Friday, June 20, 2014

Bulatan Kecil yang Menggembirakan

20 Jun 2014


Perjumpaan minggu-minggu  yang lalu adalah giliran saya untuk memberi sedikit tazkirah di bulatan kecil. Subhanallah... tak dapat nak gambarkan perasaan tu... takut.. sudah tentu.. that will be my first time ever... hmmm  terfikir nak buat tajuk apa yer.. owhh this kind of preparation, teringat program Toast Master yang pernah saya hadir dulu, selalu buat  kecut perut dan practise banyak kali untuk pastikan my tongue doesn't slip.. hahha

Sejak bekecimpung dalam bulatan ni, perasaan tu terasa kelainannya. Ukhwah yang dibentuk dengan ikatan bulatan ni alhamdulillah semakin utuh... sungguh tak sangka Allah kabulkan juga niatku untuk berbulatan. Dari dulu lagi aku mengadu tiada bulatan gembira yang sedia ada di kawasan Johor Bahru. Bila ditulis di status fb ada tak kumpulan sejenis ini, tiada yang beri khabar gembira. Tapi ada sorang sahabat di pejabat telah cuba untuk mendapatkan details dan akhirnya kami ditemukan. Awal tahun 2013, aku telah diketemukan dengan team bulatan ni.. Allah.. rasa macam nak nagisAllah lorongkan aku ke jalan yang benar...

Pertemuan pertama, ramai sungguh yang berminat dan ingin tahu apakah pengisian, perjuangan dan cara mereka ini berkumpul.. tapi hari demi hari.. minggu demi minggu, kehadiran sangat menyepikan.. mungkin ada yang tidak kena selera dengan diri masing-masing...mungkin juga pendekatan naqibah dan kawan-kawan sekeliling ada mempengaruhi... tapi mungkin niat dan kelapangan yang Allah beri buat aku terus berbulatan..

Setelah beberapa bulan bersama bulatan, ilmu yang didapati semakin bertambah isinya.. dan dapat berbincang secara terbuka.. walau kadang ada yang tidak bersetuju.. tapi Allah beri kekuatan untuk tidak memecahbelahkan bulatan sedia ada.. aku berharap sangat keadaan ini berterusan dengan kuasa Allah..

Semoga ada lagi sahabah2 yang lain yang berminat dan teruskan bermujahadah dalam bulatan kecil yang menggembirakan ini.. semoga budaya bulatan ini akan diteruskan dalam future keluarga aku nanti insyaAllah dan separuh agama saya akan jadi naqib... Allahu.. seronoknya berangan... tak pe la kan.. it wont take any price to dream.. Dream on.. :)

Till Then, Assalamualaikum

5 comments:

Raihan Esa said...

Menarik aktiviti korang..

@Fr!^n@ said...

Raihan,

lame ko menyepi eyh..
alhamdulillah...semakin menarik dengan cabarannya.. hihi

Anonymous said...

Bulatan kecil yg memberi syafaat..semoga bulatan tersebut baik utk kebaikan..rajin² la mencari ilmu akhirat .. Insyallah akan diberkati Allah swt drp insan kenalan lama - along'eim :o)

@Fr!^n@ said...

Along,

Subhanallah... im speechless... selamat kembali kepada fitrah...
dan semoga kita sama sama isiqamah untuk cari ilmu akhirah ya...

Sampaikan salam saya pada keluarga along..

insani diri said...

Welcome sahabat..says join bulatan ikram:)