Monday, February 25, 2013

Zikir Terapi Hafiz Hamidun - JB, 23 Februari 2013

25 Februari 2013


Baru ada masa dan ketika nak bukak laptop secara formal dan menulis disini.. actually eventnya adalah pada Sabtu yang lepas 23 Feb 2013 di Stadium Tertutup MBJB... aku baru pertama kali nak hadirkan diri untuk majlis dan event sebegini.. Alhamdulillah di bukakan pintu hati untuk hadir majlis begini.. expectation aku setakat atas pagar..mungkin tak berapa.. ok ok je.. huuu mungkin macam konsert biasa...

Aku g ngan Puan Ashikin... mulanya suami beliau tak ikut.. tapi dia tergerak juga untuk join kami pergi event camni.. aku dah war warkan sejak awal tahun hari tu.. huuu tapi sambutan agak kurang meriah sebab orang tak kenal Hafiz dan tiket pun boleh tahan mahal.. harga tiket ada yang RM38,58,110 dan 158... sebab kami beli awal sejak dari bulan lepas.. dapatlah diskaun RM10.. jadilahh.. hihi..

Masa nak amik tiket tak ramai orang langsung.. cuma ada orang Tune Talk dan pihak pengurusan tiket.. masih buat sound check... aku tak expect ramai orang datang malam tu.. mesti ramai remaja perempuan sebab Hafiz agak kacak... huuu 

Malam tu kami keluar dalam jam 8mlm dan sampai sekejap je.. dah memang dekat sangat dengan rumah ku kan.. so.. takde jam ke hape. parking pun dekat..senang sangat perjalanan malam tu.. Shikin siap bezakan time event Maharaja Lawak dan zikir kali ni.. beza.. sungguh berbeza.. beza juga dengan event yang aku pergi sebelum ni.. pertandingan zapin and konsert 60an... ramai giler orang... tapi untuk Majlis Zikir Terapi ni tak ramai orang pun..

Sedikit kekecewaan berlaku pada mulanya dengan kemunculan MC dari Tune Talk.. macam tak jive dan agak tak kena kat situ.. Hafiz keluar jam 920mlm cam tu kot..lama sejam jugak tunggu En Hafiz nak kluar ke pentas.. tapi lepas je dia kluar.. dengan aura yang dia bawa... subhanallah... memang aliran tenaga dari beliau kepada kami terus sampai ke hati.. menusuk ke kalbu... antara zikir yang menyentuh perasaan ialah astagfirullah.. sebab lepas die berzikir dia selitkan dengan doa.. dan terus berjujuran air mata...

Dia kata camni...
Kita ni mudah sangat menangis. Kita menangis kerana ditinggalkan oleh kekasih... Kita Menangis kerana di tinggalkan oleh sahabat-sahabat.. kita menangis kerana tidak dapat apa yang kita mahu...  tapi sedarkah kita.. kita perlu menangis kerana takutkan Allah.. takut tak ada apa yang di bawa di hari pengakhiran.. dahlah miskin di dunia.. hina di dunia... apatah lagi di akhirah.. mahukah kita dipandang hinaa...

Ape pun pendekatan beliau untuk mengingatkan semua umat Islam pada dosa dan Allah dan Rasul patut di puji.. memang sudah lumrah manusia suka kan muzik.. tapi muzik yang tercipta dan teralun sangat indah dan menenangkan.. terima kasih Allah atas nikmat yang di berikan.. alhamdulillah masih dapat mendengar dan mengamati apa yang dia cuba sampaikan...

Sedikit kekeliruan sedikit pada majlis ini selain dari MC adalah bertepuk tangan.. dengan ilmu aku yang cetek ni.. aku rasa tepung tangan tu tak bagus.. tapi mungkin untuk menaikkan semangat si Hafiz.. aku tepuk la sedikit.. lagipun hati tengah menangis.. takkan nak tepuk begitu kuatt?? huhuhuhu

Apa pun.. rasanya tahun depan kalau dia buat lagi.. insyallah kalau tak de aral aku nak pegi.. tapi mungkin aku akan angkut sekali famili aku sekali.. insyallah...



Keadaan pentas sangat cantik..




Ok laa.. selamat menjalani minggu yang mendatang..semoga dilimpahi berkat dan hidayah.. :) Assalamualaikum

No comments: