Monday, February 25, 2013

Zikir Terapi Hafiz Hamidun - JB, 23 Februari 2013

25 Februari 2013


Baru ada masa dan ketika nak bukak laptop secara formal dan menulis disini.. actually eventnya adalah pada Sabtu yang lepas 23 Feb 2013 di Stadium Tertutup MBJB... aku baru pertama kali nak hadirkan diri untuk majlis dan event sebegini.. Alhamdulillah di bukakan pintu hati untuk hadir majlis begini.. expectation aku setakat atas pagar..mungkin tak berapa.. ok ok je.. huuu mungkin macam konsert biasa...

Aku g ngan Puan Ashikin... mulanya suami beliau tak ikut.. tapi dia tergerak juga untuk join kami pergi event camni.. aku dah war warkan sejak awal tahun hari tu.. huuu tapi sambutan agak kurang meriah sebab orang tak kenal Hafiz dan tiket pun boleh tahan mahal.. harga tiket ada yang RM38,58,110 dan 158... sebab kami beli awal sejak dari bulan lepas.. dapatlah diskaun RM10.. jadilahh.. hihi..

Masa nak amik tiket tak ramai orang langsung.. cuma ada orang Tune Talk dan pihak pengurusan tiket.. masih buat sound check... aku tak expect ramai orang datang malam tu.. mesti ramai remaja perempuan sebab Hafiz agak kacak... huuu 

Malam tu kami keluar dalam jam 8mlm dan sampai sekejap je.. dah memang dekat sangat dengan rumah ku kan.. so.. takde jam ke hape. parking pun dekat..senang sangat perjalanan malam tu.. Shikin siap bezakan time event Maharaja Lawak dan zikir kali ni.. beza.. sungguh berbeza.. beza juga dengan event yang aku pergi sebelum ni.. pertandingan zapin and konsert 60an... ramai giler orang... tapi untuk Majlis Zikir Terapi ni tak ramai orang pun..

Sedikit kekecewaan berlaku pada mulanya dengan kemunculan MC dari Tune Talk.. macam tak jive dan agak tak kena kat situ.. Hafiz keluar jam 920mlm cam tu kot..lama sejam jugak tunggu En Hafiz nak kluar ke pentas.. tapi lepas je dia kluar.. dengan aura yang dia bawa... subhanallah... memang aliran tenaga dari beliau kepada kami terus sampai ke hati.. menusuk ke kalbu... antara zikir yang menyentuh perasaan ialah astagfirullah.. sebab lepas die berzikir dia selitkan dengan doa.. dan terus berjujuran air mata...

Dia kata camni...
Kita ni mudah sangat menangis. Kita menangis kerana ditinggalkan oleh kekasih... Kita Menangis kerana di tinggalkan oleh sahabat-sahabat.. kita menangis kerana tidak dapat apa yang kita mahu...  tapi sedarkah kita.. kita perlu menangis kerana takutkan Allah.. takut tak ada apa yang di bawa di hari pengakhiran.. dahlah miskin di dunia.. hina di dunia... apatah lagi di akhirah.. mahukah kita dipandang hinaa...

Ape pun pendekatan beliau untuk mengingatkan semua umat Islam pada dosa dan Allah dan Rasul patut di puji.. memang sudah lumrah manusia suka kan muzik.. tapi muzik yang tercipta dan teralun sangat indah dan menenangkan.. terima kasih Allah atas nikmat yang di berikan.. alhamdulillah masih dapat mendengar dan mengamati apa yang dia cuba sampaikan...

Sedikit kekeliruan sedikit pada majlis ini selain dari MC adalah bertepuk tangan.. dengan ilmu aku yang cetek ni.. aku rasa tepung tangan tu tak bagus.. tapi mungkin untuk menaikkan semangat si Hafiz.. aku tepuk la sedikit.. lagipun hati tengah menangis.. takkan nak tepuk begitu kuatt?? huhuhuhu

Apa pun.. rasanya tahun depan kalau dia buat lagi.. insyallah kalau tak de aral aku nak pegi.. tapi mungkin aku akan angkut sekali famili aku sekali.. insyallah...



Keadaan pentas sangat cantik..




Ok laa.. selamat menjalani minggu yang mendatang..semoga dilimpahi berkat dan hidayah.. :) Assalamualaikum

Thursday, February 14, 2013

Trust Integrity Fund


14 February 2013

Sebenarnya aku dah fikirkan pasal ni dah lama.. dan aku dah sebut banyak kali.. cumanya.. aku tak buat apa apa lagi untuk kearah ini..

Tipulah kalau korang kata korang 100% integrity di tempat kerja.. mengaku sahajalah korang pernah mengular atau menggunakan benda atau barang pejabat untuk kegunaan dan agenda sendiri..contoh termudah.. kalau company or organisasi ada sediakan pen ataupun pensel ataupun pemadam.. korang mesti pernah menulis untuk perkara peribadi.. contoh borang permohonan rumah/bank atau sebagainya.. contoh lagi mudah.. aku guna laptop yang di provide untuk aku ni untuk tulis blog panjang berjela.. dah la tu waktu kerja pula... (kadang-kadang ok..) huuu


Mungkin ada yang tak kesah pasal ini.. tapi aku kesah.. dan bila aku pk balik... aku tanak diseksa kerana perkara remeh macam ni..nampak mudah dan senang je nak kaw tim.. tapi Allah tu Maha Mengetahui.. Dia itu Maha Adil.. jadinya.. dengan dosa yang sedia ada ni.. aku rasa aku tak mampu untuk menambah dosa yang ada ni... huuu

Mungkin ini merupakan lontaran idea yang tak berapa bernas ataupun biasa sahaja.. aku nak cadangkan ada satu tabung integrity dimana.. setiap staff yang rasa dia dah banyak guna masa, tenaga or barang yang tak sepatutnya untuk kegunaan sendiri membayar semula dengan kadar yang mereka rasa mencukupi.. kalau nak bagi lebih pun apa salahnya.. dan duit tabung tersebut boleh disalurkan ke arah kebaikkan..contoh.. bagi pada orang yang memerlukan.. ataupun beli surah yassin letak kat surau.. telekung ataupun sejadah... pada aku... ni semua pelaburan akhirat..

Dalam pada sibuk nak cari pelaburan dunia yang berbillion-billion ringgit.. mungkin kita terlupa nak invest untuk diri kita sendiri dalam kubur nanti.. takde orang yang mampu tolong diri kita bila kita dah mati.. even orang yang paling kita sayang sekalipun... kita akan tinggalkan mereka semuanya... tanpa sebarang perhubungan lagi.. jadinya..sendiri mahu ingatlah kan...

Semoga bila aku table pada orang yang sepatutnya.. beliau dapat terima idea aku tak berapa nak bernas ni haa.. pada aku bende ni penting..sebab kami di sini pun somehow related ade menggunakan duit pembayar cukai seluruh Malaysia.. takkan boleh aku nak mintak maaf pada satu Malaysia kerana aku dah guna laptop yang sepatutnya digunakan untuk kerja namun aku guna untuk blog ini... semoga semua warga Malaysia yang telah aku guna duit mereka menghalalkan apa yang ter itu dan ter ini..

Emosi pada pagi ini agak kurang stabil kerana mendapat berita kematian kawan/bos ibunda di pejabat beliau.. aku kenal salah seorang daripada mereka.. Al-fatihah untuk kedua mereka dan semoga mereka di golongkan dalam golongan orang yang Soleh dan Solehah..semoga dipermudahkan urusan mereka di alam sana...

Until now.. Assalamualaikum

Monday, February 4, 2013

Tawaran Datang Menjelma

4 Februari 2013


Hidup ini penuh dengan kejutan, kadang kadang kita tak pernah terfikir tentang kejutan itu.. tak terlintas.. sebab tu lah nama dia kejutan... heyy.. apa daa cik Afrina ni.. hagi Isnin kan.. mungkin sebab perasaan hujung minggu masih berbaki.. :) 

Ditawarkan dengan sesuatu yang mengujakan tapi belum pasti.. dan perjuangan yang sedang di buat ini masih belum tamat dan sampai penghujungnya.. terima tawaran itu bermaksud saya membuat kerja separuh jalan dan tidak sempurna.. tapi mengabaikannya seolah bernafas tanpa oksigen tapi guna nitrogen... ignorance dan seolah tak mahu pulang  ke tempat asal.. dan bergerak seolah mesin.. wahh... analogi yang kadang kadang tak masuk akal tapi itu sahaja yang aku terfikir..

Bertanyakan pada beberapa orang yang dekat dengan diri ini tentang tawaran yang di terima.. haruskah aku menongkah arus demi kesukaan dan memenuhi jiwa ini? mampukah aku untuk itu..bersediakah aku untuk menghadapi semua ini?hmmm..

Mungkin aku perlu balik dan bertanyakan pada Sang Pencipta.. yang lebih mengetahui apa yang perlu untuk aku terajui dan lalui..mungkin aku perlu untuk meneruskan semua itu walaupun pahit dan sakit..

Alhamdulillah... nasib pada hari ini baik... ditemukan dengan sahabat baru disebelah...dan mungkin secara tak rasmi perjalanan hidup ku disini akan ku teruskan... semoga Allah sentiasa memberi ruang dan jalan ke jalan yang benar... amin..

Until now... Assalamualaikum