Sunday, August 21, 2011

Iftar with Family and Relatives = Heaven

21 August 2011

Semalam ada majlis berbuka puasa beramai-ramai di rumah Ayah dan Ibu di Taman Nusantara.. mulanya Pak Su nak balik Rengit untuk berbuka puasa bersama Tok Yah.. tapi oleh sebab last week Tok Yah memang nak datang sini dan kami pula pulang ke Rengit. so the whole family were here yesterday dan kami semua gembira dan bersyukur... :) seronoknya bukan main walaupun bukan full house (:

Semua sibuk call and msg.. tanya rumah kami kat mana.. orang pertama sampai rombongan dari Rengit yang terdiri dari Tok Yah, Cik Ana dan Fizul (uncle)... kol 4 lebih dorang dah sampai.. hujan lebat.. sejuk je suasana.. :) seronok.. tengah berbual-bual dengan mereka.. Ngah call.. dia kata dia nak datang.. tapi hujan.. so dia nak mintak aku amik dia kat Saujana.. sebab dia naik motor,,ada isu sikit time ni sebab dia nak hantar kawan dia balik ke Pasir Gudang plak.. woahhh tersangat la jauh permintaan itu... aku terus bersiap nak ambil beliau

Perjalanan ke Saujana agak mencabar... dengan hujan turun mencurah-curah di highway.. lecak kiri kanan tak dapat bawak lebih dari 100km/hr.. jadi slow sikit perjalanan ke sana.. plak tu bila sampai tol ramai betul orang beratur.. dengan confirmnya aku terus pegi ke lane Smart Tag sebab mmg dalam Dutches ada Smart Tag.. nasib baik tak de orang que kat belakang... rupanya balance cuma ada RM 1.70.. daaa.. harga tol yang perlu di bayar = RM 2.30 short beberapa sen sahaja.. nasib baik ada sorang Aya ni.. dia suruh saya masuk lane Touch n Go.. and bila da sampai situ.. dia suruh saya bayar tunai.. saya baru la terhegeh2 nak kluarkan duit.. alahai.. saya bagi dia RM 5 and dia tak de change.. dia cuma bagi balik RM2.. cukuplah.. rezeki dia la..

Sampai Saujana. dengan tiada phone aku nak call adik aku yang seorang itu..pay phone satu pun tak boleh guna.. bila aku naik rumah dah gelap..rupanya dia dah turun.. bila aku turun nasib baik aku nampak dia.. dia berkeras juga nak hantar kawan dia balik ke Pasir Gudang.. bukan aku tak nak tapi plan kami untuk berbuka pasti akan tergendala sebab menghantar beliau.. aku ada usulakan untuk dia naik taxi.. tapi adik aku membantah.. aku dah masam mencuka.. aku sempat sindir.. aishhh.. tak penyabar rupanya aku ni.. duhhh.. perjalanan nak menghantar kawan adik ku itu dipenuhi dengan baca paper.. huuu

Alhamdulillah aku dan adik aku sampai 5 minit selepas orang ramai berbuka puasa.. ada Pak Su dari KL dan Untie Iela dan Famili.. Ya Allah meriahnya.. saat aku melangkah masuk rumah dengan memberi salam. hilang semua perasaan marah pada adik aku.. huuuu penuh hall kami bila semua makan duduk bersila.. lauk-lauknya ada ketam berlada, labu masak lemak, kari daging, ikan terubuk bakar, sayur goreng.. aku tak mampu nak makan sebab kenyang masih terasa.. huuu jadi aku makan murtabak dan kuih-kuih yang dibeli oleh tetamu yang hadir.. heee perasaan itu tak dapat nak digambarkan.. pulaknya phone saya masih belum bernyawa sebab battery flat dan charger baru di bawak oleh adik aku.. jadi tiada gambar didalam berry saya.. owhh.. tapi gambar dah di ambil oleh G-Tab adik ngan IPad Pak Su.. semoga Pak Su upload gambo semalam..

Selepas makan duduk lepak-lepak selepas Solat Maghrib.. :) seronok bila dapat bertemu sanak saudara.. heee nak pasang api pelita.. tapi sumbunya kene hujan.. jadi tak kekal api tu.. sekejap je dah padam.. seronok Syira dan Danish dapat main kat luar.. :) and aku geram betul tengok si Syira.. ishhh.. tembam.. putih gebu.. alahai.. geram betul.. masa dia nak balik sempat aku peluk dia kuat-kuat.. dia lari bukan main.. macam kene kejar hantu.. hehehehe :P seronoknya bergembira bersama. pinjaman DIA nikmat bekeluarga untuk kami sekeluarga.. Alhamdulillah :) 

Pak Su dan Sarah tidur di rumah.. so aku sibuk dok berbual-bual dengan Sarah.. masa mula-mula Sarah nak datang sini dia ada satu concern yang saya disagree... dia kata dia segan nak datang sebab kakak2 kat sini termasuk aku, adik aku dan cik Ana baik dengan kakak dia.. si Mira.. aku sempat kata.. tak baik cakap camtu..kita semuakan sedara.. uhuhuhu dan ayah dia bagi alasan..sebab dia tak selalu baik.. so camner dorang(kakak2 yang ada) nak baik dengan Sarah.. heee sweet budak tu.. sempat tanya aku.. ada tak boifee.. alahai.. tak terjawab.. ngaaa aku cakap je tak de... nantilah kalau ade jodoh ada la boy frennya.. hehe bila tanya balik dia pun tak de boifee jugak.. heee.. dia nak UPSR tahun ni.. i hope she will do her very best :) insyallah...

Pengakhiran semalam agak pilu sebab aku jawab panggilan seseorang yang dah lama aku tak jawab telefon dia.. aku buka hati aku untuk jawab panggilan tu sebab aku fikir ni bulan baik Ramadhan tak baik untuk aku teruskan perlakuan aku untuk stop the relationship.. aku harap menyambungan semula relationship ini akan jadi lebih baik.. dan tiada hidden agenda lagi.. dan aku lebih terang dan nyata tentang misi hidup aku.. :) semoga DIA tunjukkan jalan.. amin..

Ok peep.. Until Then.. Assalamulaikum

ps- tak de gambar kali ni sebab bb saya flat.. :( tapi keseronokkan itu tak dapat nak digambarkan..dan saya amat bersyukurr!!!

2 comments:

luqman said...

wahh..panjangnyer ceriter...part last tu yang terbaek...hehe

@Fr!^n@ said...

luqman - alahai..cite tak best sbb tak de gambo.. plain.. doakan la yg terbaik yer encek!ngaaa