Thursday, August 18, 2011

Iftar di Rumah Anak Yatim Rayyan, Taman Perling

18 August 2011

Hari ni kami seoffice ada majlis berbuka puasa bersama masyarakat.. sama juga seperti tahun lepas.. pecarian tempat kali ini agak mencabar sedikit.. menurut kata komiti berbuka puasa ni la... (aku bukan komiti pun)... heheh not nominated ok.. jadi jangan menyibuk..ngaaa mula-mula nak buat di Rumah Anak Yatim Bukit Chagar.. tapi schedule mereka penuh..maklumlah rumah anak yatim tumpuan sebab lokasinya di tengah bandar.. ramai yang nak bagi bantuan... alhamdulillah.. tahap kesedaran masyarakat kita ni dah semakin meningkat untuk beramal ke arah sana.. (:
Rumah Anak Yatim Rayyan ni merupakan rumah anak yatim yang didirikan oleh NGO dan sumbangan dari masyarakat sekeliling... sekarang ni rumah anak yatim tu terletak di kawasan komersil di Taman Perling..sangat tak sesuai tempatnya.. tapi tu je yang ada setakat ni...menurut kata Cikgu Siti merangkap warden dia ada 30 orang budak-budak kat situ... separuh perempuan.. separuh lelaki.. dan ada di antara mereka belajar untuk jadi tahfiz.. alhamdulillah.. (: mudah-mudahan mereka ini dipermudahkan jalan hidup mereka..

Menurut Siti ni jugak.. ramai yang duduk di rumah anak yatim ni ada waris.. dan kalau mereka tak de waris.. ada mak angkat yang ambil or melawat mereka..baguslah... so dorang duduk situ ada jugak orang yang beri perhatian pada dorang...nasib baik... ;) dan Siti kata lagi... 2 minggu after raya mereka bercuti.. beraya bersama keluarga... huuu aku baru terkenang... kalaulah mereka ni beraya sesama mereka.. tentu sedih dan sadis.. huuu nak cerita pasal Siti.. budak ni cantik.. mukanya bercahaya.. sejuk je mata memandang bila tengok muka dia.. umur baru 22 tahun tapi berkebolehan untuk menjaga anak-anak yatim tu semua.. dan mereka (kanak-kanak) itu rapat dengan beliau..subhanAllah.. baiknya Siti ni... hmmm kagum dengan beliau... huu sempat jugak kawan-kawan aku kenenkan beliau dengan Syakirin.. huuuu

Aku kesana bersama BFF la.. si Yana, Yaya dan si Syidot..kali ni tak de orang buat hal.. semua baik.. malahan si Syidot yang suke buat hal tu kali ni baik betul.. mungkin sebab dia terkenangkan nasib anak-anak itu.. rajin dia mengemas di akhir jamuan tu.. heee aku tolong kemas sikit-sikit je.. lebih seronok dapat berbual dengan cik Siti yang cantik itu...masih muda tapi cara perawakan yang matang.. superb..

Kali ni tak macam tahun lepas.. interaksi antara aku dan kanak-kanak itu limited..sempat bermain dengan Amir dan kakak-kakaknya sahaja.. kenal dengan Daniel.. tak ramai dan tak sempat nak berbual panjang.. tapi budak-budak tu muka mereka seolah ada cahaya.. aku cuma boleh doakan...walaupun mereka tak dapat kasih sayang seorang ibu atau ayah atau keduanya..semoga mereka cekal untuk menghadapi hari esok dan mendatang.. dan semoga Allah permudahkan cara hidup mereka.. amin
Gambar kenangan kami bersama mereka.. ps- Siti yang pakai tudung putih ditengah sebelah saya :)

Semoga kamu semua bersyukur atas kenikmatan bekeluarga yang diberikan oleh DIA.. pinjaman sementara sahaja ketika didunia.. aku beruntung kerana masih mempunyai mereka berdua ketika susah dan senang..sayangilah mereka sementara masih ada.. saya sayang ibu dan ayah saya.. esok dah boleh balik dan berbuka bersama.. yippie!!!

Till Then.. Assalamualaikum... (:

2 comments:

Anonymous said...

Salam, boleh beri contact no rmh anak yatim rayyan nie tak?

@Fr!^n@ said...

Salam,

Boleh dapatkan detail lanjut di page facebook mereka

https://www.facebook.com/ProgramAmalUntukAnakAnakYatimArRayyan