Friday, August 12, 2011

Amalan Terbalik Yang Dilakukan oleh Umat Islam Kini...

12 August 2011

Tertarikh bila aku baca email dari inbox aku.. aku amat terkejut.. dari 10 amalan ni, banyak yang kaum keluarga aku buat..dan memang dah menjadi tradisi pada orang Melayu khususnya.. sebenarnya kita sekarang ni  jauh terpesong.. banyak sangat buat benda sebab ikut-ikutkan orang tanpa tahu tujuan kenapa sesuatu amalam itu dibuat.. 

Sekadar berkongsi pengajaran pada semua di bulan Ramadhan ini.. semoga para pembaca blog aku dapat sebarkan bende yang elok ni... :) peace

"10 AMALAN YANG TERBALIK"

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh
Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-
1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.

Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau  ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa.Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM200.00 tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan  pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga
kurang bahagia.

Semoga kalian mengambil iktibar.. sesungguhnya memang most of us doing all of these stuff.. i bet u r not one of em..semoga kita dapat berfikir semula adakah patut kita buat semua ini??

Ok.. Till Then Assalamualaikum.. :)

4 comments:

James Alexander said...

setuju... terutama sekali yg last sekali... mereka (para isteri) pabila dirumah, kelihatan serupa hantu...

@Fr!^n@ said...

James - uikss.. mak saya tak macam hantu kat rumah ok.. :)

ishmahbihabie said...

2 bulan lepas pengalaman saya menguruskan kampung selepas pemergian atuk memang mengecewakan tentang pemahaman masyarakat dalam membezakan adat dan adab ;(

saya tidak dibenarkan serve even air masak pada tetamu2 yang dari awal datang sampai dah hilang suara membaca yaasin... tapi lepas tu 3 malam berturut2 family semua 'dibenarkan' kepenatan menyiapkan/membeli makanan untuk menjamu mereka yang sudi datang tahlil... so ridiculous! lebih2 lagi family yang kecil, the cost... totally and clearly it is againts the practicality in Islam

belum masuk adat2 kawen yang bole membebankan kelansungan hidup pasangan2 yang baru mendirikan rumah tangga ;(

maaf kalau pendapat saya mengguris pihak yang membaca... moga dipermudahkan usaha dalam memperjelaskan ant adat & adab :)

@Fr!^n@ said...

Biha - sebenarnya bukan tuan rumah yang patut hidangkan air untuk tetamu.. selalunya jiran yang hidang.. tu pun bukan dalam rumah..selalunya air tu akan ada di anjung or tepi rumah.. tu adat pada pendapat saya..

pasal majlis tu.. agak sukar nak buang sebab dahh memang sejak dari kecik kita memang di sogokkan dengan kenduri arwah sampai 3 malam berturut2.. huuuu

maybe kita masih lagi dalam alam untuk sincekan tradision dengan islam..susa sangat nak tinggalkan yang tradisi untuk Islam.. dan saya akui saya pun sukar untuk tidak ikut.. walaupun kadang-kadang tak masuk akal sekalipun.. huuu