Tuesday, February 21, 2012

Untung Jadi Umat Islam

21 February 2012


Tiba-tiba aku terfikir.. untungnya jadi orang Islam sebab ada Allah sayang dan lindungi kita.. Orang Islam dan bukan Islam bertarung untuk mencapai kejayaan di dunia... tapi untungnya orang Islam.. kejayaannya bukan hanya di dunia ini tapi di dunia sana..

Orang bukan Islam rajin bekerja siang malam dan dikurniakan otak yang sangat strategik untuk mencapai kejayaan di dunia.. orang Islam pulak suka lengah-lengahkan dan sedikit kurang berusaha berbanding dengan orang bukan Islam.. jadi jangan salahkan Allah kerana kita tak berjaya..mungkin strategi dan kerajinan kita tak cukup hebat seperti orang yang bukan Islam..

Kejayaan tu bukan di ukur dengan mata kasar dan harta benda.. tetapi keberkatan dan perasaan di sayangi oleh Allah itu adalah paling unggul dan agung.. kasih sayang yang abadi dan tiada tolok bandingnya..

Semoga semua umat Islam dilindungi oleh Allah dan sentiasa berdoa agar Allah melimpahkan kurnia dan rahmatNYA...

"Umat Islam sentiasa boleh,
Hari ini mesti lebih baik dari semalam

Jangan buang masa, siapa kata kita tidak boleh
Kita ada Allah yang Kuasa
Doa sebagai Senjata"
ps- pokok peninggalan ayah dah berbunga hari ni.. Ya Allah syukur.. saya gembira sangat!!! heee

No comments: