Saturday, January 28, 2012

Sahabat-sahabat yang Berubah Status

28 January 2012

Lama rasanya tak menjenguk blog dan mengupdate intipatinya.. aku nak update pasal benda penting macam ni pun tak sempat.. bukan tak sempat.. tapi entah.. mungkin juga sebab tawar hati sedikit dengan blog? eyh perlu ke nak tawar hati.. tentulah.. ada turun naiknya perhubungan antara aku dan blog.. hehe tah ape-apa macam boife gf plak dahh.. huuu

Ada 2 orang sahabat yang dah bertukar status... sorang bukan December tahun lepas dan sorang lagi Bulan Januari 2012..bertukar dari status anak dara menjadi tunangan orang.. :) tahniah pada cik Nurulhuda Amir yang bertunang pada 18 December 2011..selamat dah beliau jadi tunangan orang.. alhamdulillah.. walaupun hujan lebat ketika majlis.. ada sedikit kesilapan teknikal.. tapi majlis berjalan lancar... :)







Ucapan tahniah di panjangkan pada cik Norashikin Amat Darmawi a.k.a Bunga Kikin.. dah selamat jadi tunangan kepada En Amir Hamzah :) setelah almost 3 tahun bersama.. so akhirnya bertunang juga mereka berdua.. after all happen to them.. aku bersyukur lagi setapak lagi untuk ke alam seterusnya.. semoga urusan mereka dipermudahkan :)


To both of my friends.. eyh 3 oranglah sebabnye Amir si tunang Kikin tu pun kawan aku jugak!! selamat menjalani alam pertunangan.. orang kata banyak dugaan time bertunang... semoga semua urusan untuk membina masjid dipermudahkan...

Untuk sahabat-sahabat yang lain, saya doakan kite semua cepat bertemu Mr Right kite.. :) semoga Allah permudahkan semua urusan kita..

Till Then, Assalamualaikum

Sunday, January 8, 2012

Asal Usul Kita??

8 Januari 2012

Akhir-akhir ni aku banyak ditanya dengan soalan-soalan tiba-tiba.. dan tak pernah terfikir oleh akal aku.. bagus gak bila dapat soalan camni.. selalunya soalan-soalan ni keluar dari mulut budak-budak kecil.. tapi kali ni aku dapat soalan dari ayah.. Dari mana angin tu datang?macamana kitarannya.. aku terkedu..aku rasa aku tak belajar pun pasal kitaran angin.. kitaran air ade lah..kitaran matahari dan bulan ada lah.. tapi angin.. owhhh aku cuba jawab dengan kesengalan dan kecetekkan ilmu yang aku ada.. hahaha tapi ayah tak puas hati dengan jawapan aku.. aku mintak masa.. hehe

Tapi 2 3 hari lepas seorang sahabat sharekan soalan cepumas dia di status fb..
Zamzalina Jupri
do you ever wonder did your blood line start? obviously from Adam and Hawa. I mean here in this region.. the Malay archipelago.... Would be very interesting to be able to find out...
aku terus like status ni.. tiba-tiba soalan demi soalan datang menerpa.. mana asal usul ku? orang asli melayu? orang indonesia? orang arab?orang afrika? dimana datangnya aku ni? lahir dari ibu dan ayah itu dah pasti.. tapi macamana susun galur keluarga aku?? siapa? bagaimana dan apa percampuran darah yang aku ada? aku cuma tahu sampai atuk aku je.. dan bila korek-korek dari sumber lisan dari ibu dan ayah ternyata kedua-dua belah ibu dan ayah mempunyai variasi yang lebih kurang sama..kaum dagang dan mendatang.. 

Keturunan Ayah

  1. Ibu kepada ayah merupakan orang melayu ada campuran cina, sebab tu ada ramai juga adik beradik ayah muka macam orang Cina
  2. Ayah kepada ayah merupakan orang Laut/Bugis dari Kampar, berdagang ke Tanah Melayu dan terus menetap disini.
  3. Atuk saya belah ayah merupakan orang laut dan mencari makan di kawasan Pendas dan saya tak sangka rupanya Pendas tu kawasan ayah saya.. ayah dan adik beradik dibesarkan di situ..

Keturunan Ibu

  1. Ibu kepada ibunda saya merupakan orang Minangkabau Indonesia, nampaknya susun galur banyak dari Indonesia..
  2. Ayah kepada ibunda saya merupakan campuran dari orang Jawa dan orang melayu Asli.
  3. Atuk saya belah ibunda adalah orang yang menetap, membesar dan tidak berdagang, nenek saya belah ibu saya yang berdagang dan menetap ikut suami di Batu Pahat, maka ibu dan adik beradiknya dibesarkan di Rengit,Batu Pahat

Kalau tengok susun galur ni memang tak lengkap.. memang banyak susun galurnya dari Negara Seberang, Indonesia.. namun hati masih bergelojak nak tahu dari mana pula orang-orang Indonesia tu berasal? sebab Tanah Melayu dan Indonesia merupakan kepulauan kecil di dunia ini. Pada firasat dan anggapan aku manusia tu pasti bermula dari main land, macam Cina, India, Afrika dan Arab. Namun belum boleh kupas lagi isu ini. Hanya tergantung di hipotesis yang tak berasas dan cuma andaian belaka.. terus rasa nak buat research tentang diri sendiri.. mana asal usulnya? mana nak mula? ada ke catitan tentang diri mereka (atuk-atuk) dahulu?

Penah tak korang terfikir nanti.. anak,cucu cicit yang nak buat research tentang susun galur mereka.. mana mereka nak dapat data? pada aku blog yang ada sekarang ni banyak membantu,mungkin kita boleh mulakan genarasi yang menyimpan data.. diharap internet ni boleh di harap dan di simpan hingga bertahun-tahun, mungkin 100 tahun yang akan datang, time tu kita semua kat kubur tapi mungkin generasi yang akan datang ni mudah untuk menyemak data yang sedia ada..terutamanya anak-anak,cucu cicit kita nanti...

Thanks pada Cik Zam yang membuka mata dan minda aku untuk ke arah ini.. benda-benda camni banyak menyatukan kami berdua.. seni, sejarah dan budaya dan bukan nombor-nombor yang entah kenapa seakan tak serasi dengan kami.. heee semoga kalian semua dapat jejaki apakah susun galur keluarga kalian semua.. adakah dari keturunan india?cina?mahupun arab? tan tah ade keturunan dengan Hang Tuah?sape yang aangka..

Sejarah memang sesuatu yang sudah lepas dan hanya boleh di baca.. tapi dari sejarah kita boleh tahu kekuatan diri dan keturunan kita..yang berada di dalam darah kita ini mungkin sesuatu yang mungkin boleh dibanggakan..mungkin tidak ditulis di mana-mana tapi kita dan keluarga kita yang tahu.. setiap  orang punya sejarah sendiri dan bila ianya dihimpunkan jadi susun galur ianya akan jadi lebih kuat dan kukuh yang boleh digunakan sebagai senjata untuk membangunkan masa depan..

Till Then, Assalamualaikum