Friday, August 5, 2011

Semarak Ramadhan - Ustaz Mohd Fairuz Aliakbar

5 August 2011

Semalam kami semua didatangi oleh seorang ustaz.. yang dulunya bekerja di Pejabat Mufti Jabatan Agama Johor satu masa dulu... beliau datang agak lewat.. mungkin kerana hujan lebat tengahari semalam... Bermula dengan takrifan puasa.. dan kenapa harus kita berpuasa..dalil yang kuat dari Al-Quran ayat Al-Baqarah 183
"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa" kat sini je dia da boleh cerita panjang...

Suke bila dia start cerita.. dia tahu ada orang yang namanya sama dengan beliau.. dia buat contoh.. kata lah ada orang datang dalam bilik ni nak cari Fairuz.. so sape yang nak kene jawab? saya ke fairuz lagi satu... kalau orang tu kata En. Fairuz bukan Ustaz Fairuz.. jadi Fairuz tu la yang kene jawab kan?? abis yang lain? Aminah, Fiza, Liza, Bedah.. nak kene jawab ke?? takkan sebab bukan nama mereka... ni.. menurut ayah ni.. Allah seru kita.. Wahai orang beriman.. jadi.. kena lah kita jawab.. Ya Allah.. kamilah orang beriman itu..dan kami akan berpuasa seperti apa yang kau suruh... 

Dalil ke dua... dari hadis RasulAllah Nabi Muhammad S.A.W... yang mewajibkan puasa dan menyatakan apa itu puasa.. menahan diri dari makan dan minum dan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa... sangat seronok bila selitkan cerita-cerita yang real masa dia jadi penguatkuasa di Jabatan Mufti.. tapi pesanan dia sangat clean and clear...

Puasa bukan sekadar menahan diri dari perkara2 yg membatalkan puase je...kite kene tahan diri dari buat perkara2 yg membatalkan pahala puasa... jaga hati...jaga mata....kalau boleh elakkan dari tempat yang ramai orang.. yang boleh terbuat kita cuci mata.. contoh. di Pasar Ramadhan la... RasulAllah dulu pegi pasar..cepat pergi dan cepat balik... huu tak de nak lepak-lepak tengok itu dan ini... kalau kita buat semua ni.. tak lain dan tak bukan kita cuma dapat haus dan lapar je.. huuu

Dia ada jugak kata.. jika seseorang yang menolak hukum Allah.. bermaksud mereka ini semua kafir.. ada yang berpuasa.. tapi tak tutup aurat.. ni bermakna.. dia main pilih-pilih hukum yang mana dia nak apply..which is not fair.. patutnya.. apa yang Allah kata dan berfirman tu, kita wajib ikut.. kita wajib patuh..sebabnya mudah sangat..kita ni cuma HAMBA... yang dikurniakan dan dipinjamkan pelbagai nikmat dariNya.. tu pun tak sedar lagi ke?? hamba yang lemah dan tak punya apa-apa sekalipun.. huuu sentap kejap bila terfikirkan semua ini..

Dia ada cakap jugak.. ada ramai yang pandai cakap macam Sheikh dari Arab.. tapi kesahihannya kita tak tahu.. dan sebagai pendengar, kita tak boleh bersikap taklid dengan menerima segala apa yang di katakan oleh seseorang.. sekiranya seseorang tu menyatakan benda yang palsu dan diikuiti oleh oleh lain..maka dosanya tertanggung oleh orang yang mengatakannya... jadi.. beware atas apa yang kamu cakap.. sebab kalau ada orang yang amalkan.. dosanya kamu yang tanggung.. pheww... lebih baik kita berdiam kalau kita tak tahu.. bertanya jika memerlukan kesahihan.. beradalah di jalan yang benar..

Ustaz ada jugak sebut pasal.. jangan terlalu yakin.. kerana umur kita ni.. kita tak tahu bila akan habis.. dia kata.. jangan sampai terdetik sekalipun untuk buat jahat.. sebab kita tak tahu bila kita di ambil.. contoh yang dia bagi.. "jangan terfikir nak pegang tangan awek di Danga Bay..dan juga bini orang..." berdekah-dekah kami gelak.. tapi dia ada point kat situ.. dia jugak ada kata.. jangan terlalu yakin dengan hari esok.. sebab belum tentu kita masih bernyawa.. dan dia ada jugak cakap berkenaan dengan solat..

Sebenarnya manusia dan umat nabi Muhammad S.A.W ni amat beruntung.. amalan solat tu adalah amalan malaikat di atas langit sana.. satu layer.. malaikat ni semua takbiratul ihram.. ada satu layer.. takbir sahaja.. mereka melakukan tanpa jemu... dan tanpa henti sehinnga Allah beri arahan berhenti.. jadinya.. Nabi Muhammad mendapat arahan supaya manusia mengerjakan sembahyang adalah collection dari amalan malaikat-malaikat.. betapa mulianya manusia disisi Allah.. tapi mengapa manusia tidak muliakan Allah?

Banyak jugak pengisian dan pengajaran yang aku dapat bila dengar ceramah macamni.. aku bersyukur kerana di beri nyawa untuk dengar semua ini..semoga pengajaran yang diberikan akan diambil iktibar dan aku akan ikut segala suruhanNya...

Ada kejadian berlaku disaat-saat akhir ceramah ini.. ustaz ni ada bawak anak dia..kecil lagi budaknya.. umur dalam 3 tahun..menangis dalam bilik tu... mulanya aku ingatkan dia sejuk..sebab kat luar hujan dan air con agak kuat.. tapi ustaz tu sendiri clear it up.. dia kata.. anak dia lapar..dia nak berhenti belikan roti tak sempat tadi... kesiannya menangis kerana lapar.. dah la kecil.. nasib baik ada kawan saya cik Kikinet yang ambil makanan dari atas. tapi masa yang diambil agak lama.. dia da minta tolong untuk bawakan anak dia keluar..sebab dia nak habiskan ceramah dia yang tinggal beberapa minit tu.. dah tentu itu mata pencarian dia.. maka budak tu sempat menangis kuat-kuat.. semua orang gelabah.. selang beberapa minit... makanan pun turun.. ala bukan makanan ape pun la.. biskut.. choclate. banyak la kat stok makanan.. settle kejadian itu.. maka sambung lagi sikit..

Sebagai penutup.. dia ada kata.. Ramadhan ni bulan mula.. dont take it for granted.. kalau boleh..lipat gandakan amalan-amalan sedia ada kerana setiap amalan akan digandakan dengan banyak sekali.. rugi kalau kita tak grab.. jadi kawan-kawan.. jom la beribadah apa yang mampu..terlalu banyak habuannya.. tapi ingat.. buat amalan kerana Allah.. bukan kerana habuan tersebut.. fikir-fikirkan lah...semoga amalan kita diterima dan dilipatkali gandakan insyallah...

1 comment:

ishmahbihabie said...

tak sabarnya nak tunggu pengisian untuk esok :)