Tuesday, March 26, 2013

Tanda Kiamat Semakin Jelas

26 Mac 2013


Tanda itu semakin jelas.. dan memang pernah aku terbaca antara tanda kiamat yang kecil ialah para alim ulama akan meninggalkan dengan jumlah yang banyak.. Hari Jumaat lepas, dunia baru saja kehilangan seorang tokoh ulama terkenal iaitu 

SYEIKH DR RAMADHAN AL-BUTI.

Beliau meninggal syahid ketika membaca tazkirah subuh awal di Hari Jumaat yang indah itu, pembunuh tersebut adalah pengebom berani mati dimana bom terlekat di badannya dan hampir 40 jemaah yang berada di sekitar tempat duduk pengebom dan ulama tersebut meninggal dunia... Al Fatihah untuk mereka semua.. semoga Allah memberikan kenikmatan syuhadah kepada mereka insyallah. dan menerima segala amalan kebajikan mereka insyallah..

Hari ini pula ada seorang ulama tempatan pula kembali ke rahmatullah.. pergi mengadap Allah... 

UTHMAN EL MUHAMMADY

Beliau dikatakan meninggal disebabkan sakit jantung dan meninggal di rumahnya di Kuala Lumpur... Al Fatihah..semoga beliau tenang dan senang berada di alam yang satu lagi itu..semoga semua amalan kebajikkannya diterima Allah dan dia tergolong dalam golongan orang yang beriman... 

Tanda dah makin jelas kelihatan.. tapi apa persiapan kita untuk ke sana... berapa banyak amal yang boleh kita bawa ke sana.. mana satu amalan kita yang di terima?? sebab tu lahh even Imam Shafie sebelum beliau memulakan ceramah atau majlis ilmu beliau.. beliau datang awal dan menyusun kerusi untuk para hadirin.. bila di tanya kenapa beliau seorang ulama besar menyusun kerusi.. beliau mengatakan bahawa.. aku tak tahu amal yang mana akan diterima dan di angkat di hadapan Allah... subhanallah... kita ni?? bagaimana pula?

Aku pun tak boleh nak kata banyak.. dosa dan bertambun dan belum tentu aku boleh tanggung... semoga semua amalan kebaikkan dan kebajikan kita di terima Allah..semoga kita keep on refresh niat kita dalam membuat sesuatu pekerjaan kerana syaitan takkan pernah berputus asa untuk memesongkan umat manusia.. tambahan pula tanda kiamat dah semakin dekat... mereka akan gunakan strategi dan taktik yang samar dan kurang jelas dan memesongkan akidah dan iman kita... nauzubillah..

Semoga kita semua di lindungi dari musuh kita yang nyata.. semoga Allah melimpahkan rahmat dan perlindungan pada kita semua.. banyakkan beramal dan berdoa agar amalan dapat di angkat... 

ps- kalau di google ada ramai lagi ulama yang meninggal dalam waktu yang sama.. tapi aku kurang kenal mereka-mereka ini.. semoga Allah merahmati mereka semua... amin.. ya rabbal alamin.. 

Until then, Assalamualaikum

2 comments:

ishmahbihabie said...

Ya muqollibal qulub, thabit qulubana ala dinik...

@Fr!^n@ said...

maksud dia apa biha???