Wednesday, August 17, 2011

Bijak Didunia, Bijak Diakhirat - Ustaz Mohd Fairuz AliAkhbar

17 August 2011

Permulaan hari yang bertenaga hari ni sebab terfikirkan tentang cuti.. hari ni Ustaz Fairuz datang awal, aku dan geng dah bersemangat giler.. siap chop tempat lagi.. bukan ape.. last week ramai yang kene duduk atas carpet or berdiri untuk dengar ceramah dari beliau.. best woo..bukan sahaja menghiburkan tapi ada pengisian yang dia nak cuba sampaikan.. dan ianya sangat berguna. bukan untuk orang lain.. untuk diri kita sendiri.. ok... jom start apa yang Ustaz share ngan kami hari ni..

Dia mulakan cerita dengan tanda orang-orang bertaqwa.. dia kata ade 2 tanda
  1. Seseorang itu sangat memahami muraqabah (sentiasa di perhatikan oleh Allah) maka orang yang sebegini akan elok perangai sebab dia tahu apa sahaja yang dia buat Allah akan perhatikan dia..
  2. Menzahirkan nikmat kesyukuran yang diterima olehnya
Sempat dia bercerita tentang syukur.. dia tanya pernahkah kita semua merasa nikmat urat-urat yang diberikan? tentulah tak pernah..sehingga kita ditimpa sakit. ketika itu barulah kita merasa nikmat urat yang diberikan sehingga kini.. nikmat mata untuk melihat, telingat untuk mendengar.. betapa besarnya nikmat yang Allah berikan tak terucap dengan kata-kata.. umpamanya kalau kita jadikan pokok-pokok seluruhnya di dunia ini dijadikan pen dan dakwatnya ialah 7 lautan yang ada di dunia ini..sesungguhnya tidak mencukupi nikmat yang Allah dah berikan pada kita.. huuuu terlampau banyak... phewww thanks Allah for those nikmat.. i really appreciate it..dan sesungguhnya nikmat terbesar ialah nikmat Iman dan Taqwa yang tak pernah dirasai oleh orang Kafir Musyrikin

Tengah cerita pasal nikmat.. tiba-tiba Ustaz selitkan pasal 3 golongan yang Allah akan cepatkan atau murahkan rezekinya.. nak tahu apa dia? bertenang... weeee
  1. Orang yang hendak/pasang niat untuk pergi Haji
  2. Orang yang berhutang dan sekiranya dia ada duit, dia tidak menagguhkan pelangsaian hutangnya
  3. Orang yang ingin berkahwin
Sempat dia berseloroh.. kalau tuan-tuan nak kawin lagi satu bagus la.. nanti Allah akan cepatkan atau luaskan pintu rezeki.. berdekah kami ketawa.. heee amboi-amboi..sempat promote poligami yer.. huhuhuhu sempat dia tanya soalan killer pada kami.. dia kata jangan malu untuk jadi orang Islam..walaupun kat dunia kita tak de harta sebanyak orang kafir.. tapi kita ada Iman.. kita ada Allah..sesungguhnya aku selalu fikir macam tu.. selalu rasa rendah diri pada orang kafir tu seme.. arghh pas ni tak payah nak look up kat dorang sangat.. dorang tak apa yang kita ada.. huuu

Dia sempat suruh google pasal Sheikh Ahmad Deedat dan juga Sheikh Harun Yahya.. orang hebat macam ni yang patut kita look up.. bukan nya Steven Jobs mahupun Bill Gates.. dorang cuma dapat kebahagian dunia je.. huuuu kedua-dua tokoh yang disebutkan ni adalah ulamak yang berjuang bersungguh kerana Allah..memperjuangkan Islam.. tak malu untuk jadi orang Islam.. dan perjuangan dia memang nampak bersungguh-sungguh.. kalau pun kita tak boleh jadi seperti mereka.. cukuplah untuk mengukuhkan iman diri sendiri... huuu tajam jugak apa dia cakap tu.. dia tanya.. apakah perjuangan kita dalam memperjuangan Islam.. fuyooo... aku?? ilek?

Dia juga ada ingatkan bahawa Malaikat Izrail, malaikat pencabut nyawa rupa-rupanya.. dia jenguk kita 40 kali sehari weyh.. kenyataan ini agak menggerunkan aku.. huuu bila-bila masa kalau DIA kata cabut.. dah boleh cabut bila-bila masa... pheww... dan dia ade jugak share citer pasal Jibrail datang menjenguk binatang-binatang..mula-mula Jibrail datang melawat kerbau.. dia terus tanya.. agak-agak tuan-tuan dan puan-puan.. kerbau tu syukur tak dia jadi kerbau.. nasiblah tuan puan bukan kerbau. kalau tak sure time tengahari macam ni tuan puan dah kene pegi ke ladang berkubang... bila Jibrail tanya si Kerbau..

Jibrail : Wahai Kerbau.. adakah kau menyesal Allah jadikan kamu seekor kerbau??
Kerbau : MasyAllah.. (sambil tengok Jibrail dengan hairan).. nasib baik aku ni kerbau..bukannya kelawar..
Jibrail : kenapa pula?
Kerbau : Kelawar tu dah la tak lawa.. tidur kepala dibawah..dan dia mandi dengan air kencingnya sendiri..

Ustaz mula describe cerita kelawar.. dia buat kami semua gelak dengan galaknya. dia cite cam ni.. bila kelawar tu tidur sepanjang hari.. tiba-tiba dia rasa nak terkencing..ada ke kelawar tu bangun sekejap dan pegi toilet.. "ladies please... " sambil ustaz ni buat muka.. so dia akan kencing terus.. maka.. tu la maksud si kerbau tu.. sambung cerita ni lagi..

Maka Jibrail pun pergi jumpa si kelawar..maka soalan yang sama dia tanyakan pada si kelawar sebab dia disangka malang sebab dia kencing atas badannya sendiri..
Jibrail : Wahai Kelawar.. adakah kau menyesal Allah jadikan kamu seekor kelawar??
Kelawar : MasyAllah.. (sambil tengok Jibrail dengan hairan).. nasib baik aku ni kelawar..bukannya cacing..
Jibrail : kenapa pula?
Kelawar : Cacing dah la hidup dalam tanah, makan dalam tanah.. lepas tu jalan pun guna perut..

Ustaz terus tanya camni.. tuan puan kat sini ada yang jalan pakai perut tak?? aku dah berdekah dah.. then dia sambung lagi cakap.. dia kata.. tak de kan tuan puan tapi ramai kat sini yang "jaga perut" tahniah di ucapkan.. lagi galak kami gelak..

Jibrail terus bertemu dengan cacing untuk mendapatkan penjelasan.. soalan yang sama dia tanya...
Jibrail : Wahai Cacing. adakah kau menyesal Allah jadikan kamu seekor cacing??
Cacing : MasyAllah.. (sambil tengok Jibrail dengan hairan).. nasib baik aku ni cacing..bukannya MANUSIA..
Jibrail : kenapa pula?
Cacing : ....

Agak-agaknya apa cacing ni jawab??.. sempat Ustaz ulas dan tanyakan pada kami.. takkan la manusia sehebat kita ni cacing cakap kita ni lagi tak elok..sedangkan Allah juga ada sebut manusia dijadikan sebaik-baik ciptaan..makan pun kat atas.. kat kepala (sambil buat aksi makan..dengan muka-muka dia sekali...) aksi ni tak boleh nak dicoretkan dengan kata-kata.. im not good at explaining thing in words tho.. huuhuhuhuhu 

Rupanya cacing tu kata.. Manusia ni kalau hidupnya imannya tak sempurna..dia akan dilazab di dalam neraka dan dia akan tinggal dalam neraka selama-lamanya.. jadi.. kita ni sebagai manusia.. yang ada akal fikiran.. boleh fikirkan yang terbaik untuk diri kita.. sesungguhnya kita sepatutnya bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan pada kita... dan kekalkan dan increasekan iman yang ada.. ada sikit pun dah ckup baik..

Dia bagitahu jugak pada kami yang dunia ini adalah busuk.. segala apa yang ada di dunia ni tak cantik sebenarnya.. kalau cantik sekalipun.. keadaan sebenarnya tidak disana.. dia bagi contoh bagunan office kitaorang la.. nampak luar memang cantik.. apa akan jadi kalau di korek dinding? ada batu dan besi yang berselirat di bawah dinding tersebut.. itulah perumapaan yang dia bagi.. and dia ada bagi lagi satu contoh.. baby yang baru lahir... 

Kenapa baby baru lahir dia menangis? sebab dia dah keluar dari alam sana.. dia tak cakap alam mana tapi dia kata baby tu menangis kerana dunia ni busuk dan dia takut untuk menghadapinya... dan dia ada bagi evidence yang sangat kuat.. dia kata.. baby kalau baru lahir.. tak pakai apa-apa pun bau mereka sangat wangi.. dikatakan bau dari Syurga... phew.. patut lah bau baby sangat best.. dan dia ada suruh bau mulut baby.. after dia bangun tidur masa dia sangap tu.. cium bau mulut dia..seriously memang baunya sangat harum.. tapi dia selitkan dengan lawak. dia kata.. cuba bau mulut bapak dia plak... wakakakakaka aduhai,.. boleh pengsan dibuatnya... hahaha

Dia ada juga describe tentang kecantikkan bidadari yang ada di syurga.. keadaan di syurga.. Ya Allah tak dapat nak di bayangkan macamana indahnya syurga itu... subhanallah.. dan bidadari tu dikatakan sangat cantik, mulus, bersih, suci sehingga nampak semua urat-uratnya.. dan dia kata juga kalau air liur bidadari jatuh diatas bumi.. maka manusia ni boleh jadi bergaduh dan angau sebab wangi.. huuuu tu baru air liur.. belum yang lain lagi... huu dan dia kata lagi.. kalau perempuan buat suaminya sakit hati.. maka bidadari akan marah dan dia akan kata macamni "sampai hati kau layan suami kami begitu.. nanti di syurga kami akan layan dia dengan baik sekali... " dan sekiranya seorang perempuan dapat masuk ke dalam syurga..maka bidadari akan memuji perempuan tersebut kerana mereka (orang perempuan yang masuk syurga) itu 70 cantik dari bidadari... SubhanAllah

Dalam bulan puasa ni.. bear in mind yang amalam sunat itu akan dikurniakan dengan fadilat yang fardu.. sekiranya kita buat amalan yang fardu kita akan diberikan fadilat fardu + 70 kali ganda.. Ya Allah.. banyaknya.. dan bila kita dah tahu habuannya kita sepatutnya seronok untuk buat amal ibadat kerana mungkin kita akan diganjarkan dengan bonus di bulan Ramadhan ini.. amin insyallah.. dia ada pesan supaya bertasbih dan dia mintak semua orang ada tasbih elektronik pasang dekat tag kitaorang tu.. kat mydin baru rm7 katanya.. huuu

Dan dia pesan lagi supaya banyakkan berzikir Laillahaillallah 1,000 kali, Selawat 100 kali, Istigfar  100 kali, etc dan dia suruh kami pegang Hadis nabi yang ini juga.. "Percantikkan harta benda kamu dan ubatilah penyakit kamu dengan sedakah" segala penyakit hati, penyakit sosial dan penyakit fizikal boleh di ubati dengan sedekah. jadi rajin-rajinkan lah bersedekah ok.. (: lagi banyak kita bersedekah.. lagi banyak Allah bagi balik.. tak percaya cuba buat camni.. letak RM 200 atau lebih untuk dirikan masjid dan niatkan kepada Allah.. insyallah Allah akan bagi balik rezeki tu dan kalau dah dapat nikmat itu... sesungguhnya anda takkan pernah lupa untuk bersedekah.. (:

Ok peep.. panjang lebar plak cite kali ni.. hopefully korang dapat ilmu sikit dari pembacaan ini.. sape-sape yang nak kawan dengan ustaz ni.. dia ada facebook la.. sila add... (:







6 comments:

yaya|azura said...

I likeeee .. thanks for sharing! Moga Allah permudahkan hidup dan permurahkan rezeki kita di dunia dan di akhirat kelak. Amin

@Fr!^n@ said...

sis Yaya - amin.. :) semoga dipermudahkan segalanya.. :)

ghost writer said...

ya beruntung menjadi binatang.tidak dipersoalkan setelah dowang mati.nampaknya,dalam diam,binatang2 nih tau berfikir sebenarnya.hihi

nice story.

@Fr!^n@ said...

GW - yups.. nampak bodoh je binatang2 tu.. tapi nanti dorang tak kene seksa macam kita kalau tak beriman..sebab dorang tak de otak mcam manusia.. huuu

ishmahbihabie said...

cik rina~ nak bagi big hug kuat2!

makaseh sudi share pengisian :) kali ni super duper tertusuk isinya... mungkin disebabkan kejadian2 di siang hari, sepanjang minggu ni huhu

dah nak masuk 10 hari terakhir ramadhan.. harapnya sempatlah sama2 tingkat amalan dan moga dapat beristiqamah :)

@Fr!^n@ said...

biha - hug dia balik... heee.. yups.. kali ni dia akhiri ceramah dia dengan doa yang syahdu... huuu tersedu juga lepas habis dia baca doa tu.. tacing habis...

ape pun..lets push to the max 10 malam terakhir ni yer.. we can do it.. yeahhh