Friday, April 12, 2013

Majlis Bersama-sama Anak Yatim Ar-Rayan

12 April 2013


Entri ni patutnya aku siapkan beberapa hari yang lepas, majlis yang dirancang bersama sahabat-sahabat sejak bulan Mac yang lepas. Alhamdulillah dengan izinNYA kami telah berjaya menganjurkan majlis kecil untuk anak anak ini.. subhanallah banyak juga dugaan yang diterima sebelum boleh bermula majlis ini.

Seperi tahun tahun sudah, kami ada buat acara open table dan kawan-kawan kene belanja kawan kawan yang lain ikut turn.. maksudnya... kene belanja kawan-kawan yang beri sokongan throughout the year dan celebrate sedikit kemanisan hidup. Tapi tahun ni acara tu dah di tukar kepada majlis sosial kepada anak-anak yatim. Si Shikin yang punya idea tentang ini, langsung dia yang menguruskan dengan pihak rumah anak yatim Ar-Rayan ni.

Kami pernah berurusan dengan mereka dulu kerana kami ada majlis berbuka puasa dengan pihak pejabat kami, tapi kali ni majlis yang nak kami buat ni bersaiz kecil dan hanya segelintir kami yang terlibat.. Kikin ketua kumpulan dan suami, Syidah, Yayah dan Hetty... Alhamdulillah Allah izinkan kami semua untuk terlibat dan akhirnya completekan mission kami ini... alhamdulillah...

Antara pengamatan aku dan key tak away yang aku dapat semasa majlis ini berlangsung:

  1. Anak-anak ini sangat dahagakan kasih sayang ibu bapa.. walaupun ada diantara mereka mempunyai waris atau ibu/bapa sahaja... contoh ada seorang anak kecil yang bernama Norsalinda sangat manja dan comel.. Subhanallah... dia cepat mesra dengan kami dan kalau dia pegang tangan kita dia tak nak lepas.. Masyallah semoga Allah sentiasa melindungi dan memberikan berkat kepada beliau
  2. Anak-anak yang menutup aurat secara sempurna - walaupun bergelar anak yatim, namun mereka (the tahfiz girls) tetap menutup keseluhannya tanpa merasa sukar dan susah..Subhanallah...mereka telah mendapat hidayah awal umur mereka.. subhanallah.. mereka sangat beruntung... :)
  3. Anak anak lelaki lebih rebel dan menampakkan kenakalan dan lebih memerlukan lebih perhatian... sebagai seorang perempuan yang tidak mengerti apa erti hidup membesar tanpa ayah/ibu sukar untuk saya usai dan melengkapkan pemerhatian saya terhadap mereka.
  4. Patuh pada arahan penjaga - setelah majlis selesai mereka telah diminta untuk memungut sampah dan mengemas sekeliling rumah terutamanya anak anak lelaki.. 
  5. Mereka nampak gembira tapi dalam hati mereka siapa yang tahu..hanya Allah mengetahui.. semoga Allah mengurniakan kegembiraan di dunia dan akhirah..
Enjoy these pictures taken by us.. its us and them.. semoga Allah merahmati dan melindungi mereka di dunia dan akhirah.. semoga Allah mempermudahkan urusan mereka... semoga lebih ramai lagi orang dapat membantu mereka.. jenguk-jenguklah mereka di sini... semoga Allah merahmati kalian... amin..















Until then.. Assalamualaikum... :)

2 comments:

ishmahbihabie said...

proud of you & your besties :)

@Fr!^n@ said...

biha - kerana Allah pinjamkan kebaikkan sebentar untuk kami semuaa.. dan ade hikmahnya... :) alhamdulillah diberi pinjam secara percuma.. hehe