Tuesday, May 28, 2013

Hari ini Dalam Sejarah

28 Mei 2013


Setiap hari akan ditinggalkan sebagai sejarah... kalau semalam kita sedih dan masih mencari di mana kita mungkin hari ini kita bertemu... kalau semalam kita dah bertemu mungkin kita akan berpisah pada hari ini... apa pun terjadi akan terus terjadi dan akan menjadi sejarah dalam hidup..

Pagi-pagi ni bila scroll blog roll aku terjumpa artikel yang sangat menjawab dan menyokong tentang apa yang aku fikir... maka oleh itu saya nak mintak jasa baik Tuan Syed untuk benarkan saya share disini..

http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/2013/05/tun-daim-why-bn-allowed-stupid-events.html

Dari wawancara bersama Tun Daim Zainudin...

Dipohon yang berkaitan dengan parti membacanya.. huuu.. tukarlah strategi dalam mengenali pengundi anda... :)

Thursday, May 16, 2013

Pasca PRU 13 - Senarai Jemaah Menteri Kabinet 2013 - 2018

16 May 2013


Semalam baru dapat senarai ni... semoga bermanafaat.. :)


Perdana Menteri (Menteri Kewangan)
Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak

Timbalan Perdana Menteri/Pelajaran/Pengajian Tinggi
Tan Sri Muhyiddin Yassin

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri
Datuk Seri Jamil Khir Baharom
Datuk Seri Idris Jala
Datuk Seri Abdul Wahid Omar
Datuk Seri Joseph Kurup
Datuk Seri Shahidan Kassim
Nancy Shukri
Datuk Joseph Entului a/k Belaun
Datuk Paul Low Seng Kuan

Timbalan Menteri
Datuk Razali Ibrahim
P Waytha Moorthy

Menteri Kewangan 1
Datuk Seri Najib Razak

Menteri Kewangan 2
Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah
Timbalan Menteri Kewangan
Datuk Ahmad Maslan

Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi 1
Tan Sri Muhyiddin Yassin

Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi 2
Datuk Seri Idris Jusoh
Timbalan Menteri
Mary Yap Kain Ching
P Kamalanathan

 
Menteri Dalam Negeri
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Menteri
Datuk Wan Junaidi Wan Jaafar

Menteri Pengangkutan (Memangku)
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien
Timbalan Menteri
Datuk Abdul Aziz Kaprawi


Menteri Pelancongan dan Kebudayaan
Datuk Seri Nazri Abdul Aziz
Timbalan Menteri
Joseph Salang Gandum
 
Menteri Luar Negeri
Datuk Seri Anifah Aman
Timbalan Menteri
Datuk Hamzah Zainuddin

Menteri Kerja Raya
Datuk Fadilah Yusof
Timbalan Menteri
Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin

Menteri Kesihatan
Datuk Seri S Subramaniam
Timbalan Menteri
Datuk Seri Hilmi Yahya

Menteri Belia Dan Sukan
Khairy Jamaludin
Timbalan Menteri
M Saravanan

Menteri Sumber Manusia
Datuk Richard Riot
Timbalan Menteri
Ismail Abdul Mutalib

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna
Datuk Hassan Malek
Timbalan Menteri
Datuk Ahmad Bashah Mohamad Hanafiah

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Datuk Seri Mustapa Mohamed
Timbalan Menteri
Tuan Haji Hamim Samuri

Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Timbalan Menteri
Datuk Ahmad Tajuddin Abdul Rahman

Menteri Sains Teknologi Dan Innovasi
Datuk Ewon Ebin
Timbalan Menteri
Datuk Abu Bakar Mohd Diah

Menteri Tenaga, Telekomunikasi dan Air
Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili
Timbalan Menteri
Datuk Seri Mahadzir Khalid

Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi
Datuk Seri Douglas Unggah Embas
Timbalan Menteri
Noriah Kasnon

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Datuk Rohani Abdul Karim
Timbalan Menteri
Datuk Azizah Mohd Dun

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Timbalan Menteri
Datuk Halimah Sadiqque

Menteri Komunikasi dan Multimedia
Datuk Seri Ahmad Sabry Cheek
Timbalan Menteri
Jailani Johari

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar
Datuk Seri G Palanivel
Timbalan Menteri
James Dawos Mamit

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Datuk Seri Shafie Apdal
Timbalan Menteri
Alexander Nanta Linggi

Menteri Wilayah Persekutuan
Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor
Timbalan Menteri
J Loga Bala Mohan

Same names all over but my expectation is too high.. hope that they will work harder as most of chinese are not satisfied with the government. Semoga Allah beri kalian petunjuk untuk memacu kesejahteraan Malaysia..

Semoga Allah lindungi Malaysia dan umat Islam keseluruhannya.. 

Amin.

Till Then, Assalamualaikum 

Saturday, May 11, 2013

Hati Emas Review

11 Mei 2013


Hati Emas - Kembara

Berjalan di tanah gersang
Mentari mencengkam dada
Debu-debu di jalanan
Menjadi teman setia

Tiada lain tujuanku
Hati emas yang ku cari
Kisahnya di hujung dunia
Mengapa tak ku temui

Oh! Terdengar suara halus
Bagai dengar dan menghilang
Katanya pulanglah oh anakku
Ia tiada di sini

Kembara
Puas sudah ku mengembara
Ke mana perginya oh cahaya
Mencari hati emas bukannya mudah
Di masa kini adakah kau peduli

Mungkinkah dikau miliki
Hati emas murni suci
Inginku menjadi sahabatmu
Hingga akhir hayat nanti


Kembara
Puas sudah ku mengembara
Ke mana perginya oh cahaya
Mencari hati emas bukannya mudah
Mungkin selamanya takkan aku temui

Lagu ni rupanya dicipta pada tahun 1981.. dan pada pendapat aku hasilnya masih lagi releven sampai sekarang. Dinyanyikan oleh kumpulan Kembara yang dianggotai oleh Otai M. Nasir... hmmm.. bile tengok liriknya.. sangat mendalam...

Emas, memang dari dulu sampai sekarang emas tu merupakan harta yang paling berharga dan masih digilai dan dihargai.. dan Hati pula merupakan organ yang paling penting dalam kehidupan manusia sebab aku pernah baca satu Hadis kalau tak silap... Hati adalah secebis daging, kalau elok daging ini maka elok lah perangai seseorang itu.. Wallahualam..

Maka analogi Hati Emas ni memang tak disangkal lagi adalah hati yang sangat berharga.. ianya sukar untuk dicari dan sudah pasti bukan semua orang memilik hati ini... walaupun jauh mengembara sukar untuk ditemui... pokoknya bukan betapa jauh kita jalan untuk memilik atau bertemu hati ini.. tapi pada aku.. aku relate balik dengan diri sendiri.. untuk cari Hati Emas dalam diri sendiri... macam macam kita buat..still tak dapat tanding or temui Hati Emas pada diri sendiri..owh myyy..

Sampaikan ada suara yang mengatakan pulanglah..hati itu tiada di sini... pada aku dalam pada kita berazam untuk mendapatkan sesuatu... kita akan temui nasihat yang mengatakan sudah2lah.. back off.. tapi pada aku... dengan adanya kata kata ini akan meneruskan juga semangat perjuangan yang telah kita set pada mulanya.. hmmm... hati emas perlu dicari..

Orang sekarang tidak peduli lagi dengan Hati Emas ini, kerana mereka dan aku juga telah di kaburi dengan perhiasan materialistik yang nampak di luar tapi tidak di dalam... Hati kedudukkan di dalam.. maka untuk menampakkan sifat hati itu, kita perlu selami dan kenali.. tidak boleh di pandang hanya pada mata kasar..

Ps- aku memang masih mencari Hati Emas, memang sukar untuk di temui.. tapi Insya Allah.. dengan IzinNYA... kalau aku temui aku akan hargainya... sehabis baik.. Wallahu..
 
Till Then, Assalamualaikum