Saturday, April 19, 2014

Ustaz Pahrol Juoi IKIM.FM - Mendengar Untuk Memimpin: 12 Februari 2014

19 April 2014
 
Bismillahirahmanirrahim
 
Dimulakan dengan mukadimah dari Ustaz Pahrol, tanpa ilmu seseorang itu tidak boleh memimpin. Seorang pemimpin itu adalah seorang yang selalu menambah ilmu.
When you stop learning, you will stop leading.
Setiap manusia adalah pemimpin, oleh kerana itu, kita perlu selalu dan sentiasa mencari ilmu.
 
Seseorang itu boleh menyayangi tanpa memimpin, namun seseorang pemimpin itu perlu memimpin dengan kasih sayang. Seorang yang mempunyai sifat kasih sayang adalah seorang pendengar yang baik. Orang yang takbur tidak boleh mendengar. 80% masalah kepimpinan adalah melibatkan masalah komunikasi. Mendengar adalah salah satu kunci utama komunikasi. Rasulullah memberi khutbah terakhir dengan menyuruh para akhi/suami menjaga 2 golongan lemah (1. Anak yatim 2. ukti/isteri dengan kasih sayang)
 
Pemimpin yang baik adalah seorang pendengar yang baik, memenuhi keperluan material dan sekiranya tidak mampu, dia boleh memenuhi keperluan mental dengan penuh kasih sayang. Seorang pemimpin yang baik juga bebas, boleh bersuara dan boleh didengari. Mendengar dengan empati dan bukan dengan simpati.  Pemimpin yang baik mendengar apa yang PERLU diketahui bukan apa yang dia MAHU dengar.
 
Seorang mukmin adalah seorang yang mendengar dengan taat, bila di bacakan ayat Al-Quran, hatinya akan bergetar dan mengingati Allah. Orang Kafir menutup pendengaran mereka seperti mana di dalam ayat-aya di dalam Al-Quran.
 
Seorang yang nak memimpin perlulah prihatin dan bijak.
"People dont care how much you KNOW until they know how much you CARE!"
 
Seorang pemimpin yang baik akan mendengar apa yang tidak disampaikan dengan lisan dan beliau akan tengok body language. Namun beliau juga akan fokus pada penuturnya.
 
Bila berhadapan dengan pendengar, kita kena sayangi mereka dan bercakap dengan kasih sayang. Bertindak untuk memahami.
 
Tips pemimpin untuk menjadi pendengar yang baik adalah mendengar dengan sabar, iman dan kasih sayang. Kegagalan pemimpin untuk mendengar seperti berikut:
1. Tidak ada di dalam perbualan - memikirkan sesuatu yang lain ketika sesuatu cerita/isu diadukan
2. Berpura-pura mendengar
3. Mendengar secara memilih
4. Mendengar hanya dengan kata-kata, tidak mendalami keadaan si pengadu
5. Mendengar dan tidak fokus pada orang lain, pentingkan diri sendiri dan pre-judge (prajudis)
 
Seseorang pemimpin yang banyak cakap, kena pilih waktu mendengar dari bercakap. Kasih sayang ada kaitan dengan iman. Orang yang sayang Allah akan sayang pada makhluk.
 
Pada sesiapa yang mendengar mohon tambah dan betulkan :) Terima kasih.
 
 
Till Then, Assalamualaikum.
 

Pesona DiZahra Ustaz Muhammad Abdullah Al-Amin IKIM.FM - Ikhlas 24 Februari 2014

28 Mac 2014


Ustaz Muhammad Abdullah Al-Amin ni one of my favorite ustaz, alhamdulillah dapat mendengar ilmu yang dicurahkan berkenaan dengan tajuk di atas.

Dimulakan dengan pembacaan Ayat AlQuran seperti dibawah:


Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah Agama yang benar.
(Al-Bayyinah 98:5


Ustaz ada menyatakan tentang keikhlasan dalam perkahwinan, kene check semula kenapa kita berkahwin. Berkahwin perlulah kerana suruhan Allah, dan mengikut sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Umat Nabi Muhammad adalah antara umat yang disayangi oleh Allah.

Pada sesiapa yang belum bertemu jodoh, dinasihatkan agar selalu beristiharah untuk senang bertemu jodoh. Kalau bina rumahtangga atas dasar ikhlas, insya Allah kalau ada masalah dalam keluarga, akan berbaik semula. Kalau juga kita ikhlas berkahwin kita juga akan ada kekuatan untuk perbaiki kehidupan suami isteri. Akan teguh dan kuat ikatan.

Analoginya beliau ada menasihatkan kita jadi seperti kopi, bila direndam di dalam air dan direbus, kita akan mengubah air menjadi kopi dan bukan seperti air yang akan mengikut persekitarannya. 

Ustaz ada share Seni IKHLAS untuk menjadi qawam (pemimpin), seseorang mestilah melaksanakan mengikut peraturan seperti berikut:

1. Tidak menafikan hak. Contohnya, suami kene bagi nafkah walaupun tidak di minta oleh si isteri
2. Tidak menafikan kemanusiaan
    - Memaafkan orang lain, suami, isteri
    - Mendoakan isteri/suami menjadi soleh/hah
    - Berikan senyuman pada pasangan
3. Bukan bermaksud tidak boleh bercakap langsung
    - Boleh cakap tentang amalan, cuma kena jaga hati supaya tidak ada penyakit hati (riak,takbur, 
      ujub)
    - Boleh sebut dan cerita untuk iktibar
4. Bukan bermaksud tidak boleh tunjuk
    - Boleh tunjuk dengan syarat kena jaga hati dan keadaan supaya boleh jadi contoh pada orang lain
5. Bukan boleh bercakap semua benda 
   - Bukan semua benda perlu dicakapkan
   - Tidak boleh bercakap dalam beberapa keadaan
      i. Dalam peperangan, strategi perperangan 
      ii. Benda yang boleh mendatangkan kemudaratan
     iii. Benda yang mengaitkan kepada permusuhan, perasaan benci 
     iv. Keaiban diri yang Allah tutup, dosa lampau  dan kelemahan lain

Bergantunglah dengan Allah yang bersifat Ya Hayyu Ya Qayyum, Yang Maha Kuat. bergantung dengan yang kuat, kita akan menjadi kuat.
Pesanan yang terakhir, orang muslim makan sedikit bukan hidup untuk makan, sebahagian dari sangka akan mendatangkan dosa. Perlu bina sifat qawam dan kena ikhlas untuk menimbulkan kekuatan.

Semoga bermanafaat. Mohon pada sesiapa yang mendengar boleh menambah sekiranya ada yang terkurang.

Till Then, Assalamualaikum.
 

Ustaz Pahrol Juoi IKIM.FM - Bersama Allah Tidak Gelisah : 19 Februari 2014

19 April 2014

Bismillahirahmanirahim..

Wau, dah dua bulan aku simpan coretan ilmu ini. Alhamdulillah akhirnya hari ini mampu untuk aku kongsikan bersama kalian. Dalam Islam, ketika kita buat apa sahaja di dunia ini ada doa. Betapa shumulnya agama Islam ini. Tak bersyukurkah kita?? Islam ada adat di ajar dengan syariat. Semua perbuatan kita kena mulakan dengan bismillah.

Ustaz mengingatkan kita bahawa doa bukan sekadar pemberitahuan kepada Allah, kerana Allah itu Maha Mendengar, sekalipun kita tidak zahirkan Allah Maha Mengetahui. Doa bertujuan untuk mengaku kita ni hamba Allah. Bila kita berdoa, kita akan bersama Allah. Bila kita jadikan budaya dan jaga adab, kita akan sentiasa bersama Allah.
 
Seorang hamba, seperti kita semua ini, terlalu lemah, tidak tahu apa yang baik untuk diri sendiri. Kudrat kita sebagai seorang hamba adalah terhad. Kita kena ingat kudrat Allah tanpa had. Sebagai seorang hamba, kita kena terima apa yang Allah dah tuliskan untuk kita kerana Dia adalah sebaik-baik perancang dan pelaksana.
 
Ustaz suruh kita bayangkan, ketika kita berjalan di tepi pantai, matahari terbenam, warna terlalu cantik dan tidak dapat diluahkan dengan kata-kata. Kita tidak pernah pula untuk lawan/ubah lukisan alam. Sebegitu juga dengan nasib dan ketentuan kita. Kita takkan mampu untuk mengubah walau hanya secebis.
 
Ketika kita dituliskan dengan sesuatu, kita tidak boleh pasrah atau menyerah, tanpa usaha. Kita WAJIB berusaha dengan seluruh tenaga yang ada. Namun sekadar mana usaha yang kita buat, kita kena ingat, usaha yang kita buat takkan beri bekas terhadap sesuatu, yang beri bekas ialah Allah.
 
Diantara tips yang boleh dilakukan ketika sesuatu perkara terjadi pada kita, kena berusaha untuk atasinya dan serah pada takdir, tawakal. Sebelum berusaha kena doa, semasa berusaha dengan tenaga juga perlu berdoa, kita mesti berhusnuzon (bersangka baik) dan berakhir dengan doa. Kalau kita ikut ni, insya Allah, Allah bersama kita.
 
Bacalah doa ketika kita buat sesuatu dan berakhir dengan doa. Contoh makan, orang akan baca doa sebelum makan, namun kita lupa untuk baca doa selepas makan.
 
Antara kesan kita selalu bersama Allah ialah kita berjaya dalam apa jua yang kita inginkan dan ucapkan Alhamdulillah, tepis pujian kepada Allah. Sekiranya berlawanan dengan kehendak kita, jangan kecewa Allah nak beri hadiah pada hambaNya. analogi hadiah kerana, hadiah ada sampul, sebabtu sebelum kita buka hadiah, kena buka sampul, maka kita kena lalui kepahitan ujian sebelum kebahagiaan.  Bila Allah tidak beri sesuatu, Allah nak beri yang lebih baik/besar. Allah undurkan kita untuk lonjak lebih tinggi.
 
Ciri-ciri orang yang jauh dengan Allah:
1. Lupa puji Allah, rasa semua nikmat adalah asbab berusaha dengan sendiri
2. Ego
3. Dah berjaya masih tidak lagi rasa tak puas hati,
 
Tersentap bila ustaz bacakan Surah Al-Maarij (19-23)
 
A019
Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut); -
(Al-Ma'aarij 70:19) | | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A020
Apabila ia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah;
(Al-Ma'aarij 70:20) | | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A021
Dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut;
(Al-Ma'aarij 70:21) | | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A022
Kecuali orang-orang yang mengerjakan sembahyang -
(Al-Ma'aarij 70:22) | | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A023
Iaitu mereka yang tetap mengerjakan sembahyangnya;
 
Merungut adalah keluhan. Jangan jadikan tabiat dan budaya. Sememangnya keluh kesah itu memang manusia.. dah memang kita.. tapi kita kena kawal sejak dari awal lagi. Banyakkan istigfar dan selawat. Bila kita selawat, kita akan ingat pada Nabi Muhammad s.a.w dan baginda adalah seorang yang sentiasa mengingati Allah. Jom kita gantikan rungutan dan istigfar dan selawat.
 
Kita kena atasi dan lawan nafsu (Mujahadah) ke jalan yang benar. Kesusahan yang kita alami bertujuan untuk mencari keredhaan Allah, kita medapat ganjaran yang lebih besar. Orang yang beriman, adalah orang yang bijaksana, kerana dia merasakan kesusahan di dunia yang bersifat sementara. Percaya bahawa Allah akan bantu kita di dalam kesusahan, selagi mana kita bersabar.
 
Cara ubati penyakit hati adalah dengan melakukan kerja yang menjatuhkan ego,contohnya, kita mampu untuk gunakan kereta besar, tapi kita pergi kerja dengan menggunakan kereta buruk. Ataupun cuci bilik air, kutip sampah atau sebagainya.
 
Kenapa stress muncul?? Stess timbul disebabkan kita bergantung kepada diri sendiri, percaya dengan kudrat sendiri, sebenarnya kita memang patut serahkan kepada Allah Yang Maha Besar. Jangan stress bila menghadapi ujian, lebih-lebih lagi ketika ini, kos sara hidup tinggi, kemerosotan ekonomi, kegawatan air, jangan lupa minta pada Allah.
 
Ujian dikatakan sebagai cubitan kasih sayang dari Allah, untuk ingatkan kita pada Allah. Orang stress tidak memaafkan diri sendiri, sebab tu stress. Kalau rasa Allah Maha Pemaaf, tidak akan stress dan hati akan tenang.
 
Ada seorang hamba Allah bertanya tentang mengulangi kesalahan yang sama setelah bertaubat pada Allah, Ustaz mengulas dan menjawab, orang mukmin tidak akan jatuh dalam lubang yang sama dua kali. Orang mukmin akan mengambil pengajaran dari kesalahan.  Apabila kita berfikir secara yang sama, kita akan buat cara yang sama dan apa yang perlu kita buat ialah, ubah cara fikir untuk mengubah segalanya. Kita kena bijak dan letakkan precaution yang tinggi untuk tidak terjebak dalam dosa yang sama. Jangan putus asa kalau kita dah buat dosa yang sama. Syaitan ini adalah makhluk Allah yang licik, pada sesiapa yang belum buat dosa, dia akan bisik untuk buat dosa, yang buat dosa dia akan bisik untuk buat dosa yang sama banyak kali dan dia juga akan bisik supaya kita putus asa supaya tiada harapan lagi untuk bertaubat. Mukmin tidak kenal erti putus asa kecuali orang kafir. Ingatan untuk diri saya sendiri bila kita hendak putus asa terhadap sesuatu. Mudah-mudahan kita akan dimatikan dalam taubat atau hasrat untuk bertaubat insyaAllah
 
Sebagai penutup, untuk dapatkan ketenangan dalam hidup, kita kena bijaksana dan cari ilmu yang akan boleh digunakan kelak. Kita tidak boleh ubah TAKDIR, tapi kita boleh ubah TADBIR, cara kita terima sesuatu ketentuan dariNYA. Untuk tenang, kita perlu TADBIR diri kita selaras dengan TAKDIR. Kena sentiasa bersangka baik dengan Allah, berusaha ke arah yang lebih baik. Allah sayang kita sebab tu Allah uji dengan kasih sayang. Racun akan jadi penawar kalau kita kembali pada Allah.
 
Semoga bermanafaat. Mohon tambah atau tegur kekurangan isi pada siapa yang mendengar ceramah ini...wallahualam...
Till Then, Assalamualaikum.
 
 


Thursday, April 10, 2014

Pinjamkan Yang Dipinjamkan

10 Apr 2014


Alhamdulillah dah terbuka hati hari ini untuk sign up... semoga Allah beri kemudahan dan menyenangkan urusan bila sampai waktunya nanti... Allahu.. berat rasa hati ni.. tapi bila dah lama berfikir dan akhirnya harini terus sahaja tanpa terlintas klik daftar...

Semoga akan bermanafaat pada manusia seterusnya... semoga Allah ampunkan dosa saya yang telah lalu, akan datang yang saya ketahui atau tersembunyi keadaannya... 
AllahuAllah..
Permudahkan segala urusan kami insan yang hina dina lagi lemah ni...

www.dermaorgan.gov.my

Till then, Assalamualaikum