Monday, November 14, 2011

Pre-Journey To The East

14 November 2011

Hujung minggu yang penuh seperti biasa.. namun minggu ini agak teruja kerna  hanya perlu bekerja 2 hari sahaja minggu ini dan akan bercuti sehingga 29hb.. woahh cuti yang lama ini mahu digunakan untuk diri sendiri dan melibatkan perkara-perkara berkisar tentang diri  sendiri.. no one else only me.. huuu percutian yang dirancang untuk ke Pantai Timur akan berlangsung pada Hari Khamis ini 17hb sekiranya diizinkanNYA.. ada beberapa checklist yang perlu di buat sebelum berlepas ke sana:

  1. Packing lah.. ape lagi.. mahu bawak beg roda satu dan bag pack satu.. tujuannya akan di beritahu kelak
  2. Tinggalkan kunci abang pada adinda aku supaya dia boleh start engine semasa ketiadaan aku nanti
  3. Belikan makanan untuk adik-adik kat rumah ni.. makanan dorang dah nak habis
  4. Tinggalkan wasiat dan pesan untuk jaga anak di office..mudah2an panjang umurnya dak Torres itu
  5. Dapatkan kereta sewa semasa berada di Kuala Terengganu nanti
  6. Renew Pasport before berlepas ke sana.. just in case.. mahu terbang pulak.. eyh.. ngaaa :P
and the list goes on.. hati aku meronta-ronta nak cuti.. tapi at the same time aku sedih kerna aku hanya ada sisa-sisa masa untuk bersama mereka-mereka yang talented dan memberi kesan dalam hidup aku..datangnya hanya sebentar.. tetapi perjuangan dan ikatan itu amat kuat pada perasaan dan pandangan aku.. biarlah perpisahan yang bakal kami alami ini..adalah perpisahan yang diredhai.. dan aku berharap agar aku dapat bertemu dan bekerjasama lagi dengan mereka di masa akan datang...

Insyallah kalau ade rezekinya aku akan belikan sesuatu untuk mereka.. dan untuk semuaa.. mudah2an juga perjalanan aku akan dilindungiNYA.. amin.. :)

Till Then, Assalamualaikum :)

No comments: