Thursday, August 16, 2012

Tazkirah Ramadhan " "Bersama Rasullulah SAW & Sahabat di Bulan Ramadhan" by Ustazah Fira (Ustazah Pilihan)"

16 August 2012


Dah beberapa minggu aku kepam tazkirah yang baik ni.. aduii.. tanak bagi alasan tapi aku mengaku memang salah aku sebab tak share selepas dengar tazkirah ni... huuu dimualakan dengan taaruf dari Ustazah Firah merupakan salah seorang finalist Ustazah Pilihan... hmm umur dia sama dengan aku.. tapi watak penampilan dan akhlak dah tentu macam langit dan bumi.. subhanallah.. sedap suara nyaa.. tajam matanya. tegas tetapi lembut dalam tutur kata.. superb... ibu kepada beberapa orang anak.. alhamdulillah murah rezeki dia...

Beliau mulakan ceramah dengan memperkenalkan Taman Syurga.. dia kata sekarang ni kami semua sedang berada di taman Syurga kerana duduk dan hadir dalam majlis ilmu... semua senyum.. dalam dunia ni cuma ada 2 Raudah.. yang pertama Raudah Ain (Majlis Ilmu) dan kedua Raudah Rasullallah di Madinah..

Dia mulakan bicara dengan kata-kata dia bukan ke sini untuk mengajar cuma untuk berkongsi.. tu yang grap perseption aku.. bagus ustazah ni.. she is humble enough.. jadi pendakwah tak boleh tinngi diri.. kene selalu ada bersama-sama orang yang kita nak dakwahkan... hmm one point taken kat situ... and dia ada cakap jugak yang di Bulan Ramadhan hanya orang yang beriman sahaja berpuasa.. kerana puasa itu adalah rahsia kita dengan Allah... orang lain tentu sahaja tak tahu kalau kita makan di tempat tersorok.. di situlah keimanan kita di uji... Puasa bermula sejak dari zaman Nabi Adam lagi.. tapi mungkin cara berpuasa mereka lain dengan kita sekarang.. wallahualam..

Tujuan berpuasa ini adalah untuk mendapat taqwa.. segala apa yang kita buat semasa berpuasa akan dapat pahala.. bernafas juga seperti berzikir.. subhanallah.. besarnya kurniaan Allah pada kita dibulan puasa.. tidur pun dapat pahala ketika puasa ni.. ishh.. dasyatt... 

Dia ada bukak cerita tentang Nabi Muhammad pendek sahaja dia ada cerita betapa lemah lembutnya beliau dan baginda merupakan sesabar-sabar umat.. dan dia relate-kan dengan kejadian sekarang...ramai ibu bapa marah anak-anak dengan menengking dan mengherdik.. dia kata kalau kita marah anak-anak adalah seolah-olah kita marah Syurga.. sebab anak-anak itu tidak berdosa dan merupakan amanah kepada kita..jadi.. sape yang ada anak tu.. janganlah marah Syurga anda ok?

Dia juga ada mengatakan yang Nabi Kita Muhammad tu bersahur.. dan lagi ada fakta yang baru saya dengar dalam tazkirah ni.. dia kata kalau kita bersahur lewat dan dah azan subuh.. kalau air masih di tangan Nabi Muhammad menyuruh kita teruskan minum sehingga habis... betapa lembut dan indahnya Islam subhanallah... dan terdapat beribu ganjaran semasa kita bersahur.. dan ada jugak dia bacakan doa semasa bersahur... saya baru first time dengar.. huhuhu 

Dia juga berpesan supaya selalu baca Quran semasa bulan Ramadhan ni sebab membaca 1 huruf dah dapat 10 pahala.. kalau baca bismisllah yang ada 19 huruf tu dah dapat 190 pahala.. Ya Allah.. Jibril akan turun ke bumi setiap kali Ramadhan untuk bertadarus dengan Nabi Muhammad.. dan dia banyak tekan kan bahawa Al-Quran adalah penjana kemajuan umat Islam seluruh dunia.. 

Ada 4 menu atau requirements untuk seseorang perempuan itu masuk syurga
  1. Seorang Muslimah itu menjaga solatnya
  2. Muslimah yang menjaga puasanya
  3. Muslimah yang taat kepada suami sekiranya dah berkahwin.. kalau belum berkahwin dengan ibu ayah nya
  4. dan Muslimah yang jaga aurat
Hanya 3 amalan sahaja yang akan di bawa hingga ke akhirnya
  1. Ilmu yang bermanafaat
  2. Sedekah Jariah
  3. Doa anak yang soleh
Pahala bersedekah akan berkekalan dan di bawa di alam kubur dan kaki dan tangan juga boleh bersedekah dengan mengerjakan solat Dhuha...

Dia ada sharekan satu kisah berkenaan dengan Juari..seorang umat Islam yang biasa yang berjiran dengan Nabi Musa di dalam Syurga.. Nabi Musa amat ingin mengetahui kenapa Juari ni dapat duduk di dalam syurga dan berjiran dengannya maka dia pun datang ke rumah Juari.. setelah dia memberi salam. Juari memberi masuk dan Nabi Musa di tinggalkan seberapa ketika.. kemudian setelah beberapa minit dia mengheret dan membawa seekor khindzir, dia mandikan.. dan kemudia dia lap badan khindzir tersebut.. kemudia dia bawa sekor lagi.. dia buat benda yang sama pada khindzir tersebut...

Lalu Nabi Musa pun bertanya.. apakah agama kamu wahai Juari?? Juari menjawab... dia adalah seorang muslim.. namun Nabi Musa tertanya-tanya lagi.. kalau kau seorang muslim macamana kau membela khindzir... akhirnya Juari menjawab bahawa kedua-dua khindzir itu adalah ibu bapanya.. akibat kedua mereka menderhaka dengan perintah dan suruhan Allah... lalu Nabi Musa bertanya lagi.. kenapa doa Juari tidak di kabulkan dan ibu ayahnya tidak menjadi khindzir dan menjadi manusia seperti biasa? Allah akan memakbulkan doa Juari bukan di dunia tapi di akhirat dan ayah ibu dia dapat memasukki syurga kerana doa anak yang soleh...

Amalan yang perlu dilakukan secara berterusan walapun sedikit, jangan membebani diri sendiri kerana Islam adalah agama yang mudah... dan dia mengakhiri tazkirah beliau kira-kira sejam selepas dia bermula..

Wahhualam...

2 comments:

ishmahbihabie said...

thanks for the sharing cik rina... bulan puasa nih, banyak dosa saya pada ummi & abah :'(

@Fr!^n@ said...

Biha.. saya pun same juga.. kadang rasa biasa je.. rupanya mereka terasa hati..:'(

mereka dah bertambah usia.. maka sensitiviti pun makin bertambah.. jom lah jaga hati mereka.. agar nanti anak-anak kita pun buat benda yang sama pada kita insyallah :)

Salam Aidilfitri Biha :)