Wednesday, August 10, 2011

Bende Baru..

10 August 2011

Bila sesuatu benda tu baru..semua jadi harum..semua jadi manis.. macam kita makan tebu.. keghairahan untuk mengigit tebu hingga semua madu tebu tu terkeluar tak dapat digambarkan dengan kata-kata.. tapi...lepas madu dan kemanisan tebu tu dah habis.. bila kita nyonyot tapi tak de manis lagi... mesti lah kita buang sepah tu kan.. ade ke kirenya kita nak simpan.. nak buat ape la weyh... huuhuhu

Tetiba teringat akan sesuatu yang baru melanda hidup aku..mungkin aku eksited tika dan saat ini.. aku tak mampu cakap besar..mungkin ini adalah permulaannya.. diharap agar ianya kekal dan sustain... tak susah nak start.. cuma agak sukar nak kekalkan yang sedia ada.. beli yang baru amat mudah... ada duit.. beli... pastu.. tak bab maintenance.. hancur lebur.. kesian pada mangsa-mangsa keadaan ini.. 

Pada aku konsep bende baru ni memang boleh diaplikasikan dalam apa juga bende baik manusia, bulan puasa, perhubungan, gadget baru, barang baru..baju baru.. even pokok atau haiwan perliharaan yang baru.. semuanya kelihatan cantik dan menawan... dan untuk mengekalkannya memerlukan disiplin dan determination yang sangat tinggi dan semoga aku tergolong dari golongan itu insyallah.

Jangan jadi hangat-hangat tahi ayam..sesungguhnya perumpaan ini kene betul dengan diri kita.. termasuk aku.. aduhai... semoga ianya tak terjadi pada kamu semuaa.. 
Till Then.. Assalamualaikum...

2 comments:

James Alexander said...

nak mengekalkan sesuatu supaya sentiasa kelihatan baru mmg sukar...


moga kamu berjaya dalam apa yg kamu lakukan...

@Fr!^n@ said...

James - yups.. indeed.. sangat sukar.. huuu

thanks untuk ucapan itu.. woahh pengomen tetap blog saya... thanks!