Monday, July 30, 2012

Tazkirah Ramadhan "Rahsia Doa Di Sebalik Ramadhan" by Ustaz Muhamad Pairus

30 July 2012

Hari Khamis lepas (26/7/12) Ustaz Muhammad Fairuz Ali Akhbar datang semula menjenguk kami, memberikan sedikit ilmu yang melimpah ruah tu... yang dapat aku capture tak banyak sikit je mungkin tahun ni penghayatan aku makin berkurang... huuu.. sighhh

Tazkirah di mulakan dengan kelebihan dan hukum wudu' (ablution). Sesungguhnya kalau kita selalu pelihara wudu', sempurnakan wudu' (menyapu dan meratakan air ke seluruh anggota wudu') dan baca doa di akhirnya besar ganjarannya... 

BACAAN SETELAH WUDHU’
أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ.

“Aku bersaksi, bahwa tiada Tuhan yang haq kecuali Allah, Yang Maha Esa dan tiada sekutu bagi-Nya. Aku bersaksi, bahwa Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya”

Allah buka pintu Syurga..Subhanallah.. dia ada jugak share, ada tikanya wudu tu HARAM, bila kita ambil wudu' lebih dari 3 kali di MASJID/SURAU sebab dikatakan ianya air wakaf dan kita MEMBAZIR. MAKRUH bila ambil wudu' melebihi 3 kali di rumah sebab kita bayar duit air tu tapi tetap MEMBAZIR..

Kemudian dia beralih pada fadhilat membaca Ayatul Qursi selepas solat fardu. kiranya macam wiridlahh... dia kata manusia ni suka tinggalkan sesuatu kerana mereka tak tahu..jadi dia ingatkan dan dia mahu jadikan orang yang tidak rugi di dunia ni.. baca Ayatul Qursi setiap akhir solat fardu, akan di jauhkan api neraka dan antara dia dan Syurga itu tiada halangan. Alangkah ruginya kita yang selalu tak baca Ayatul Qursi selepas solat.. (termasuk diri sendiri juga)
Ayat Kursi.jpg 
Ayatul Qursi - Baqarah ayat 255


Antara inti dan isi tazkirah ialah Ramdhan merupakan bulan yang istimewa kerana di dalamnya Al-Quran turun dan ada Nuzul Al-Quran pada 17 Ramadhan... Ramdhan juga merupakan bulan yang di sebut-sebut di dalam Al-Quran. Bulan lain tak de di sebut selalu di dalam Al-Quran..Penghuraian berpuasa banyak di terangkan dalam Surah Al- Baqarah ayat 183, 184, 185, dan 187.. tapi di tengah-tengah ayat tersebut di selitkan ayat 186 yang berbunyi :

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.

Obvious gila bila baca ayat ni diselitkan ditengah-tengah ayat untuk menyuruh kita berpuasa, maka memang Ustaz kata.. doa orang yang berpuasa akan dikabulkan. ada 2 MASA yang Allah takkan menolak semua doa-doa manusia..
  1. Doa di waktu berbuka puasa bukan doa makan dan doa buka puasa sahaja ok??
  2. Doa ketika bersahur..

Jadi ustaz suruh kami semua berdoa... janganlah berdoa simple-simple.. doa lah dengan details.. walaupun Allah itu Maha Mengetahui, DIA lebih gemar mendengar rintihan dan permintaan dari hambaNya... so ustaz ada bagi tahu.. nak mintak apa pun mintak lahh.. nak mintak kereta baru, rumah baru isteri baru.. semuanya tidak akan di tolak.. maka berdoalah sehabis baik ketika 2 masa ini.. :) ubah cara berbuka dan bersahur.. jangan asik ingat nak makan jee... tau la perot lapaa...

Antara doa details yang dikongsi oleh Ustaz ialah doa ketika hari akhirat.. sebab kita tak tahu lagi bagaimana keadaannya kita di hari akhirat nanti..subhanallah.. :) antara doa-doa yang diajar kepada kami:
  1. Ya Allah, bila aku mati jangan aibkan kematianku nanti
  2. Jangan kau timbulkan rasa kecewa, takut dan sebak bila di dalam alam barzah. Sambutlah dengan malaikat yang lembut dan baik dan janganlah Kau sambut dengan malaikat yang garang dan ganas Ya Allah..
  3. Jadikan mati kami itu sebagai tempat rehat yang aman
  4. Ya Allah jangan sunyikan kami di alam kubur 
  5. Jika di bangunkan semula semasa akhirat, bangunkan aku tanpa perasaan takut, resah dan gelisah 
  6. Ya Allah jangan di buka kan aib ku semasa di hari akhirat nanti Ya Allah (on this note, dia ada share.. nanti semua perlakukan kita didunia sejak kita baligh sehingga kita meninggal dunia akan di pertontonkan seluruh alam dan semesta..nanti kita akan merungut dan menanti bila kita akan di tontonkan sepenuhnya...)
  7. Jangan jauhkan dari ahli keluarga dan kawan-kawan semasa urusan peneracaan
  8. Dipercepatkan urusan peneracaan kerana terlalu banyak bilangan mahkluk yang sedang menanti untuk di hisab.. (Ada 7 billion penduduk dunia sekarang, tu baru dunia sekarang belum di kira dengan bermulanya umat Nabi Adam yang berbillion-billion.. subhanallah... sangat ramai.. adakah kita tahu bila kita akan di hisab.. Ya Allah.. bantu kami Ya Allah..)

Dan Ustaz ni suka ingatkan .. mungkin ini Ramadhan yang terakhir... jadi dia minta kita berdoa setiap masa... selagi ada masa.. dan dia ada ingatkan untuk reserve doa..
" Ya Allah, kabulkan doaku ketika aku betul-betul memerlukannya Ya Allah samada di dunia atau di akhirat"
makanya jomlah kita berdoa selagi hayat kita ada..sebab kalau berdoa ketika dah mati tiada gunanya..

Dan ada 3 penghabisan atau keputusan doa sekiranya kita minta:
  1. Doa kita akan di kabulkan serta merta
  2. Doa kita takkan dimakbulkan dan akan di simpan di hari akhirat
  3. Doa kita tu tak sesuai dengan kita Allah akan gantikan doa kita dengan sesuatu yang lebih baik dari doa kita kerana DIA adalah pencipta kita Yang Maha Kuasa

Bersyukur dengan apa yang kita ada.. dan beliau suruh kita check samada doa kita telah di makbulkan.. kalau dah di makbulkan alhamdulillah..mungkin juga doa tu tak sesuai dengan kita.. makanya kene redha dengan apa juga keputusan dariNYA.. dia ada share bagaimana nak didik anak-anak.. so dia ada cerita tentang anak-anak dia.. dia selalu pesan pada anak-anak dia.. supaya jangan bergantung pada ibu dan ayah, kerana ibu dan ayah pun bergantung harap dengan Allah.. maka kalau nak apa-apa sila mintak dengan ALLAH.. bukan minta dengan ibu dan ayah.. dia ada share anak dia yang sulong... berdoa supaya giginya tumbuh dengan cepat.. kerana menurut ayah nya si Ustaz ni.. giginya langsung takkan tumbuh dan akan rongak sampai bila-bila.. terdengar camni doanya.. " Ya Allah tolong tumbuhkan gigi kak long, kak long tak nak rongak sampai bila-bila". kelakar tapi ada pengisiannya.. dan boleh dibuat contoh..

Camner nak makbulkan doa? so dalam Tazkirah yang mengambil masa lebih kurang sejam ni dia ada cakap:
  1. Bersedekah lah sekiranya kita nak doa kita makbul.. kalau kita berhajat terhadap sesuatu.. maka bersedekahlahh
  2. Doakan orang lain.. (akan didatangkan malaikat untuk memakbulkan doa kita untuk orang lain dan doa yang baik itu akan applied kepada diri kita juga hendakNYA)
Item seterusnya ialah tipu daya..apa yang di maksudkan dengan TIPU DAYA? bukan orang menipu lahh... haha.. tapi mungkin salah satu kot.. huuuu makanya..TIPU DAYA ialah benda-benda yang kita tak dapat bawa ketika kita di alam barzah... tak paham lagi? bak kata ustaz.. rumah yang besar, isteri dan anak-anak yang ramai, kereta, rezeki, duit, dan segala harta kita di dunia ini adalah TIPU DAYA... tak boleh bawa kemana pun dengan harta-harta kita itu.. bukannya boleh sehidup semati bak lagu-lagu cinta tu.. walaupun mati saing.. dah tentu kubur lain-lain dan penghabuannya juga lain-lain.. huhu

Umat Islam adalah umat yang minoriti dalam dunia ni.. dalam 7 billion manusia di muka bumi ni.. cuma ada 1.5billion sahaja mukminin.. sebab dah banyak riwayat mengatakan hanya sedikit sahaja penduduk akhir zaman akan masuk syurga.. maka dia ingatkan adakah kita ni tergolong dalam golongan yang dapat masuk syurga itu?? tapi bila kira-kira balik bilangan umat Islam di dunia ni pun sedikit.. so maybe ade chance untuk masuk syurga.. hihi.. dan dia ingatkan supaya kita berdoa.. :)

Last item yang dikongsi oleh Ustaz ni ialah Solat Terawikh.. pada mulanya Solat Terawikh di lakukan secara perseorangan.. nabi buat 8 rakaat sahaja di masjid.. kita tak tahu berapa baginda tambah di rumah.. dan apabila pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab.. maka dia lihat ramai sangat yang ada di masjid mengerjaka Solat Terawikh tapi perseorangan.. maka bermula dari situ kita berjemaah kerana beliau Saidina Umar Al-Khattab... dan dikatakan juga roh kita kuat ketika bulan Ramadhan..sebab tu selamba je boleh buat Terawikh sampai 20 rakaat.. huuu dan Ustaz ada mengatakan dibolehkan untuk solat duduk kalau tak larat untuk solat berdiri.. dan banyak pahala kalau kita beriktikaf di masjid.. tak solat pun kalau tunggu sampai 20 rakaat tu... besar pahala yang kita dapat.. subhanallah

Ape lagi...jom berjoli sakan beribadat di bulan Ramadhan... :) bole baca archive entri tentang ilmu dari Ustaz yang sama di SINI dan SINI.. semoga memberi manafaat insyallah :)

2 comments:

ishmahbihabie said...

terima kasih di atas perkongsian...

malu mengenangkan saya banyak termenung aje ramadhan kali nih T_T

insya Allah akan cuba bangkit untuk fasa kedua ni :)

@Fr!^n@ said...

biha... saya pun belum full blast lagi ramadhan ni.. banyak bende lagha je sy buat..

jom lah same2 full blast ramadhan ni.. smoga kita sama-sama berjaya dalam madrasah Ramadhan ini :) aminn