Friday, March 28, 2014

Ustaz Pahrol Juoi IKIM.FM - Tugas Cinta Pertama : Mendengar 26 Februari 2014

28 Mac 2014


Penceritaan untuk ilmu yang aku dengar awal tahun ini.Alhamdulillah masih diberi nyawa untuk teruskan perjuangan penyebaran ilmu. Walaupun blog ni tak de follower harap harap SEO akan detect words yang ada dalam blog ni. Insya Allah...

Dimulakan dengan mukadimah tentang sifat Allah Yang Maha Mendengar berlainan dengan sifat manusia yang mendengar secara memilih dan selektif. Manusia akan dengar apa yang dia suka dengar. Berbeza dengan sifat Al-Khaliq, Allah mendengar tasbih dari waliNya dan tangisan para pendosa. Allah mendengar tidak kira masa dan tempat dan Dia mendengar keluh kesah dan detikkan hati jutaan manusia. Allah juga boleh mendengar doa-doa berbillion hambaNYA dalam waktu yang sama.

Sifat Allah yang Maha Penyayang juga dibuktikan dengan sifat Maha Mendengar, oleh sebab itu DIA dipanggil Kekasih Utama, memang tidak boleh dibayangkan bagaimana halus dan telitinya Allah dalam mendengar. Kita terdetik di dalam hati juga DIA Maha Mengetahui. Manusia yang merupakan pendengar yang paling baik antara ciptaanNYA ialah Nabi Muhammad s.a.w. Nabi Muhammad s.a.w sangat sayang kepada umatnya. Baginda pernah mendengar dan bertanya kepada seorang anak kecil yang menangis, anak tersebut tiada pertalian dengannya dan baginda tidak mempunyai agenda terhadap anak kecil tersebut. Betapa sensitif dan bagusnya sifat mendengar Nabi Muhammad s.a.w.

Contoh Nabi Muhammad adalah seorang pendengar yang baik ialah baginda mendengar usul dan cadangan dari kalangan sahabat baginda yang pakar dalam bidang masing-masing. Baginda mendengar nasihat dari orang Parsi yang mahir dalam teknik berperang, baginda juga mendengar teknik dan cara menanam kurma dengan baik dari seorang penanam kurma yang bagus. Baginda juga mendengar nasihat dan usul dari isteri dan sahabat tentang sesuatu perkara.

Sekiranya kita bercakap dengan orang tua, jangan memintas cakap mereka kereana mereke lebih berpengatahuan, tetapi orang tua juga perlu memberikan ruang pada anak muda untuk bercakap. Siapa yang bercakap, biarkan mereka habiskan bercakap dahulu.

Ada perbezaan di antara majlis ilmu dan ceramah.
Majlis ilmu = pendengar akan membawa kitab yang tertentu, beliau akan menulis dan melihat bahasa tubuh penceramah. Majlis ini bertujuan untuk mendalami ilmu(tarbiyah); manakala
Majlis Ceramah = Dakwah, kesedaran, menyampaikan ilmu secara bersahaja. penceramah waktu ini kebanyakkan mereka merupakan penglipur lara, kene ada pengisian dalam menyampaikan ceramah.
Nasihat kepada sesiapa yang menghadiri kedua dua jenis ilmu, hendaklah mencatat dan bukan sekadar mendengar, niatkan untuk sampaikan kepada orang lain

Kena ada perasaan syukur sekiranya kita ada rasa risau terhadap keluarga kita tidak menjalan ibadah mengikut fitrah Islam. Bimbang terhadap agama dan umat Islam adalah warisan Nabi. Sekiranya kita hendak berdakwah kepada seseorang termasuk ahli keluarga, kena bila perhubungan yang baik dahulu, kene bina jambatan bantu mereka ketika dalam kesusahan, bantuan dari segi kewangan mahupun tenaga dan masa. Tunjukkan akhlak yang baik dan buat kerja rumah, jadi pendengar yang baik dan berdoa dengan bersungguh-sungguh supaya mereka di kurniakan hidayah. Selepas tu baru tegur dengan baik.

Ustaz Pahrol ada menjawab soalan berkaitan anak-anak tidak mendengar kata. Kena ubah ayat kepada bagaimana kita nak jadi ibu bapa yang lebih mendengar. Ibu dan ayah perlu mendengar terlebih dahulu sebelum memberi nasihat, kena fahami perspektid anak-anak dahulu. Jangan hanya mendengar kata-kata mereka dengan telinga, dengar dengan hati. Kena lihat cara anak meluahkan perasaan, tengok mata dan rieaksi mereka. Mendengar bukan sahaja untuk memahami tetapi untuk merasai.

Ada beberapa kekangan mendengar yang telah dikongsi oleh Ustaz Pahrol seperti di bawah:
  1. Ego - menolak kebenaran (kibir) iaitu rasa diri lebih baik dari orang lain dan hina orang lain
  2. Gangguan - rasa orang yang bercakap itu tak penting dan lebih mementingkan telefon bimbit dan tidak menumpukan sepenuh perhatian
  3. Defensif - Pertahankan diri, tidak menganggap perbualan itu satu perkongsian tetapi perbalahan. kita perlu fokus pada rasa dan orang yang bercakap bukan pada idea sahaja
  4. Tutup Minda - Mengandaikan apa yang dicakapkan itu dia sudah tahu. menutup telinga " Closed mid will close the ears"
  5. Projection/menonjol diri - rasa ingin menonjolkan idea lebih bagus dan lebih dominan
  6. Andaian/Pre-judge - Persepsi, pehakiman suka meghukum sebelum mendengar dengan teliti. 
Tidak akan boleh mendengar sekiranya kita tidak punya kasih sayang. Tidak mendengar juga adalah tanda kita EGO.

Akhir sekali ustaz ada berkongsi tentang cara kita mahu lebih mendengar dan mendekatkan diri dengan AlKhaliq. Sekiranya kita ingin mendengar apa yang Allah ingin katakan pada kita, bacalah Al-Quran dan fahami isinya. Sekiranya kita ingin bercakap dengan Allah, solatlah. Kene mulakan kehidupan dengan memperbetulkan solat, hadirkan diri dengan kuliah ilmu yang menguraikan AlQuran.

Segala yang baik datangnya dari Allah dan kesalahan dari diri saya sendiri. Diharap siapa yang mendengar boleh membetulkan yang mana salah. Wallahualam.

Until Then, Assalamualaikum.

No comments: