taubat mereka walau berkali-kali membuat dosa..sedangkan tidak aku..
Perawat : jangan kau pertikaikan tentang Allah.. cepat kau minta ampun..Insyallah dia akan tetap ampunkan jua...

==========================================================================

Terkedu aku melihat dan mendengar video ini.. besarNya kuasa Allahh untuk tunjukkan ini semua pada manusia.. Ya Allah.. aku mohon kepadaMu agar kami semua manusia cucu cicit Adam diberikan hati yang bersih dan ditunjukkan kejalan yang lurus... amin...

ps- kawan-kawan sila perhatikan sendiri.. jika Bapa/Maharaja Azazil yang berkata begini.. apakah kita manusia tidak membuat sesuatu untuk melindungi dan menuju ke arah yang benar... MasyAllah.. Allah Maha Besar...semoga kalian semua mendapat manafaatnya.. amin...

Friday, July 8, 2011

Ngedate dengan Fynn Jamal

8 July 2011

Hari ini adalah harinya.. konsert GEGO semperna JB Art Festival yang diadakan selama sebulan.. phew.. malam ini penyanyi kegemaran saya iaitu Fynn Jamal turun JB.. yeah yeah... maka dengan itu.. saya akan turun... (: insyallah kalau diberi keizinNya... hehe (: tak sabarnya mahu dengar suara serak serak basah kepunyaan beliau malam ini.. heee (: eksited lebih takot.. takot tak diizinkan pulaa... huuuu

Btw.. malam ini juga ada sambutan harijadi en Amir yang sebenarnya pada hari semalam.. aku perlu pulang awal.. huuu semoga semuanya selamat.. amin...

Fynn... Semoga bertemu yaaa... Insyallah (: