Monday, January 28, 2013

Bumi Bertuah Terengganu

28 Januari 2013

Coretan ini ditulis selepas pulang dari Bumi Bertuah Terengganu.. namun kali ini pemergian aku ke sana dengan hati yang berat dan otak yang sedang berfikir dengan senaknya.. hmmm.. pemergian yang di hantar oleh seseorang yang menceritakan semua tentang dirinya pada diri ku... untuk apa.. aku kurang pasti.. mungkin aku bakal jadi pendengar yang setia lagi..

Sebenarnya entri ni tak de kaitan pun dengan ekpidisi aku ke Bumi Itu... tujuan ku cuma satu.. untuk menghadiri walimah sahabat baikku di UMT satu masa dulu.. sahabat baik dan gaduh ku pada waktu yang sama.. oksigen yang aku sedut tetap sama.. panas terik dan bahangnya juga masih sama.. cuma hati yang terdetik membezakan pemergian aku kali ini..

Majlis kali ini dibuat dirumah pihak pengantin lelaki..oleh kerana sahabat ku ini perlu bertandang maka kami singgah dan tumpang di rumah pakcik dia di Kuala Berang..dunia Terengganu yang berbeza dengan Kuala Terengganu..sedikit kampung dan mencuit hati... sedikit tersentak bila pakcik Alin ni merupakan penyokong PAS yang sejati... kata-kata agak tajam dan pedih hati.. namun adat menumpang dan kita patut pegang pada nilai hormat menghormati.. lidah yang setajam pedang itu berjaya juga membuatkan aku terfikir.. mereka ini tetap sama dan akan membangkang sampai ke akhirnya.. 

Pemergian kali ini penuh dengan cerita tentang diri sendiri.... semakin hari aku rasa DIA dah tunjukkan aku apakah tujuan ujian kali ini..tersentak dengan kejadian malam Khamis itu..aku membawa perasaan sampai ke sana.. sahabat juga perasan dengan tindak tanduk ku..memujuk hati agar fikir secara rasional dan kembali ke tempat asal... aku rasa aku baru sahaja kenal dia.. tapi..macam macam cerita yang tak memenuhi kriteria timbul saat ini..mungkin petanda.. cerita tentang dia ada di entri entri aku yang lepas lepas.. sanggupkah aku untuk menempuhinya ke akhir hayatku..

Hati yang membungkam di pujuk dengan kata kata dari sahabat dan kawan lama yang kembali bertandang... kehadiran dia bukan asing lagi kerna memang sudah adat berkawan akan jadi sampai bila bila kecuali ada sesuatu yang tidak diingini terjadi... perjumpaan yang singkat tapi aku dapat rasa kelainan dan lebih kepada kriteria yang aku cari selama ini.. cara dudukya.. cara pandangan juga penuh berbeza.. tidak langsung mementingkan diri sendiri dan sangat berhemah..ade kelembutan dalam setiap kasar bicara...

Kepala aku semakin berat.. apalah sangat kalau nak disogok dan ditulis disini kalau aku ada Yang Maha Esa.. ajukan sahaja pada Beliau.. sudah tentu DIA akan sentiasa di sisi aku... semoga aku jadi tabah untuk tempuhi ujian ini.. selalu aku pegang kata kata Allah akan menguji hamba-hambaNYA yang DIA sayang..syukur aku masih berada dalam golongan itu..

Until Now..Assalamualaikum