Monday, January 20, 2014

Akhir Januari 2014

20 Januari 2014


Hari yang kedua puluh tahun dua ribu empat belas, masih banyak lagi sisa kerja dan misi tahun 2013 yang berbaki.. well hello... lets move on... aduhai.. number and ages and days is just a number.. so whats your baseline tho? alahai..

Nampaknya ujian yang 5 hari dah ended beberapa hari lepas dengan ujian dan jentikkan baru... hanya mampu bergantung dengan DIA Yang Satu.. memang power... tak boleh disangkal walau dengan sedetik hati sekalipun. Percayalah DIA memang dah tentukan jalan hidup awak... baik dari segi apa pun. we are well taken care off.. Thank You Allah for my destiny today and tomorrow and until till end of time..nampaknya ujian 5 hari tu seperti angin lalu... sejuk mendamaikan.. tapi pengakhiranya... aku akui...setelah berjuang 3 hari... dia bukan untuk kamu.. sahih.. tiada tanda... :) alhamdulillaj

Bersyukurlah dengan apa yang ada di depan mata.. tak perlu memikirkan apa yang tiada... berbaktilah selagi hayat ada.. berbuatlah kebaikkan segalanya kerana kita tidak tahu dengan jalan apakah kita akan masuk kedalam syurga Allah. Syurga Allah adalah mahal tetapi cara untuk memasukkinya ialah dengan Rahmat Allah dan kita tidak tahu perbuatan kita yang mana satu akan mendapat rahmat dari NYA yang boleh dijadikan tiket syurga.

Ujian baru ini.. aku cuba selami baik buruknya.. aku cuba beritahu diri aku mungkin ini yang terbaik, namun ada suara yang masih mengatakan aku perlu di sini.. aku sebenarnya dah sampai satu tahap yang aku tak tahu nak kemana.. memang jalan ke depan.. tapi penglihatan aku agak kabur... mungkin aku kene tulis semula misi hidup aku... aku rasa aku tak berdaya... nak di luah pun sungguh tak dapat nak disusun dengan kata-kata. biarlah di dalam lintasan hati ini sahaja..

Aku cuba positifkan diri.. jentikan dan ujian Allah ini adalah tanda Allah sayangi aku... takpe lah.. biarlah apa yang berlaku, aku redha... aku ni manusia yang lemah dan penuh dengan khilaf. mungkin ujian ini di turunkan untuk aku bersihkan sedikit dosa ku yang menggunung... setelah perjuangan dan kata kata harapan dikemukakan... aku macam dapat rasa melalui gerak hati.. rasanya gerak hati menuju kepada Ya... tapi banyak lagi urusan menjelma selepas perkataan Ya keluar dari mulut ku ini...

Apa pun... perjuangan kehidupan perlu diteruskan.. aku hanya mampu berdoa supaya dipermudahkan segalanya.. Allah yang Maha Alim.. :) 

Semoga kita semua berada  di bawah rahmatNYA.. Allahurabbi... bantulah kami sekalian umat Islam seisinya...

Till Now, Assalamualaikum