Saturday, April 19, 2014

Ustaz Pahrol Juoi IKIM.FM - Mendengar Untuk Memimpin: 12 Februari 2014

19 April 2014
 
Bismillahirahmanirrahim
 
Dimulakan dengan mukadimah dari Ustaz Pahrol, tanpa ilmu seseorang itu tidak boleh memimpin. Seorang pemimpin itu adalah seorang yang selalu menambah ilmu.
When you stop learning, you will stop leading.
Setiap manusia adalah pemimpin, oleh kerana itu, kita perlu selalu dan sentiasa mencari ilmu.
 
Seseorang itu boleh menyayangi tanpa memimpin, namun seseorang pemimpin itu perlu memimpin dengan kasih sayang. Seorang yang mempunyai sifat kasih sayang adalah seorang pendengar yang baik. Orang yang takbur tidak boleh mendengar. 80% masalah kepimpinan adalah melibatkan masalah komunikasi. Mendengar adalah salah satu kunci utama komunikasi. Rasulullah memberi khutbah terakhir dengan menyuruh para akhi/suami menjaga 2 golongan lemah (1. Anak yatim 2. ukti/isteri dengan kasih sayang)
 
Pemimpin yang baik adalah seorang pendengar yang baik, memenuhi keperluan material dan sekiranya tidak mampu, dia boleh memenuhi keperluan mental dengan penuh kasih sayang. Seorang pemimpin yang baik juga bebas, boleh bersuara dan boleh didengari. Mendengar dengan empati dan bukan dengan simpati.  Pemimpin yang baik mendengar apa yang PERLU diketahui bukan apa yang dia MAHU dengar.
 
Seorang mukmin adalah seorang yang mendengar dengan taat, bila di bacakan ayat Al-Quran, hatinya akan bergetar dan mengingati Allah. Orang Kafir menutup pendengaran mereka seperti mana di dalam ayat-aya di dalam Al-Quran.
 
Seorang yang nak memimpin perlulah prihatin dan bijak.
"People dont care how much you KNOW until they know how much you CARE!"
 
Seorang pemimpin yang baik akan mendengar apa yang tidak disampaikan dengan lisan dan beliau akan tengok body language. Namun beliau juga akan fokus pada penuturnya.
 
Bila berhadapan dengan pendengar, kita kena sayangi mereka dan bercakap dengan kasih sayang. Bertindak untuk memahami.
 
Tips pemimpin untuk menjadi pendengar yang baik adalah mendengar dengan sabar, iman dan kasih sayang. Kegagalan pemimpin untuk mendengar seperti berikut:
1. Tidak ada di dalam perbualan - memikirkan sesuatu yang lain ketika sesuatu cerita/isu diadukan
2. Berpura-pura mendengar
3. Mendengar secara memilih
4. Mendengar hanya dengan kata-kata, tidak mendalami keadaan si pengadu
5. Mendengar dan tidak fokus pada orang lain, pentingkan diri sendiri dan pre-judge (prajudis)
 
Seseorang pemimpin yang banyak cakap, kena pilih waktu mendengar dari bercakap. Kasih sayang ada kaitan dengan iman. Orang yang sayang Allah akan sayang pada makhluk.
 
Pada sesiapa yang mendengar mohon tambah dan betulkan :) Terima kasih.
 
 
Till Then, Assalamualaikum.
 

No comments: