Thursday, February 14, 2013

Trust Integrity Fund


14 February 2013

Sebenarnya aku dah fikirkan pasal ni dah lama.. dan aku dah sebut banyak kali.. cumanya.. aku tak buat apa apa lagi untuk kearah ini..

Tipulah kalau korang kata korang 100% integrity di tempat kerja.. mengaku sahajalah korang pernah mengular atau menggunakan benda atau barang pejabat untuk kegunaan dan agenda sendiri..contoh termudah.. kalau company or organisasi ada sediakan pen ataupun pensel ataupun pemadam.. korang mesti pernah menulis untuk perkara peribadi.. contoh borang permohonan rumah/bank atau sebagainya.. contoh lagi mudah.. aku guna laptop yang di provide untuk aku ni untuk tulis blog panjang berjela.. dah la tu waktu kerja pula... (kadang-kadang ok..) huuu


Mungkin ada yang tak kesah pasal ini.. tapi aku kesah.. dan bila aku pk balik... aku tanak diseksa kerana perkara remeh macam ni..nampak mudah dan senang je nak kaw tim.. tapi Allah tu Maha Mengetahui.. Dia itu Maha Adil.. jadinya.. dengan dosa yang sedia ada ni.. aku rasa aku tak mampu untuk menambah dosa yang ada ni... huuu

Mungkin ini merupakan lontaran idea yang tak berapa bernas ataupun biasa sahaja.. aku nak cadangkan ada satu tabung integrity dimana.. setiap staff yang rasa dia dah banyak guna masa, tenaga or barang yang tak sepatutnya untuk kegunaan sendiri membayar semula dengan kadar yang mereka rasa mencukupi.. kalau nak bagi lebih pun apa salahnya.. dan duit tabung tersebut boleh disalurkan ke arah kebaikkan..contoh.. bagi pada orang yang memerlukan.. ataupun beli surah yassin letak kat surau.. telekung ataupun sejadah... pada aku... ni semua pelaburan akhirat..

Dalam pada sibuk nak cari pelaburan dunia yang berbillion-billion ringgit.. mungkin kita terlupa nak invest untuk diri kita sendiri dalam kubur nanti.. takde orang yang mampu tolong diri kita bila kita dah mati.. even orang yang paling kita sayang sekalipun... kita akan tinggalkan mereka semuanya... tanpa sebarang perhubungan lagi.. jadinya..sendiri mahu ingatlah kan...

Semoga bila aku table pada orang yang sepatutnya.. beliau dapat terima idea aku tak berapa nak bernas ni haa.. pada aku bende ni penting..sebab kami di sini pun somehow related ade menggunakan duit pembayar cukai seluruh Malaysia.. takkan boleh aku nak mintak maaf pada satu Malaysia kerana aku dah guna laptop yang sepatutnya digunakan untuk kerja namun aku guna untuk blog ini... semoga semua warga Malaysia yang telah aku guna duit mereka menghalalkan apa yang ter itu dan ter ini..

Emosi pada pagi ini agak kurang stabil kerana mendapat berita kematian kawan/bos ibunda di pejabat beliau.. aku kenal salah seorang daripada mereka.. Al-fatihah untuk kedua mereka dan semoga mereka di golongkan dalam golongan orang yang Soleh dan Solehah..semoga dipermudahkan urusan mereka di alam sana...

Until now.. Assalamualaikum

No comments: