Monday, August 29, 2011

Amalan 10 Malam Terakhir Ramadhan - Ustaz A. Razak Aripin

29 August 2011

Ceramah ni sebenarnya berlaku = 25 August 2011  waktu tengahari ( 1.00 - 2.00pm) waktu lunch. slot ni merupakan slot terakhir yang dianjurkan oleh office untuk kakitangan dan aku rasa rugi plak kalau tak pegi.. this time around ceramah ni agak serius, dan bila terlalu serius ramai jugak yang di buai mimpi.. huuu Ustaz ni agak keras bila dia keluarkan hujah-hujah dia.. pheww... setiap orang ada cara masing-masing untuk menyampaikan dakwah.. ok.. jom start apa pengisian ceramah semalam (:

Dia mulakan ceramah beliau dengan nikmat yang Allah berikan pada kita.. terlalu banyak nikmatnya.. tapi ada 2 nikmat yang dia highlight
  1. Nikmat Iman dan Keislaman - dia siap buat contoh walaupun orang bukan Islam ni buat baik contohnya Bill Gates tu derma banyak-banyak tapi amalannya tidak langsung di pandang oleh Allah sebab dia bukan Islam.. tiba-tiba aku ingat Lady Diana.. dia pun baik jua.. tapi kalau betul dia bukan Islam..maka sesungguhnya rugilah seseorang itu kalau dia bukan seorang Islam.. huuu Alhamdulillah kita ni Islam..mudah-mudahan kita akan di kekalkan dalam Islam dan dimatikan dalam Islam jua..amin
  2. Nikmat Kemerdekaan - nikmat atau hak untuk memilih... Manusia ni dijadikan ada hak untuk memilih.. sebab tu ada manusia yang Islam dan tak Islam.. boleh pilih antara mahu jadi beriman atau tidak... dia ada cerita pasal binatang dan makhluk-makhluk lain seperti bulan, bintang, pokok dan haiwan.. mereka tidak dikurniakan dengan nikmat ini.. dan pokok diciptakan untuk menghasilkan oksigen untuk manusia.. kalaulah pokok ni ada nikmat memilih.. mana la tahu dia nak jugak oksigen dan ingkar.. abis lah manusia kiranya..berebut oksigen..
Ustaz ni ada pesan dia suruh kita prepare ourselve before masuk ramadhan. dia kata g la beli barang-barang raya before Ramadhan so that kita boleh fokus sepenuhnya di bulan Ramadhan.. ada betulnya juga ustaz ni kata... buat kuih mungkin la tak bole..sebab takot da tak sedap.. tapi kalau setakat beli langsir, beli baju raya, beli kasut.. semua da bole buat before hand.. maka.. senang.. time ramadhan tak payah beli lagi dah.. sibuk2.. kat orang yang meremut2.. huuu

Dia kata lagi.. untung manusia ni. dah la diberi bulan bonus.. plak tu syaitan dah tak de.. tapi dia kata.. kalau syaitan tu dah berjaya didik dan influence kita selama sebelas 11 bulan tu dan dah memang kita macam syaitan.. maka pada bulan puasa.. bende dah jadi biasa.. semua bende sama.. tak de langsung perubahan yang ada.. huuu dan dia ada cakap juga kita ni berpuasa ikut nasab.. maka setiap 4 tahun sekali kita akan berpuasa selama 29 hari sahaja... huu maka sebab tu tahun ni kita cuma berpuasa 29 hari sahaja..

Dia ada cerita tentang kewujudan nafsu.. nafsu ni dia adalah makhluk yang angkuh dan sombong... mula-mula Allah tanya dia.. siapa kamu.. dia menjawab aku adalah aku dan Kau adalah Kau.. berani kan dia cakap macam tu dengan DIA... hhuuu then Allah campak dia dalam neraka yang panas mendidih2.. selepas beberapa ribu tahun maka Allah tanya dia lagi..siapa kamu? dia dengan selamba je jawab.. aku adalah aku dan Kau adalah Kau... dia rilek je.. still berdegil dan angkuh.. namun selepas itu, bila Allah masukkan dia dalam neraka yang penuh dengan kesengsaraan beribu-ribu tahun lamanya.. barulah dia mengaku Aku adalah hambaMu dan Kau adalah Tuhanku... tengok betapa degilnya mahkluk atau elemen yang Allah ciptakan yang bernama nafsu.. maka.. kalau kita boleh kawal kita.. ianya merupakan kemenangan yang terbesar hendaknya..

Then, baru Ustaz ni zoom apakah sebenarnya yang patut di lakukan pada malam 10 yang terakhir ini, menurut beliau ini adalah amalan yang lakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W... jom zoom in.. yeah
  1. Bangun malam dan menjalankan Qiamulail
  2. Gerakkan keluarga untuk solat malam - suami kejutkan isteri atau vice verca
  3. Tidak mendatangi isteri
  4. Mandi di antara Maghrib dan Isyak
  5. Iktikaf di masjid
Ustaz ni kata... kalau nak tengok orang tu dapat tak shafaat Ramadhan.. tengoklah time di akhir Ramadhan.. kalau seseorang tu masih lagi melakukan kesalahan sebelum Ramadhan.. maksudnya dia tak dapat keberkatan di bulan Ramadhan.. kalau dia masih tak menutup aurat, masih lagi makan ikut nafsu, masih lagi bergaya ala-ala artis tak ingat dunia.. makanya.. dia tak dapat keberkatan itu..huuu dan dia ada cakap juga.. kedatangan Ramadhan tu di ibaratkan seperti kapal besar yang mewah contohnya kapal tu berlabuh dekat Danga Bay, dan tuan kapal tu nak beri zakat.. so siapa-siapa boleh datang and ambil barangan dalam kapal tu.. so ada yang datang sekadar menjenguk, ada yang datang bawak plastik, ada yang datang bawak kereta, ada yang datang bawak lori, ada yang datang hari-hari.. makanya yang datang tengok-tengok je tu.. tak dapat apa-apa.. sekadar dapat melihat keindahan kapal tersebut sahaja.. tangan kosong..

So.. pilihlah nak jadi golongan yang mana..pada aku dapat sikit pun jadi lah dari tak dapat apa-apa.. 

p/s- entri ni lambat keluar.. dah hari raya pun malam ni.. ngaa.. tak pe.. boleh simpan nota dan isinya untuk Ramadhan yang akan datang sekiranya kita diberikan peluang sekali lagi.. huuuu

No comments: