Wednesday, November 26, 2014

Raikan Perbezaan Pendapat dan Budaya

Bismillahirahmannirahim

Bila dah mula berhijrah, aku rasakan setiap perbuatan aku semasa aku jahillliah nampak begitu jijik dan kotor. Walaupun hanya dengan makan di kawasan yang mempunyai ramai ajnabi... aku rasa janggal sebenarnya.. aku rasa pelik kenapa dulu aku terkinja-kinja sibuk nak mengambil gambar dengan orang yang bukan mahram.. aku juga pelik kenapa aku perlu berkawan dengan akhi dengan jumlah yang ramai..sedangkan ramai lagi muslimat yang boleh dijadikan kawan..

Aku rasa pelik bila aku bekerja dengan ramai akhi... aku rasa janggal entah apa yang silap aku tak pasti.. ape yang pasti aku geli dengan diri sendiri.. aku rasa diri aku kotor sangat untuk melaluinya semua sekali lagi..

Walaupun perkara itu adalah budaya bagi aku... contoh seperti menyambut hari  kelahiran... entah..sejak aku dah menjangkau tua ni.. aku memang dapat rasanya sambutan tu tak di perlukan.. xperlu kek.. xperlu makan di kedai mewah.. pada aku hari kelahiran adalah seperti hari hari yang lainnya.. sekadar petanda untuk aku semakin tua... 

Dan Dia lah yang menidurkan kamu pada waktu malam, dan mengetahui apa yang kamu kerjakan pada siang hari; kemudian Ia bangunkan kamu (dari tidur) padanya, untuk disempurnakan ajal (masa umur kamu) yang telah ditetapkan. Kemudian kepadaNyalah tempat kamu kembali, kemudian Ia menyatakan kepada kamu apa yang kamu lakukan.
(Al-An'aam 6:60) | | English Translation | Tambah Nota | Bookmark 

Perdebatan sambutan hari jadi semakin menjadi... aku mula memulaukan diri untuk tidak menghadiri majlis sebegitu... aku rasa aku tak perlu dirai di sini. di muka bumi ni.. aku tak layak... entah.. ada suatu perasaan yang sukar untuk digambarkan.. kegembiraan dulu telah menjadi kedukaan aku.. bila aku terfikir setiap saat kau buat dosa.. tapi kau dirai oleh manusia sekeliling... apakah ini tanda kau bersyukur pada Allah?

Perubahan ekstrim yang perlu dihadapi oleh para sahabah..ditambah pula dengan sikap keras ku... bukan aku tak hargai apa usaha mereka buat aku gembira.. tapi kegembiraan aku dah bertukar arah... aku lebih gembira kalau sekiranya dapat buat amalan bersama.. bukan hanya dengan makan bersama, bersukan bersama, susah senang bersama.. aku lebih senang kalau dapat tilawah bersama, mengupas ayat ayat Allah bersama... menuntut ilmu bersama.. dan makan secara wasatiah bersama.. tapi tak semua sahabah kita sehaluan dengan kita... 

Aku masih cuba untuk membaiki diri sendiri hari demi hari.. mungkin aku tak amalkan apa yang aku pelajari..mungkin mereka kurang paham sebenarnya aku cuba berdakwah dengan tingkah laku... aku kene bukak sirah... kena tengok macamana pendekatan Nabi Muhammad terhadap perlawaan seperti ini... aku rasa tak salah langsung.. tak berdosa... tapi aku rasa aku berdosa...

Ya Rabb.. bantulah hambaMu ini untuk terus berada di jalan MU... Kau berikan petunjuk pada yang haq dan batill.. Kau bantulah daku untuk jadi seorang insan yang mencari keredhaan mu dengan tidak meninggalkan akhlak yang baik...

 

 

No comments: