Tuesday, February 21, 2012

Untung Jadi Umat Islam

21 February 2012


Tiba-tiba aku terfikir.. untungnya jadi orang Islam sebab ada Allah sayang dan lindungi kita.. Orang Islam dan bukan Islam bertarung untuk mencapai kejayaan di dunia... tapi untungnya orang Islam.. kejayaannya bukan hanya di dunia ini tapi di dunia sana..

Orang bukan Islam rajin bekerja siang malam dan dikurniakan otak yang sangat strategik untuk mencapai kejayaan di dunia.. orang Islam pulak suka lengah-lengahkan dan sedikit kurang berusaha berbanding dengan orang bukan Islam.. jadi jangan salahkan Allah kerana kita tak berjaya..mungkin strategi dan kerajinan kita tak cukup hebat seperti orang yang bukan Islam..

Kejayaan tu bukan di ukur dengan mata kasar dan harta benda.. tetapi keberkatan dan perasaan di sayangi oleh Allah itu adalah paling unggul dan agung.. kasih sayang yang abadi dan tiada tolok bandingnya..

Semoga semua umat Islam dilindungi oleh Allah dan sentiasa berdoa agar Allah melimpahkan kurnia dan rahmatNYA...

"Umat Islam sentiasa boleh,
Hari ini mesti lebih baik dari semalam

Jangan buang masa, siapa kata kita tidak boleh
Kita ada Allah yang Kuasa
Doa sebagai Senjata"
ps- pokok peninggalan ayah dah berbunga hari ni.. Ya Allah syukur.. saya gembira sangat!!! heee

Monday, February 20, 2012

Quote of The Day

20 February 2012

"Kita tak pernah hilang apa-apa di dunia ini kerana kita tak miliki apapun di dunia ini..."

Kadang-kadang kita memang terlupa kita tak punya apa-apa disini..semua pun dipinjamkan..ni pun dengar kat radio.. heee :) enjoy your Monday.. :)

Thursday, February 9, 2012

Happy Belated Birthday Ngah

9 February 2012

Kami masih di PD.. bercuti sakan semperna menyambut hari kelahiran Ngah, reason being we are here are because of him. He initiated to buy the voucher online and all of us need to take leaves to be here.. alhamdulillah kami selamat sampai semalam setelah 5 jam meredah perjalanan. Ayah suke travel lalu jalan lama, so penat yang amat ketika di dalam kereta. Kene beli kereta yang lebih besar dan selesa, barulah best travel bersama.. huuuu

Ape pun, for my liltle brother, Happy Birthday To You, kebetulan pulak this year tahun naga.. tahun kelahiran beliau.. huuu semoga tahun ni memberi kebaikkan, kesihatan, kekayaan dan keberkatan seumur hidup, semoga dikurniakan kesihatan yang baik dan dilimpahi kurnia untuk kamu dan kita sekeluarga... ;) semoga apa yang dihajati di perkenankan olehNYA..semoga yang baik-baik sahaja untuk kamu.


Maaf tak sempat nak beli kek... lagi pun kat PD ni kek tak sedap.. haha alasan baik punya.. entah bila pulak dapat gather together sebegini lagi.. heee ape pun.. we have fun here.. :) semoga kebahagian ini berkekalan hendaknya..

Ps- badan sakit-sakit lepas 2 hari berturut-turut berenang di swimming pool, apakah itu petanda aku semakin tua?