Saturday, May 24, 2014

Tarbiyah Ustaz Syed Abd Kadir IKIM.FM - Cubit-cubit Sayang 28 Februari 2014

Cubit-Cubit Sayang - Ustaz Syed Abdul Kadir

Pengolahan secara terus melalui nota yang aku ada dan salin, sekiranya ada kesilapan, minta untuk tegur dan saya akan betulkan InsyaAllah



Kalau kita baca Al-Quran dan sirah Rasulullah, Allah akan bantu sekalian Nabi setelah Allah uji dahulu, dan pertolongan dari Allah itu akan datang tepat pada masanya dan ketika berada di saat genting. Contoh pertolongan yang betul-betul sampai tepat pada waktunya ialah ketika di zaman Nabi Musa a.s dikejar oleh rombongan Firaun dan tenteranya.. mereka tidak mempunyai laluan lain selain daripada Laut Mati yang terbentang di hadapan mereka. Nabi Musa a.s dengan tenang menggunakan tongkat yang mempunyai mukjizat dari Allah dan laut telah terbelah dua, kering dan menjadi laluan kepada Nabi Musa a.s dan pengikutnya.

Nabi Muhammad s.a.w yang merupakan kekasih Allah s.w.t juga tetap mendapat ujian dari Allah s.w.t dan baginda telah diuji sejak dari kecil lagi. Nabi Muhammad s.a.w bukan melalui jalan mudah walaupun telah digelarkan sebagai kekasih Allah. Baginda kehilangan tempat bergantung sejak dari kecil, dihina dan dikeji oleh kaumnya sendiri.. Allah.. pelbagai dugaan dan ujian tuliskan untuk baginda untuk menyatakan pada kita.. Kita akan ditimpakan dengan ujian kerana Allah mengasihi kita.. Subhanallah

Berbeza dengan kasih sayang seorang ibu kepada anaknya, yang tidak mahu apa apa berlaku kepada anaknya, Allah akan menguji orang yang DIA sayang dan kita kena sabar dengan ujian yang telah dituliskan kepada kita. Kalau kita tidak sabar kita akan dapat kemurkaan Allah naazubillah.. sesungguhnya Allah menguji hambaNYA kerana DIA hendak mendengar rintihan dari hambaNYA.

Tarbiyah ini merupakan satu pendidikan, sebagai analogi ustaz ada penyebutkan tentang bagaimana kita hendak menjadikan sesuatu pokok untuk menjadi subur, kite kene gemburkan tanah, letak baja dan menyiram pokok tersebut. Sama juga seperti manusia, perlu ditarbiyahkan melalui ujian untuk menjadi lebih subur dan untuk meningkatkan keimanan.

Ada juga tips bagaimana nak lalui ujian dengan sabar dan husnuzon (bersangka baik):
  • Selalu baca Bismillahirahmanirahim pada setiap perbuatan 
  • Kerana dalam kalimah tersebut ada Ar-Rahman dan Ar-Rahim (sifat dan nama Allah) dan ujian juga merupakan salah satu tanda kasih sayang Allah s.w.t
  • Bila hamba yang disayangi akan diuji dan ditimpa bala, Hamba akan selalu berdoa dan Allah akan menyahut dan mengkabulkan doa Hamba yang diuji
Ujian ditujukan kepada kita untuk mendekatkan diri kita kepada Allah s.w.t sebagai tanda Allah ingat pada kita dan secara tak langsung memanggil kita untuk seru pada Allah s.w.t. Sebahagian ulamak akan merasa risau sekiranya mereka tidak diuji. Kita kena bersyukur dengan ujian Allah kerana ianya tanda Allah sayang pada kita sebagai hambaNYA.

Berikut adalah soalan yang diajukan kepada Ustaz ketika sesi ini:
a) Apakah doa untuk anak anak yang tidak mengikut cakap?
   - Berdoa dengan Allah supaya dikurniakan anak yang soleh. Bacakan Surah To-Ha (1-5) bacakan 
     di ubun-ubun anak anak ketika anak anak tidur, cium pada ubun-ubun dan doakan anak anak    
     dalam bahasa Melayu
b) Adakah perlu kekerasan dalam berdakwah?
    - Kekerasan dalam berdakwah adalah diperlukan pada hukum yang penting mengikut peringkat  
      golongan masyarakat
    - Contoh kisah : Imam Malik ketika muda dan ingin belajar dengan seorang guru. Hadir pada 
      kuliah khusus dan belajar secara private dengan gurunya. Pada satu hari, hujan turun dengan 
      lebat, Imam Malik melewatkan kedatangan beliau kekelas dari selepas Magrib kepada selepas 
      Isyak. Beliau mengetuk pintu, tetapi gurunya tidak membuka pintu sehingga Subuh. untuk kisah 
      ini, ingin mengajar kita adab untuk menuntut dan menepati janji
c) Bagaimana nak tarbiyah secara konsisten?hendak bagun tengah malam
    - Bermula dari siang hari, makan minum perlu datang dari sumber yang halal dan perlu kurangkan 
      dosa
    - Berdoa sebelum tidur " Ya Allah, bangunkan aku pada waktu yang Kau Paling suka dan  
      memudahkan aku untuk beribadat yang Kau Paling suka"
d) Bagaimana nak tarbiyah pada anak-anak?
    - Tunjukkan contoh yang baik pada anak-anak melalui perbuatan dan pertuturan
e) Adakah doa itu senjata mukmin?Apakah menangis itu simbol kepada kelemahan?
    - Allah sangat suka mendengar rintihan dari hambaNYA. Bila kita berdoa ianya akan menjadikan 
      diri kita kuat. Allah bagi ujian yang mana kita mampu untuk atasinya:
2:286
Sahih International
Allah does not charge a soul except [with that within] its capacity. It will have [the consequence of] what [good] it has gained, and it will bear [the consequence of] what [evil] it has earned. "Our Lord, do not impose blame upon us if we have forgotten or erred. Our Lord, and lay not upon us a burden like that which You laid upon those before us. Our Lord, and burden us not with that which we have no ability to bear. And pardon us; and forgive us; and have mercy upon us. You are our protector, so give us victory over the disbelieving people."
 
   - tidak salah untuk menangis kerana ditimpa ujian. Nabi Muhammad s.a.w juga menangis. Islam adalah agama fitrah.
 
Allah akan murka pada orang yang tidak beriman dan kufur nikmat. Allah turunkan bala kerana kecuaian pada diri mereka sendiri. Ini menunjukkan dan membuktikan kasih sayang Allah pada hambaNYA. 
 
f) Apakah tanda atau cara kita bersyukur?
- Bersyukurlah dan Allah akan tambahkan lagi nikmat
- Solat Syukur, sujud syukur dan bertasbih Alhamdulillah
- melakukan atau berbuat sesuatu dengan nikmat dan kurniaan yang Allah berikan. 
- Syukur merupakan satu ibadat dan bersyukurlah apabila kita boleh beribadat dan bersyukur secara berterusan
 
Secara kesimpulannya, sekiranya kita dilanda dengan masalah/musibah/ujian, janganlah terlalu sedih kerana Allah memilih kita untuk diuji. "the will be a light at the end of the tunnel" Percaya dan yakinlah dengan hikmah setiap kejadian dan ujian itu adalah sebagai peringatan kepada kita. Hadiri majlis ilmu, mengaji AlQuran dan yakin dan selalu bersangka baik dengan Allah. Ingatkan diri tentang kasih sayang Allah. Cubitan/Ujian adalah cubit sayang dari Allah Bersyukurlah dan Allah akan berlipat gandakan pahala dan ganjarannya Insya Allah
 
Wallahualam.
Till Then, Assalamualaikum 

Tuesday, May 20, 2014

ILMFEST 2014 17-18 May 2014 PICC Putrajaya

20 Mei 2014


Perasaan itu masih membara dan masih berbaki.. aku berdoa agar perasaan bersyukur dapat menghadirinya dan ilmu-ilmu yang didengari akan mendatangkan barakah kepada hidupku kini dan nanti... Suatu hari bila ya Malik menyoal apakah yang telah kau lakukan untuk mengenalku dan kekasihku..semoga majlis ini dapat berdiri untukku dan para peserta lainnya..

Subhanallah... perasaan tu tak terkata, bertemu dengan sahabat lama hari ke dua dan pada hari pertama menjadi lone ranger mengutip segala ilmu yang diberi secara melata.. Allahu Allah.. bersyukur sangat sebab diberi kesempatan untuk kesana.. untuk mendekatkan diri kepadaMu Ya Bari (Maha Perancang) Ya Qahhar (Yang Maha Perkasa)...
Semua ini ketentuanMu.. Alhamdulillah..

Kalau ada masa aku akan mencatit setiap bait ilmu yang aku terima semasa menghadiri sesi ini.. aku mungkin akan cuba sehabis baik... insyaAllah.. biiznillah... 

Semoga Allah merahmati mereka semua yang terlibat untuk bawa majlis ilmu sebesar ini ke Malaysia.. semoga Allah merahmati syeikh2 yang menaburkan ilmu di majlis ini, semoga Allah memberkahi ilmu yang diambil dari setiap peserta setiap incinya.. Semoga Allah mengampunkan kita semua.. menerima semua amalan baik kita dan memudahkan setiap urusan di dunia dan akhirah.. semoga ketemu lagi kita semua di syurga

Gambaran dari sisi tepi.. hampir penuh dewan ini dengan penuntut ilmu. Pic of Sheikh Omar Sulaeman



Ya Jalil (yang Maha Mempunyai Keagungan) Ya Mujib ( Yang Mengkabulkan) kau berilah peluang menuntut ilmu secara berjemaah ini kepada semua umat Islam, terutamanya yang terlalu dahagakan ilmuMU ini Ya Rabb.. Kau permudahkan urusan semua hambaMu di dalam kesulitan, Kau berilah kesembuhan kepada sesiapa yang sakit samaada fizikal atau rohani. Kau tautkan hati kami umat Islam ini dengan ajaran dan perkataanMu ya Allah Ya Azim (Yang Maha Agung).. Sampaikan selawat dan sembah salam kami kepada junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarganya, sahabah dan para tabi'in. Terima kasih atas perluasan sebaran agamaMu melalui baginda Nabi Muhammad dan semua para Dai'e. Kami peluk Islam kerana kalian yang menyebarkannya.. Alhamdulillah

Till Then, Assalamualaikum


Monday, May 5, 2014

Mati Itu Pasti

5 Mei 2014


Aku tak kenal dia, tapi kehilangan kematian dia menyebabkan aku terpana... Elok sihat je arwah pergi makan malam bersama kawan-kawan di Kampung Melayu, mana nak tahu itu nafas terakhirnya... mana nak tahu itu malam terakhir dia menikmati makanan orang Johor... 

Moral of the story, bila dah sampai masa kamu, tak kira dimana, waktu apa dan bagaimana sekalipun anda tetap akan tewas. Nyawa dan nafas anda akan tetap direntap dan akan meninggalkan dunia yang fana ini.

Ada khabar berita yang mengatakan beliau meninggal disebabkan stress.. mungkin itu penyebab sahaja. Allah rancangkan di akhir hidup dia dihujani dengan pelbagai cabaran dan rintangan... tapi hakikatnya memang dah sampai ajalnya.. ada juga yang sempat pesan, jangan stress, nanti boleh mengundang kematian... Allahurabbi... memang la nak jauh dari stress.. tapi takkan boleh melawan takdirNYA.

Banyak sahabat dan rakan alam maya memuatnaik gambar arwah ketika hayatnya. Diharap sangat komen 'alfatihah' tidak sekadar huruf dan ayat penyedap. Mudah-mudahan sebanyak banyak post tentang arwah, sebanyak itu juga kiriman al-fatihah untuk arwah... 

Hari ni mungkin hari dia meninggalkan dunia ini.. begitu caranya.. kita entah bagaimana... entah direntap ke? entah disentap ke.. entah ditarik dengan lembut kah.. wallahualam... 

Semoga perjuangan arwah diteruskan dalam menyatukan dan membentuk belia di Ujung Tanah ini, semoga pengganti beliau akan lebih agresif dan menyambung legasi arwah yang bercita cita tinggi..

Bismillahirahmannirahim
Alhamdulillahirabbil ngalamin
ArRahmannir Rahim
Maliyau middin
Iyya kanaq budu wa iya kanas tain
Ih dinas siratal mustakim
Sirotallazi na an am ta alaihim roiril mak du bialaihim 
Waloddolllinn
Amin
untuk arwah Azrafie Zaky



ps- betul orang cakap,orang yang baik selalu 'pergi' dulu.. dia sanggup untuk balik ke JB untuk menjaga orang tuanya. Semoga kau aman di sana Zac..

Till Then, Assalamualaikum