Tuesday, September 23, 2014

Talked to a Stranger

23 September 2014



Sebenarnya tiba-tiba teringat akan seorang kakak yang aku temui semasa bulan Ramadhan yang lalu... kakak tu dah berada di saf hadapan sekali untuk muslimat.. oleh kerana kedudukan itu strategik (kerana dekat dengan kipas) aku terus bentang sejadah muka dan teruskan Dhuha... aku sempat tertoleh dan dia sujud lama.. walaupun sebelum aku mula Dhuha dia dah sujud.. bila dah habis dia masih sujud.. subhnallah... aku jadi kagum... lepas bagi salam.. aku merenung sejadah... bila aku nak jadi macam dia yang patuh sujud tanpa lelah.. bila??

Usai Dhuha, aku ambil Buku Oren aku dah aku buka helaiannya.. sudah aku baca satu muka baru aku nampak dia bangkit dari sujud.. Subhnallah..khusyuk sungguh beliau sujud dalam tertibnya... entah kenapa aku selalu dapat rasakan aku nampak tanda kesyukuran dari setiap perbuatannya dalam solat.. pada aku yang tiada apa ni, aku rasa.. bila orang tu rukuk, sujud dan bangun semula tu... dari geraknya dari adab dan sopannya seseorang bila bersolat.. aku yakin orang tu adalah orang yang bersyukur... bila agaknya aku nak jadi begitu yah... hmmm... :(

Selapas dia habiskan Dhuha dan berdoa dia terus toleh pada aku... aku senyum.. terus dia sapa aku.. tanya aku dari mana... memang qariah sini ke apa.. aku cakap aku hanya menumpang nak tambah pahala kalau dapat di bulan Ramadhan... rupanya kakak ni menghadapi ujian besar dariNYA.. Allah duga dia dengan mendapat seorang suami yang sakit.. suami beliau sedang buat dialisis di bawah Masjid tersebut dan sementara menunggu suami beliau habis, dia menghabiskan sisa masanya mengadu pada DIA... Allahu... pengorbanan yang sangat sukar kerana dia sanggup berhenti kerja untuk menjaga suami dan anak beliau.

Banyak perkongsian yang di buat oleh kakak yang aku baru kenali tak berapa minit itu... tapi dia ada menyatakan keluh kesah terhadap generasi sekarang yang sangat tidak sayangkan negara, tiada sifat nasionalisme dan suka mengutuk pemimpin.. Wallahi aku sangat terkejut bila berbual dengan kakak ni... dia sangat kagum dengan DS Najib, dia kata DS Najib gunakan pendekatan lembut dan diplomatik, bukan dengan cara membabi buta... dan dia sangat sukakan pendekatan cara itu, cara Nabi Muhammad memerintah katanya... namun aku tak dapat ungkaikan sebenarnya aku ada juga kesalan dengan kepimpinan beliau. Aku simpan apa yang aku rasa dan aku raikan kakak tu... aku mengiyakan apa adanya... tersenyum dan bergenang air mata juga..

Entah kenapa aku rasa aku dapat serap kekuatan dari beliau... aura positif beliau... cara beliau cakap sangat tersusun dan sedap didengar, rupanya beliau dari Sek. Menegah Agama tak pasti dari mana... rasanya dari Melaka... SHAROD kot.. aku agak lupa tentang itu, jadi aku dapat bayangkan betapa banyak ilmu agama yang beliau ada.. subhanallah... dia ada juga berkongsi tentang perihal anaknya yang kurang ambil peduli tentang urusan pengurusan negara dan akhirat.. dia kata... anaknya itu suka mengatakan yang dia suka membebel.. hihi itu biasa la kak..

Apa pun sebenarnya entri ni nak mengingatkan diri sendiri dan kita semua untuk bertegur sapa dengan siapa pun yang kita jumpa.. walaupun nampak di mata mereka semua nampak sama.. tapi dugaan setiap manusia Allah beri tetap berbeza setiap satunya.. dan semuanya dalam pengetahuan Allah s.w.t... cuba banyangkan walaupun daun yang berguguran dari tangkai rantingnya, itu pun dalam pengetahuan Allah.. ulat nak makan apa pun hari ni tu urusan Ya Khaliq... allahuakbar... Sesungguhnya Allah Maha Besar, Maha Perancang dan Maha Pelaksana..

Dalam pada kita sibuk mengejar redha Allah jangan lupa hubungan kita sesama manusia :) lemparkan senyuman, berikan salam (kesejahteraan) pada ummat islam yang kita jumpa.. pesanan untuk diri sendiri juga kiranya...

Selamat beramal dan istiqamah ya.. :) Allah is watching you :) Muraqabah tu kene ada sentiasa ya...

Till then, Assalamualaikum