Friday, November 18, 2011

Journey To The East

21 November 2011

Hari ni hari terakhir berada di Tanah Timur Semenanjung Malaysia.. kesimpulan yang dapat di buat sepanjang perjalanan aku ke sini.. susah nak cari sahabat, senang nak cari kawan, kalau kita dah baik dengan orang, jangan pernah cuba untuk mengkhianatinya.. untuk sahabat saya Siti Zaidah, terima kasih di atas segala-galanya..sejak dari hari Khamis malam aku sampai di tanah Wakaf Bahru sehingga ke hari ini, beliau setia menemani aku...

Manusia-manusia di tanah ini sangat peramah, bersopan santun dan bijak dalam komunikasi, mereka tak malu untuk menegur sapa, untung sangat dapat berjalan di tanah ini. Nama tempat yang sangat unik, dan permandangan yang sungguh berlainan dengan kota yang penuh dengan debu dan arus pembangunan yang mendesak. Disini juga, tanah banyak dibangunkan... namun tingkah laku mereka masih seperti dulu, yang dulu sukar untuk di tinggalkan.. ada satu perangai unik tentang mereka semua ini, sukar untuk berubah... itu patut aku simpankan dahulu,mungkin akan di kupas nanti..

Apa yang aku ingin ketengahkan di sini.. aku rasa tenang di sini.. seolah ada sesuatu di sini.. yang menarik perhatian aku.. yang menusuk kalbu.. yang mendamaikan.. ya.. jawapan yang sudah pasti.. laut.. air laut itu sangat menenangkan.. air laut yang hanya mempunyai ombak, angin pasir dan langit terbentang... hanya itu dapat membuaikan perasaan dan hati ini... arghh.. ayat macam dalam novel.. peduli apa.. this is my blog tho.. hahaha :P hampir terlupa aku memang asalnya ada unsur air.. maka.. memang aku sangat suka dengan laut.. unsur air terbesar di muka bumi.. terus terasa kerdil dengan ciptaanNYA, subhanallah.. terfikir tentang sebutir pasir.. tentu sahaja mereka mempunyai tugas setelah mereka diwujudkan di dunia ini..

Sebenarnya percutian aku ini bukan percutian kosong, percutian yang sepatutnya di isi dengan pengenalan diri dan hanya diri aku.. bagaimana untuk terus maju ke hadapan dan bagaimana dengan masa hadapan yang kabur.. aku rasa aku masih perlu masa untuk fine tune dalam menentukannya.. dalam keseronokkan sebenarnya hati aku masih gusar kerana jawapan yang cari masih tidak dijumpai..mungkin bukan di sini..mungkin bukan sekarang.. mungkin bukan ini cara untuk mendalaminya..

Disini aku kenal erti kehidupan, kehidupan tak semesti kerja kuat, ada yang sanggup tinggalkan segalanya untuk buat apa yang dia suka.. orang lain nampak cam tak yakin dengan apa yang dibuat.. tapi dia yakin dengan diri sendiri.. biarkan apa orang nak kata.. dan akhirnya dia juga yang bahagia.. biarlah orang kata dia buat kerja kampung.. namun sehingga ke hari ini dia masih lagi dapat merasa sesuap nasi tanpa gagal setiap hari..

Apa pun... aku cuma perlu satu jalan untuk meneruskan hidup.. terus meminta tolong dari DIA yang Maha Kuasa.. takkan ada kuasa lain yang mampu untuk mengubah segalanya.. kekuatan ini... datangnya dari DIA... semoga DIA mempermudahkan segalanya...

Till Then, Assalamualaikum :)

Wednesday, November 16, 2011

Semoga Kikin Cepat Sembuh

17 November 2011

Aku dah plan untuk ke Pantai Timur dengan menaiki keretapi.. tapi kelmarin ada kejadian yang menimpa kami.. Selasa 15 Nov kami patut pergi bermain badminton.. tapi semalam Kin sakit terlantar kat rumah sewa dia.. dia sorang2 sebab semua orang pegi kerja.. petang tu plan nak hantar dia ke hospital.. aku pulak seakan pentingkan diri siapkan kerja-kerja di office sebelum bercuti lama.. pelabagai ragam.. huuu kawan-kawan lain dah selamat tengok Kin kat rumah sewa dia.. bila aku sampai semua orang dah ada dalam bilik dia.. kerumun.. dorang nak hantar Kin balik Tiram.. sebabnya sakit dia nampak serius..

Bila ke klinik semalam.. memang mintak reference letter untuk rujuk ke pakar.. bila dah sampai sini..Doktor ER yang check tu cakap Kin cuma gastrik biasa.. what?? so bila Amir jeck dia sikit..dia cam tergugat. alasan dia bed penuh. jadi awak nak biarkan kawan saya sakit camtu sahaja? whattt??? kat sini je aku dah macam tak puas hati.. Doktor kat hospital swasta kini pun dah ambil sambil lewa.. huuu mungkin sebab sekarang ni hospital pakar dah jadi taraf hospital kerajaan.. bukan pe.. mungkin sebab dah ramai orang beli insurance.. so dorang ade hak untuk mendapatkan rawatan.. tapi kini bukan rawatan kelas pertama lagi hendaknya.. huuuu

Nak tunggu warded pun sikit punya lama.. kami sampai dalam kol 8 lebih, pastu Kin dapat masuk ward dalam pukul 12pm.. this is not acceptable for the private hospital.. angin je..sebab doktor yang pertama tu bagi remarks yang ambil mudah.. kawan aku ni dah macam separuh nyawa.. suke dia je nak suruh balik... ngaaa.. ok.. penuh dengan emosi... huuuu malam ni Cik Iezo yang menjaga beliau.. dia yang tawarkan diri untuk jaga cik Kin.. jadi malam tu aku memang hentam tidur.. huuu

Esok paginya.. aku keluar macam nak pergi kerja.. aku tnya jugak Kin dia ada nak pesan apa-apa tak.. dia kene puasa.. jadi tak leh nak makan katanya.. jadi aku pun breakfast siap-siap kat rumah.. aku teringat plak semalam Kin suruh Iezo bawak buku La Tahzan.. tapi dia tak bawak.. jadi aku bawak aku punya bagi kat Kin pinjam.. bila sampai aku tengok muka Kin lemah.. tapi lepas bual2.. dia ok sikit.. bila Amir datang dia lagi ok.. hee :)

Kejadian sepanjang aku dok hospital.. dari hari Selasa malam Kin admitted.. doktor tak check2 dia lagi.. tinggal camtu je.. kol 10am aku tnya reception kat luar.. kol 12 tanya lagi. katanya doktor ade byk operation.. abis tu takkan tinggal kawan saya camtu je.. kol 12 tu Kin ngadu sakit kaki.. dan seperti biasa nurse inject ubat.. hmmm baru lah tidur kawan saya tu.. so bile orang ramai visit tghr tu.. Kin sedang nyenyak tidur.. semua orang datang cakap dia sembab.. sian Kin..

Kin sedang struggle untuk sihat.. masa buat scan ultrasound ada byk batu dalam gull bladder (pundi hempedu), kaki dia ada urat dan darah yang tersumbat.. hari ni dia buat MRI.. dari keputusan pada hari ni. baru leh move forward sama ada nak operation atau tidak.. aku hanya mampu untuk berdoa.. aku tak dapat buat apa2.. plak tu.. aku nak pergi bercuti jauh sampai ke Kelantan

Kin, saya tahu awak kuat semangat dan Kin yang saya kenal sangat kental.. saya harap awak cepat sembuh seperti sediakala.. kalau memang ini ujian yang patut awak terima kat dunia.. mungkin ada hikmah disebalik semua ini.. jom kita sama-sama doa supaya Kin cepat sembuh seperti sedia kala..

Kawan-kawan lain.. tolong doakan Kin supaya dia cepat baik..

Till Then, Assalamualaikum..

Monday, November 14, 2011

Pre-Journey To The East

14 November 2011

Hujung minggu yang penuh seperti biasa.. namun minggu ini agak teruja kerna  hanya perlu bekerja 2 hari sahaja minggu ini dan akan bercuti sehingga 29hb.. woahh cuti yang lama ini mahu digunakan untuk diri sendiri dan melibatkan perkara-perkara berkisar tentang diri  sendiri.. no one else only me.. huuu percutian yang dirancang untuk ke Pantai Timur akan berlangsung pada Hari Khamis ini 17hb sekiranya diizinkanNYA.. ada beberapa checklist yang perlu di buat sebelum berlepas ke sana:

  1. Packing lah.. ape lagi.. mahu bawak beg roda satu dan bag pack satu.. tujuannya akan di beritahu kelak
  2. Tinggalkan kunci abang pada adinda aku supaya dia boleh start engine semasa ketiadaan aku nanti
  3. Belikan makanan untuk adik-adik kat rumah ni.. makanan dorang dah nak habis
  4. Tinggalkan wasiat dan pesan untuk jaga anak di office..mudah2an panjang umurnya dak Torres itu
  5. Dapatkan kereta sewa semasa berada di Kuala Terengganu nanti
  6. Renew Pasport before berlepas ke sana.. just in case.. mahu terbang pulak.. eyh.. ngaaa :P
and the list goes on.. hati aku meronta-ronta nak cuti.. tapi at the same time aku sedih kerna aku hanya ada sisa-sisa masa untuk bersama mereka-mereka yang talented dan memberi kesan dalam hidup aku..datangnya hanya sebentar.. tetapi perjuangan dan ikatan itu amat kuat pada perasaan dan pandangan aku.. biarlah perpisahan yang bakal kami alami ini..adalah perpisahan yang diredhai.. dan aku berharap agar aku dapat bertemu dan bekerjasama lagi dengan mereka di masa akan datang...

Insyallah kalau ade rezekinya aku akan belikan sesuatu untuk mereka.. dan untuk semuaa.. mudah2an juga perjalanan aku akan dilindungiNYA.. amin.. :)

Till Then, Assalamualaikum :)

Wednesday, November 9, 2011

Sesi Luahan Hati

9 November 2011


Baca tajuk jangan suka buat spekulasi ok.. huhuhu ini bukan berkenaan hati i love you, you love me ok.. huu ni soal masa depan.. soal diri sendiri.. bila dah ada dalam dikusi ni aku rasa diriku terlalu jauh dengan mereka.. mereka punya teori dan pegangan yang tetap.. bukan seperti aku yang senang untuk dipuaskan hati.. standard terlalu rendah.. apa yang aku ada cuma sifat kesyukuran yang melampau.. huuu bukan nak kata sikap syukur itu tak perlu.. perlu tapi dalam kuantiti yang sedikit.. sebab bila kita bersyukur sangat kita akan berada dalam comfort zone.. dan bila kita ada comfort zone kita akan tak improve ourselve.. hmmm

Perjuangan hidup dan cara hidup aku berbeza..mungkin kami berbeza dari segi pendapat tapi kami mempunyai isu yang sama.. aku berharap agar segala isu ini dapat berakhir dan diselesaikan dengan baik dan semoga perjuangan itu menjadi lebih baik.. masa ini mungkin masa yang sesuai untuk menunjukkan kematangan yang aku ada walaupun tak berapa nak ada pun.. mungkin ada jalan tengah untuk semua ini.. situasi menang-menang patut diketengahkan saat ini..semoga tiada yang terkorban dalam perjuangan ini..diharap semua baik-baik sahaja.. huuu

Satu je pinta aku.. aku harap kobaran ini bukan sekadar melepaskan batuk di tangga.. ada penghujung dan impak yang positif hendakNYA.. aku pasti dengan bimbingan DIA kami semua akan disatukan dalam keadaan yang situasi yang baik.. mungkin kerana Allah juga kita bertemu dan berpisah..mungkin ini merupakan titik tolak..mungkin ini dinamakan jodoh... keserasian dah ada.. cuma perlukan sesuatu medium dan petujuk jalan..semoga semuanya baik-baik sahaja

ps- penulisan aku dipengaruhi secara terus dengan emosi.. maka abaikan sekiranya penulisan ini tidak berasas.. topi merah menguasai diri ini..

Till Then.. Assalamualaikum :)

Tuesday, November 1, 2011

Didiklah Jiwa...

1 November 2011

Beberapa hari ni aku dok fikir.. adakah jiwa mengatasi akal ataupun akal akan mengatasi jiwa.. jawapan aku.. jiwa tu sangat fragile dan perlu di jaga.. jiwa dikatakan raja dalam diri.. perlu dijaga dengan penuh kasih sayang dan asas yang kukuh.. tapi jiwa tak sama dengan hati.. ada orang kata orang berjiwa besar ialah orang yang sanggup berkorban apa sahaja untuk orang lain.. orang yang berhati besar..maksudnya mengalu-alukan dengan tangan terbuka.. jadi nampak sangat jiwa dan hati berbeza..so kesimpulannya aku pilih jiwa rather than akal.. huu bukan langsung akal di pinggirkan.. tapi aku letakkan di tangga ke 2...

Orang kata ikut hati mati.. memang pun sebab apa yang mempengaruhi hati ialah.. emosi.. dan emosi tak selalunya betul.. tapi itu menjadikan manusia itu indah.. tanpa emosi.. manusia leh jadi robot... emosi tu sebenarnya indah.. sekiranya dikawal dengan cekap dan cermat.. jangan sampai kita letakkan emosi di tempat pertama.. kerana.. emosi ni.. yang banyak pengaruhnya ialah dari syaitan dan iblis.. dorang suka lah bila kita sedih,down.. ada je dorang tuang sikit2 perasaan yang bukan-bukan.. bear in mind.. manusia ni fitrahnya ialah suci.. tapi kita senang sangat dikotori dan dicemari oleh syaitan musuh kita yang nyata.. oleh itu berhati-hati kawan..

Jaga jiwa... makanan jiwa kebanyakkan datang dari dalaman.. kepercayaan dan iman yang kuat.. banyakkan ibadah dan dekatkan diri pada Allah... itu makanan jiwa dan nurani kita..dengar ceramah motivasi pun sebenarnya boleh jadi kapsul untuk jiwa dan nurani.. walaupun kadang-kadang fakta dan statistik yang diberikan tak begitu sahih macam dalam thesis.. tapi ianya benar berlaku.. maka sebenarnya kita boleh ambil iktibar dan pengisian yang mereka cuba sampaikan..ingatan terhadap DIA itu sangat penting.. sebab bila kita ingat DIA Yang Maha Esa.. kita akan cuba jauhi segala maksiat.. insyallah..

Aku bukan ustazah, maka penulisan aku sekadar apa yang aku tahu.. tak de nas dan dalil.. cuma tujuan aku nak ingatkan.. jangan asik sibuk nak jaga fizikal.. tapi jiwa kita terabai.. sayangi jiwa anda... :)

Till Then... Assalamualaikum