Tuesday, June 25, 2013

Selamat Tinggal Wahai Shushu Kami

24 June 2013

Entri ni patutnya ditulis sebaik sahaja kami kehilangan Shushu a.k.a Syusyu a.k.a Shu a.k.a Cu... tapi tak berkesempatan untuk menulis atas sebab-sebab yang tertentu.. ala.. manusia.. will always find the reasons kan... huhu

Perjalanan hidup Shu sangat manis.. semasa permulaan hayat beliau.. sangat menyayat hati.. dibuang oleh bonda... kesian beliau.. adik ku jumpa dia dilongkang... tp oleh sebab kasihan adikku bawa pulang dan mandikan beliau.. lepas mandikan dipulangkan semula kepada keluarga. tapi oleh sebab bau dah lain bonda menolak mentah-mentah.. padahal budak Shu masih lagi menyusu..

Menjadi kucing universiti sehingga beberapa bulan dan akhirnya di bawa pulang untuk dibela dirumah kami... huuu makanan kegemaran beliau adalah makanan yang adik aku makan...beliau suke sangat kerepek pisang.. dia akan menggila kalau dapat kerepek pisang... :( Shu... still remember makan sebungkus tak ckup.. dan mahu lagi.. 

Saat dibawa pulang kucing-kucing gemok yang sedia ada tiada lagi dirumah kami.. ditatang bagai minyak yang penuh... dibawa kesana kemari.. digendung di dalam beg masih senyap dan terus berada didalam beg.. kalau pergi mana mana dia akan ikut.. kesana kemari kami angkut dia.. naik motor pun dia ikut jugak.. :'( rindunya kat Shu waktu dia kecil..senang untuk dikelek kesana kemari... tapi nakalnya subhanallah... Allah je la tahu.. bila dia tahu semua orang sayang dia.. die ske tunjukkan perangai bos dia...

Ada sekali tu.. dia kemalangan.. aku bawak dia pergi klinik... and bila doktor nak rawat dia, dia jeling and menjerit.. padahal doktor tu nak tolong dia.. ingat lagi doktor tu cakap.. kucing awak ni manja sangat... dia dah jadi macam king... you kene marah and ajar dia sikit.. nanti dia tanak ikut cakap.. hahahahaha tergelak bila aku dengar doktor tu cakap kat aku camtu.. and sempat jugak aku bagi warning kat Shu jangan garang sangat.. and cakap..Shu budak baikkan.. haha

Kehadiran Shu dalam kehidupan kami sekeluarga sangat significant.. dialah ulam jantung kami... menawar hati kami.. menceriakan keadaan rumah kami..alhamdulillah dengan nikmat ini... 






























































Pengakhiran Shushu dia sakit mulut dan rahang... abis gusi dia berdarah.. mungkin dia tak ckup zat masa die kecil dan salah kami juga sebab tak bagi dia vitamin... satu satunya kucing yang akan menempel disebelah manusia saat kita berbaring.. menemani dan seolah mendengar rintihan kepenatan kita...

Kehilangan beliau merupakan kehilangan yang juga significant sama seperti kewujudan beliau dia rumah ini juga.. terima kasih Shushu kerana telah mengajar tentang kasih sayang dan kelembutan hati.. walaupun macam raja bak kata doktor tu.. Shu tak pernah lagi pancut kencing sepah-sepah walaupun dia seekor kucing jantan.. disebalik keegoan seekor kucing jantan tak pernah dia tidak baring sebelah kami... :'(

Waktu ini biarlah jasad Shu bersemadi dan dimakan oleh mikroorganisma yang ditugaskan untuk meleraikan jasadnya.. namun kenangan bersama Shu.. akan tetap dalam ingatan kami.. Shu..may you rest in peace... we already miss you boy.. semoga kita ketemu di Jannah insyallah... :) 

We will always love you Shu... :) xoxo

2 comments:

Anonymous said...

sedihnya ina... syg kucing ni sama mcm syg mnsia kan. malah tkadang lg hebat dr syg pd manusia.

@Fr!^n@ said...

Kan Ijan...
hmmm... camni la kehidupan..
sentiasa di beri pinjaman...
semoga kita sentiasa ingat tak de yang kekal dalam dunia ni..

semua sementara..semua pinjam.. :'( bila bila masa boleh di tarik semulaa...