Friday, August 12, 2011

Jutawan Ramadhan by Ustaz Abd Rahim Sahalan

12 August 2011

Yesterday is Thursday, every Thursday at lunch break (1-2pm) we will have a religious talk. Alhamdulillah ada jugak orang yang organise.. so dapatlah ilmu sikit tak banyak pun dan masa tengahari tu tak de la terbuang kan.. huuu budak budak junior department aku antara orang yang terawal datang.. hahah eksited sebab ustaz yang sebelum ni superb.. rupanya ustaz yang bagi ceramah ni merupakan senior Ustaz Fairuz yang datang minggu lepas.. jadi masa pengenalan ustaz ni expectation aku dan kawan-kawan agak tinggi..

Beliau memulakan ceramah dengan memperkenalkan diri beliau.. seorang bekas graduan dari Universiti Azhar di Mesir mengambil jurusan Sanad Al-Quran.. first time aku dengar apa itu Sanad.. rupanya Sanad ni merupakan pembelajaran Al-Quran dari guru-guru yang susun galurnya bertemu dengan sahabat-sahabat Rasullallah.. Masyallah..seronoknya dapat belajar Al-Quran sampai begitu sekali.. mesti dia hafal dan faham apa kandungan Al-Quran tersebut.. bestnyaaa...

Menurut beliau bulan puasa/Ramadhan ni terbahagi kepada 3 bahagian, pada permulaannya adalah pemberian Rahmat dari Allah, pertengahannya ialah keampunan dan penghujungnya ialah permohonan untuk elak dari api neraka dikabulkan.. Maka apa yang tuggu lagi.. dia suka ingatkan yang kita tak pasti adakah tahun hadapan kita dapat bertemu Ramadhan lagi.. pheww.. terkesan jugaa..

Barangsiapa yang berpuasa, menyemarakkan malam dengan ibadat (bertarawikh) dan berjaga malam dengan ibadat pada malam Lailatul Qadar maka Allah akan memberikan keampunan secara tidak langsung... apa tunggu lagi.. tawarannya sangat hebat.. dia selalu kata.. jomlah  kita jadi jutawan katanya.. bulan ni semua amalam kita dilipatgandakan.. dan bukan susah sangat pun nak jadi jutawan di akhirat sana.. phew.. tapi.. ada ke orang realized bende ni.. kebanyakkan orang semua nak jadi jutawan dunia.. cam Bill Gates, Steve Jobs, etc... huuuuu

Dia ingatkan.. bila bulan puasa datang ni.. kita kene ada matlamat dalam bulan Ramadhan,. kalau tahun lepas tak pernah sembahyang Terawikh di masjid-masjid.. maka tahun ni boleh la increasekan kpi masing-masing yer.. kalau tahun lepas tak sempat nk khatamkan Al-Quran.. tahun ni try la habiskan.. huuu and kalau tahun lepas dah khatam Al-Quran tahun lepas.. bole double twicekan pengkhataman berikut.. dia tekankan suruh kami semua khatamkan Tafsir Al-Quran..sebab katanya.. semua isu semasa dapat diselesaikan kalau kita baca Al-Quran..semua penyelesaian ada di situ.. huu sebenarnya semua bende DIA dah provide untuk kita tinggal cari pun kita malas.. huuuu  ni rujuk pada diri sendiri jugaa... huuu

Puasa ini ada banyak level.. and semalam dia ada terangkan pasal puasa level 3.. kiranya level yang superb.. so ni senarainya apa yang dibuat untuk dapatkan puasa level 3:
  1. Solat 5 waktu berjemaah bagi lelaki dan bagi perempuan kalau tak dapat berjemaah solat di awal waktu
  2. Solat Dhuha 2,4,8 rakaat
  3. Bekerja
  4. Membaca Tafsir Al-Quran
  5. Solat Terawikh 8/20 rakaat
  6. Berzikir
Pengakhiran ceramah ni dia terus zoom camner nak jadi jutawan di Bulan Ramadhan di mata Allah..come on peep.. jom redah!! lets do it!
  1. Ulang Azan dari awal hingga ke akhirnya..
  2. Baca doa selepas azan
  3. Berdoa ketika berbuka dia suggestkan untuk doa 4 perkara ini (Mati di dalam iman, Diperluaskan pintu rezeki, Diberikan kesihatan yang baik dan dikurniakan anak-anak yang soleh/solehah)
  4. Berwuduk dengan sempurna
  5. Bersiwak/bersugi = gosok gigi laa
  6. Solat berjemaah
  7. Solat 2 rakaat sebelum dan selepas Solat Fardu Qablatah dan Ba'diah
  8. Memuliakan Hari Jumaat dengan amalan-amalan sunat Hari Jumaat
  9. Solat Isyak berjemaah
  10. Wirid selepas bersolat
  11. Tolong Orang dalam apa bentuk sekalipun
  12. Sedekah
  13. Menyebut Amin dan Rabbana Lakalhamd ketika iktidal bersama-sama imam
  14. Balik selepas Imam pulang dari masjid
Jadi kawan-kawan sekalian..macamana berani tak sahut cabaran untuk buat semua ini untuk jadi jutawan.. huuu tepuk dada tanyalah selera.. dan keimanan.. :) boleh rebut selagi boleh.. DIA tak rugi apa-apa pun kalau kita tak buat.. kita yang rugi..
Moh la kita banyak-banyak top up amalan kita time Ramadhan..semoga diberkati hendaknya.. amin.. Assalamualaikum

3 comments:

ishmahbihabie said...

bestnye office awak ada ruh/semangat ramadhan :)

ustaz rahim ni dulu guru disiplin di sekolah saya tapi masa saya masih menuntut disana... la ni dia dimana ye?

thanks for the sharing rina and keep on sharing ye *hugs*

neesa_jun said...

thanks for sharing this base...sangat berguna...selamat beramal!

@Fr!^n@ said...

biha - laa.. keciknya dunia ni.. pusing2 situ gak la orangnya... heee :P patut la dia siyes dari junior dia ustaz fairus.. heeee

insyallah saya akan share apa yang saya dengar and timba yer biha..dengan izinNYA...

Neesa - selamat beramal untuk kamu juaa.. :)