Friday, November 18, 2011

Journey To The East

21 November 2011

Hari ni hari terakhir berada di Tanah Timur Semenanjung Malaysia.. kesimpulan yang dapat di buat sepanjang perjalanan aku ke sini.. susah nak cari sahabat, senang nak cari kawan, kalau kita dah baik dengan orang, jangan pernah cuba untuk mengkhianatinya.. untuk sahabat saya Siti Zaidah, terima kasih di atas segala-galanya..sejak dari hari Khamis malam aku sampai di tanah Wakaf Bahru sehingga ke hari ini, beliau setia menemani aku...

Manusia-manusia di tanah ini sangat peramah, bersopan santun dan bijak dalam komunikasi, mereka tak malu untuk menegur sapa, untung sangat dapat berjalan di tanah ini. Nama tempat yang sangat unik, dan permandangan yang sungguh berlainan dengan kota yang penuh dengan debu dan arus pembangunan yang mendesak. Disini juga, tanah banyak dibangunkan... namun tingkah laku mereka masih seperti dulu, yang dulu sukar untuk di tinggalkan.. ada satu perangai unik tentang mereka semua ini, sukar untuk berubah... itu patut aku simpankan dahulu,mungkin akan di kupas nanti..

Apa yang aku ingin ketengahkan di sini.. aku rasa tenang di sini.. seolah ada sesuatu di sini.. yang menarik perhatian aku.. yang menusuk kalbu.. yang mendamaikan.. ya.. jawapan yang sudah pasti.. laut.. air laut itu sangat menenangkan.. air laut yang hanya mempunyai ombak, angin pasir dan langit terbentang... hanya itu dapat membuaikan perasaan dan hati ini... arghh.. ayat macam dalam novel.. peduli apa.. this is my blog tho.. hahaha :P hampir terlupa aku memang asalnya ada unsur air.. maka.. memang aku sangat suka dengan laut.. unsur air terbesar di muka bumi.. terus terasa kerdil dengan ciptaanNYA, subhanallah.. terfikir tentang sebutir pasir.. tentu sahaja mereka mempunyai tugas setelah mereka diwujudkan di dunia ini..

Sebenarnya percutian aku ini bukan percutian kosong, percutian yang sepatutnya di isi dengan pengenalan diri dan hanya diri aku.. bagaimana untuk terus maju ke hadapan dan bagaimana dengan masa hadapan yang kabur.. aku rasa aku masih perlu masa untuk fine tune dalam menentukannya.. dalam keseronokkan sebenarnya hati aku masih gusar kerana jawapan yang cari masih tidak dijumpai..mungkin bukan di sini..mungkin bukan sekarang.. mungkin bukan ini cara untuk mendalaminya..

Disini aku kenal erti kehidupan, kehidupan tak semesti kerja kuat, ada yang sanggup tinggalkan segalanya untuk buat apa yang dia suka.. orang lain nampak cam tak yakin dengan apa yang dibuat.. tapi dia yakin dengan diri sendiri.. biarkan apa orang nak kata.. dan akhirnya dia juga yang bahagia.. biarlah orang kata dia buat kerja kampung.. namun sehingga ke hari ini dia masih lagi dapat merasa sesuap nasi tanpa gagal setiap hari..

Apa pun... aku cuma perlu satu jalan untuk meneruskan hidup.. terus meminta tolong dari DIA yang Maha Kuasa.. takkan ada kuasa lain yang mampu untuk mengubah segalanya.. kekuatan ini... datangnya dari DIA... semoga DIA mempermudahkan segalanya...

Till Then, Assalamualaikum :)

No comments: