Thursday, December 6, 2012

Twilight Saga - Breaking Dawn - Part 2

6 December 2012


Amaran: Review ni adalah berkisar dengan pendapat saya sendiri dan mungkin tak de kene mengena dengan yang hidup ataupun yang mati... kerana suara yang satu ini mungkin salah mungkin juga mengikut naluri dan nafsu sendiri...

Setelah sekian lama aku tak menonton wayang.. eyh tak de lama sangat.. last tengok Istanbul Aku Datang bersama Anne dan sepupu-sepupu kesayangan saya.. so a month ago i watched movie in the cinema...


Rasanya tak perlu aku ceritakan plot movie ni... terlalu ideal pada aku walaupun tak dapat dijangka dengan tepat.. pandai bermain dengan hati dan perasaan penonton... mungkin itu kelebihan siapa yang buat filem ni. huhu Congrate sebab mainkan perasaan di klimaks plot cerita ini..

The untold story behind the scene aku rasa cerita ini amat tak sesuai untuk kanak-kanak dan orang yang cetek ilmu.. aku rasa ape motif utama cerita ni adalah untuk memaparkan hidup sebagai vampire adalah seronok dan segala-galanya adalah bahagia..tak penat.. tak perlu rehat.. tak perlu tidur.. tak perlu makan makanan biasa hanya darah jadi santapan..mempunyai capability yang ultimate dan pelbagai.. sebagai manusia normal.. tipulah kalau aku sendiri tak terlintas dalam kepala.. "bestnya jadi vampire ni.. macam macam boleh buat..."

Kesimpulan dari point aku kat atas ni... dari apa yang aku tahu dan belajar.. hidup seekor syaitan atau konco-konconya adalah selamanya..sejak bumi dijadikan sehingga hari kiamat.. maka kehidup seekor syaitan atau konconya akan menjangkau beribu-ribu tahun..even kat dalam cite ni.. dia ada bagitahu umur vampire ni ada yang sampai 1,500 tahun..so.. kalau kita ni manusia hidup selama itu.. ape yang boleh dibuat?? quran dah boleh qatam byk kali.. buku-buku semua boleh dibaca dan dipelajari..so.. seekor syaitan ni banyak dah teknik dan taktik yang diulang guna untuk menyesatkan umat manusia untuk jadi seperti mereka..

Keputusan Bella untuk bertukar dan direborn sebagai seorang Vampire jugak boleh dipersoalkan.. nampak sangat manusia ni lemah.. nampak sangat manusia ni senang untuk dipujuk dirayu untuk keseronokkan yang sementara.. Bella sendiri mengaku masa dia ingin bersama suaminya si Jacob.. mereka ada banyak masa untuk bersama.. tak perlu rehat.. tak perlu tidur.. tak perlu apa-apa dan perlu hanya bersama... hahahah sangat kelakar.. bila fikir balik.. memanglah seronok kehidupan korang didunia.. tapi time dah sampai kiamat nnt tunngu  lah nasib korang nnt..

Sifat dan sikap seekor binatang macam vampire takkan pernah menjadi sebaik manusia... Ado.. ketua Volturi(Mahkamah Syaitan) memang sangat syaitan... hidupnya penuh hasad.. walaupun dia dah tahu anak Bella bukan Immortal Child... tapi dia still nak bunuh dan susahkan kehiduppan keluarga Cullen.. jadi siapa manusia yang tak pernah senang dan asyik jaki je dengan kebahagian  orang lain...be careful mungkin awak mewarisi penyakit dan perangai syaiton nir rajim... hanya syaitan yang ade sikap jahat camtu ok... dont be like one...huhu

Yang membuatkan aku gelak sakan ialah.... bila mereka cuba kumpulkan semua vampire vampire seluruh dunia.. ada di India, di Itali, di Jepun, di New York, malah di Amazon...kiranya walau dimana mereka ada..mereka ada pertalian dan sifat asabiyah yang tinggi... mereka sangat bersatu dalam sesuatu hal.. sikap unity ini lah yang patut manusia inculcate dalam masyarakat manusia.. bende ni kene belajo dari syaitan/vampire gamaknya.. sebab manusia sekarang susah nak bersatu.. masing masing ada agenda yang banyak mementingkan diri sendiri...

Keluarga syaitan jugak akrab..dalam cite ni.. ada tunjukkan elemen kekeluargaan si Vampire..keluarga si Cullen.. ayah dia protect all his children..mereka akan gather dan meraikan sesuatu... elemen ini pun bagus.. sebab mereka dapat cucu/ahli baru dalam famili..semua orang berebut nak jaga si kecil yang cepat besar tu.. and mereka saling bantu membantu.. dalam adengan mengajar si Bella untuk mengawal kuasa yang dia ada.. mereka sama sama turun padang dan bantu si Bella...

Pengakhiran cerita ini menyimpulkan Quartet Twilight... pengakhiran yang sangat manis dan mengimbau semua memori Bella bersama Edward.. owhh lupa nak cerita anak Bella akan bersama si Jacob... ni dari si Alice.. sebab dia boleh tengok masa depan... adoilahh power impian semua makhluk kot... kalau camtu.. mesti dia da tau nanti dia kat akhirat masuk neraka... hahahah

Aku rasa aku membazir sebab selama 2 jam.. aku tengok cerita pasal makhluk di laknat Allah...iaitu syaitan nir rajim.. huahuahua... ape pun..im having fun spending time bersama Yayah and Hetty... huhuhu 
That's all for now.. signing off
Assalamualaikum


Friday, October 19, 2012

Smile To A Strager






Have You Ever done this.. walking alone and suddenly your eyes met with someone and automatically you smile to him/her... I feel so glad after I done that... its not from the lips... its from the heart and I can feel the Ukhwah between Islam... for my case it is not a man but a lady for sure... alhamdulillah the feeling is still in my heart.. I'm glad that I smiled to her.. and now I feel so blessed...I proud to be a Muslimah.. :)


So.. why dont you keep on smiling with your heart and not from your lips... be courtesy to people and make people happy with your word..again its not come from your mouth but deep from you heart...

You can feel the different... Keep on smiling peeps...

Till Now, Assalamualaikum..

Thursday, August 16, 2012

Tazkirah Ramadhan " "Bersama Rasullulah SAW & Sahabat di Bulan Ramadhan" by Ustazah Fira (Ustazah Pilihan)"

16 August 2012


Dah beberapa minggu aku kepam tazkirah yang baik ni.. aduii.. tanak bagi alasan tapi aku mengaku memang salah aku sebab tak share selepas dengar tazkirah ni... huuu dimualakan dengan taaruf dari Ustazah Firah merupakan salah seorang finalist Ustazah Pilihan... hmm umur dia sama dengan aku.. tapi watak penampilan dan akhlak dah tentu macam langit dan bumi.. subhanallah.. sedap suara nyaa.. tajam matanya. tegas tetapi lembut dalam tutur kata.. superb... ibu kepada beberapa orang anak.. alhamdulillah murah rezeki dia...

Beliau mulakan ceramah dengan memperkenalkan Taman Syurga.. dia kata sekarang ni kami semua sedang berada di taman Syurga kerana duduk dan hadir dalam majlis ilmu... semua senyum.. dalam dunia ni cuma ada 2 Raudah.. yang pertama Raudah Ain (Majlis Ilmu) dan kedua Raudah Rasullallah di Madinah..

Dia mulakan bicara dengan kata-kata dia bukan ke sini untuk mengajar cuma untuk berkongsi.. tu yang grap perseption aku.. bagus ustazah ni.. she is humble enough.. jadi pendakwah tak boleh tinngi diri.. kene selalu ada bersama-sama orang yang kita nak dakwahkan... hmm one point taken kat situ... and dia ada cakap jugak yang di Bulan Ramadhan hanya orang yang beriman sahaja berpuasa.. kerana puasa itu adalah rahsia kita dengan Allah... orang lain tentu sahaja tak tahu kalau kita makan di tempat tersorok.. di situlah keimanan kita di uji... Puasa bermula sejak dari zaman Nabi Adam lagi.. tapi mungkin cara berpuasa mereka lain dengan kita sekarang.. wallahualam..

Tujuan berpuasa ini adalah untuk mendapat taqwa.. segala apa yang kita buat semasa berpuasa akan dapat pahala.. bernafas juga seperti berzikir.. subhanallah.. besarnya kurniaan Allah pada kita dibulan puasa.. tidur pun dapat pahala ketika puasa ni.. ishh.. dasyatt... 

Dia ada bukak cerita tentang Nabi Muhammad pendek sahaja dia ada cerita betapa lemah lembutnya beliau dan baginda merupakan sesabar-sabar umat.. dan dia relate-kan dengan kejadian sekarang...ramai ibu bapa marah anak-anak dengan menengking dan mengherdik.. dia kata kalau kita marah anak-anak adalah seolah-olah kita marah Syurga.. sebab anak-anak itu tidak berdosa dan merupakan amanah kepada kita..jadi.. sape yang ada anak tu.. janganlah marah Syurga anda ok?

Dia juga ada mengatakan yang Nabi Kita Muhammad tu bersahur.. dan lagi ada fakta yang baru saya dengar dalam tazkirah ni.. dia kata kalau kita bersahur lewat dan dah azan subuh.. kalau air masih di tangan Nabi Muhammad menyuruh kita teruskan minum sehingga habis... betapa lembut dan indahnya Islam subhanallah... dan terdapat beribu ganjaran semasa kita bersahur.. dan ada jugak dia bacakan doa semasa bersahur... saya baru first time dengar.. huhuhu 

Dia juga berpesan supaya selalu baca Quran semasa bulan Ramadhan ni sebab membaca 1 huruf dah dapat 10 pahala.. kalau baca bismisllah yang ada 19 huruf tu dah dapat 190 pahala.. Ya Allah.. Jibril akan turun ke bumi setiap kali Ramadhan untuk bertadarus dengan Nabi Muhammad.. dan dia banyak tekan kan bahawa Al-Quran adalah penjana kemajuan umat Islam seluruh dunia.. 

Ada 4 menu atau requirements untuk seseorang perempuan itu masuk syurga
  1. Seorang Muslimah itu menjaga solatnya
  2. Muslimah yang menjaga puasanya
  3. Muslimah yang taat kepada suami sekiranya dah berkahwin.. kalau belum berkahwin dengan ibu ayah nya
  4. dan Muslimah yang jaga aurat
Hanya 3 amalan sahaja yang akan di bawa hingga ke akhirnya
  1. Ilmu yang bermanafaat
  2. Sedekah Jariah
  3. Doa anak yang soleh
Pahala bersedekah akan berkekalan dan di bawa di alam kubur dan kaki dan tangan juga boleh bersedekah dengan mengerjakan solat Dhuha...

Dia ada sharekan satu kisah berkenaan dengan Juari..seorang umat Islam yang biasa yang berjiran dengan Nabi Musa di dalam Syurga.. Nabi Musa amat ingin mengetahui kenapa Juari ni dapat duduk di dalam syurga dan berjiran dengannya maka dia pun datang ke rumah Juari.. setelah dia memberi salam. Juari memberi masuk dan Nabi Musa di tinggalkan seberapa ketika.. kemudian setelah beberapa minit dia mengheret dan membawa seekor khindzir, dia mandikan.. dan kemudia dia lap badan khindzir tersebut.. kemudia dia bawa sekor lagi.. dia buat benda yang sama pada khindzir tersebut...

Lalu Nabi Musa pun bertanya.. apakah agama kamu wahai Juari?? Juari menjawab... dia adalah seorang muslim.. namun Nabi Musa tertanya-tanya lagi.. kalau kau seorang muslim macamana kau membela khindzir... akhirnya Juari menjawab bahawa kedua-dua khindzir itu adalah ibu bapanya.. akibat kedua mereka menderhaka dengan perintah dan suruhan Allah... lalu Nabi Musa bertanya lagi.. kenapa doa Juari tidak di kabulkan dan ibu ayahnya tidak menjadi khindzir dan menjadi manusia seperti biasa? Allah akan memakbulkan doa Juari bukan di dunia tapi di akhirat dan ayah ibu dia dapat memasukki syurga kerana doa anak yang soleh...

Amalan yang perlu dilakukan secara berterusan walapun sedikit, jangan membebani diri sendiri kerana Islam adalah agama yang mudah... dan dia mengakhiri tazkirah beliau kira-kira sejam selepas dia bermula..

Wahhualam...

Monday, July 30, 2012

Tazkirah Ramadhan "Rahsia Doa Di Sebalik Ramadhan" by Ustaz Muhamad Pairus

30 July 2012

Hari Khamis lepas (26/7/12) Ustaz Muhammad Fairuz Ali Akhbar datang semula menjenguk kami, memberikan sedikit ilmu yang melimpah ruah tu... yang dapat aku capture tak banyak sikit je mungkin tahun ni penghayatan aku makin berkurang... huuu.. sighhh

Tazkirah di mulakan dengan kelebihan dan hukum wudu' (ablution). Sesungguhnya kalau kita selalu pelihara wudu', sempurnakan wudu' (menyapu dan meratakan air ke seluruh anggota wudu') dan baca doa di akhirnya besar ganjarannya... 

BACAAN SETELAH WUDHU’
أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ.

“Aku bersaksi, bahwa tiada Tuhan yang haq kecuali Allah, Yang Maha Esa dan tiada sekutu bagi-Nya. Aku bersaksi, bahwa Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya”

Allah buka pintu Syurga..Subhanallah.. dia ada jugak share, ada tikanya wudu tu HARAM, bila kita ambil wudu' lebih dari 3 kali di MASJID/SURAU sebab dikatakan ianya air wakaf dan kita MEMBAZIR. MAKRUH bila ambil wudu' melebihi 3 kali di rumah sebab kita bayar duit air tu tapi tetap MEMBAZIR..

Kemudian dia beralih pada fadhilat membaca Ayatul Qursi selepas solat fardu. kiranya macam wiridlahh... dia kata manusia ni suka tinggalkan sesuatu kerana mereka tak tahu..jadi dia ingatkan dan dia mahu jadikan orang yang tidak rugi di dunia ni.. baca Ayatul Qursi setiap akhir solat fardu, akan di jauhkan api neraka dan antara dia dan Syurga itu tiada halangan. Alangkah ruginya kita yang selalu tak baca Ayatul Qursi selepas solat.. (termasuk diri sendiri juga)
Ayat Kursi.jpg 
Ayatul Qursi - Baqarah ayat 255


Antara inti dan isi tazkirah ialah Ramdhan merupakan bulan yang istimewa kerana di dalamnya Al-Quran turun dan ada Nuzul Al-Quran pada 17 Ramadhan... Ramdhan juga merupakan bulan yang di sebut-sebut di dalam Al-Quran. Bulan lain tak de di sebut selalu di dalam Al-Quran..Penghuraian berpuasa banyak di terangkan dalam Surah Al- Baqarah ayat 183, 184, 185, dan 187.. tapi di tengah-tengah ayat tersebut di selitkan ayat 186 yang berbunyi :

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.

Obvious gila bila baca ayat ni diselitkan ditengah-tengah ayat untuk menyuruh kita berpuasa, maka memang Ustaz kata.. doa orang yang berpuasa akan dikabulkan. ada 2 MASA yang Allah takkan menolak semua doa-doa manusia..
  1. Doa di waktu berbuka puasa bukan doa makan dan doa buka puasa sahaja ok??
  2. Doa ketika bersahur..

Jadi ustaz suruh kami semua berdoa... janganlah berdoa simple-simple.. doa lah dengan details.. walaupun Allah itu Maha Mengetahui, DIA lebih gemar mendengar rintihan dan permintaan dari hambaNya... so ustaz ada bagi tahu.. nak mintak apa pun mintak lahh.. nak mintak kereta baru, rumah baru isteri baru.. semuanya tidak akan di tolak.. maka berdoalah sehabis baik ketika 2 masa ini.. :) ubah cara berbuka dan bersahur.. jangan asik ingat nak makan jee... tau la perot lapaa...

Antara doa details yang dikongsi oleh Ustaz ialah doa ketika hari akhirat.. sebab kita tak tahu lagi bagaimana keadaannya kita di hari akhirat nanti..subhanallah.. :) antara doa-doa yang diajar kepada kami:
  1. Ya Allah, bila aku mati jangan aibkan kematianku nanti
  2. Jangan kau timbulkan rasa kecewa, takut dan sebak bila di dalam alam barzah. Sambutlah dengan malaikat yang lembut dan baik dan janganlah Kau sambut dengan malaikat yang garang dan ganas Ya Allah..
  3. Jadikan mati kami itu sebagai tempat rehat yang aman
  4. Ya Allah jangan sunyikan kami di alam kubur 
  5. Jika di bangunkan semula semasa akhirat, bangunkan aku tanpa perasaan takut, resah dan gelisah 
  6. Ya Allah jangan di buka kan aib ku semasa di hari akhirat nanti Ya Allah (on this note, dia ada share.. nanti semua perlakukan kita didunia sejak kita baligh sehingga kita meninggal dunia akan di pertontonkan seluruh alam dan semesta..nanti kita akan merungut dan menanti bila kita akan di tontonkan sepenuhnya...)
  7. Jangan jauhkan dari ahli keluarga dan kawan-kawan semasa urusan peneracaan
  8. Dipercepatkan urusan peneracaan kerana terlalu banyak bilangan mahkluk yang sedang menanti untuk di hisab.. (Ada 7 billion penduduk dunia sekarang, tu baru dunia sekarang belum di kira dengan bermulanya umat Nabi Adam yang berbillion-billion.. subhanallah... sangat ramai.. adakah kita tahu bila kita akan di hisab.. Ya Allah.. bantu kami Ya Allah..)

Dan Ustaz ni suka ingatkan .. mungkin ini Ramadhan yang terakhir... jadi dia minta kita berdoa setiap masa... selagi ada masa.. dan dia ada ingatkan untuk reserve doa..
" Ya Allah, kabulkan doaku ketika aku betul-betul memerlukannya Ya Allah samada di dunia atau di akhirat"
makanya jomlah kita berdoa selagi hayat kita ada..sebab kalau berdoa ketika dah mati tiada gunanya..

Dan ada 3 penghabisan atau keputusan doa sekiranya kita minta:
  1. Doa kita akan di kabulkan serta merta
  2. Doa kita takkan dimakbulkan dan akan di simpan di hari akhirat
  3. Doa kita tu tak sesuai dengan kita Allah akan gantikan doa kita dengan sesuatu yang lebih baik dari doa kita kerana DIA adalah pencipta kita Yang Maha Kuasa

Bersyukur dengan apa yang kita ada.. dan beliau suruh kita check samada doa kita telah di makbulkan.. kalau dah di makbulkan alhamdulillah..mungkin juga doa tu tak sesuai dengan kita.. makanya kene redha dengan apa juga keputusan dariNYA.. dia ada share bagaimana nak didik anak-anak.. so dia ada cerita tentang anak-anak dia.. dia selalu pesan pada anak-anak dia.. supaya jangan bergantung pada ibu dan ayah, kerana ibu dan ayah pun bergantung harap dengan Allah.. maka kalau nak apa-apa sila mintak dengan ALLAH.. bukan minta dengan ibu dan ayah.. dia ada share anak dia yang sulong... berdoa supaya giginya tumbuh dengan cepat.. kerana menurut ayah nya si Ustaz ni.. giginya langsung takkan tumbuh dan akan rongak sampai bila-bila.. terdengar camni doanya.. " Ya Allah tolong tumbuhkan gigi kak long, kak long tak nak rongak sampai bila-bila". kelakar tapi ada pengisiannya.. dan boleh dibuat contoh..

Camner nak makbulkan doa? so dalam Tazkirah yang mengambil masa lebih kurang sejam ni dia ada cakap:
  1. Bersedekah lah sekiranya kita nak doa kita makbul.. kalau kita berhajat terhadap sesuatu.. maka bersedekahlahh
  2. Doakan orang lain.. (akan didatangkan malaikat untuk memakbulkan doa kita untuk orang lain dan doa yang baik itu akan applied kepada diri kita juga hendakNYA)
Item seterusnya ialah tipu daya..apa yang di maksudkan dengan TIPU DAYA? bukan orang menipu lahh... haha.. tapi mungkin salah satu kot.. huuuu makanya..TIPU DAYA ialah benda-benda yang kita tak dapat bawa ketika kita di alam barzah... tak paham lagi? bak kata ustaz.. rumah yang besar, isteri dan anak-anak yang ramai, kereta, rezeki, duit, dan segala harta kita di dunia ini adalah TIPU DAYA... tak boleh bawa kemana pun dengan harta-harta kita itu.. bukannya boleh sehidup semati bak lagu-lagu cinta tu.. walaupun mati saing.. dah tentu kubur lain-lain dan penghabuannya juga lain-lain.. huhu

Umat Islam adalah umat yang minoriti dalam dunia ni.. dalam 7 billion manusia di muka bumi ni.. cuma ada 1.5billion sahaja mukminin.. sebab dah banyak riwayat mengatakan hanya sedikit sahaja penduduk akhir zaman akan masuk syurga.. maka dia ingatkan adakah kita ni tergolong dalam golongan yang dapat masuk syurga itu?? tapi bila kira-kira balik bilangan umat Islam di dunia ni pun sedikit.. so maybe ade chance untuk masuk syurga.. hihi.. dan dia ingatkan supaya kita berdoa.. :)

Last item yang dikongsi oleh Ustaz ni ialah Solat Terawikh.. pada mulanya Solat Terawikh di lakukan secara perseorangan.. nabi buat 8 rakaat sahaja di masjid.. kita tak tahu berapa baginda tambah di rumah.. dan apabila pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab.. maka dia lihat ramai sangat yang ada di masjid mengerjaka Solat Terawikh tapi perseorangan.. maka bermula dari situ kita berjemaah kerana beliau Saidina Umar Al-Khattab... dan dikatakan juga roh kita kuat ketika bulan Ramadhan..sebab tu selamba je boleh buat Terawikh sampai 20 rakaat.. huuu dan Ustaz ada mengatakan dibolehkan untuk solat duduk kalau tak larat untuk solat berdiri.. dan banyak pahala kalau kita beriktikaf di masjid.. tak solat pun kalau tunggu sampai 20 rakaat tu... besar pahala yang kita dapat.. subhanallah

Ape lagi...jom berjoli sakan beribadat di bulan Ramadhan... :) bole baca archive entri tentang ilmu dari Ustaz yang sama di SINI dan SINI.. semoga memberi manafaat insyallah :)

Tuesday, June 26, 2012

Makna Bacaan Dalam Solat

26 June 2012

Hari-hari pun kita kerjakan ibadah yang satu ni, mungkin dah lebih 20 tahun solat, 30 tahun maka ada yang lebih lama lagi mengerjakan solat ni.. tapi kita tak tahu makna.. aku pun kutip makna ni dekat blog dan site ini..

Ada banyak juga video-video yang menunjukkan maksud bacaan dalam solat.. bila baca balik.. hati jadi luluh dan memang ada hikmah terbesar kenapa kita di wajibkan sembahyang.. bukan untuk orang lain.. untuk diri kita sendiri sebab manusia ni terlalu lemah dan memerlukan bantuan dan pertolongan dari ALLAH Yang Maha Berkuasa lagi berkemampuan terhadap semua ciptaannya..

Allah Maha Besar

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
Hidupku,
Matiku
Adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
Kayakan daku,
Angkatlah darjatku,
Rezekikan daku,
Berilah aku hidayah,
Sihatkanlah daku dan
Maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Selamat sejahtera dan rahmat Allah ke atas kamu
Selamat sejahtera dan rahmat Allah ke atas kamu


Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.


Hayatilah setiap bacaan dalam solat ini, insyallah hati akan jadi tenang dan lebih khusyuk dalam solat.. mudah2an Allah menerima segala ibadat kita. Selalu pasang niat kita masih menuntut ilmu dan semoga Allah akan maafkan dan terima segala ibadah kita. insyallah.. amin... ya rabbal alamin.. :)


Tuesday, February 21, 2012

Untung Jadi Umat Islam

21 February 2012


Tiba-tiba aku terfikir.. untungnya jadi orang Islam sebab ada Allah sayang dan lindungi kita.. Orang Islam dan bukan Islam bertarung untuk mencapai kejayaan di dunia... tapi untungnya orang Islam.. kejayaannya bukan hanya di dunia ini tapi di dunia sana..

Orang bukan Islam rajin bekerja siang malam dan dikurniakan otak yang sangat strategik untuk mencapai kejayaan di dunia.. orang Islam pulak suka lengah-lengahkan dan sedikit kurang berusaha berbanding dengan orang bukan Islam.. jadi jangan salahkan Allah kerana kita tak berjaya..mungkin strategi dan kerajinan kita tak cukup hebat seperti orang yang bukan Islam..

Kejayaan tu bukan di ukur dengan mata kasar dan harta benda.. tetapi keberkatan dan perasaan di sayangi oleh Allah itu adalah paling unggul dan agung.. kasih sayang yang abadi dan tiada tolok bandingnya..

Semoga semua umat Islam dilindungi oleh Allah dan sentiasa berdoa agar Allah melimpahkan kurnia dan rahmatNYA...

"Umat Islam sentiasa boleh,
Hari ini mesti lebih baik dari semalam

Jangan buang masa, siapa kata kita tidak boleh
Kita ada Allah yang Kuasa
Doa sebagai Senjata"
ps- pokok peninggalan ayah dah berbunga hari ni.. Ya Allah syukur.. saya gembira sangat!!! heee

Monday, February 20, 2012

Quote of The Day

20 February 2012

"Kita tak pernah hilang apa-apa di dunia ini kerana kita tak miliki apapun di dunia ini..."

Kadang-kadang kita memang terlupa kita tak punya apa-apa disini..semua pun dipinjamkan..ni pun dengar kat radio.. heee :) enjoy your Monday.. :)

Thursday, February 9, 2012

Happy Belated Birthday Ngah

9 February 2012

Kami masih di PD.. bercuti sakan semperna menyambut hari kelahiran Ngah, reason being we are here are because of him. He initiated to buy the voucher online and all of us need to take leaves to be here.. alhamdulillah kami selamat sampai semalam setelah 5 jam meredah perjalanan. Ayah suke travel lalu jalan lama, so penat yang amat ketika di dalam kereta. Kene beli kereta yang lebih besar dan selesa, barulah best travel bersama.. huuuu

Ape pun, for my liltle brother, Happy Birthday To You, kebetulan pulak this year tahun naga.. tahun kelahiran beliau.. huuu semoga tahun ni memberi kebaikkan, kesihatan, kekayaan dan keberkatan seumur hidup, semoga dikurniakan kesihatan yang baik dan dilimpahi kurnia untuk kamu dan kita sekeluarga... ;) semoga apa yang dihajati di perkenankan olehNYA..semoga yang baik-baik sahaja untuk kamu.


Maaf tak sempat nak beli kek... lagi pun kat PD ni kek tak sedap.. haha alasan baik punya.. entah bila pulak dapat gather together sebegini lagi.. heee ape pun.. we have fun here.. :) semoga kebahagian ini berkekalan hendaknya..

Ps- badan sakit-sakit lepas 2 hari berturut-turut berenang di swimming pool, apakah itu petanda aku semakin tua?

Saturday, January 28, 2012

Sahabat-sahabat yang Berubah Status

28 January 2012

Lama rasanya tak menjenguk blog dan mengupdate intipatinya.. aku nak update pasal benda penting macam ni pun tak sempat.. bukan tak sempat.. tapi entah.. mungkin juga sebab tawar hati sedikit dengan blog? eyh perlu ke nak tawar hati.. tentulah.. ada turun naiknya perhubungan antara aku dan blog.. hehe tah ape-apa macam boife gf plak dahh.. huuu

Ada 2 orang sahabat yang dah bertukar status... sorang bukan December tahun lepas dan sorang lagi Bulan Januari 2012..bertukar dari status anak dara menjadi tunangan orang.. :) tahniah pada cik Nurulhuda Amir yang bertunang pada 18 December 2011..selamat dah beliau jadi tunangan orang.. alhamdulillah.. walaupun hujan lebat ketika majlis.. ada sedikit kesilapan teknikal.. tapi majlis berjalan lancar... :)







Ucapan tahniah di panjangkan pada cik Norashikin Amat Darmawi a.k.a Bunga Kikin.. dah selamat jadi tunangan kepada En Amir Hamzah :) setelah almost 3 tahun bersama.. so akhirnya bertunang juga mereka berdua.. after all happen to them.. aku bersyukur lagi setapak lagi untuk ke alam seterusnya.. semoga urusan mereka dipermudahkan :)


To both of my friends.. eyh 3 oranglah sebabnye Amir si tunang Kikin tu pun kawan aku jugak!! selamat menjalani alam pertunangan.. orang kata banyak dugaan time bertunang... semoga semua urusan untuk membina masjid dipermudahkan...

Untuk sahabat-sahabat yang lain, saya doakan kite semua cepat bertemu Mr Right kite.. :) semoga Allah permudahkan semua urusan kita..

Till Then, Assalamualaikum

Sunday, January 8, 2012

Asal Usul Kita??

8 Januari 2012

Akhir-akhir ni aku banyak ditanya dengan soalan-soalan tiba-tiba.. dan tak pernah terfikir oleh akal aku.. bagus gak bila dapat soalan camni.. selalunya soalan-soalan ni keluar dari mulut budak-budak kecil.. tapi kali ni aku dapat soalan dari ayah.. Dari mana angin tu datang?macamana kitarannya.. aku terkedu..aku rasa aku tak belajar pun pasal kitaran angin.. kitaran air ade lah..kitaran matahari dan bulan ada lah.. tapi angin.. owhhh aku cuba jawab dengan kesengalan dan kecetekkan ilmu yang aku ada.. hahaha tapi ayah tak puas hati dengan jawapan aku.. aku mintak masa.. hehe

Tapi 2 3 hari lepas seorang sahabat sharekan soalan cepumas dia di status fb..
Zamzalina Jupri
do you ever wonder did your blood line start? obviously from Adam and Hawa. I mean here in this region.. the Malay archipelago.... Would be very interesting to be able to find out...
aku terus like status ni.. tiba-tiba soalan demi soalan datang menerpa.. mana asal usul ku? orang asli melayu? orang indonesia? orang arab?orang afrika? dimana datangnya aku ni? lahir dari ibu dan ayah itu dah pasti.. tapi macamana susun galur keluarga aku?? siapa? bagaimana dan apa percampuran darah yang aku ada? aku cuma tahu sampai atuk aku je.. dan bila korek-korek dari sumber lisan dari ibu dan ayah ternyata kedua-dua belah ibu dan ayah mempunyai variasi yang lebih kurang sama..kaum dagang dan mendatang.. 

Keturunan Ayah

  1. Ibu kepada ayah merupakan orang melayu ada campuran cina, sebab tu ada ramai juga adik beradik ayah muka macam orang Cina
  2. Ayah kepada ayah merupakan orang Laut/Bugis dari Kampar, berdagang ke Tanah Melayu dan terus menetap disini.
  3. Atuk saya belah ayah merupakan orang laut dan mencari makan di kawasan Pendas dan saya tak sangka rupanya Pendas tu kawasan ayah saya.. ayah dan adik beradik dibesarkan di situ..

Keturunan Ibu

  1. Ibu kepada ibunda saya merupakan orang Minangkabau Indonesia, nampaknya susun galur banyak dari Indonesia..
  2. Ayah kepada ibunda saya merupakan campuran dari orang Jawa dan orang melayu Asli.
  3. Atuk saya belah ibunda adalah orang yang menetap, membesar dan tidak berdagang, nenek saya belah ibu saya yang berdagang dan menetap ikut suami di Batu Pahat, maka ibu dan adik beradiknya dibesarkan di Rengit,Batu Pahat

Kalau tengok susun galur ni memang tak lengkap.. memang banyak susun galurnya dari Negara Seberang, Indonesia.. namun hati masih bergelojak nak tahu dari mana pula orang-orang Indonesia tu berasal? sebab Tanah Melayu dan Indonesia merupakan kepulauan kecil di dunia ini. Pada firasat dan anggapan aku manusia tu pasti bermula dari main land, macam Cina, India, Afrika dan Arab. Namun belum boleh kupas lagi isu ini. Hanya tergantung di hipotesis yang tak berasas dan cuma andaian belaka.. terus rasa nak buat research tentang diri sendiri.. mana asal usulnya? mana nak mula? ada ke catitan tentang diri mereka (atuk-atuk) dahulu?

Penah tak korang terfikir nanti.. anak,cucu cicit yang nak buat research tentang susun galur mereka.. mana mereka nak dapat data? pada aku blog yang ada sekarang ni banyak membantu,mungkin kita boleh mulakan genarasi yang menyimpan data.. diharap internet ni boleh di harap dan di simpan hingga bertahun-tahun, mungkin 100 tahun yang akan datang, time tu kita semua kat kubur tapi mungkin generasi yang akan datang ni mudah untuk menyemak data yang sedia ada..terutamanya anak-anak,cucu cicit kita nanti...

Thanks pada Cik Zam yang membuka mata dan minda aku untuk ke arah ini.. benda-benda camni banyak menyatukan kami berdua.. seni, sejarah dan budaya dan bukan nombor-nombor yang entah kenapa seakan tak serasi dengan kami.. heee semoga kalian semua dapat jejaki apakah susun galur keluarga kalian semua.. adakah dari keturunan india?cina?mahupun arab? tan tah ade keturunan dengan Hang Tuah?sape yang aangka..

Sejarah memang sesuatu yang sudah lepas dan hanya boleh di baca.. tapi dari sejarah kita boleh tahu kekuatan diri dan keturunan kita..yang berada di dalam darah kita ini mungkin sesuatu yang mungkin boleh dibanggakan..mungkin tidak ditulis di mana-mana tapi kita dan keluarga kita yang tahu.. setiap  orang punya sejarah sendiri dan bila ianya dihimpunkan jadi susun galur ianya akan jadi lebih kuat dan kukuh yang boleh digunakan sebagai senjata untuk membangunkan masa depan..

Till Then, Assalamualaikum