Tuesday, December 31, 2013

Azam 2014

31 Disember 2013


Hari terakhir dalam bulan Disember 2013, hari yang ke 365. Pelbagai warna dan ragam untuk sampai ke hari ni, semua dengan izin Allah hendakNYA. Semoga Allah melimpahkan rahmatNYA kepada kita semua.. amin

Tajuk tu... hmm sangat klise, sepanjang hayat aku disogokkan dengan Azam Tahun Baru, apa perlunya Azam Tahun Bahru, tahun Masihi pulak tu dan bukan tahun Hijriah, nampak sangat aku belum lagi merdeka dan ke arah tersebut. hmmm... 

Esok hari yang pertama dari 365 berikutnya.. hmm... terlalu banyak Azam yang bermain di fikiran... cuma yang penting kita perlu tingkatkan ibadah, dekatkan diri dengan Allah, berakhlak mulia dan menghormati, menyayangi ibu bapa... 

Ya Khaliq/Ya Qudus/Ya Razak di tangga yang pertama,
Nabi Muhammad s.a.w tempat kedua
Manusia yang masih ada dan perlu disayangi, dikasihi dan disanjungi oleh saya tentulah Ibu dan Ayah... Insan yang paling mulia di muka bumi... 
Pastu baru keluarga dan sahabat handai

Semoga aku jadi orang bermanafaat kelak... teringin sangat dapat pencen kubur dan berkekalan ke akhirnya insya Allah

ps - esok ade majlis yang akan di datangi malaikat.. Malam Cinta Rasul ada Habib Syech As Segaff :) semoga Allah izinkan daku untuk pergi ke majlis itu insya Allah

Friday, December 27, 2013

Counting Ticks and Seconds

27 Disember 2013


Hanya tinggal beberapa hari, jam dan saat untuk menghabiskan sisa 2013... terlalu banyak perkara berlaku tahun ini.. dan secara keseluruhannya aku bersyukur atas apa yang berlaku.. semuanya dengan kehendak Allah s.w.t.. namun aku rasa aku tak cukup berusaha keras tahun ni.. aku perlu lakukan lebih lagi dari tahun ini..

Semoga tahun hadapan aku akan lebih berusaha dalam setiap perkara yang aku lakukan dengan pertambahan umur yang semakin banyak dan bila di pandang ke belakang semula..aku jadi malu.. dengan umur yang Allah berikan pada aku tetapi hanya sedikit amalan yang berjaya di lakukan di muka bumi Allah ini...

Jangan pernah lupa.. orang di dalam kubur itu berkehendak untuk terus beramal saat mereka hidup.. dan kita sebagai orang yang hidup ini perlu bersyukur dan meneruskan ibadat.. sekurang kurang ibadat ialah dengan mengingati Allah setiap waktu dan saat. saat berdiri, duduk baring mahupun berjalan dan berlari..

Tahun yang penuh berliku untuk aku dan famili.. banyak ceriteranya dari yang manis, pahit, tawar, masam.. semuanya datang dengan penuh hikmah yang tidak terhingga banyaknya.. masih tersisa hikmah atas semua kejadian yang Allah lalukan untuk aku dan keluarga.. semoga kita semua jadi hambaNYA yang lebih bertaqwa setiap saat.. insya Allah...

Semoga kalian semua berbahagia dengan kehidupan yang Allah berikan kepada kalian semua.. di atas semua kesempatan dan kelebihan dan rahmat yang Allah beri pada kalian semua. semoga Allah sentiasa melindungi dan merahmati kita semua... Allah sayang semua hamba-hambaNYA..setapak kita mendekatiNYA berjuta rahmat dan barkah dariNYA..subhanallah.. dosa kita yang banyak ini, lebih besar lagi keampunan Allah pada hambaNYA..
ps- hari ni Ocha ngan Meera dah balik KL.. lama juga mereka ada di sini.. terasa akan kehilangan mereka nanti... itu sudah pasti...

Jom bersyukur dan terus sujud padanya...
Hanya pada Allah kita berserah hendakNYA..

Till Then,
Assalamualaikum

Friday, December 13, 2013

Motivasi Pagi 13 Disember 2013

13 Disember 2013


Hari ni tergerak hati nak capture apa yan di dengar di radio pagi ni.. ringkas pesanannya tapi untuk rujukkan aku juga.. huuu permulaan cerita dan tajuknya ialah Orang yang Berjaya Suka Buat apa Yang Orang Tidak Berjaya Tidak Suka Buat... antaranya ialah:

  • Berpagi-pagian.. suka dan senang bangun pagi.. orang yang berjaya mudah bangun pagi dan tidak liat untuk melakukan kerja hariannya... memang ada pun dalam hadis nabi 
           “Ya Allah, berkahilah kepada umatku pada waktu paginya” (HR.Abu Daud)
  • Makan pagi... sesungguh siapa yang berjaya akan selalu makan pagi (sarapan/breakfast) sempat pulak ustaz berseloroh dengan menggunakan sebutan yang betul untuk fast bukan fest seperti yang kita selalu sebut tu.. salah sebutannya.. hihi yang penting pakar dietatik pun memang pernah mengatakan bahawa makan pagi adalah makan yang paling penting dan tidak boleh ditinggalkan.. selalu kita dengar camni.. 'Breakfast like a king, lunch like a monster and dinner like a slave" paham kan apa maksud tersiratnya... hihi
  • Orang yang Berjaya suka buat apa yang orang tidak berjaya suka buat seperti Solat 5 Waktu... kalau kita dah cukup solat 5 waktu tengok bila kita kerjakannya.. orang yang berjaya solat awal waktu.. kalau kita dah solat awal waktu.. tengok pula adakah kita berjemaah... kalau dah berjemaah.. tengoklah pulak..orang yang berjaya akan melakukan solat sunat sebelum dan selepas solat fardu... dan seterusnya orang yang berjaya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk bangun malam...bukan bangun malam untuk pergi ke tandas, untuk tengok bola mahupun menukar lampin anak.. bangun malam untuk beribadat kepada Allah...
A piece of nasihat yang aku rasa penting dan masih segar dalam ingatan aku.. ok.. aku baru nak memulakan makan pagi ku ini.. bismillah...

Sudahkah kalian??

Till Then, Ampunkan saya kalau ada tersilap bicara..
Assalamualaikum...

Thursday, November 28, 2013

Penghujung November 2013

28 November 2013

Di akhir November ini aku mungkin akan lalui masa yang tidak tercukupan nanti... hanya DIA yang dapat membantuku ke akhirnya... aku... hanya mampu berserah selain daripada terus berdoa dan berusaha untuk menyiapkan semuanya...

Ade teguran yang agak kasar di terima... namun aku kene telan kerana ianya pahit dan benar... perlu ada pembelajaran yang konsisten untuk mengatasi teguran yang dilemparkan...

Oh Allah... aku hanya ada KAMU.. dan semoga KAMU akan melimpahkan rahmatMU dan kemudahan untuk semua urusan yang bakal aku hadapi...

"Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata" repeat it when you in trouble.. insya Allah.. DIA akan menolong kalian semuaa.. :)

Till Then...

I miss my senang time to blog... 

Assalamualaikum

Wednesday, November 6, 2013

Celik Mata Reset Minda : Orang Mengambil Peperiksaan - Prof Muhaya @IKIM.FM 31 Oktober 2013

6 November 2013

Islam Itu Indah - Prof Dr Muhaya Mohammad

Aku baru ingatkan ada rencana baru untuk aku catat minggu ini, tapi tak de... yang cuma ada ialah ulangan minggu lepas.. jadinya mungkin dah sedikit outdated, walaupun tajuk mungkin tak de kena mengena dengan kehidupan kita kan? tapi terlupakah kita bahawa kita ni adalah hamba yang sentiasa di uji... memang tak de ujian spesifik macam UPSR, PMR mahupun SPM tapi sebenarnya tanpa kita ketahui kita semua diuji dengan kerap sekali... huuu

So dalam rencana beliau kali ini Prof ada mengingatkan kepada adik adik dan anak anak sekalian tentang niat untuk mengambil peperiksaan. Kejayaan seseorang tidak boleh di ukur dengan kejayaan akedemik sahaja. Allah melihat usaha dan bukan hasil terakhir kepada usaha kita. Contohnya, Allah mengambil kira berapa lama kita belajar dengan ikhlas daripada keputusan akhir kita dapat di akhirnya. Terus teringat keputusan SPM aku... haihhhh... teruk eyhh...

Fokuskan pada usaha dan moving forward plan. Betulkan niat, fokus pada apa yang boleh di buat, way forward plan dan berdoa. Jangan guna bahasa yang memberi tekanan pada anak-anak yang hendak mengambil peperiksaan. Para pelajar dan kita semua ini perlu bertaqwa dan bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan kepada kita..

Semasa anak-anak mengambil peperiksaan, ibu bapa di nasihatkan supaya bercuti dan banyakkan solat hajat, banyakkan sedekah pada orang lain. Sukakan hati orang lain nescaya Allah akan sukakan hati kita juga. Janji Allah adalah benar, maka Yakinlah dengan janji Allah. 

Pada kalian yang hendak mengambil peperiksaan, cuba check semula apakah niat untuk mengambil peperiksaan adakah untuk membanggakan atau membahagiakan. Tingkatkan kesedaran ketuhanan dikalangan kita. Sebenarnya waktu peperiksaan adalah waktu yang sunyi dan hanya ada kita dan Allah sahaja, tiada siapa yang dapat membantu kita semasa itu selain dari Allah.

Ada beberapa tips yang dikongsikan bersama oleh Prof: 
  1. Banyakkan solat sunat dan lakukan secara berterusan
  2. Berpuasa sunat Isnin dan Khamis
  3. Jauhi maksiat, kerana maksiat membuatkan kita sukar untuk menerima dan mengingati ilmu
  4. Kena selalu tanya soalan kalau kita tidak paham
  5. Mengajar apa yang kita belajar
Dan ada beberapa soalan yang diajukan dan kesimpulan dari soalan soalan tersebut adalah, kalau kita mencari ketenangan maka kita akan dapat ketenangan. Maka carilah benda yang baik, mudah-mudahan kita akan dapat apa yang baik baik sahaja. Kalau ada seseorang yang buat salah kepada kita, janganlah marah atau tidak suka kepada mereka, doakan mereka dan maafkanlah mereka.

Tips untuk ibu bapa seperti di bawah:
  1. Terlampau banyak suruhan dan disiplin akan menyebabkan anak anak menjadi keras hati, berkeraslah tentang agama dan akidah sahaja.
  2. Anggap anak anak akan menjadi orang yang hebat. Layan mereka seperti orang yang hebat, nescaya anak-anak akan jadi orang yang hebat
  3. Jangan pernah bezakan anak-anak,biarkan anak anak mengambil jurusan yang berlainan agar kita tidak akan membezakan anak-anak 
  4. Ubah cara kita melihat sesuatu, anggap masalah itu adalah ujian dari Allah dan dalam mendidik anak anak kita akan didatangi ujian an cabaran untuk jadi kuat

Emosi perlu ada dua perkara 1, bersyukur dan 2, bahagia. Syukur dengan apa yang kita ada.

We believe what we see - Lemah (Luaran)
We see what we believe - Berjaya (Inner Believe)

Bila kita buat apa apa fokus pada Pencipta dan pada hari akhirat. Jangan sibuk cari redha manusia. terkesan juga dengan kata-kata ini, anak yang tidak menutup aurat akan menarik lelaki yang tidak baik, maka lelaki yang tidak baik ini akan menjadi keluarga dan keluarga itu akan menjadi keluarga yang bermasalah. Makanya pendidikan memang bermula dari rumah dan keluarga. Orang yang loving tidak akan judging dan menghukum dan orang yang suka burukkan orang lain, dia tidak ada nilai kebaikkan dan seorang yang dengki. Dengki dalam hati akan menghapuskan segala amalan.

Belajar sesuatu perlulah dengan niat untuk TAHU ( Niat kerana Allah) ingin mendalami ilmu ilmu Allah. Tapi kalau kita belajar untuk LULUS, maka kita akan jadi manusia centrik dan tertekan dengan peperiksaan.

Apa yang penting untuk semua ialah akhlak kerana akhlak datang dari hati, hidup difokuskan pada akhlak. Sayangi diri sendiri dan orang lain. Akhir kalam ini Prof ada berpesan untuk menambahkan amalan dan betulkan fikiran dahulu kemudian membuat amalan. Ubah cara berfikir dan interpretasi terhadap apa yang berlaku.

Semoga kita semua lulus dengan segala ujian yang Allah turunkan kepada kita... :)
Kalau ada tersalah bicara atau tersalah intrepretasi sila tegur dan terima kasih kerana membaca.


Till Then,
Assalamualaikum.



Thursday, October 24, 2013

Amanah

24 Oktober 2013


Semalam Allah beri aku kesempatan untuk singgah ke Masjid Jamek Kampung Danga untuk solat Magrib, dan ada extra habuan untuk aku sebab malam semalam ada majlis ilmu.. tingg... alhamdulillah... jom lah aku kongsikan apa yang aku dapat semalam :) untuk di jadikan refresher course untuk semua.


Ulasan dari Kitab Himpunan Hadis Modal Insan, Dr Zulkiflu Mohammad Al-Baqri, Terbitan Telaga Biru

Hadis 1 - Amanah

Peniaga yang benar dan amanah akan bersama para Nabi, Siddiqin dan golongan mati syahid
Al-Tirmizi dalam kitab As-sunan

Sokongan Hadis dari Ayat Quran:

1. Surah Al-Anfal, Ayat 27

A027
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).
(Al-Anfaal 8:27) | | English Translation | Tambah Nota | Bookmark 



Kalau di beri amanah, jangan khianati kerana akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Kena amanah kepada amalan yang diperintahkan oleh Allah. Apa sahaja yang Allah suruh kita kene amanah dalam melaksanakannya. Contoh yang diberikan ialah amanah Kaum Adam kepada Kaum Hawa, mereka di tugaskan untuk menjaga keselamatan wanita dan anak-anak, menjadi ketua keluarga yang baik dan bukan mendera dan mencederakan wanita dan kanak-kanak.

Sesiapa yang melanggar amanah akan dikenakan kifarah. dan ustaz ada mengingatkan kami supaya tidak mengadu domba dan merungut diatas ujian dan cubaan yang Allah berikan kepada kita. Ujian dan dugaan itu bersifat sementra dan kita kena percaya dengan hikmah yang berada di sebaliknya.

Dunia ini tidak dikawal oleh undang-undang,tetapi dikawal oleh hati yang amanah. Bagaimana untuk menjaga hati? Kena selalu bangun malam dan mengikhlaskan diri untuk beribadat kepada Allah tanpa orang mengetahuinya. amalan ini boleh meningkatkan iman dan apabila iman meningkat Allah akan kurniakan taqwa kepada kita Insyallah.

2. Surah An-Nisa, Ayat 58

A058
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.
(An-Nisaa' 4:58) | | English Translation | Tambah Nota | Bookmark


Pemimpin hendaklah diingatkan kepada amanah yang telah diberikan untuk memimpin. Kesan tak amanah boleh dilihat kepada kehancuran keluarga, masyarakat dan negara. Pemimpin perlu menjadi contoh kepada orang lain. Amanah perlu dalam menjalankan ibadah, tanggungjawab pekerjaan, memimpun, menjaga harta pusaka ataupun menjaga hak orang lain (anak yatim, ibu tunggal golonggan yang tidak bernasib baik).

Allah menjanjikan kenikmatan negara yang makmur kalau kita sentiasa bersifat amanah.

3. Surah An-Nisa, Ayat 107

A107
Dan janganlah engkau berbahas untuk membela orang-orang yang mengkhianati diri mereka sendiri. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang selalu melakukan khianat, lagi sentiasa berdosa.
(An-Nisaa' 4:107) | | English Translation | Tambah Nota | Bookmark

Ayat ini melarang kita untuk berdebat sehingga menjatuhkan aib seseorang. Apa lagi untuk men'defend' orang yang memang khianat. Kita kene jaga aib keluarga, jiran-jiran dan rakan-rakan.

Banyak juga ilmu dan ulasan dari hadis yang pendek ni kan. Walau macamana pun diharap article ini bermanafaat dan kadang kita ni tak perasan yang kita ni tak amanah dalam melakukan sesuatu. Oleh sebab kita tak amanah ni kadang-kadang kita tak perasan yang hidup kita dah jadi miserable dan doa tidak dimakbulkan.

Salam Khamis semua,
Till Then,
Assalamualaikum

Monday, September 23, 2013

Pesona Di Zahra - Belajar Memberi Respon Terbaik siri 2 Ustaz Mohammad Abdullah al- Amin IKIM.fm

23 September 2013


Hari ni aku bercuti, jadinya aku akan share apa yang aku tuntut ilmu dari ikim.fm secara timely insyallah... mahu jadikan ini sebagai salah satu saham akhirat insyallah.. 

Ada satu kajian komunikasi dari Barat - perkataan yang selalu digunakan dalam percakapan adalah 'saya'.  ini menunjukkan bahawa orang memang suka bercerita tentang dirinya sendiri. Jadi sebagai seorang pendengar kita perlu belajar untuk respon dengan baik terhadap cerita tentang diri mereka.

Kesan Sekiranya Respon Yang  Tidak Baik Terhadap Komunikasi Suami Isteri:
  1. Akan timbul persepsi (tanggapan). Akan menjadi tumor dan kanser kalau tak di kawal. Isteri akan rasa tidak dhargai. Suami akan rasa tidak dihormati. Persepsi bermula dengan respon yang tidak bagus. Persepsi terbentuk dalam masa yang lama. Kalau nak perbaiki kena kaunseling lama kerana sakitnya telah terkumpul.
  2. Akan timbul pergaduhan. Selalunya berlaku sebab ade rasa terpendam, bukan kerana isu yang terjadi. contoh: rumah tak sapu, cermin tak lap. Selalunya berlaku pada suami. Isteri pula selalu akan merengek dan meminta perhatian lebih dari suami contoh : suruh balik anak sakit, padahal anak tu ok je...
  3. Akan lihat suami dan isteri akan dingin dalam komunikasi. perbualan tidak berjalan dengan bagus. komukasi boleh merubah mood, kehidupan seseorang.
Tips Respon yang baik:

  1. Peruntukkan masa untuk suami/isteri. Belajar untuk belajar mendengar
  2. Ulang perkataan yang hujung.
  3. Respon yang positif; dan
  4. Positif reinforcement
Tips ni sambungan dari yang pertama... tak dapat dengar n eloborate more.. huuu sekadar menulis apa yang direcap oleh ustaz.

Respon yang baik merupakan jamu dan vitamin dalam rumahtangga. Antara perkara yang paling gembira : Keluarga Bahagia, seisi keluarga akan masuk syurga. Konselor dilatih untuk mendengar masalah dan beri nasihat kepada kita. Jadikan kaunselor sebagai kawan kita. Ada yang tidak mahu menggunakan kanselor. Jangan guna penasihat yang salah. Penasihat yang bagus dia tidak akan melagakan, berkecuali dan tidak ada kepentingan. Kawan-kawan kadangkala cemburu dengan kebahagian rumahtangga kita.

Peranan ibu bapa. seorang ibu ayah boleh bagi nasihat kepada rumahtangga anak tapi tidak boleh mempengaruhi keputusan anak-anak. Sekarang yang berlaku, ibu ayah banyak pengaruhi keputusan. jadilah mak ayah yang pendamai. 

Tengok kawan-kawan kita di facebook, kalau suka menceritakan sesuatu yang personal, kita jangan respon dan kalau boleh tegur kawan-kawan yang membuka pekong di dada. Kalau boleh contact secara terus dan beritahu perlu delete pos yang berkaitan memalukan diri sendiri.

Pengantin baru = perkahwinan 10 tahun ke bawah. Banyak yang boleh diperbaiki. Pengantin baru perlu belajar untuk dengar at least 1 minit semasa pasangan bercakap. Ulang perkataan yang terakhir ketika mendengar.

Kenapa suami/isteri menipu? cari punca kenapa suami menipu. sebab mungkin suami malas untuk menghadapi bebelan isteri. Fahami kesukaan suami/isteri. Apa nak respon isteri bising kalau suami keluar dengan orang lain. Senyap dan jangan tegakkan benang yang basah. Mengaku kesalahan sendiri. 

Antara emak dan suami? kalau emak memang tak boleh terima anak sudah berkahwin, isteri kene ikut cakap suami. Sayangi dan raikan emak. Kalau ada masalah rumahtangga jangan cerita dengan emak. Perempuan akan bertindak secara operasi dan lelaki secara matlamat.

Belajar untuk respon yang baik kepada suami/isteri. jadikan tabiat dan amalan untuk rumahtangga kita. 

ps - quick update... si Lopez n Cengeng masih lemah dan memerlukan pemerhatian secara eksklusif... kasihan mereka... kalian tolong doakan agar mereka berdua sihat seperti biasa.. Allah mendatangkan penyakit bersama penawarnya insya Allah..semoga Allah panjangkan umur mereka.. mungkin olahan aku hari ini tak sebaik selalu.. kerana mungkin ade ujian sedang melanda.. aihhh buat alasan?? heee.. adoii..

Thursday, September 5, 2013

Silent Readers

5 September 2013


Thinking so hard to remember whose birthday was it yesterday... rupanya one of my close friend bernama Puan Laile... pernah dicerita dulu kala di dalam blog dulu kala.. pertemuan dan perkenalan yang sebentar sahaja.. tapi penuh maknaa... hmmm penceria hari-hari semasa aku di Perangkaan dulu... untuk kamu Laile..

Walaupun kini kita jarang berkomunikasi sepertimana kita berhubung dahulu... awak tetap dalam ingatan dan tergolong dalam the best kawan sepanjang hidup saya... banyak nilai yang saya belajar dari awak dan terima kasih kerana sudi berkawan dengan orang yang tidak seperti kamu... huuuu doa saya tetap dengan sahabat sahabat yang dekat mahupun jauh.. moga kalian semua baik baik sahaja... :)

Sebenarnya... aku nak ucapkan terima kasih.. dalam diam-diam, sebenarnya blog aku ni ada pembacanya... namun tak pernah tinggalkan nota mahupun komen dalam entri-entri aku.. mungkin hanya sekali imbas dan tak membaca dengan teliti dan terperinci.. Tapi sebenarnya aku juga ingin mengucapkan terima kasih.

Hari-hari aku check stats tu.. tengok ada orang baca and bukak tak link perkongsian ilmu yang tak seberapa penulisan dan pengolahannya.. tapi tak pernah gagal untuk membuatkan aku senyum.. alhamdulillah..semoga penulisan yang tak seberapa ini dapat menjadi pencen kubur aku satu masa nanti... dan kalau benar aku di ambil dulu dari kalian pembaca.. mohon sangat dipanjangkan tulisan aku itu dan sedekahkanlah al fatihah padaku nanti yer..

aihh... apsal entri bunyi emosi sangat ni? tak de kaitan dengan harijadi pak su mahupun badminton tournament hari ini bukan...

Semoga rumah Hijau akan dinobatkan sebagai juara malam ini..semoga Allah bersama-sama kita hendaknya.. amin...

Until Then. Assalamualaikum

Monday, July 29, 2013

Tazkirah Ramadhan "Naungan Ramadan" by Ustaz Hanafiah

29 Julai 2013
20 Ramadan 1434


Salam 10 Ramadan terakhir kalian... beberapa hari yang lepas ialah Nuzul Al-Quran, sejarah diturunkan rahmat iaitu Al-Quran kepada umat manusia sebagai manual kehidupan.. ape pun entri ni bukan untuk mengulas apa yang berlaku dan sejarah Nuzul Al-Quran, sekadar berkongsi ilmu yang sedikit dapat dari tazkirah Ramadan  di pejabat.. 

Kali ini bukan Ustaz Fairuz yang hadir dan berikan ceramah, ada ustaz baru dari Jabatan Agama Islam Johor.. Namanya Ustaz Hanafiah... orang Kulai.. beliau memulakan ceramah dengan pembukaan hadis dari Imam Baihaqi tentang bulan Ramadan
“Wahai para manusia, telah menyelubungi kalian bulan yang agung, bulan yang dilimpahi keberkahan yang padanya terdapat suatu malam yang lebih mulia dari seribu bulan (yakni lailatul qadr), Allah jadikan puasa padanya (pada bulan Ramadhan) suatu kewajiban, dan shalat malamnya (shalat tarawikh) sunnah.

 Beliau ada mengingatkan kami bahawa Ramadan ini adalah bulan yang istimewa yang Allah beri untuk umat manusia... bulann yang penuh dengan keberkatan dan Ramadan juga boleh memberi naungan, memelihara, membela, dan menysafaatkan kita satu hari nanti di hari Kiamat... Allah memberi kita Ramadan dengan jadual khas dan kita takkan buat benda yang seperti itu dibulan bulan lain selain dari Ramadan...

Pada siangnya kita diwajibkan berpuasa dan dilarang untuk membuat perkara yang boleh membatalkan puasa. Malam pula ada ibadah yang bonus dan kita tak jumpa di bulan lain.. iaitu solat sunat Terawikh... dan Al-Quran di turunkan didalam bulan penuh keberkatan ini.. 

Beliau ada berkongsi cerita semasa beliau belajar di Mesir dahulu dan mengalami kesukaran berurusan secara rasmi di Tanah Arab... mereka menutup pos office sehingga selepas asar... dan hanya buka 2 jam selepas dibuka.. beliau mengulas bahawa kebanyakkan krisis yang berlaku di Tanah Arab adalah berpunca dari ketidakcukupan makanan... beliau mengolah lagi bahawa untuk membuatkan orang Arab ini gembira... kita hanya perlu penuhkan perut perut mereka... 

Ada 2 kekurangan umat akhir zaman.. dan Baginda Nabi Muhammad s.a.w telah berdoa kepada Allah sebelum Subuh dia mohon pada Allah kekurangan ini untuk kebaikkan kita....
1. Pendek umur dari umat nabi yang lain
2. Keterbatasan kemampuan untuk manjalankan ibadah kepada Allah (susuk tubuh dan fizikal)

Umat Nabi Muhammad adalah umat yang paling pendek umurnya.. hidupnya sekitar 60-70 tahun sahaja berbanding dengan umat nabi nabi yang lain seperti umat Nabi Musa hidup sehingga 300 tahun, Umat nabi Nuh berusia lebih kurang 1,000 tahun... dan boleh tak kita bayangkan berapa banyak ibadah yang dapat kita lakukan kalau umur kita sepanjang itu.. dan bermula umur 40 tahun, umat Nabi Muhammad akan mengalami perubahan fizikal iaitu penuaan.. semua sel, otot dan tisu yang Allah beri pinjam telah menurun ciri fizikalnya..

Dan ada hadis yang mengatakan bahawa umur Umat Nabi Muhammad seperti hadis di bawah:
Imam Nawawi r.a: Hadis ini hadis hasan, diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a, katanya: Rasulullah saw telah bersabda: (أعمار أمتي ما بين الستين إلى السبعين، وأقلهم من يجوز ذلك) [Umur umatku diantara 60 ke 70 tahun, dan tidak ramai yang melebihi daripada itu] Riwayat Imam Tirmizi.

Dan dikuatkan lagi dengan firman Allah dalam Surah Ghafir  Ayat 67:
A067
Dia lah yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari (setitis) air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging; kemudian Ia mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian kamu (dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa; kemudian kamu (dipanjangkan umur) hingga sampai menjadi tua. Dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan sebelum itu. (Allah melakukan kejadian yang demikian) supaya kamu sampai ke masa yang ditentukan (untuk menerima balasan); dan supaya kamu memahami (hikmat-hikmat kejadian itu dan kekuasaan Tuhan).
(Ghaafir 40:67) | | English Translation | Tambah Nota | Bookmark 

Walaupun ada kekurangan dan kekangan bagi umat Nabi Muhammad atau umat akhir zaman ini, namun Allah tetap memberikan nikmat dan kemuliaan/cahaya pada kita semua.. ada 2 peruntukkan untuk umat akhir zaman:
1. Penurunan Al-Quran sebagai panduan hidup dan pelengkap semua kitab-kitab yang lain;
2. Ibadah puasa di bulan Ramadan 

Sebab itu lah Ramadan ini adalah bulan yang sangat istimewa... ianya hanya diwahyukan untuk dikerjakan pada umat Nabi Muhammad s.a.w sahaja dan bukan pada umat nabi yang lain... walaupun lapar itu perit ketika di bulan ramadan.. percayalah bahawa lapar puasa itu akan menjadi cahaya di hari akhirat... dan... yang paling istimewa ialah... ganjaran beribadat di bulan Ramadan akan dilipatgandakan melebihi umat umat nabi yang lain.. fakta ini dikuatkan oleh Hadis oleh Imam Ahmad seperti dibawah:
Barangsiapa yang menghampirkan diri kepada Allah (taqarrub) dengan amal yang baik (amalan sunat) maka baginya ganjaran seumpama melakukan ibadah yang fardhu. Barangsiapa mengamalkan amal yang fardhu maka (ganjarannya) seumpama mengerjakankan 70 amalan yang fardhu dibulan yang lain.

Untung kita jadi umat Nabi Muhammad...ditarik nikmat dari segi umur dan kekuatan fizikal.. tapi dikurniakan dengan pelaburan akhirat yang memang dicemburi oleh semua umat manusia di zaman lain... dan cerita tentang cemburu dari umat lain ini boleh dipetik dari kisah Nabi Musa a.s keika menerima wahyu di puncak Gunung Tur, Sinnai die mengaku sendiri bahawa umatnya adalah umat ang diberi kelebihan dari umat yang lain... diantara kelebihan umat Nabi Musa a.s (Bani Israel, Yahudi) ialah:
- Wajah yang tampan dan susuk tubuh yang ideal untuk beribadat dan DNA meraka memang DNA terbaik dan dikatakan dari syurga
- Sihat tubuh badan dan jarang berpenyakit
- Panjang umurnya
- Akal lebih hebat dari umat yang lain
- Harta mereka yang melimpah ruah

Dan ada berita yang agak mengejutkan diriku sendiri... rupanya puak Israel telah membuat perancangan untuk pulang ke tanah Palestin dan mereka mahukan kawasan di sekitar Masjid Al-Aqsa kerana meraka tahu tempat yang diberkati seperti ayat di bawah:

A001
Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
(Al-Israa' 17:1) | | English Translation | Tambah Nota | Bookmark

Dan memang dorang dalam perancangan untuk bina rumah rumah besar untuk semua kaum yahudi dan bila semua rumah dah siap dia akan bina pagar dan tembok tinggi dan tidak membenarkan orang selain dari Yahudi untuk masuk kerana mereka percaya tanah tersebut tidak akan dihuru harakan... dan sekiranya para Yahudi seluruh dunia ini berkumpul, maka dengan itu akan runtuh ekonomi satu persatu...

Sempat juga aku bertanya satu soalan yang selalu bermain di fikiran... yang mana lebih elok, mengerjakan solat qada' ataupun mengerjakan solat sunat Terawikh?
Jawapan:
ada 3 keadaan untuk menjawab soalan ini:
1. Sekiranya tahu berapa banyak solat yang telah tertinggal, masih boleh mengerjakan solat Sunat Terawikh, tetapi masih kene mengerjakan qadak
2. Sekiranya tahu dia ada meninggalkan sembahyang, tetapi berikrar dan tidak mahu mengerjakan solat Qada, maka solat sunat yang dikerjakan adalah haram dan berdosa
3. Langsung tak tahu berapa banyak solat yang tertinggal dan mahu untuk mengerjakan qadak, dituntut untuk mengerjakan qadak sebelum setiap kali solat sunat, contoh: selepas solat isyak, kena kerjakan dulu solat qadak isyak lepas tu baru buat solat badi'ah dan solat terawikh..

Sebelum mengakhiri entri ini, sesiapa yang menghadiri sesi ini dan dengar tazkirah ini, saya mohon komen dan pencerahan pada fakta yang salah.. terima kasih... :)

Selamat Beramal... 10 Ramadan terakhir... :)

Till Then, Assalamualaikum



Tuesday, July 23, 2013

Checkpoint Quran Ramadan

23 Julai 2013

A quick update and checkpoint for those who wanted to khatam Quran at the end of Ramadan as advised by Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood..

TIP KHATAM AL-QURAN UNTUK HARI YANG KE-14 RAMADHAN BERSAMAAN HARI SELASA 23 JULAI 2013
Baca surah al-Hijr ayat 1-99
baca surah al-Nahl ayat 1-128

selamat membaca,terima kasih

Me myself kene kejar banyak ni.. baru sampai al-An'am baru pagi 150...kene sampai 281 hari ni.. subhanallah..semoga Allah  permudahkan perjalanan perjuangan ini.. Allahuakbar... :)

Kalian bagaimana?  jom berjuang... jom khatam Quran dengan maknanya.. :)

Till then, Assalamualaikum...

Thursday, July 18, 2013

Tazkirah Ramadhan "Kegemilangan Doa Ramadan" by Ustaz Muhamad Fairuz Ali Akhbar

18 Julai 2013



Alhamdulillah di panjangkan umur untuk aku menghadiri majlis ilmu yang singkat ini.. Menurut riwayat Al-Tirmizi Sabda Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud barang siapa yg menghadiri majlis ilmu lebih afdal daripada :
  • Mendirikan solat sunat 1000 rakaat.
  • Menziarahi 1000 orang pesakit.
  • Menghantar 1000 jenazah ke tanah perkuburan
Alhamdulillah semoga Allah angkat ibadat aku untuk hadir ke majlis ilmu ini selayaknya...semoga sape yang hadir juga dikurniakan balasan yang setimpal juga hendaknya... ustaz mulakan tazkirah beliau dengan ayat-ayat dari surah Al-Baqarah ayat 183 - 187. Ayat dimana menerangkan cara untuk ibadah khusus kita iaitu ibadah puasa... takde lagi surah yang begitu detail seperti mana Allah suruh kita puasa... contoh.. ayat solat dalam Quran hanya ada tulis... dan dirikanlah solat.... 

Tapi nak di jadikan cerita untuk hari ini... kalau kita tenung balik ayat yang menyuruh kita berpuasa tadi...ada terselit ayat 186 seperti di bawah:


A186
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.
(Al-Baqarah 2:186) | | English Translation | Tambah Nota | Bookmark

Ternyata apa yang Allah nak sampaikan pada kita adalah kelebihan kita berdoa pada bulan puasa... dan ketika ayat ini diturunkan... sahabat sahabat baginda ketika mereka berperang mereka suka untuk menjerit dan melaungkan takbir.. dan mereka bertanya.. perlukan kami berbisik-bisik seperti Allah itu dekat atau mengeluarkan suara yang keras dan besar agar orang lain mendengar tentang seruan kami ini... maka turunlah ayat ini...

Ustaz ada mengingatkan kami tentang nikmat nikmat Allah ketika berpuasa... bila ditanya.. apakah nikmat Allah... tiada jawapan yang diberikan dengan tepat.. aku sendiri menjawab... ade nikmat kenyang sesudah berbuka puasa.. hehehe.. tapi ape yang ustaz nak olah lebih dari itu.. dia kata.. nikmat Allah yang terbesar di bulan puasa ialah semua umat manusia yang tinggal disuatu tempat apabila mereka mendengar nama Allah dilaungkan.. mereka akan makan secara serentak dan mereka memakan makanan yang sama... iaitu Kurma... haa... besar dan indahkan kejadian dan sistem Allah?

Dan dia ada mengulas bahawa jangan sampai dia marah bila dia dengar ada sesiapa yang tidak makan kurma... antara kebaikkan kurma yang sempat dikongsi bersama tadi ialah:
  1. Mempunyai gizi yang seimbang, tak perlu makan lain hanya kurma pun dah cukup sebab ianya penuh dengan zat vitamin, kalsium, zink, glukos, serat dan pelbagai lagi.
  2. Tiada manusia yang allergic pada kurma 
  3. Tidak akan ada bakteria yang buruk yang boleh hidup atas kurma. sebab tu kalau kurma yang lama pun kita masih boleh makan 
  4. Fast absorb and slow release. Cepat ditukarkan kepada tenaga dan lambat dan kekal berada di dalam badan kita
  5. Buah yang murah dan mudah di dapati 

Beliau juga ada berkongsi tips bagaimana orang yang tidak suka makan kurma boleh buat..beliau suruh rebus kurma, buang bijinya dan blend bersama air rebusan tadi... dan minum bersama susu atau bersahaja panas atau pun sejuk.. insyallah orang yang tidak sukakan kurma tadi boleh makan selepas minum jus kisaran kurma tadi...

Sambung lagi tentang nikmat Allah yang seterusnya, dia ada menyatakan contoh ketika kita berkunjung di Tanah Haram, Mekah Al-Mukarramah ketika ramai umat Islam sedang menjalankan tawaf... berpuluh ribuan orang... tiba tiba khatib melaungkan iqamah.. mereka secara automatiknya akan menukarkan laluan tawaf tadi kepada saf untuk bersolat... betapa besarnya nikmat itu.. kerana umat Islam tak perlu disuruh untuk melakukan semua itu.. dan orang bukan Islam tidak dapat berbuat sedemikian secara automatik.. Subhallah..

Sesiapa yang banyak beribadat pada bulan Ramadan ini insyallah akan mendapat layanan VIP ketika di akhirah nanti... dan untuk menaikkan semangat umat Islam untuk berpuasa maka ada diulang semula hadis ini..
Nabi berkata: “Sesungguhnya dalam syurga terdapat satu pintu yang dikenali dengan ar-Rayyan di mana yang berhak memasukinya hanya orang yang berpuasa. Apabila selesai masuk nescaya ditutupnya. (Hadis Imam Bukhari, Muslim dan Ahmad daripada sahabat Sahal bin Sa’d)
Mari baca lagi hadis berkenaan dengan doa di bulan Ramadan seperti dibawah ini:

Abdullah bin Umar RA meriwayatkan hadis daripada Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang berpuasa itu mempunyai satu kesempatan berdoa yang tidak akan ditolak pada saat ia berbuka puasa.” (Riwayat Imam Ibnu Majah dan al-Hakim).

Dan beliau ada mengingatkan kami bahawa berdoa itu adalah suatu ibadat dan Allah memang ada menyebut dan menyuruh kita berdoa... janganlah kita angkuh dan ego untuk tidak berdoa.. sesungguhnya Allah itu suka untuk mendengar kita merintih merayu berdoa kepadanya..
Riwayat Bukhari
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Doa itu ialah ibadat
Huraian Hadith: 
1. Doa adalah Istiksaat (memohon pengampunan dan pertolongan) dan hanya Allah S.W.T sahaja yang dapat memberikannya.
2. Orang yang berdoa hendaklah melahirkan kehinaan dan kerendahan diri serta menyatakan hajat dan tunduk kepada Allah sebagai menunjukkan bahawa kita berhajat kepada Allah untuk memperolehi sesuatu yang kita kehendaki.
3. Doa adalah suatu ibadat yang sangat penting kedudukannya dan sangat mahal nilainya bahkan ia adalah pintu yang paling utama daripada pintu-pintu ibadah yang lain dalam meperhambakan diri kepada Allah.
4. Apabila seseorang itu berdoa maka hendaklah ia melakukannya dengan sebaik-baiknya dan dengan memelihara adab-adabnya. Dengan itu barulah doanya akan dimakbulkan oleh Allah S.W.T.
 

Ada ingatan penting yang aku rasa nak diingatkan pada diri aku sendiri dan kalian semua.. Solat Witir adalah lebih afdal dan utama dari Solat Terawikh dan Doa berjemaah adalah lebih baik dari berdoa seorang diri. Beliau ada bagi justifikasi kenapa bila kita berdoa secara berjemaah,doa kita cepat Allah perkenankan.. boleh jadi dalam jemaah kita itu terdiri dari orang-orang yang dikasihi Allah, sekiranya Allah mahu memakbulkan doanya insyallah para jemaah yang lain juga mendapat tempiasnya.. amin...

Dan Ustaz ada mengingatkan bahawa rugilah pada sesiapa yang solat terawikh yang hanya lapan rakaat dan terus pulang kerumah.. beliau ada menyarankan bahawa kalau nak solat terawikh 8 rakaat datang 8 rakaat yang terakhir kerana imam akan melakukan solat witir dan akan berdoa panjang lebar selepas solat terawikh dan witir... :) jadi the choice is yours.. jadilah umat Islam yang bijak mengatur kehidupan agar mendapat banyak manafaat.. :) 
Ada 2 sebab kenapa doa tidak tertunai:
  1. Tidak paham tentang maksud doa yang dibaacanya
  2. Tidak tahu teknik berdoa dengan betul
Antara teknik berdoa yang dikongsi tadi ialah:
Hendaklah tekun dan tidak terburu buru.
لاَ يَزَالُ يُسْتَجَابُ لِلْعَبْدِ مَالَمْ يَدْعُ بِـإِثْمٍ أَوْ قَطِيْعَةِ رَحِمٍ مَـالَمْ يَسْتَعْجِلْ ،
قِيْلَ يَارَسُوْلَ اللهِ فَمَا اْلإِسْتِعْجَالِ ؟ قَالَ: يَقُوْلُ قَدْ دَعَوْتُ فَلَمْ أَرَ يُسْتَجَبْ لِى فَيَسْتَحْسِرُ عِنْدَ ذَلِكَ وَيَدَعُ الدُّعَـاءَ.
Sabda Nabi SAW. maksudnya.:” Akan dikabulkan doa hamba selagi ia tidak berdoa dengan dosa atau memutuskan sllaturrahim selama ia tidak isti’jaal. Lalu baginda ditanya:” Ya Rasulallah, apakah yang dikatakan lsti’jaal? “Jawab Nabi SAW :” Dia berkata: Sungguh aku telah berdoa tetapi tidak juga dikabulkan, lalu ia menyesal dan akhirnya ia tidak berdoa lagi.” (Hadis Riwayat Imam Musllm)
Dan apabila berdoa ada 3 kesan dari doa yang kita minta:
  1. Allah akan kabulkan permintaan kita serta merta
  2. Allah akan simpan doa kita dan kabulkan doa kita di akhirat
  3. Allah akan menggantikan keburukan/kesusahan/kemudaratan kepada sesuatu yang lebih elok
Semua orang akan suka apabila permintaan kita terkabul sekelip mata di dunia ini.. tapi fikirkanlah kalau semua doa dikabulkan  oleh Allah di muka dunia ini... jadi.. manusia akan menjadi carca merba.. contoh yang paling mudah... kalau semua orang berdoa untuk menjadi kaya raya dan jutawan.. siapa yang akan membuat kerja.. ketahuilah Allah saja Yang Maha Mengetahui segalanya.. tidak akan terkabul semua permintaan kita di dunia.. Allah lebih tahu kerana DIA pencipta kita yang Maha Esa... :)
Dan pabila kita berdoa... jangan lupa yakin terhadap apa ketentuan Allah kepada hidup kita.. lepaskan pada Allah.. Allah Maha Kaya.. Allah itu Maha pelulus dan Maha Kuasa terhadap sesuatu.. dan janganlah kita sibuk nak menentukan hidup kita sendiri.. Allah Lebih Mengetahui ya insann..

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:
Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Apabila seorang di antara kamu berdoa, maka janganlah dia berkata: Ya Allah! Ampunilah aku jika Engkau sudi. Tetapi bersungguh-sungguhlah dia dalam memohon dan mohonlah perkara-perkara yang besar dan mulia (surga atau pengampunan), karena Allah tidak ada sesuatu pun yang besar bagi-Nya dari apa yang telah dianugrahkan. (Shahih Muslim No.4838)

Beliau ada membuat kenyataan yang orang Melayu Islam tidak suka berdoa..sebagai penguat statement beliau.. dia akan bertanya pada para hadirin... apa yang kalian dah minta sejak pagi tadi.. ada minta apa apa tak dari Allah? semua senyap.. mungkin betul.. mungkin tidak..mungkin tidak semua...

Jika kita nak bezakan dengan orang Arab Islam.. mereka ini sangat rajin berdoa.. dan kadang kala melebihi batas juga.. ketika mereka gembira mereka akan berdoa sehabis baik kepada seseorang.. tetapi kalau mereka sedang marah mereka akan berdoa kehancuran kepada saudara mereka itu walaupun hanya kerena perkara yang kecil sekali.. dan jadinya ustaz ada mengaitkan keadaan di negeri Arab ketika ini mungkin kerana budaya mereka yang suka mendoakan kehancuran pada saudara seIslam mereka sendiri.. 
Moral of the story :betulkan budaya.. doa yang baik-baik sahaja dan jangan malas untuk berdoa.. :)
Perkongsian penting lagi pada hari ini.. ada 3 jenis golongan yang Allah tidak akan menolak doanya (doa mereka mustajab)
  1. Doa pemimpin yang adil ( Pemimpin yang mengikut hukum dan perintah Allah, bersifat warak)
  2. Doa orang yang berpuasa sehingga mereka berbuka 
  3. Doa anak-anak kecil
Jangan lupa untuk berdoa ketika waktu waktu ini di bulan Ramadan (limited edition) :
  • Berbuka
  • Bersahur
  • Selepas Terawikh
  • Sepanjang Malam 
  • Sepanjang siang
dengan tangisan.. insyallah Allah akan kabulkan doa doa kita.. berdoalah dengan bersungguh-sungguh di waktu ini..minta apa saja yang kita mahu... dan beliau ada sarankan untuk berdoa 6 perkara di bawah:
1) Ya Allah muliakan aku sewaktu menghadapi sakaratul maut
2) Ya Allah muliakan aku sewaktu di alam barzakh
3) Ya Allah muliakan aku sewaktu bangkit di padang mahsyar
4) Ya Allah muliakan aku sewaktu di hadapan mizan (timbangan amalan)
5) Ya Allah muliakan aku sewaktu meniti titian siratulmustakim
6) Ya Allah muliakan aku kerana dihimpunkan di dalam syurga bersama orang2 yg aku kasihi
Janganlah kita asyik sibuk dengan doa-doa untuk kebahagiaan dunia saja sedangan dunia akhirat kita adalah dunia yang lebih panjang dan kita kekal selama-lamanya... :) 

Pada sesiapa yang menghadiri tazkirah ini.. dan sekiranya ada mana-mana para yang tersilap... sudilah kiranya menegur dan membetulkan... saya ini insan yang lemah.... Wallahualam
Till Then, Assalamualaikum

Tuesday, July 16, 2013

Percubaan untuk Menjadi Seorang Penyabar

16 Julai 2013


Percubaan untuk sabar setelah membuat ulasan tentang orang kafir memalukan dan menghina umat Islam dengan ucapan Selamat Berpuasa dan Mari menjamu dengan bak kut teh... Masyallah... sebenarnya kalau ikutkan perasaan yang marah ni, memang hendak sahaja di maki mereka berdua tu,ataupun dimalukan sehingga ke akhir hayat... hahaha ade jugak yang komen nak pukul sampai pecah kepala... hahaha 

Tapi bila difikirkan semula.. apa kapasiti kita sebagai seorang hamba, sebagai seorang insan yang begitu lemah yang tidak punya apa untuk mengambil apa juga tindakan terhadap insan dan makhluk yang lain. Memang kalau di ikut logik yang jahat perlu dibalas dengan yang setimpal dengannya... dalam Quran pun ada menyebut tentang balasan yang setimpal ini.. iaitu qisas.. tapi ianya di kenakan apabila seorang muslim itu dibunuh atau dicederakan..

A092
Dan tidak harus sama sekali bagi seseorang mukmin membunuh seorang mukmin yang lain, kecuali dengan tidak sengaja. Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan tidak sengaja, maka (wajiblah ia membayar kaffarah) dengan memerdekakan seorang hamba yang beriman serta membayar "diah" (denda ganti nyawa) yang diserahkan kepada ahlinya (keluarga si mati), kecuali jika mereka sedekahkan (memaafkannya). Tetapi jika ia (yang terbunuh dengan tidak sengaja) dari kaum (kafir) yang memusuhi kamu, sedang ia sendiri beriman, maka (wajiblah si pembunuh membayar kaffarah sahaja dengan) memerdekakan seorang hamba yang beriman. Dan jika ia (orang yang terbunuh dengan tidak sengaja itu) dari kaum (kafir) yang ada ikatan perjanjian setia di antara kamu dengan mereka, maka wajiblah membayar "diah" (denda ganti nyawa) kepada keluarganya serta memerdekakan seorang hamba yang beriman. Dalam pada itu, sesiapa yang tidak dapat (mencari hamba yang akan dimerdekakannya), maka hendaklah ia berpuasa dua bulan berturut-turut; (hukum yang tersebut) datangnya dari Allah untuk menerima taubat (membersihkan diri kamu). Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
 (An-Nisaa' 4:92) | | English Translation | Tambah Nota | Bookmark 

A178
Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kamu menjalankan hukuman "Qisas" (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh iaitu: orang merdeka dengan orang merdeka, dan hamba dengan hamba, dan perempuan dengan perempuan. Maka sesiapa (pembunuh) yang dapat sebahagian keampunan dari saudaranya (pihak yang terbunuh), maka hendaklah orang yang mengampunkan itu) mengikut cara yang baik (dalam menuntut ganti nyawa), dan (si pembunuh pula) hendaklah menunaikan bayaran ganti nyawa itu) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu serta suatu rahmat kemudahan. Sesudah itu sesiapa yang melampaui batas (untuk membalas dendam pula) maka baginya azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
(Al-Baqarah 2:178) | | English Translation | Tambah Nota | Bookmark


Kalau dibaca semula kisah Nabi Muhammad s.a.w junjungan kita tu...tak pernah pulak kita terbaca baginda ada merancang untuk membalas segala tindak tanduk mencaci maki orang kafir quraish pun... yang ada kita baca baginda siap doakan dan meminta pada Allah supaya mereka ditunjukkan jalan yang benar dan baginda sayangkan mereka..

Jadi... sebenarnya apa yang si kafir ni dah buat pada kita.. hina Islam... Islam tu agama Allah s.w.t.. Allah akan memelihara Islam sampai ke akhirnya.. Allah akan memelihara orang yang beriman dan berpegang teguh pada ajarannya.. jadi isunya disini.. perlu ke kita naik berang terhadap apa yang di buat oleh dua makhluk Allah ini? padahal kalau nak ikut.. masa zaman Rasullah dulu lagi banyak cacian, makian, dan pelbagai usaha untuk menghentikan penyebaran agama Islam... Apa yang nabi Muhammad kita buat terhadap mereka?

Adakah Nabi menghukum mereka? adakah Nabi mengherdik dan mencaci mereka semula... tidak.. Nabi tetap berbuat baik pada mereka... ya Allah tingginya darjat kekasihMU ya Rabb... berikan kami sekelumit akhlak kekasihMU ya Rabb..semoga dunia ini aman dan tidak bercerai berai... aminn

A134
Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;
(An-Nisaa' 4:149) | | English Translation | Tambah Nota | Bookmark 

Mereka dah buat video meminta maaf... walaupaun kita nampak tak ikhlas atau apa juga persepsi kita, tetapi mereka dah bertanggungjawab terhadap perbuatan mereka...mereka dah ditangkap dan memang selepas itu mereka di lepaskan.. tapi azab Allah di akhirat nanti lebih besar dari balasan dan hukuman kita di dunia ini.. 

Cukup-cukuplah... biarkan Allah mengambil tindakan seterusnya. Allah Maha Mengetahui.. Kalau salah olahan dan pendapat aku ni.. sangat mengalu-alukan komentar dari pembaca.. sesungguhnya aku ni insan yang lemah lagi hina... banyak lagi ciptaanNYA yang Maha Agung diluar sana...

ps- aku cuba untuk melawan perasaan marah dan cuba untuk menjadi seorang penyabar hari ini, ternyata aku berjaya mengawal emosi. dan alhamdulillah niat yang baik Allah dah tunaikan..semoga Allah merahmati kita semua... permulaan yang baik untuk menjadi orang baik..semoga dipermudahkan hendaknya.. :) amin

Till Then, Assalamualaikum

Kenapa Kerap Bermimpi di Bulan Puasa

16 Julai 2013

Sudah 7 Ramadan berlalu, dan aku kerap bermimpi ketika tidur malam. Yang peliknya aku tak ingat apa yang aku mimpi, dan aku akan terjaga selepas itu. Dikatakan syaitan dan iblis diikat semasa bulan Ramadan ini, tapi mungkin pemprosesan otak aku berada dalam tahap luar biasa sampai aku bermimpi yang berbagai-bagai.

Kalau luar bulan puasa, aku memang jarang bermimpi kecuali aku betul betul terfikir tentang sesuatu, maka akan jadilah.. dan juga kadang-kadang mimpi di luar Ramadan aku akan ingat setiap detik dan perasaan aku dalam mimpi...

Ahh... sudahlah kalau nak difikirkan tentang mimpi segala, tak berjalan ke depan la nampaknya.. biarkan mimpi sekadar mimpi...

Perjalanan Ramadhan perlu diteruskan.. owh yea. kene update checklist lah... apa percentage yang aku dapat agaknya... huuuu

Till Then, Assalamualaikum

Friday, July 12, 2013

Usrati Ustazah Norhafizah IKIM.FM - Kelebihan Bertasbih 12 Julai 2013

13 Julai 2013


Alhamdulillah semalam diberi rezeki untuk mendengar kuliah pendek oleh Ustazah kegemaran iaitu Ustazah Norhafizah Musa di radio ikim.fm.. sangat bersyukur sebab memang time bukak je radio ustazah baru start baca doa pembukaan... Ya Allah.. syukurr... jadi semalam ustazah ada share tentang kelebihan bertasbih.

Ustazah akui selalunya pengisian bulan Ramadan ini selalunya ustaz/ustazah akan penuhi pengisian dengan ibadah puasa itu sendiri, terawikh, sedekah... tapi hari ni ustazah nak ingatkan kita semua dengan ibadah bertasbih kepada Allah s.w.t.. Tasbih ialah membersihkan, mengagungkan Allah dari setiap kerendahan dan kecacatan makhluk biasa. Bertasbih bermaksud membesarkan Allah dengan lisan ataupun dalam hati...

Ustazah ada berkongsi beberapa hadis yang menguatkan tentang amalan ketika berpuasa, dan diantaranya ialah dari Imam Ahmad, al-Turmidzi dan al-Baihaqi meriwayatkan daripada Ummi Imarah: "Sesungguhnya orang yang berpuasa apabila makan sentiasalah malaikat berselawat ke atasnya sehingga selesai makanannya". Maksudnya Malaikat akan berselawat keatas kita ketika kita berbuka dan bersahur.. subhanallah..

Riwayat Imam Ahmad juga ada mengatakan 5 kelebihan berpuasa di bulan Ramadan
  1. Bau mulut orang yang berpuasa disukai oleh Allah, ianya lebih harum dari kasturi
  2. Malaikat akan beristigfar semasa kita berbuka
  3. Allah mengindahkan syurga dan Allah akan mengurniakan syurga pada makhluk-makhluknya yang hampir tidak dapat masuk ke syurga
  4. Allah membelenggu syaitan untuk tidak menggangu para manusia beribadah
  5. Allah menghadiahkan pengampunan di akhir malam

Ustazah menggesa supaya kita menjadi hamba yang tenggelam dalam tasbih Allah... ada beberapa ayat Quran yang dirujuk untuk menunjukkan makhluk lain juga  turut bertasbih kepada Allah...

1. Surah Al-Jumaah- Ayat 1
A001

Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi sentiasa mengucap tasbih kepada Allah Yang Menguasai (sekalian alam), Yang Maha Suci, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. 

2. Surah Safafat - Ayat 164-166


A164
(Malaikat pula menegaskan pendirian mereka dengan berkata): "Dan tiada sesiapapun dari kalangan kami melainkan ada baginya darjat kedudukan yang tertentu (dalam menyempurnakan tugasnya);

A165
"Dan sesungguhnya kamilah yang sentiasa berbaris (menjunjung perintah dan beribadat),
 
A166
"Dan sesungguhnya kamilah yang sentiasa bertasbih (mensucikan Allah dari sebarang sifat kekurangan)!"
 
 
3. Surah An- Nur - Ayat 41
 
A041
Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya Allah (Yang Maha Esa dan Maha Kuasa) sentiasa bertasbih kepadaNya sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi serta burung-burung yang terbang berbaris di angkasa? Masing-masing sedia mengetahui (menurut keadaan semulajadinya) akan cara mengerjakan ibadatnya kepada Allah dan memujiNya; dan Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan.
 
 
4. Surah Sad - Ayat 18- 19
 
A018
Sesungguhnya Kami telah mudahkan gunung-ganang turut bertasbih memuji Kami bersama-sama dengannya; pada waktu petang dan ketika terbit matahari. 

A019
Dan (Kami mudahkan juga) unggas turut berhimpun (untuk bertasbih memuji Kami bersama-sama dengannya); tiap-tiap satunya mengulangi tasbih masing-masing menurutnya. 

Kalau di baca surah -surah penegak ini, kerdillah terasa seorang insan manusia seperti kita tidak bertasbih. Sesungguhya Tasbih merupakan ibadat yang bagus dan agung. Allah memuji orang yang bertasbih. Maka oleh itu, isilah hari hari kita yang mendatang ini dengan bertasbih kepada Allah.

Ustazah ulas apakah balasan orang yang selalu memuji Allah? Sesungguhnya balasannya tidak ternilai dan terlalu tinggi. Sesungguhnya bila kita solat, rukuk, sujud, iktidal kita merupakan ibadat yang penuh dengan pujian.. maka hayatilah maksud ibadat-ibadat tersebut.

Nabi kita Muhammad s.a.w solat tahajud dan membaca doa yang penuh dengan pujian kepada Allah. Doanya sempat dibaca oleh ustazah seperti dibawah:

Doa Solat Sunat Tahajjud
.
Ya Allah! Bagi-Mu segala puji-pujian. Dikaulah pendiri langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Bagi-Mulah segala pujian, Dikau Penguasa langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Dan bagi-Mulah segala puji, Pemancar cahaya langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya.
Bagi-Mulah segala pujian, Dikaulah yang benar (Al-haq), janji-Mu adalah benar, firman-Mu adalah benar, perjumpaan dengan-Mu adalah benar, syurga itu benar dan neraka adalah benar. Nabi-nabi itu benar, Nabi Muhammad SAW adalah benar dan adanya hari Kiamat itu benar. 
Ya Allah! Pada-Mulah daku menyerahkan diri, dengan-Mu daku beriman, kepada-Mu daku bertawakal, kepada-Mu daku kembali, dengan-Mu daku menghadapi musuh dan kepada-Mu daku berhukum. Ampunilah dosa kesalahanku yang telah lalu dan yang terkemudian, baik yang daku sembunyikan mahupun yang daku nyatakan, di mana Dikau lebih mengetahuinya. Dikau yang Maha Mendahului dan Maha Mengakhiri. Tiada Tuhan melainkan Dikau! Tiada padaku daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah!
Ya Allah! Berilah kami kebaikan di dunia dan kebajikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka.
Selawat Allah ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad SAW dan ke atas keluarga serta para sahabat sekeliannya. Segala puji hanyalah untuk Allah; Tuhan Pemelihara seluruh alam.!

< Sumber : http://shafiqolbu.wordpress.com/solat-sunat/solat-sunat-tahajjud/>

Ustazah ada memesan pada pendengar semua, janganlah tunaikan solat tahajud semata-mata ingin mengadukan permasalahan kita pada Allah. Tapi bangun dan bangkitlah tunaikan solat tahajud untuk memuji Allah.. jadi doa diatas ni kalau boleh diamalkan semasa kita bertahajud nanti... :)

Masih mengulas tentang apakah manafaat bertasbih?

  1. Hati yang ceria, jiwa yang tenang ketika memuji Allah. Bila kita selalu memuji Allah s.w.t kita akan peka terhadap apa juga nikmat yang Allah beri pinjam pada kita, contoh kita bangun tidur dan terus mengucapkan tasbih Alhamdulillah aku masih dihidupkan pagi ini. dan pabila kita sendiri memuji sesama manusia pun kita akan merasa sesuatu yang sangat indah, apatah lagi kalau kita puji Allah yang Maha Besar
  2. Bila kita asyik memuji Allah, kita takkan sempat untuk membuat dosa atau kerja lain yang tidak menguntungkan
  3. Merupakan ubat bius dan imunisasi kita terhadap kesusahan. Kita akan tetap rasa sabar dan masih boleh tersenyum ketika diuji oleh Allah kerana kita asyik bertasbih memuji Allah..

Ustazah ada mengulas tentang soalan tentang pujian sesama manusia. Beliau berpesan bahawa sebenarnya manusia tidak layak untuk dipuji sama sekali.. Kalaupun kita nak puji buat masa ini, kita boleh puji tetapi tidak dengan berlebihan. Sekiranya kita hendak memuji manusia, kaitkan dengan Allah. Sebagai contoh, kita ke hospital dan melihat rakan yang baru melahirkan.. jangan ucapkan comelnya baby awak, mungkin ikut muka awak, Tapi katakanlah Subhanallah, Alhamdulillah cantik budak ni... kaitkan dengan Allah kerana apa juga yang kita ada sekarang ini adalah milik Allah..

Ada statement yang buat aku sentap pagi semalam, beliau ada mengatakan kita ni janganlah sombong pada Allah, bertasbihlah selalu. Allah sebenarnya tak perlu pun pujian dari kita, Allah punyai semua makhluk yang lebih agung, lebih besar untuk memuji Allah.. sehinggakan petir dan kilat memuji Allah... kita bertasbih semata-mata untuk mendapatkan keampunan daripada Allah.. semoga Allah mengasihi kita sekalian ketika kita bertasbih kepadaNYA.

Pengakhiran sesi ini, ustazah ada ingatkan untuk kita selalu baca Al-Matsurat setiap pagi dan petang, dan jangan hanya baca secara literal, baca dan hayati maksud tasbih yang dibaca... bertasbihlah ketika berqiamulail..hidupkan malam-malam anda dengan ibadat tasbih dan solat tahajud.. sesungguhnya kemampuan untuk melihat kebesaran Allah adalah nikmat yang paling agung...

Selamat beramal di bulan Ramadan yang penuh berkat dan ketenangan ini...

Ps- pada sesiapa yang mendengar sesi ini dan sekiranya ada salah intepretasi dari saya.. sila lah komen.. saya ni insan yang lemah je penuh dengan cela...

Till Then, Assalamualaikum

Tuesday, July 9, 2013

Checklist Sebelum Ramadan Al Mubarak

9 Julai 2013


Ada perkongsian yang perlu dicatat dan direkod sebelum puasa ni, dan aku dapat ni dari fb salah seorang sahabat yang jauh di Terengganu. hehe... thanks Anah sebab berkongsi benda yang baik ini.. :) tapi ada lagi sikit nak tambah.. huuuu

dah boleh print dan letak kat bilik sendiri, boleh track apa yang dah buat untuk tingkatkan amal... boleh cermin diri dan berubah untuk jadi lebih baik.. ape pun nak tambah sikit lagi untuk aku sendiri.. 

Checklist yang perlu di tambah:

  1. Menutup aurat dengan sempurna;
  2. Solat Qadaq yang wajib;
  3. Solat Sunat Terawikh;
  4. Khatam Quran dengan maksudnya 
  5. Melayan dan berinteraksi bersama ibu bapa dengan baik, perlu dapatkan rating dari mereka di akhir Ramadan ini (syurga tuuu)
  6. Perkongsian ilmu dan ayat walaupun satu ayat

And the list goes down, semoga semua dapat mengamalkan amalan ni bermula dari Bulan Ramadan (Madrasah Ramadan) hingga ke akhir hayat insyallah..  Bila kita dah berjaya insyallah di Bulan Ramadan, akan nampak perbezaan semasa kita menyambut Aidilfitri nanti dan semoga kita semua kembali ke fitrah seorang manusia yang selalu ingin menjadi baik.

Selamat beramal, wahai sahabat, kawan-kawan dan taulan. Semoga kita dapat gunakan Ramadan ini sebaiknya insyallah... semoga dipanjangkan umur untuk ke akhir Ramadan.

Till Then, Assalamualaikum


Monday, July 8, 2013

Solat Sebagai Bekalan Hidup - Ustaz Pahrol Juoi - IKIM.fm

8 Julai 2013

Tajuk tersebut diatas telah lama dikongsi di corong radio kegemaran ku, tapi tak entah kenapa baru hari ini berkesempatan untuk menaipnya disini.. tahun ni ade azam baru iaitu untuk berkongsi ilmu yang aku dapat di corong radio mengikut pemahaman aku... kalau ada yang mendengar dan mempunyai ulasan dan maklum balas, aku amat mengalu-alukan.

Walaupun Ustaz Pahrol ini merupakan ustaz pembangkang, dan aku ni boleh dikatakan penyokong kerajaan (sort of)... tapi aku tak kesah lah.. janji ilmu yang beliau nak sampaikan tu tak de langsung berkaitan dengan aliran politik, biarlah beliau dengan perjuangan beliau untuk berpolitik sesakan-sakannya, yang penting ilmu yang diberi kena kaut sehabis baik..

Tajuk diatas dia memang mengulas tentang solat, ada falsafah disebalik solat ini, maknawi kepada solat ialah solat ini merupakan talian hayat manusia kepada Allah. Tanpa solat manusia ini ibarat layang-layang yang terbang tanpa tali dan hala tuju dan tiada kekuatan. Solat juga merupakan salah satu cara kita berhubung dengan Allah selain daripada kita membaca Al-Quran. 

Kalau kita menjaga Allah, maka Allah akan lebih lebih lagi menjaga kita. Solat merupakan tiang agama dan merupakan tanda orang Islam ini hidup bersistematik. Hidup orang Islam ada sistem, jadi  solat ini diwajibkan kepada orang Islam dan bukan kepada orang yang bukan Islam. Ekonomi akan goyah sekiranya kita tidak menyempurnakan solat. Bila banyak sangat kemungkaran yang kita buat ditambah dengan tidak solat, akan berlaku sesuatu yang tidak baik pada diri, keluarga dan negara. Jadi fikirkan sendiri, kalau banyak sangat malang/ujian menimpa kita, mungkin kita perlu semak semula hubungan kita dengan Allah yang ini.

Untuk baiki Dunia, kita perlu baiki Manusia
Untuk baiki Manusia, kita perlu baiki Hati Manusia
Untuk baiki Hati Manusia, kita perlu baiki Solat dan hubungan kita dengan Allah

Contoh lagenda pemimpin Islam terbaik ialah Saidina Omar, kerana beliau memilih anggota kerajaan dengan kesempurnaan solat, kerana pada beliau orang yang menjaga solat akan menjaga hukum Allah yang lain (halal-haram). 

Solat dan analogi. Sebuah negara perlukan tentera untuk memastikan keamanan negara, dan tentera tersebut perlu selalu berlatih berperang untuk memastikan tentera semua bersedia terhadap apa juga serangan yang dibuat oleh musuh. Sama juga dengan diri manusia, solat perlu dikerjakan untuk mengukuhkan diri dengan peperangan dengan syaitan. Syaitan adalah musuh kita yang nyata dan selalu disebutkan di dalam Al-Quran dan hadis. Untuk elakkan serangan dari syaitan, kita perlu minta pertolongan dengan Allah.

If God is your friend, Who is your enemy?

Akrablah dengan Allah, kita akan dekat dengan kekayaan (harta, jiwa)
Akrablah dengan Allah, kita akan dekat dengan kelembutan (hati,tingkah laku)
Akrablah dengan Allah, kita akan dekat dengan Al-Razak (pemberi)

Kita takkan mampu berkawan dengan syaitan kerana mereka adalah makhluk yang licik.

Kita kena ikhlas dalam membuat ibadah. Kena selalu bermujahadah (melawan dan menentang kemungkaran), muraqabah(merasa diri diperhatikan oleh Allah) untuk mencapai keikhlasan itu kena selalu minta perlindungan dari Allah dari godaan syaitan. 

Orang yang bersolat akan sentiasa berhubung dengan Allah. Hati bila ingat Allah manusia akan menjadi lebih kuat, bisikan malaikat akan menang dan bisikan syaitan akan tewas. Dan perlu diingat sifat hati adalah berbolak balik, jadi jangan lupa mintak dengan Allah untuk menetapkan iman dan hati kita mengingatinya. 

Pengakhiran sesi ini, Ustaz ada penyebut tentang penggantian solat wajib yang pernah ditinggalkan. Wajib qada dalam kadar yang dikira sebanding dengan peninggalan solat-solat kita..

Semoga pengisian ini dapat memberi peringatan untuk diri sendiri dan kawan-kawan yang membaca..

Harap kalau ada yang tersilap, sila betulkan kerana saya ni insan lemah yang perlukan bantuan dari Allah melalui kalian semua.

Till Then, Assalamualaikum



Thursday, July 4, 2013

Usrati Ustazah Norhafizah IKIM.FM - Yakin Kepada Allah 28 Jun 2013

4 Julai 2013

Sepatutnya post ni dikeluarkan hujung bulan enam yang lepas, tapi apakan daya, tak sempat pula hendak menaip dan berkongsi bersama untuk tatapan.

Ustazah Norhafizah ni merupakan seorang pensyarah UTM, suara beliau lembut dan menusuk kalbu ku... sungguh melankolik penyampaiannya disamping mendayu-dayu dan memujuk supaya jadi lebih baik...Subhanallah untung ustazah dikurniakan suara yang memujuk.. 

Permulaan usrah dan slot ini dimukadimahkan dengan merenung tajuk Yakin kepada Allah, berapa yakinkah kita kepada Allah? dan beliau menyuruh kita menelaah ayat di bawah, Surah Fusilat : Ayat 30:

A030
Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.
(Fussilat 41:30) | | English Translation | Tambah Nota | Bookmark 

Ustazah ni pun ada mengingatkan supaya scan hati masing-masing, bagaimana keyakinan kita terhadap Allah. Dia ada menyuruh pendengar untuk menulis apa yang kita yakinkan dalam hidup? dan bila dah tulis cuba renung semula, adakah kita betul betul yakin kepada Allah...

Kalau kita yakinkan Allah, kita akan buat sesuatu yang Allah suruh dengan penuh yakin dan taaat, contohnya dermakan duit pada orang yang memerlukan. Allah janji akan beri pahala dan syurga di akhirat kelak dan akan memulangkan semula duit/harta tersebut berlipat kali ganda. Ingatlah, sekecil mana sekalipun yang kita Allah memang dah berjanj akan mengurniakan kita balasan.. Yakinlah..

Begitu juga kalau kita menjaga ibu bapa kita yang sudah tua. Seorang ibu akan menjadi hidayah dan laluan yang senang untuk hidup di dunia ini. Subhanallah, bersyukurlah pada siapa yang masih mempunyai ibu.. kerana dengan doa ibu kita berada pada keadaan kita sekarang, doakanlah mereka kerana mereka banyak berkorban untuk membesarkan kita dahulu..

Apa yang Allah takdirkan untuk kita besar hikmahnya.. Ustazah ada menyebut tentang ayat An.Nur Ayat 11

A011
Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar (di dunia dan di akhirat).
(An-Nuur 24:11) | | English Translation | Tambah Nota | Bookmark 

 Banyak perkara yang berlaku, kita tidak suka, pahit, ditipu, difitnah, ditomah dan lain lain lagi, percayalah dengan yakin bahawa pasti akan ada kebaikkan yang mengyusul. Cungkillah hikmah dan kebaikkan yang tersirat di atas semua kejadian yang berlaku. Allah ingin menjadikan kita ahli syurga, dan menambahkan kebaikkan kepada hambaNYA, oleh kerana itu DIA turunkan segala ujian dan musibah untuk hambaNYA. DIA juga mahu hambaNYA kembalikan hati kepada Allah.. :(

Bagaimana untuk tingkatkan keyakinan?:

  1. Perlu ada keinginan untuk merasa dekat dengan Allah. Pasang niat dalam apa juga yang kita buat mesti bertujuan untuk dekatkan diri pada Allah
  2. Perlu mampu untuk melihat keagungan, kebesaran, keindahan, kesempurnaan yang telah Allah cipta untuk kita. Fikirkan kehidupan dengan Allah. Jangan pernah kita bergerak walaupun sedetik tanpa mengingati Allah. Sekiranya kita mendekatkan diri pada Allah, Allah Maha dekat dengan kita sehingga ke urat nyawa
  3. Perlu ada perasaan takut pada siksa dan murka Allah terhadap kemungkaran yang kita telah lakukan seperti dalam Surah Al-an'am ayat 59:
A059
Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dia lah sahaja; dan Ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz) yang terang nyata.
(Al-An'aam 6:59) | | English Translation | Tambah Nota | Bookmark 

Ketika kita melihat dan membaca Al-Quran, niatkan untuk dibukakan ilmu dan dikurniakan apa yang Allah redha untuk kita. Segala-galanya adalah ilmu Allah.

Tak cukupkah Allah sebagai tempat merintih dan mengadu, Kasih sayang Allah tersangat besar dan jangan mengharap perhatian daripada manusia. Bacalah Hasbullah Wa'nikmal Wakil, Cukup Allah bagi ku. Sehelai daun yang gugur pun Allah tahu, sekecil batu yang jatuh di dalam gelap pun dalam pengetahuan Allah.

A034
Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib.
(Fussilat 41:34) | | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A035
Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang yang bersikap sabar, dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar dari kebahagiaan dunia dan akhirat.
(Fussilat 41:35) | | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A036
Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka hendaklah engkau meminta perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia lah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
(Fussilat 41:36) | | English Translation | Tambah Nota | Bookmark 
 

Jangan pernah samakan kejahatan dengan kebaikkan. Tolak kejahatan dengan baik, jadikan musuh sebagai teman baik. Istiqamah dalam membuat kebaikkan. Buat baik pada musuh dan Allah akan kembalikan musuh kepada sahabat yang baik. Ajarkan kebaikkan pada orang yang buat jahat pada kita. Yakin kita boleh buat, berdepan dengan kepahitan dan akan dapat kebaikkan kalau kita buat baik padanya. Sifat yang baik tidak akan dianugerahkan kepada seseorang kecuali orang itu bersabar. Bersabar, yakin dan redha dan Allah akan kurniakan syurga pada kita. Malaikat akan selalu beri inspirasi dan berdamping paa orang yang sabar.   
 
Pengakhiran slot ini, Ustazah menyatakan bahawa semoga kita semua kembali kepada fitrah pada hari Raya Aidilfitri ini. Yakin pada Allah tuhan kita yang satu dan perlu diteguhkan pendirian untuk yakin dengan Allah.

Till Then,
Assalamualaikum