Thursday, October 20, 2011

Keluli Sebenar :)

20 October 2011

Movie terbaik untuk tahun ini.. tu je mampu nak cakap.. jalan penceritaan yang menarik.. lebih touching bila dia bukak cerita berkenaan hubungan antara seorang ayah yang meninggalkan anak beliau semenjak lahir dan bertemu semula ketika kanak-kanak tersebut berumur 11 tahun... cerita ni berplotkan mungkin pada tahun 2020an.. tak pasti tahun berapa tapi kecanggihan alatan yang mereka gunakan berada di tahap yang sangat maju... semua infra tu transparent.. nampak the other side... canggeh dan bergaya ok.. huuuu

Permulaan cerita ini agak slow..kami pun masuk agak lambat.. permulaan cerita dah masuk cerita pasal robot-robot..aku macam lost sikit.. tapi bila dah lama-lama semakin curious nak tahu.. apa sebenarnya pengarah ni nak try sampaikan melalui penceritaan ini.. plot utama dalam cerita ni sebenarnya hubungan ayah dan anak... tu yang utama.. tapi dalam penceritaan itu disertakan dengan gadget yang canggeh manggeh dengan tahap yang mungkin tak terfikir oleh manusia.. manusia akan datang mahukan entertainment yang lebih ganas dan lebih ekstrem..gunakan robot untuk masuk ke arena keganasan... huuu
Charlie, Max and Atom
Scene yang paling seronok di lihat perhubungan antara kedua insan ni. si Hugh Jackman dengan anak dia Max.. memang tersangat sempoi dan superb.. disebalik keganasan dan kemachoan seorang ayah.. terselit juga ciri-ciri kebapaan dalam diri dia.. permulaan journey dorang dimulakan dengan pemilihan si Max anak Huge Jackman untuk ambil si Atom, robot tahun 2014.. huuu Atom ada kelebihan untuk meniru segala gaya tuan dia.. so si Max yang comel ni.. selalu bawak robot dia jalan-jalan.. dan dia mintak tolong ayah dia untuk ajar robot dia bertinju..sebab ayah dia ex boxer yang terkenal dulu.. jadi lost sebab terlalu sukakan robot dan keganaasn robot...

Silalah ke panggung untuk tengok cite ni dengan lebih jelas.. sangat seronok dan aku recommend tengok.. huuu aku bagi 7 out of 10.. dan 3 bintang tak penuh sebab plot permulaan terlalu slow.. penceritaan tentang perempuan yang bersama hugh jackman tu tak di kupas sepenuhnya..jadi macam watak sampingan je.. tak de cerita pasal late mother Max.. jadi macam tak kene pula.. owhh..banyak plak komen aku yer.. anyway.. sape yang nak kan cite aksi + moden + futuristic.. silalah tengok pic ini.. terbaikk..

Ps- bila doran ni cite pasal Atom.. aku teringat abang aku.. wooaahhh touching pule.. huuu

Till Then.. Assalamualaikum :)

Kata-kata Hikmah Hari Ini

20 October 2011

Apa yang kita mahukan tak semestinya baik untuk kita sebab kita ni manusia yang jahil dan hanya Allah sahaja yang tahu baik buruknya sesuatu... maka.. jangan terlalu yakin dengan kehendak kita. mungkin bukan itu yang terbaik untuk kita.. mohonlah pada Allah agar kita dipermudahkan segala urusannya.. dan mudah-mudahan apa yang kita suka itu adalah terbaik untuk kita...

Till Then... Assalamualaikum 

Wednesday, October 19, 2011

Berakhirnya Riwayat Hidupnya

19 October 2011

Rezeki untuk bahagia bersama beliau selamanya telah ditarik semula.. ni semua gara-gara aku tukar air dia.. sementara nak basuh bekas dia.. aku letak air sejuk kat dispenser.. huuu nampaknya dia tak dapat bertahan dan terus berenang senget.. lepas aku naik lunch.. dia da takde.. huuu Rooney.. maafkan saya sebab saya bukan seorang  tuan yang baik.. huuu..

Aku lagi sayang Rooney dari si Torres.. maka dia yang kene pergi dulu.. huuu dugaan untuk ku di minggu ini.. semoga bertabah.. huuu

ps- mungkin aku kene bawak pam oksigen untuk rakan dia.. si Torres..semoga panjang umurnya hendaknya.

Friday, October 14, 2011

Rooney dan Torres

14 October 2011

Kenalkan ada kekasih baru saya... nama dorang best.. sorang nama Rooney.. sorang lagi nama dia Torres... hahahaha nama dorang hensem.. seperti mereka juga hendaknya... hehehehe ape pun.. baru dapat berkenalan dengan dia minggu lepas, hari Selasa 4hb October.. tu la tarikh keramatnya.. huhuhu dan pada saya.. tu la birthday mereka... ni tempat kami berdating.. dan berjumpa buat kali pertamanya.. masa lalu lalang tu memang tak de niat untuk memiliki tapi bila 2 kali pandang.. saya terjatuh hati.. dan terus rasa nak kenal dengan lebih dekat dan rapat.. hehe
Giant Tampoi

Selepas berdating terus bawak balik.. heheheh adeyh la.. sukenya hati dan hari hari saya yang mendatang.. dah ade boifee or anak baru... heee :) semoga mereka bertahan dengan sikap saya yang tak berapa nak betul ni.. huhuh semoga mereka panjang umur dan sayang saya macam saya sayang mereka...

Si Rooney si garang dan pantas...

Si Torres yang cepat pucat lesi..
Semoga dengan kehadiran kedua-dua ikan comel ini akan menambahkan keceriaan dalam hidup saya.. dan supaya saya lebih bertanggungjawab... babies.. take care.. sayang kamooo berdua.. huuuu 
ps- dorang suke makan cacing and jentik2 mane nak cari??huu makan tablet je hari2.. huuu

Till Then.. Assalamualaikum

Sunday, October 9, 2011

Jodoh...

9 October 2011

Tajuk nak power... ahahah tapi belum pasti pengisian dia tu elok dan berguna... Hari Khamis lalu ada seorang sahabat ni suruh aku tengok TV9..Semanis Kurma... Tajuknya "Dia untuk ku..." aku pulaknya terasa malas mahu bangun sebab masa tu aku da bersiap untuk tidur... dah memang kat bilik pun.. so aku mintak la dia download.. huuu ade 2 orang sebenarnya yang ajak aku tengok siri tu.. huuu jadi aku terima download dari 2 orang berbeza dari segi perspekstif juga berbeza...

Menurut rakan aku yang seorang tu.. dia kata...sebagai intro..kepada sesiapa yang belum menemui jodoh.. kene usaha sebab pasangan takkan datang bergolek.. bila aku tanya apa usaha yang perlu kita buat untuk mendapatkan jodoh yang baik.. dia kata..part and parcel of getting partner is "usha" ish.. aku  cakap takkan la aku nak mengurat kot.. huuu actually aku da penat mengurat arrghh.. semua tak menjadi.. teringat kata seorang kawan baik lelaki aku. dia kata.. lelaki tak suka diburu.. tapi suka memburu... huuuu bila aku tanya kawan-kawan aku yang lain betul ke tidak.. ade jugak yang kata... ade juga lelaki yang suke perempuan start dulu... woahhh terlalu complicated kisah perhubungan lelaki dan perempuan..

Tapi ade jugak ilmu yang aku dapat dari Al-Quran.. Allah memang dah kata.. Allah ciptakan semua mahluk itu berpasangan, even kejadian alam ni pun Allah jadikan berpasangan, siang dan malam, hujan dan panas, etc.. maka.. pada aku tak perlu risau.. kita ini pasti akan ada pasangan hendakNYA.. tapi aku teringat plak cik Zam penah cakap kat aku.. dia kata kalau dah memang kita ditakdirkan kita tak berpasangan di dunia..mungkin kita tak layak kerana setiap orang ada tujuan hidup didunia.. mungkin kita bukan dijadikan untuk mengembangkan zuriat.. mungkin jodoh kita di alam sana..who knows :)

Sambung cerita Dia Untukku... kawan aku kata lagi.. ade orang tanya macamana kita nak tahu dia tu jodoh kita.. dia kata.. berbeza untuk setiap orang, dia kata kalau kita jumpa jodoh kita..something will trigger contohnya jantung berdegup laku, sedap je mata memandang.. and macamana nak tentukan samada hes/shes the one.. kita akan rase tenang, senang je bila berjumpa.. huuuu dan kawan aku yang lagi satu cakap.. dia kata.. bila kita dah rasa macamtu.. selalunya orang bila da sayang kita tend untuk belai, bagi perhatian, pegang, etc2 macam kucing.. jadinya.. kita akan tend buat maksiat.. so untuk mengelakkan maksiat.. maka wajiblah berkahwin dengan cepat..

One more important point yang kawan ku sampaikan.. kalau dah memang kita ni jodoh dia.. Allah akan permudahkan semua urusan perkahwinan atau apa-apa urusan yang berkaitan.. huuu dan yakinlah Allah memang dah janji lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik.. dan vice versa... jadi.. untuk dapat orang yang baik.. kenalah kita jadi baik dulu sebelum kita dapat orang yang baik.. perbaiki diri sendiri.. berdoalah setiap hari untuk mendapat jodoh yang terbaik... walaupun begitu.. mungkin kita ditakdirkan dengan orang yang kurang baik.. tujuannya mungkin untuk melengkapi diantara satu sama lain dan dugaan hidup.. tapi ade ke orang nak jodoh yang kurang baik? senang je.. berdoa banyak-banyak kat DIA,moga-moga dia kabulkan permintaan dan hajat kita hendakNYA...

Banyaknya aku membebel pasal benda ni.. huuu ku akhiri dengan pesan ustazah dalam semanis kurma.. dia ada pesan berpuasa pada hari jadi kita.. insyallah Allah memberkati hari jadi dan mengurniakan kita jodoh yang baik-baik.. yang dah ada jodoh.. peliharalah hubungan yang sedia ada untuk kekal hingga ke akhir syurgaa... :)  teruskan doa-doa anda.. Allah Maha Mendengar dan Maha Pengkabulkan doa... DIA tahu apa yang terbaik untuk kita.. :)

ps- ade orang kata bila muka kita mirip dia.. akan berkekalan jodohnya... saya tak jumpa lagi lelaki sebegitu.. hoh... selalu saya suke lelaki yang berlainan rupa dengan saya.. hoh. :P susa ini macam... ngaa ape pun aku berserah...biar DIA sahaja yang tentukan.. 

Till Then... Assalamualaikum