Thursday, March 14, 2013

Celik Mata Reset Minda : Berlapang Dada Prof Muhaya @IKIM.FM 13 Mac 2013

14 Mac 2013


Kadang kadang memang aku terlupa nak dengar sesi ni di radio Ikim.fm.. sebabnya selalu sesi ni berlaku tengah minggu Hari Rabu jam 10.10pagi.. aku kadang kadang ada meeting.. terlupa dan sebagainya.. alhamdulillah semalam dapat petunjuk dan rahmat untuk dengar sesi ilmu bersama Prof. Muhaya.. kalau nak ikut Prof Muhaya bukan seorang ustazah.. tapi apa yang dia cakap dan kata sealiran dengan Quran dan Sunnah..

Alhamdulillah aku diperkenalkan dengan wanita besi ini.. lembut dalam bicara namun tegas dalam memberi tahu tentang hukum hakam dan prinsip hidup.. thanks Anah sebab kenalkan aku dengan wanita ini..

Semalam dia keudara dengan tajuk yang di atas.. kadang-kadang orang yang call or tanya melalui fb... soalan tak kene dengan tajuk.. tapi dia kan usaha untuk jawab sehabis baik.. antara ilmu dan catatan ringkas yang saya dapat semalam (kalau saya salah dengar or inteprate tolong betulkan yer :))

  1. Masalah = cabaran; jangan selalu mula hidup cerita kita dengan masalah...tukar persepsi kepada cabaran hidup
  2. Lapangkan perspektif hidup.. dia beri contoh keadaan lipas didalam bilik air yang sempit dengan harimau di zoo. kita akan takot bila lipas berada dalam bilik sempit.. tapi kalau harimau sekalipun kita takkan takut sebab jauh sebatu.. maka.. letakkan masalah dalam perspektif yang besar.. so kita tak de la takut sangat
  3. Orang yang berlapang dada tidak akan merungut, dan mereka akan tenung dan memikirkan apakah pembelajaran yang mereka perolehi disebabkan oleh cabaran yang di terima
  4. Ada dua benda penting TAUBAT dan TAQWA
  5. Jadilah "anak emas" Allah... buat apa yang Allah suka jangan harap pujian dan balasan dari Allah
  6. Bila bangun pagi-pagi lapangkan dada dan cari titik positif diri sendiri
  7. Setiap apa yang berlaku tidak ada yang tidak baik. 
  8. Jangan fikir tentang situasi yang berlaku, fikir tentang pemberi situasi (Allah)
  9. Ubah fikiran,emosi dan tetapkan akidah
  10. Jadi orang yang suka memberi dan bukan menerima sahaja 
  11. 4K (Ketenangan, Keimanan, Kesihatan dan Kewangan)
  12. Tidak akan kecewa jika kita buat keputusan dengan istiharah
  13. Fokus pada apa yang kita ada dan bukan pada apa yang kita tiada. Syukur dengan nikmat yang Allah beri
  14. Bagi nilai yang baik pada orang lain.. nanti kita akan dapat yang baik je
  15. Audit masa yang kita ada, buat sesuatu berguna
  16. Jangan pernah menyesal dengan apa yang jadi pada kita
  17. Buat benda secara berjemaah suami isteri (main fb, cari ilmu, solat)
  18. Orang yang ego akan ada sikap ini : cepat marah, selalu dengar apa orang kata, nak lebih dari orang, kedekut 
  19. Marah ada 2 jenis 1. Marah kerana ego, 2. Marah kerana Allah dan orang tu membuat dosa
  20. Fikir apa yang boleh mendekatkan diri kita pada Allah
Ini je yang aku sempat catit semalam.. kalau ada siapa yang dengar semalam.. mungkin aku terlupa pandang or terlepas.. tolong tambahkan.. dan saya ucapkan ribuan terima kasih.

Until Then... Assalamualaikum

4 comments:

ishmahbihabie said...

cik rina... boleh recap disini jugak - http://www.majlisilmu.com/2013/03/prof-dr-muhaya-muhamad-islam-itu-indah-ikimfm-celik-mata-reset-minda-berlapang-dada.html

thanks for the sharing! saya tak sempat dengar lagi wpun dah tau ada yang upload huhu

@Fr!^n@ said...

Thanks B... :) really appreciate it.. tatahu plak ade blog ini.. terima kasih sekali lagii.. :)

asiah cyah said...

Tq Cik Rina .sya pon kagum dengan wanita besi INI..

asiah cyah said...

Tq Cik Rina .sya pon kagum dengan wanita besi INI..