Tuesday, April 30, 2013

Pressing Issues

30 April 2013


Hari hari terakhir sebelum mengundi..semakin pening dan semakin sesak dada dengan komen dan infomasi yang berterbangan di alam maya terutamanya di laman sosial Facebook. Semakin jelek dan semakin tertekan dan terdesaknya pihak pembangkang untuk mendapatkan Putrajaya. Semakin banyak janji yang mereka taburkan...

Semakin banyak cacian dan makian dari penyokong tegar kedua belah pihak. Semakin berpecah orang Islam dan Melayu... Semakin besar gelak tawa si kafir laknat yang bisa membuatkan kita bergaduh sesama sendiri..

Semakin penuh jalan raya dan tepi tepi jalan dengan poster dan kain rentang.. Semakin banyak juga duit telah terbuang ke tanah... Semakin banyak tenaga dan usaha yang diperah dari ahli jentera pilihanraya kedua belah pihak..

Semakin nampak internet troopers pihak pembangkang lebih agresif dan proaktif... dimana-mana peluang dan ruang mereka akan isikan dengan informasi yang mungkin betul, mungkin tidak.. mungkin benar atau tidak... diserang semula dengan troopers dari pihak pro-kerajaan... apa nak jadi ni?

Semakin penat dan letih mengalami situasi ini... apa pun yang mereka buat.. aku rasa ramai yang tidak sabar untuk menempuhi dan menghabiskan 5 May dengan sepantas kilat.. selepas ini mungkin peperangan ini dapat dihentikan dengan segera.. kami letih... walaupun kami bukan pembuat.. pembaca pun jadi pening dan letih dengan keadaan sebegini..
 
Ironinya memang politik tidak akan ada politik bersih dan telus.. Semakin lama sesebuah parti politik itu berada di arenanya semakin berkarat kalau sekiranya ianya tiada maintenance secara tetap. Postmortem dan lihat semula apa yang perlu di perbaiki. Terus berada di takuk lama dan terus merasakan diri mereka betul... hmmm

Semoga semua yang terlibat lansung atau tidak secara langsung akan sedar tentang keadaan ini tidak kekal.. Sesungguhnya Allah dah tulis siapa yang akan menang pilihanraya kali ini.. Allah dah tentukan halatuju Malaysia ini.. aku cuma berharap agar Allah teruskan nikmat yang diberi pinjam sekarang ini hingga akhir hayatku..

Tak sanggup rasanya berada dalam dunia yang penuh dengan kebencian dan peperangan tanpa peluru ini. Tak sanggup melihat anak bangsa kita bermusuh sesama sendiri hanya kerana aliran politik yang berlainan.. kalau nak diikutkan kalau kita semua bersatu dah tentu kita boleh menjadi negara yang lebih baik.. melayu dan Islam tidak dapat dipisahkan... kalau semua bersatu memang kafir laknatullah pun takot nak dekat, walaupun mereka memegang kuasa ekonomi sekarang.. mereka ada ekonomi.. tapi kita ada Allah yang Maha Kuasa.. 

Biarlah mereka pegang kuasa kita ada yang Maha Memiliki sebarang Kuasa.. dengan pegangan Islam dan jalan hidup yang ikut syariat Insya Allah akan jadikan muslim lebih kuat dan utuh.. bilalah tahap keimanan kita sekarang ni nak kembali sama seperti umat Islam zaman nabi Muhammad s.a.w.. kaum Muhajirin dan Ansar bersatu dengan keimanan yang utuh dan pemerintahan Nabi Muhammad s.a.w.. mereka sanggup berkongsi dengan saudara sesama Islam...

Dan bila ini semua berlaku... bersedialah kemenangan adalah untuk umat Islam... dan renungilah ayat Al-Nasr:

Bismillah Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
A001 Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah), -
(An-Nasr 110:1) | | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A002 Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai, -
(An-Nasr 110:2) | | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A003 Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.
(An-Nasr 110:3) | | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
 
www.surah.my
Maka dengan berjayanya kesatuan umat Islam di akhir zaman ini.. mungkin dengan pengetahuan cetek ku ini akan berakhirlah zaman kegemilangan dunia ini.. Masyallah... semoga Allah akan lindungi kita semua dari fitnah Dajjal Al-Masih dan mematikan kita dalam Husnul Khatimah...

Wallahualam...
Assalamualaikum...

ps- selamat mengundi kawan-kawan... :) pilihlah pemimpin mengikut rasional dan bukan emosional... semoga Allah selamatkan bumi Malaysia dan seluruh umat Islam di muka bumi ini. Amin...
 


No comments: