Monday, February 17, 2014

Usrati Ustazah Norhafizah IKIM.FM - Dosa 13 Disember 2013

17 Februari 2014


Menyelak buku dan masih banyak ilmu yang belum sempat di kongsikan ini adalah antara ilmu yang seronok untuk saya kongsikan dengan kalian semua. Alhamdulillah dapat juga saya mulakan journal ilmu yang sedikit mengikut pemahaman diri saya untuk jadi pencen kubur insya Allah.

Ustazah mulakan sesi ini dengan pengertian dosa, dosa adalah sesuatu yang kita buat menyebabkan kita berasa tidak sedap hati dan kusut, dan dengan dosa juga kita tidak mahu orang lain tahu kita telah membuatnya. Fitrah seorang manusia adalah untuk tidak mengaku dosa yang telah dia buat. Dosa akan di rasakan seperti beban, penat, letih dan sebagainya.

Ustazah minta semua pendengarnya untuk membayangkan kalau Allahu Rabb ini menampakkan dosa dosa kita sebagai sampah yang kita akan bawa kemana-mana di dunia ini untuk kita pikul. Kita akan mampu melihat betapa beratnya seseorang itu untuk memikul dosa dan betapa busuknya seseorang itu lalu disebelah kita dengan sampah yang ada pada kita. Subhanallah... Allah boleh je nak buat macam tu kepada hambaNya.. tetapi Allah itu Maha Mengasihani, DIA tutup hijab dan aib kita semua. Alhamdulillah... nasib baik dosa kita tidak dijelmakan dalam bentuk itu di dunia ini..

Yang cantiknya jadi orang Islam bertuhankan Allah dan bernabikan Nabi Muhammad s.a.w ini adalah, Allah sentiasa memberi ruang dan waktu agar manusia dapat bertaubat selepas kita membuat dosa. Sesungguhnya penciptaan kita sebagai seorang manusia ini adalah yang paling istimewa. Berbanding dengan makhluk yang lain. Seburuk dan seteruk mana pun dosa yang kita buat, sekiranya kita betul betul ikhlas dalam mendapatkan keampunan dari Allah, insya Allah Allah akan memaafkan kita semua. Untungnya, Ya Hanana.. :) Alhamdulillah

Beliau ada berpesan, Allah melapangkan peluang untuk manusia bertaubat. Bertaubatlah setiap masa, Allah sentiasa ada dan Maha Mendengar dan Maha Pengampun, Allah tak nak umatnya memikul dosa setiap waktu dan masa. Kalau kita berdosa di waktu siang, kita berdoalah di waktu malam dan sebaliknya. Allah menyukai orang yang suka bertaubat.

Kita ni kena gegarkan kepala dan goncangkan nafsu kita supaya kita dapat kawal diri kita dari membuat dosa dan maksiat dengan jalan beristigfar dan minta maaf dengan manusia. Sekiranya nak minta maaf, minta maaf setulus hati dan minta maaf dengan cepat jangan bertangguh.

Ustazah ada berkata, hari yang paling membahagiakan adalah di mana hari dosa kita di ampunkan oleh Allah. Subhnallah dah dapat rasa sedikit perasaan tu, tapi.. cuba check balik bila kali terakhir kita meminta maaf pada Allah dengan sesungguh hati kita? Setakat hari ni, saat ini sejak kita buka  mata tadi, dah berapa banyak dosa yang kita buat dari lisan, mata mahupun telinga... hmmm :( 

Sucikan diri kita dengan bertaubat, cuci hati kita sendiri. Kalau kita boleh basuh baju kita hari-hari, kenapa tidak hati kita pun dicuci hari hari.. Allah menilai setiap perbuatan dan bukan hasilnya. Setiap usaha ke arah kebaikkan akan dikira di akhirat dan kita akan mendapat ganjarannya masyaAllah. kita perlu selalu dekat dengan Allah. Waktu yang paling baik bagi seorang hamba adalah pada sepertiga malam terakhir. Sepertiga malam terakhir merupakan waktu yang paling baik untuk berdzikir dan bermunajat kepada Allah, karena saat itulah ketika Allah berada paling dekat dengan hamba-Nya. Sebagaimana disebutkan dalam sebuah riwayat,

أَقْرَبُ مَا يَكُوْنُ الرَّبُّ مِنَ الْعَبْدِ فِي جَوْفِ اللَّيْلِ الْآخِرِ، فَإِنِ اسْتَطَعْتَ أَنْ تَكُوْنَ مِمَنْ يَذْكُرُ الله فِي تِلْكَ السَّاعَةِ فَكُنْ .

“Keadaaan paling dekat antara Rabb dengan hamba-Nya adalah pada waktu separuh malam terakhir. Oleh karena itu, jika engkau bisa menjadi orang yang berdzikir kepada Allah ketika itu maka lakukanlah.” [Hadits shahih, riwayat Tirmidzi (no. 3579), Abu Dawud (no. 1277), dan An-Nasa’i (no. 572), dari jalur ‘Amru bin Abasah radhiyallahu’anhu]
 
Kita perlu selalu memperbaharui hidup kita dengan bertaubat. Kena selalu baca Al-Quran kerana Al-Quran akan menjadi seorang lelaki yang tampan semasa kita di dalam kubur nanti. Perlukan loncatan untuk terus mendampingi Al-Quran. Ada enam (6) perkara yang boleh beri syafaat pada kita di dalam kubur nanti antaranya ialah: 
  1. Seronok mendengar ayat Al-Quran, terasa seperti hati sedang membacanya
  2. Membaca Al-Quran 
  3. Tadabbur Al-Quran, belajar memahami dan mengupas nasihat dalam Al-Quran
  4. Mengajar Al-Quran, mengajar tafsiran atau cara membaca Al-Quran
  5. Hafaz Al-Quran
  6. Amalkan apa yang tertulis di dalam Al-Quran
Pintu Gerbang untuk kebahagiaan adalah dengan taubat. Dengan taubat hidup kita akan menjadi baru dan bersih. Jadikan rutin untuk bersihkan hati kita. Ada satu  kisah, seorang wanita yang rajin bangun malam, puasa tetapi jadi ahli neraka.. cuba teka di mana silapnya? Silapnya dia tidak menjaga lidah dan menyakitkan hati orang lain dengan lidah. Lidah telah menyebabkan ramai orang masuk ke neraka.. Nauzubillah.. :( takut pula kita baca ni..
 
Hidup ini kene terus belajar tanpa henti. Selepas dapat ilmu,kene amalkan dan sebarkan kepada orang sekeliling. Setiap amal ibadat mempunyai kelebihan masing-masing, antara yang dikongsikan adalah dengan berzakat ianya akan menyucikan harta dan hati, dengan puasa ianya dapat menyucikan hati dan hubungan kita dengan Allah. Solat pula boleh mencegah kemungkaran sekiranya kita buat dengan khusyuk. Kena selalu qiam untuk tutup semua ruang untuk syaitan masuk dalam hidup kita. 
 
Ustazah ada berkongsi bagaimana untuk bangun qiam dan menunaikan ibadat sunat - solat tahajud, taubat, hajat dan sebagainya. 
  1. Baca ayat 11 Surah Al-Kahf,
  2. A011
    Lalu Kami tidurkan mereka dengan nyenyaknya dalam gua itu, bertahun-tahun, yang banyak bilangannya.
    (Al-Kahfi 18:11) | | English Translation | Tambah Nota | Bookmark 
  3.  Niat dan ambil wuduk sebelum tidur
  4. Muhasabah diri kita seberat-beratnya. Mengaku kesalahan diri sendiri sepanjang kita dihidupkan sepanjang hari, Cari sunnah orang yang Soleh yang kita tahu tapi tak laksanakan.
  5. Jaga amalan dan kualiti diri sendiri ketika sedar. Maksudnya, jangan banyak buat dosa di waktu siang untuk memudahkan kita bangun malam nanti. Elakkan dari dosa, kena perbanyakkan baca Al-Quran, tuntut ilmu, menjaga aurat, sulat doha, Solat awal waktu
Pengakhiran sesi ini, ustazah ada berpesan yang sekiranya kita boleh bangun qiam dan berzikir munajat dan mengingati dosa-dosa kita dan merasakan nikmat dan lazat, bersyukurlah dengan pemberian itu dan semoga kita dapat beristiqamah dalam menjalan ibadat sehari-hari. Buatlah apa juga kebaikkan diniatkan kepada Allah, mudah-mudahan Allah akan menerima dan memberikan ganjaran Insya Allah.

A008 Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
(Az-Zalzalah 99:8) | | English Translation | Tambah Nota | Bookmark 
  
 
Till Then, Assalamualaikum.

Monday, February 10, 2014

Book Review - Imam Syafie, Pejuang Kebenaran : Abdul Latip Talib

10 Februari 2014


Nak buat slot baru yang mungkin bermanafaat atau sedang mencari buku untuk di baca. Details buku adalah seperti di bawah:

Tajuk : Imam Syafie, Pejuang Kebenaran
Penulis : Abdul Latip Talib
Penerbit : PTS Litera Utama Sdn Bhd
Harga : RM 14.00
Bil. M/s: 228

Harga buku ni murah sahaja.. tapi pengisian yang agak mantap. Pembacaan yang agak ringan untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Sebenarnya orang dewasa lagi perlu baca buku macam ni kalau baru nak mencari fakta tentang imam imam yang ada di dalam Islam ni, melainkan kalau kita ni dah memang belajar guna kitab mungkin pengisian buku ini tidak sesuai. Santai dan cara penulisan adalah dalam plot novel.
Diceratakan tentang Imam besar untuk orang Islam Malaysia khususnya sejak dari dalam perut ibunya. Ibunya bernama Ummu Habibah al-Uzduiyyah dan ayahandanya bernama Idris. Nama sebenar beliau adalah Muhammad bin Idris. Susun galur keluarga baginda ada bertaut dengan Nabi besar junjungan kita. Nabi Muhammad s.a.w. Di lahirkan pada 28 Rejab tahun 150 Hijrah. Tarikh beliau di lahirkan adalah sama dengan tarikh kematian Imam Besar Abu Hanifah kerana di seksa oleh Khalifah Abu Mansur kerena beliau tidak mahu memikul tanggungjawab sebagai Hakim. menurut buku ini, Khalifah Abu Mansur adalah seorang yang khalifah yang zalim dan Imam Abu Hanifah sanggup diseksa kerana tidak mahu menerima jawatan itu.

Lahirnya beliau ke dunia menyebabkan ibu dan ayahnya bermimpi agak ganjil,  sebutir bintang keluar dari perutnya lalu naik ke langit. Kemudian bintang itu pecah lalu bertaburan jatuh ke bumi. Ayahnya meninggal dunia kerana sakit ketika beliau masih kecil lagi. Nama sebenarnya beliau Muhammad telah di tukarkan ketika bertemu dengan seorang tua keturunan mereka. Dia mengatakan bahawa muka anak kecil itu mirip muka moyang mereka yang bernama Syafie. Oleh sebab itu, nama beliau di tukarkan kepada Syafie sejak bertemu seorang tua itu.

Kerana miskin Syafie bersama ibunya tidak mampu untuk pergi menuntut ilmu, Ibunya mengajar beliau ilmu agama dan Al-Quran, tenyata anak beliau sangat cerdas. Semuda umur sembilan (9) tahun beliau sudah boleh menghafaz Al-Quran seluruhnya. Setiap kali beliau ingin menimba ilmu dia meminta ibunya supaya mendoakan nya. Sangat taat Imam Syafie ini kepada ibunya.

Buku ini banyak menceritakan bagaimana dan dengan siapa Imam Syafie menuntut ilmu, kerana kecerdasan dan kebijaksaan beliau dalam mengeluarkan hujah, beliau sangat terkenal masa zaman beliau hidup. Terlalu panjang untuk ku ceritakan satu persatu. Apa pun setiap perjuangan memerlukan pengorbanan, dalam sibuk beliau menuntut ilmu dan menyebarkan ilmu, baginda kehilangan ibunda yang tersayang, tidak sempat untuk menyempurnakan jenazah ibunya, namun doanya sebagai bekalan.

Kene baca buku ini untuk mendapat fakta yang lebih padat dan jitu, untuk diri ku sendiri, aku kene cari bahan bacaan yang lebih serius untuk mengesahkan fakta yang tertulis di buku ini. Fun to read and please read as introduction. 

Till then, Assalamualaikum