Tuesday, March 26, 2013

Tanda Kiamat Semakin Jelas

26 Mac 2013


Tanda itu semakin jelas.. dan memang pernah aku terbaca antara tanda kiamat yang kecil ialah para alim ulama akan meninggalkan dengan jumlah yang banyak.. Hari Jumaat lepas, dunia baru saja kehilangan seorang tokoh ulama terkenal iaitu 

SYEIKH DR RAMADHAN AL-BUTI.

Beliau meninggal syahid ketika membaca tazkirah subuh awal di Hari Jumaat yang indah itu, pembunuh tersebut adalah pengebom berani mati dimana bom terlekat di badannya dan hampir 40 jemaah yang berada di sekitar tempat duduk pengebom dan ulama tersebut meninggal dunia... Al Fatihah untuk mereka semua.. semoga Allah memberikan kenikmatan syuhadah kepada mereka insyallah. dan menerima segala amalan kebajikan mereka insyallah..

Hari ini pula ada seorang ulama tempatan pula kembali ke rahmatullah.. pergi mengadap Allah... 

UTHMAN EL MUHAMMADY

Beliau dikatakan meninggal disebabkan sakit jantung dan meninggal di rumahnya di Kuala Lumpur... Al Fatihah..semoga beliau tenang dan senang berada di alam yang satu lagi itu..semoga semua amalan kebajikkannya diterima Allah dan dia tergolong dalam golongan orang yang beriman... 

Tanda dah makin jelas kelihatan.. tapi apa persiapan kita untuk ke sana... berapa banyak amal yang boleh kita bawa ke sana.. mana satu amalan kita yang di terima?? sebab tu lahh even Imam Shafie sebelum beliau memulakan ceramah atau majlis ilmu beliau.. beliau datang awal dan menyusun kerusi untuk para hadirin.. bila di tanya kenapa beliau seorang ulama besar menyusun kerusi.. beliau mengatakan bahawa.. aku tak tahu amal yang mana akan diterima dan di angkat di hadapan Allah... subhanallah... kita ni?? bagaimana pula?

Aku pun tak boleh nak kata banyak.. dosa dan bertambun dan belum tentu aku boleh tanggung... semoga semua amalan kebaikkan dan kebajikan kita di terima Allah..semoga kita keep on refresh niat kita dalam membuat sesuatu pekerjaan kerana syaitan takkan pernah berputus asa untuk memesongkan umat manusia.. tambahan pula tanda kiamat dah semakin dekat... mereka akan gunakan strategi dan taktik yang samar dan kurang jelas dan memesongkan akidah dan iman kita... nauzubillah..

Semoga kita semua di lindungi dari musuh kita yang nyata.. semoga Allah melimpahkan rahmat dan perlindungan pada kita semua.. banyakkan beramal dan berdoa agar amalan dapat di angkat... 

ps- kalau di google ada ramai lagi ulama yang meninggal dalam waktu yang sama.. tapi aku kurang kenal mereka-mereka ini.. semoga Allah merahmati mereka semua... amin.. ya rabbal alamin.. 

Until then, Assalamualaikum

Wednesday, March 20, 2013

Istiqamah


20 Mac 2013

Benda yang paling mencabar ialah Istiqamah. untuk memulakan sesuatu insyallah segalanya mudah dengan berbekalkan semangat yang tinggi.. tapi untuk kekalkan dan keep on repeating the same thing adalah perkara yang lebih mencabar..

Lebih baik kita start dengan kecil.. di buat dalam pada masa yang lama tetapi diteruskan insyallah ada keberkatan... bila da start buat jangan putus asa and rasa nak berhenti..kekalkan.. aku pun tengah cari kekuatan untuk meneruskan benda yang baik.. syaitan memang takkan pernah berputus asa untuk gagalkan niat baik kita tu...

Aku cuma berharap aku akan terus beristiqamah dalam berbuat sesuatu yang baik.. aku doakan kalian juga begitu... walaupun kita hanya pilih untuk senyum pada semua manusia yang kita jumpa... huuu..

Post ini ditulis pada hari jadi ayah saya.... Happy Birthday Ayah.. love you!!!! mwahss..

Thursday, March 14, 2013

Celik Mata Reset Minda : Berlapang Dada Prof Muhaya @IKIM.FM 13 Mac 2013

14 Mac 2013


Kadang kadang memang aku terlupa nak dengar sesi ni di radio Ikim.fm.. sebabnya selalu sesi ni berlaku tengah minggu Hari Rabu jam 10.10pagi.. aku kadang kadang ada meeting.. terlupa dan sebagainya.. alhamdulillah semalam dapat petunjuk dan rahmat untuk dengar sesi ilmu bersama Prof. Muhaya.. kalau nak ikut Prof Muhaya bukan seorang ustazah.. tapi apa yang dia cakap dan kata sealiran dengan Quran dan Sunnah..

Alhamdulillah aku diperkenalkan dengan wanita besi ini.. lembut dalam bicara namun tegas dalam memberi tahu tentang hukum hakam dan prinsip hidup.. thanks Anah sebab kenalkan aku dengan wanita ini..

Semalam dia keudara dengan tajuk yang di atas.. kadang-kadang orang yang call or tanya melalui fb... soalan tak kene dengan tajuk.. tapi dia kan usaha untuk jawab sehabis baik.. antara ilmu dan catatan ringkas yang saya dapat semalam (kalau saya salah dengar or inteprate tolong betulkan yer :))

  1. Masalah = cabaran; jangan selalu mula hidup cerita kita dengan masalah...tukar persepsi kepada cabaran hidup
  2. Lapangkan perspektif hidup.. dia beri contoh keadaan lipas didalam bilik air yang sempit dengan harimau di zoo. kita akan takot bila lipas berada dalam bilik sempit.. tapi kalau harimau sekalipun kita takkan takut sebab jauh sebatu.. maka.. letakkan masalah dalam perspektif yang besar.. so kita tak de la takut sangat
  3. Orang yang berlapang dada tidak akan merungut, dan mereka akan tenung dan memikirkan apakah pembelajaran yang mereka perolehi disebabkan oleh cabaran yang di terima
  4. Ada dua benda penting TAUBAT dan TAQWA
  5. Jadilah "anak emas" Allah... buat apa yang Allah suka jangan harap pujian dan balasan dari Allah
  6. Bila bangun pagi-pagi lapangkan dada dan cari titik positif diri sendiri
  7. Setiap apa yang berlaku tidak ada yang tidak baik. 
  8. Jangan fikir tentang situasi yang berlaku, fikir tentang pemberi situasi (Allah)
  9. Ubah fikiran,emosi dan tetapkan akidah
  10. Jadi orang yang suka memberi dan bukan menerima sahaja 
  11. 4K (Ketenangan, Keimanan, Kesihatan dan Kewangan)
  12. Tidak akan kecewa jika kita buat keputusan dengan istiharah
  13. Fokus pada apa yang kita ada dan bukan pada apa yang kita tiada. Syukur dengan nikmat yang Allah beri
  14. Bagi nilai yang baik pada orang lain.. nanti kita akan dapat yang baik je
  15. Audit masa yang kita ada, buat sesuatu berguna
  16. Jangan pernah menyesal dengan apa yang jadi pada kita
  17. Buat benda secara berjemaah suami isteri (main fb, cari ilmu, solat)
  18. Orang yang ego akan ada sikap ini : cepat marah, selalu dengar apa orang kata, nak lebih dari orang, kedekut 
  19. Marah ada 2 jenis 1. Marah kerana ego, 2. Marah kerana Allah dan orang tu membuat dosa
  20. Fikir apa yang boleh mendekatkan diri kita pada Allah
Ini je yang aku sempat catit semalam.. kalau ada siapa yang dengar semalam.. mungkin aku terlupa pandang or terlepas.. tolong tambahkan.. dan saya ucapkan ribuan terima kasih.

Until Then... Assalamualaikum

Tuesday, March 12, 2013

Hidup Berprinsip

12 Mac 2013


Semakin hari aku hirup udara percuma ini semakin aku berpaling dariNYA.. semakin besar nikmat yang aku dapat dengan usaha yang sedikit ini semakin kejam aku terhadap diri sendiri...semakin hanyut dibuai dalam mimpi yang lena di bumi yang fana ini.. Ya Allah janganlah KAU palingkan kami ke belakang setelah KAU berikan kami petunjukMU...

Berbalik semula dengan tajuk yang tak berapa nak hebat.. namun sekarang aku mungkin semakin belajar kenapa sesetengah orang lebih cenderung untuk duduk sendirian daripada berkawan tak tentu hala.. mungkin mereka ini di gelar anti sosial.. namun.mereka mungkin ada sebab yang tersendiri untuk tujuan itu..mungkin mereka ingin mengelakkan segala pergaduhan dan perselihan antara manusia.. mungkin itu yang terbaik..mungkin diam lebih baik..diam lebih baik daripada bergelut dalam perkataan... mungkin digelar seorang pengecut dan pengalah... tapi masih relevant lagi keadaan tersebut. mungkin juga ini semua kerana prinsip..

Sebenarnya nak cakap... dalam hidup ni kene ade prinsip walaupun orang mencaci dan mengata prinsip kita tak betul.. kalau kita dah pilih cara itu.. maka.. kita kena teruskan dengan prinsip yang dah dipegang.. core values tu penting.. kalau core dan fundamental dah betul so insyallah kita akan berpijak pada jalan yang betul... ok kita ambil contoh core value yang paling command cam jujur.. jujur tu memang sikap yang baik.. dan kalau kita ambil jujur tu sebagai prinsip.. kita memang tak salah..cuma kadang kala.. ada yang cuba untuk jadi lebih elok dari jujur..

Contoh keadaan jadi lebih elok dari jujur ialah bila kita terpaksa menipu untuk tujuan melepaskan diri sendiri atau orang lain.. kiranya macam ni... kita ajak kawan kita makan tengahari... tapi before lunch ada orang lain ajak kita makan... maka dengan tak sengaja kita terpaksa batalkan ajakan pada kawan yang mula mula tadi dengan penipuan... saya ada hal lain..padahal sememangnya kita terpaksa pegi ajakan kawan yang lain.. maka kat situ dah pudar core value kita jujur tu.. sebab kita dah menipu at the first place dan kita ambil enteng tentang itu...

Prinsip... kalau kita dah langgar.. jadi apa lagi yang kita nak tengok? nampak sangat kita lemah dalam mengikut prinsip diri sendiri.. walaupun kita dah tentukan pada awal nya... manusia kan.. selalu mencari alasan untuk membuat sesuatu yang menyalahi apa yang dia katakan.. Rules are meant to be broken btw. sebab kita semua manusia lemah yang tak dapat nak cipta prinsip sendiri pun... tapi for me myself.. bila aku dah kata sesuatu.. aku mohon pada DIA agar aku tak buat sesuatu yang against apa yang aku cakap... senang cakap... Cakap Serupa bikinlahh..

Walau apa pun orang kata.. apa yang kita kata pada mulanya itu boleh jadi pegangan.. maka.. berhati-hati ketika buat prinsip..takut takut prinsip itu yang akan memakan diri.. sebab kita ni tak selalu di atas.. bakal berada di bawah juga.. Contohnya " Aku takkan pergi rumah dia sejak hari ini.. ini prinsip aku... " janganlah cakap benda yang tak logik.. andaikata ada sesuatu yang berlaku di rumah dia dan melibatkan orang terpenting dan terdekat dengan kita.. bila dah ada benda mesti kita akan kesana juga..jangan mendabik dada dalam menentukan prinsip...

Prinsip biarlah sealiran dan sama dengan Al-Quran dan Sunnah.. jadinya kita takkan cipta prinsip yang bukan bukan... rujuk je kedua harta berharga ni insyallah tak lari kita semua ni.. insyallah..

Until Then.. Assaamualaikum..


Friday, March 8, 2013

PRU 13

8 Mac 2013



Mungkin dalam bulan yang terdekat ini, Malaysia akan mengalami event dunia yang bakal heboh hanya di dunia.. sesi pemilihan pihak yang mampu untuk memacu ekonomi,sosial dan alam sekitar dan menguruskan harta benda dunia semata-mata.. kalau difikir kembali.. kecoh lah dunia ini dengan adanya ia ini.. padahal event atau keadaan ini bukanlah berbentuk selamanya.. dan hanya sementara.. sementara kita meminjam dunia Allah..

Untuk diriku sendiri..this is my second time voting to choose my leaders..my government...its an honour for me..but for some of you have that reluctancy to do it...just because they say that both sides are nonsense.. but please rethink what you say.. did you dare to go through what they have gone through.. think before you said.. and if you let it be and didnt choose your leader... so whos gonna lead... and whos gonna set the direction.. if we dont have the leader what will happen to our country then..

Memang akan ada kesan jangka masa panjang iaitu kesan masa kat akhirah nanti.. sebab tu la Tok Guru Nik Aziz pernah cakap.. sapa pangkah UMNO akan masuk neraka.. jangan take it literally.. pahamilah dia.. dia memang bukan tuhan yang boleh tentukan orang masuk neraka dan syurga.. indeed he is not The God.. tapi gunalah otak dan pemikiran waras ketika melakukan undian.. kalau kita dah tahu orang yang kita nak undi tu..orang yang tidak boleh dipercayai.. orang yang boleh memusnahkan bangsa dan agama kita sendiri... tapi oleh sebab simbol dan parti yang mereka duduki.. kita masih pilih walaupun tahu banyak korupsi yang mereka buat.. maka.. oleh sebab itu lah seseorang tu boleh di tarik ke neraka.. namun pucuk pangkalnya hanya keputusan Allah sahaja je yang dapat menjawab segalanya...

Sebab tu ada orang yang memang tak mahu mengundi langsung.. tiada gunanya kerana di telan mati emak diludah mati bapak.. sama sahaja kedua-dua mereka ini.. jadinya.. ada sorang kawan saya cakap.. "none of them deserve my vote.." sebab kedua mereka ada sahaja kekurangan.. tapi kalau niat kita undi adalah berharap agar orang yang kita undi itu akan berjaya memacu negara.. why not.. keep on berdoa sebab dengan doa dan kuasa Allah sahaja manusia boleh berubah...

Tapi adalah lebih elok kita ni mengundi orang Islam.. kerana mudah untuk doakan sesama Islam.. kalau nak beyond that.. aku rasa... hmm... cuma Allah Maha Kuasa.. i have no say... semua kita ni ciptaan DIA kan..

So... task aku sebelum habis bulan 4 ni adalah untuk cari maklumat kedua mereka yang bertanding di kawasan aku... mungkin aku perlu lakukannya setiap kali mengundi.. atau mungkin juga satu hari nanti aku akan ubah pendapat untuk tidak mengundi.. hmm... entahlah.. semoga DIA tunjukkan kita jalan yang benar dan lindungi kita dari musuh yang nyata... semoga kita semua di rahmati hendakNYA...

Till Then.. Assalamualaikum

Friday, March 1, 2013

Pesanan Luqman Hakim - Ciri Orang Berilmu

1 Mac 2013


Hari ni ustaz or guru aku di Ikim.fm bercerita tentang ciri orang berilmu yang terakhir.. #10 - Sebaik baik tauladan adalah orang yang berilmu...

Orang yang berilmu adalah orang yang beruntung kerana ilmu mereka yang bermanafaat akan membantu mereka di dalam kubur ketika menjawab  soalan Mungkar dan Nangkir.. semasa malaikat tersebut memulakan bicara akan bangun satu roh/lembaga dan akan menjawab..seolah peguambela yang akan menjawab ketika kita di mahkamah dunia.. bila malaikat dengar jawapan dari lembaga tersebut maka malaikat pun akan bertanya siapakah kamu dan kenapa kamu yang jawab dan bukan polan bin si polan ini? maka lembaga itu tu berkata.. aku adalah ilmu semasa hayat polan bin si polan..


Bukan itu sahaja..ilmu itu juga akan menerangi dan menemani kita semasa kita di dalam kubur.. kubur akan di luaskan dengan adanya ilmu dan kubur juga akan menjadi sahabat dan peneman setia... kalau di ikut dengan logik..macamana ilmu yang kita belajar ini dapat membantu... ilmu yang bermanafaat dan sekiranya di lakukan tanpa henti akan jadi pencen kubur kita nanti.. untung siapa yang menjadi pendidik yang mengajar ilmu bermanafaat... apatah lagi para ulama yang banyak berdakwah dan mengubahh manusia ke arah kebaikkan..

Siapa yang tidak menuntut ilmu di dunia ini, Allah akan sempitkan hidupnya.. dengan pelbagai cara.. semasa di dalam kubur nanti hanya kegelapan sahaja yang menemani mereka... dah lah gelap.. di himpit plak di dalam kubur.. sampai jadi sempit.. lubang kubur yang nampak elok dan muat untuk kita akan jadi sempit dan sesak.. dan akan datang beberapa ekor ular dan bisa ular ini bila dia mematuk akan berkekalan sampai 40 ribu tahun... can you imagine that??? Subhanallah... lindungi kami dari golongan yang tidak menimba ilmu...

Terus terasa seakan dunia ini kecil sahaja kalau nak di bandingkan dengan ilmu Allah yang terbentang luas.. dan kalau cakap pasal keluasan ilmu Allah ni aku terus teringat ayat Al-Kahfi yang second last (Ayat 109) yang bermaksud:

Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan". 

Ilmu yang kita dapat ni semua milik Allah sekecil-kecil ilmu dan sebesar-sebesarnya adalah milik Allah.. jadi tak perlu kita mendabik dada dan claim kita ada ilmu sebegitu begini..huuu Allah Maha Berilmu dan Maha Mengetahui tiap tiap sesuatu.. kalau nak di ikut ilmu manusia ini mungkin sehalus debu... hmm..kecil sangat ilmu yang kita tuntut bertahun tahun lamanya itu... hmmmm

Semoga perkongsian ni boleh jadi sahabat aku semasa di dalam kubur nanti... insyallah :) 

Until Then... Assalamualaikum... :)