Wednesday, November 16, 2011

Semoga Kikin Cepat Sembuh

17 November 2011

Aku dah plan untuk ke Pantai Timur dengan menaiki keretapi.. tapi kelmarin ada kejadian yang menimpa kami.. Selasa 15 Nov kami patut pergi bermain badminton.. tapi semalam Kin sakit terlantar kat rumah sewa dia.. dia sorang2 sebab semua orang pegi kerja.. petang tu plan nak hantar dia ke hospital.. aku pulak seakan pentingkan diri siapkan kerja-kerja di office sebelum bercuti lama.. pelabagai ragam.. huuu kawan-kawan lain dah selamat tengok Kin kat rumah sewa dia.. bila aku sampai semua orang dah ada dalam bilik dia.. kerumun.. dorang nak hantar Kin balik Tiram.. sebabnya sakit dia nampak serius..

Bila ke klinik semalam.. memang mintak reference letter untuk rujuk ke pakar.. bila dah sampai sini..Doktor ER yang check tu cakap Kin cuma gastrik biasa.. what?? so bila Amir jeck dia sikit..dia cam tergugat. alasan dia bed penuh. jadi awak nak biarkan kawan saya sakit camtu sahaja? whattt??? kat sini je aku dah macam tak puas hati.. Doktor kat hospital swasta kini pun dah ambil sambil lewa.. huuu mungkin sebab sekarang ni hospital pakar dah jadi taraf hospital kerajaan.. bukan pe.. mungkin sebab dah ramai orang beli insurance.. so dorang ade hak untuk mendapatkan rawatan.. tapi kini bukan rawatan kelas pertama lagi hendaknya.. huuuu

Nak tunggu warded pun sikit punya lama.. kami sampai dalam kol 8 lebih, pastu Kin dapat masuk ward dalam pukul 12pm.. this is not acceptable for the private hospital.. angin je..sebab doktor yang pertama tu bagi remarks yang ambil mudah.. kawan aku ni dah macam separuh nyawa.. suke dia je nak suruh balik... ngaaa.. ok.. penuh dengan emosi... huuuu malam ni Cik Iezo yang menjaga beliau.. dia yang tawarkan diri untuk jaga cik Kin.. jadi malam tu aku memang hentam tidur.. huuu

Esok paginya.. aku keluar macam nak pergi kerja.. aku tnya jugak Kin dia ada nak pesan apa-apa tak.. dia kene puasa.. jadi tak leh nak makan katanya.. jadi aku pun breakfast siap-siap kat rumah.. aku teringat plak semalam Kin suruh Iezo bawak buku La Tahzan.. tapi dia tak bawak.. jadi aku bawak aku punya bagi kat Kin pinjam.. bila sampai aku tengok muka Kin lemah.. tapi lepas bual2.. dia ok sikit.. bila Amir datang dia lagi ok.. hee :)

Kejadian sepanjang aku dok hospital.. dari hari Selasa malam Kin admitted.. doktor tak check2 dia lagi.. tinggal camtu je.. kol 10am aku tnya reception kat luar.. kol 12 tanya lagi. katanya doktor ade byk operation.. abis tu takkan tinggal kawan saya camtu je.. kol 12 tu Kin ngadu sakit kaki.. dan seperti biasa nurse inject ubat.. hmmm baru lah tidur kawan saya tu.. so bile orang ramai visit tghr tu.. Kin sedang nyenyak tidur.. semua orang datang cakap dia sembab.. sian Kin..

Kin sedang struggle untuk sihat.. masa buat scan ultrasound ada byk batu dalam gull bladder (pundi hempedu), kaki dia ada urat dan darah yang tersumbat.. hari ni dia buat MRI.. dari keputusan pada hari ni. baru leh move forward sama ada nak operation atau tidak.. aku hanya mampu untuk berdoa.. aku tak dapat buat apa2.. plak tu.. aku nak pergi bercuti jauh sampai ke Kelantan

Kin, saya tahu awak kuat semangat dan Kin yang saya kenal sangat kental.. saya harap awak cepat sembuh seperti sediakala.. kalau memang ini ujian yang patut awak terima kat dunia.. mungkin ada hikmah disebalik semua ini.. jom kita sama-sama doa supaya Kin cepat sembuh seperti sedia kala..

Kawan-kawan lain.. tolong doakan Kin supaya dia cepat baik..

Till Then, Assalamualaikum..

No comments: